ads ads ads ads ads ads ads

Sunday, December 15, 2013

"FIBO"- 2 (samb)

Sebut pasal Fibonacci nie teringat lak aku pada angka 0... Kenapa agaknya hehehe sbb Angka 0 ini di popularkan oleh Fibonacci, dalam tahun 1202 melalui karya popularnya Liber Abaci. Perkataan sifar ini juga membentuk perkataan cipher dalam bahasa Inggeris yang membawa masud “tiada apa-apa”, “simbol”, “kod” atau “mesej rahsia”.

Tatapi siapa yang menjumpai sifar ini, kerna yg popularkan ia adalah Fibonacci bermakna bukan die yg create heheh. Sebenarnya Tokoh matematik dunia Arab, Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, memperkenalnya di Iraq melalui bukunya Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal Muqabbala (tahun 837) setelah lawatannya di India, benua yang dipercayai “menemui” nombor maha penting ini pada tahun 594.

Lawatannya ke india??? maknanya masih lagi bukan die yg mencipta sifar itu sendri, dibawah ni sesuatu yg ku ingin sharekan yg mana ku cedok dr satu Blog dan kesemua Entry kai ni dikreditkan kepada pemilik blog itu… link asal seperti dibawah

 http://mindaahad.wordpress.com/2013/11/21/bangsa-melayu-adalah-pencipta-angka-kosong-0/


Ni disharekan satu video youtube yang mana menunjukkan kuil di india mengunakkan angka 0 dalam tulisan dokumen mereka


"Sebelum tahun 837, ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu berbanding tujuh maklumat dalam tamadun India yang memiliki simbol 0."

Bagaimanapun pensyarah matematik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, mengemukakan satu hipotesis lain — penciptaan simbol ‘kosong’ mungkin bermula di alam Melayu selewat-lewatnya pada 580.
Beliau bersandarkan hujah beberapa pengkaji, termasuk karya yang banyak dibahaskan The Universal History of Numbers (terbit 1998) oleh Georges Ifrah, terjemahan edisi Perancis Histoire Universelle des Chiffres pada 1981.

Sebelum dipopularkan al-Khwarizmi, Ifrah menyebut, beberapa nombor kosong di tulisan-tulisan pada batu ditemui antaranya prasasti tembaga Sankheda di India pada 594, Trapaeng Prei di Kemboja (683), Kedukan Bukit, Sumatera (683), Kota Kapor, Sumatera (686), Dinaya, Jawa (793), Po Nagar, Vietnam (813) dan Bakul, Vietnam (829).

Dr Mohammad Alinor berkata, bukti-bukti tambahan yang beliau kumpul dan keterangan Ifrah ini bermungkinan telah lama diketahui oleh seorang penyelidik sejarah China, Joseph Needham dalam bukunya Science and Civilisation in China (1959).

“Needham menyatakan bahawa simbol ’0′ sebenarnya dihasilkan di bahagian timur tamadun India, iaitu bahagian yang paling hampir dengan China yang menganggap ’0′ sebagai tempat kosong,” katanya.

Selain itu, tambahnya, seorang ahli matematik Zakov pernah menyebut di satu seminar sejarah sains di Eropah pada 1975 bahawa “simbol 0 yang direkodkan dalam prasasti-prasasti dari kepulauan Melayu lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim yang direkodkan oleh al-Khwarizmi.”

Dr Mohammad Alinor berkata, seorang profesor pelawat dalam bidang pendidikan matematik di UKM, Frank J. Swetz pada 1979, pernah menyebut “etnik Batak di Sumatera memiliki sistem angka merangkumi 0 yang lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim.“

Beliau berhujah lagi, sebelum al-Khwarizmi, “ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu berbanding tujuh maklumat dalam tamadun India yang memiliki simbol 0.“

ok ok lepas ni terus ke Fibo dlm market heheh ... Tapi sesuatu yg patut kita renung2kan hehehe

Wednesday, December 11, 2013

"FIBO"

Fibo, best topik ni aku suke sgt, namun mls nk taep nk bg penerangan so aku copy paste dr satu blog later on  aku akan relate kn ngn dagangan mata wang heheeh ...ni dr  blog  


Enjoy!!!.. kredit kepada pemilik blog tersebut, pakcik numpang kopi past.:


Apa itu Teori Fibonacci? Bagi mereka yang tidak tahu, Teori Fibonacci adalah satu teori matematik yang mana nombornya berturutan mengikut satu kaedah yang menarik iaitu nombor yang berikut terhasil melalui pernambahan dua nombor yang sebelumnya, dicipta oleh seorang ahli matematik bernama Leonardo Fibonacci


0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144 .........
0+1=1
1+1=2
1+2=3 ....
55+34=89

Untuk penerangan di atas, siri nombor ini bermula dengan 0, di ikuti dengan nombor 1 dan seterusnya 2 yang mana nombor 2 terhasil melalui pernambahan nombor sebelumya (1+1=2). Untuk mendapatkan nombor seterusnya maka, dua nombor yg sebelumya harus di tambah lagi, maka 1+2=3. Begitulah aturan seterusnya.


Sekiranya nombor ini di susun mengikut skala Fibonacci maka akan terhasil lah satu bentuk PUSINGAN TAWAF (TAWAF MOVEMENT).


Apa yang menarik adalah asas bagi ciptaan alam ini sebenarnya adalah dari PUSINGAN TAWAF (TAWAF MOVEMENT) ataupun barat lebih mengenalinya sebagai Teori Fibonacci. Maka tidak hairanlah kenapa Allah S.W.T. menyuruh kita melakukan pusingan tawaf pada arah ini.



Seterusnya jika di kaji lagi aspek pernomboran ini, ia mampu menghasilkan satu nisbah yang menjadi titik asas penciptaan bagi banyak benda yang ada di dunia ini. Nisbah ini dikenali sebagai  NISBAH EMAS (GOLDEN RATIO) = 1.618. Nisbah ini terhasil melalui pembahagian nombor dihadapan dengan nombor yang sebelumnya, contohnya:

0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597..

55/34       = 1.618
89/55       = 1.618
144/89     = 1.618
1597/987 = 1.618  dan begitulah seterusnya.

Contoh paling dekat penggunaan Nisbah Emas (1.618) ini adalah penciptaan muka dan tubuh badan kita sendiri kerana mengikut kajian, setiap aspek dan struktur tubuh badan kita ini dicipta oleh Allah S.W.T sebenarnya menggunakan  Nisbah Emas atau Golden ratio (1.618). Maha Agung Allah yang telah menciptakan kita.

Jadi di manakah pula TITIK NISBAH EMAS/GOLDEN RATIO bagi bumi ini? Untuk mengetahuinya dan pemahaman lebih lanjut jom kita layan lagi video berikut:



So akan disambungkan pada entry seterusnya Fibo didlm Market Dagangan mata wang Asing heheh

Tuesday, December 10, 2013

Revolusi Networking-GWGFX-


Salam dan bersua sekali lagi, 


Entry kali ni nk kongsikan mengenai GWGFX yang baru ku join, Kenapa ku JOIN, untuk apa aku JOIN dan berbaloikah JOINAN aku ini (rexportal.blogspot.com ..mesti dh tahu pasal nie) aku sharekn di bawah kebaikan ia dan keboleh-tahan lama ia dibumi networking NAMUN harus diingat ini hanya sesuatu yang ku speculatekan jgn di ambil ini sebagai gerenti lakukan homework anda.

Berikut secara animation mudah bagi memahami GWGFX itu apa



Namun Kerana bersambung dan sambungan video ini tidak dapat daku jumpai berikut ialah profesional presentataion GWGFX

Bidang Forex mybe baru bg aku, baru dlm 2-3 tahun. Tatapi bidang networking udah puluh-pulohan tahun. Namun menariknya GWG nie die menawarkan produk dia adalah Forex sesuatu yg segamam minda dan menarek kerna luas ilmu dalam dagangan matawang ini. Trader boleh utung dan Networking punya org mmg lagi masyuk. Sejauh mana keutuhan company itu yg menjadi masalah aku... bila dicek dlm whois.net 

Domain Name: GWGFX.COM
Creation Date: 2012-08-06 05:45:00Z
Registrar Registration Expiration Date: 2014-08-06 04:45:17Z
Registrar: ENOM, INC.

Web baru wt tahun 2012 dan expired 2014, Musykil aku jadinya dan riso lagi bertambah bila seorg ex-otai dlm GWG bebincng dgn ku dan wt sharing sket2. (isi kandungan sharing nk tahu PM aku ). Tapi kalau sekadar berdasarkan bende ni tk cukop nk buktikan ini scheme yg ntah pape or HYIP dan sumber resources aku pon agak terhad sbb financial adviser  aku kt kl si Botak agak bz ngn bisnez, aku riso gwg ni sama nasebnya nanti mcm vgmc dan rgcx due2 ni dh bungkus byk lg gak yang mcm nie.. Aku pon gagahkan diri ke pusat operasi untuk mendapatkan penerangan dgn lebey jelas dan jitu,  setelah aku ke markas seorg otai trader gwg tu ternyata trading meraka mmg power. kosistensi mengalah daku so terpautlh hati ini ingin bersama mereka berjuang dan juga belajar dlm mencari ilmu. Risiko ini yang aku amik dan byk yg aku belajar dan shring same2 dpt dilakukan best gak dapat ramai kawan. 

Tapi ape2 pon TAYOR-Try at Your On Risk (sepah english aku wakaak) 



Monday, December 9, 2013

Post kedua

Salam satu malaya, dan salam diwaktu pagi hari




Blog ni ...kali nie lebeh kepada pendedahan dan penkongsian maklumat dari aku sebagai pendagang mata-mata wang dan juga apa yang ku rasa patut berkaitan ngn mata wang... so blog baru berwajah baru dan agaknya dimensi kali nie tearah kepada sesuatu yang lebey bewawasan..entry-entry berikutnya akan teruskepada subjct dan tiada celoteh2 agar jelas apa yg ingin dikongsi dan jelas sesuatu yang ingin digarapkan moga dapat dibuku simpan rapi buat pedoman setidak-tidaknya bg diriku dimasa hadapan kelak

Moga dengan penkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca, tidak perlu follower cukop dapat dieksess dan di digest oleh sesiapa yg sudi bertandang heheh  Oleh itusebagai pemula ku kongsikan ape itu forex daripada video ku peroleh daripada Youtube paw je youtube heheheeh 

  


8shares-Care nk share dgn berhemat

Entri kali ni lebih kepada tutorial tentang macam mana nak share link 8Share atau pun link ChurpChurp kat blog. Selaen daripada buat satu entri berkaitan dengan link tersebut, korang juga boleh buat widget kat blog korang untuk share link2 tuh. Widget ye, bukan pop-up sebab kalo korang buat pop-up, ada high percentage untuk korang kena ban sebab melanggar code of honour.

Kat sini ada dua jenis widget yang boleh korang letak kat blog korang, iaitu widget bergambar (macam kat blog aku nih) dan juga widget yang mengandungi text sahaja.


1. Share link bergambar.

Kalo korang nak display link 8Share atau ChurpChurp bersama2 dengan gambar sekali, korang boleh menggunakan coding yang aku gunapakai kat blog aku nih. Korang cuma perlu tukar link yang warna merah ngan kuning je.Yang warna hijau tu lak adalah saiz gambar yang akan display nanti. So korang bole maen2 kat situ sama ada nak besar atau kecik kan gambar.
 
 
<a target="_blank" href="LINK IKLAN KORANG"><img
border="0" heigth="100" width="100" alt="ads" src="LINK GAMBAR UNTUK DISPLAY"/></img
border="0"></a>


Link merah - Link 8Share/ChurpChurp yang korang nak share.
Link kuning - Link gambar yang korang nak display.


2. Share link berbentuk text.

Kalo korang nak share link 8Share atau ChurpChurp kat blog, tapi tak nak gunakan space yang banyak, korang boleh letak text je. Takde masalah pun.


<a href="LINK IKLAN KORANG">AYAT UNTUK IKLANKORANG</a><br />
<br />


Tapi laen sket untuk text nih. Kalo korang display gambar, mungkin agak mudah untuk menarik visitor untuk klik iklan (tapi jangan letak gambar yang takde kena mengena ngan link iklan). Tapi kalo guna text, korang kena pandai buat ayat bagi nampak menarik.


Tapi dalam share2 iklan 8Share dan ChurpChurp ni, yang penting korang kena patuhi Code of Honour untuk mengelakkan diri daripada kena ban. Harap entri kali ni memberi manfaat kepada korang. {kredit to Rexportal.blogspot.com}