Salam
semua, Disebabkan rakan ku dari REXPORTAL aka So Full of Myself inginkan entry mengenai sejarah…
Entry kali nie pasal sejarah dan konspirasi , so FIBO tu kita sambung next Entry
heheheh
Orait
kat sini ingin ku kongsikan satu Teori yang dah lama ada dan wujud namun
sekijap Famous dan lepas tu suam-suam je kuku. Iaitu mengenai nama Malaysia.
Siapa yang sebernaynya cipta nama Malaysia ini?, mana datangnya idea nama
Malaysia ini?, dan kenapa Malaysia?.. aku tak tahu tapi mybe nukilan dibawah
membantu kita untuk membuka minda dan bepikir.............
APA YANG TERTULIS DAN DIAJAR
DI SEKOLAH……
1.Tunku
Abdul Rahman telah memperkenalkan nama Malaysia,selapas kemasukkan serawak dan
sabah.
2.Pada
tahun 16 September 1963. Singapura, Tanah Melayu (dikenali sebagai Malaya),
Sabah dan Sarawak bersama-sama
menubuhkan Malaysia.Tarikh asal ialah 31 Ogos 1963(ditunda kerana “konfrontasi
Indonesia”).
3.Tanah
Melayu(semenanjung) merdeka pada 31 Ogos 1957.
4.Malaysia
antara negara yang mendapat kemerdekaan tanpa berperang(melalui rundingan).
5. 31
Ogos 1957 Tarikh rasmi Malaysia merdeka.
6.16
September 1963 Tarikh rasmi 1Malaysia.
APA YANG TERTULIS “TETAPI” TIDAK DIAJAR….
Menurut
satu kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti
Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis, nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889
lagi.Menurut kajian yang dijalankan perpandukan beberapa bukti berikut:-
BUKTI PERTAMA.
DOKUMEN
Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)
Artikel
kajian tentang negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang
membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY Harvard University. Rupert Emerson yang
merupakan PENASIHAT LUAR AMERIKA pada ketika itu serta professor of political
science and international relations in Harvard University.
Malangnya
dokumen rahsia Amerika Syarikat mengenai penubuhan negara Malaysia ini telah
dibuang di dalam website rasmi arkib Amerika Syarikat setelah artikel
mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.Artikel itu
bertajuk”Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore;
Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United
States Government Printing Office, Washington, 2001.”
BUKTI KEDUA.
Filipina
pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi
hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi
Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16
September 1963.
BUKTI KETIGA.
Satu artikel daripada
akhbar bertarikh 29 Julai 2009 menunjukan ada artikel daripada The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 tentang
mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai
“Malaysia
BUKTI KEEMPAT.
Buku Ripley’s edisi tahun 1929, cetakan tahun 1943, yang menulis tentang nama “Malaysia”
ms
59:…this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China,,,,
ms
119: ..is a native of MALAYSIA…
MS
121: …the man eating clams of MALAYSIA…
BUKTI
KELIMA.
Sebuah
buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati
Della Malesia dan telah diterbitkan di Itali pada tahun 1896 . Nico Lorenzutti
telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul ‘The
Pirates of Malaysia’.
BUKTI
KEENAM.
Penggunaan
nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo
Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical
Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan
perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu
BUKTI
KETUJUH.
Di Chicago, Amerika Syarikat, peta
yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini
sebagai “Malaysia”.
BUKTI KELAPAN
George Earl, seorang ahli etnologis
berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah Malayunesia pada tahun 1850
yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini.
BUKTI KESEMBILAN
.
Jules Sébastien César Dumont
d’Urville (23 Mei 1790 – 8 Mei 1842)
Maklumat terkini yang diperolehi
menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh
seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d’Urville. Susulan
daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah
memperkenalkan tiga istilah iaitu ‘Malaisia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’ yang
membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau
telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie.
Nama ‘Malaisia’ pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan
Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatan Thailand,
Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan
Republik Filipina.
TEORI KonsPirasI
Sebenarnya nama Malaysia ini telah
wujud lama.Dikatakan Malaysia adalah salah-satu dari rancangan masa panjang
satu pertubuhan rahsia .Pertubuhan rahsia yang ingin menghapuskan pengaruh Islam dan
mengawal sosial politik sesebuah negara.Selapas kejatuhan empayar teakhir umat
Islam iaitu kerajaan Turki Uthmaniah pada 3 Mac 1924, Islam di asia tenggara baru sahaja mula berkembang.
Ada juga yang mengatakan Malaysia tidak berperang
untuk mendapatkan kemerdekaan kerana telah dirancang oleh pertubuhan rahsia itu .Supaya
rakyat tidak menganggap British sebagai musuh dan sekaligus menjadikan British
sebagai ‘Role Model” dalam mentabir urusan negara.
Ucapan
terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:
“Oleh
kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah,
sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini;
langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya
sendiri.
Saya
dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat
dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang
hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.
Malang
mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat
menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya
dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…“
Realitinya,
Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi.
Dato
Onn Jaafar meletakkan jawatan dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.
FAKTA
Di
bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang
termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun
1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan
sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan :
Fuyoo Satu teori penuh dengan konspirasi, kredit diberi pada blog asal info ini, namun sbb aku amik dari satu blog yg tidak nyatakan sumbernya aku bg kredit kt blog tu (tabutjawi)
REXPORTAL digest lah hehehe
nmpk nyer ia kekal sbg misteri... pasni buat bangsa tamin ngan chih-tu lak. hehehe...
ReplyDeleteBani Tamin dan bani jawi mungkin memakan masa, Chih-tu sesuatu yg menarik dan bru smlm ana berhubung dgn Kelab pecinta sejarah kelantan untuk mengetaui perbedaab masa Chih-tu dan cermin ..kerana kedua2 kerajaan ini mempunyai kekayaan yg hampir sama cume nilai tidak diketahui tapi sudah pasti tiada tolok bandingnya
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88