ads ads ads ads ads ads ads

Thursday, February 27, 2014

MALAYSIA:Dari Sudut Pemerhatian MEREKA

Salam….

Disaat tidak berkeja arinie.. bagi mengisi kebosanan lepaking dirumah, terdetik hati kecil ku untuk sharekan satu entry bacaan lama ku dulu bersama para pembaca (biarpon tk ramai yg masuk blog ni namun entry sini ade pembacanya tesendiri ehheh).

Orait ..Al kisahnya bermula begini… satu entry yg dulunya ditulis dalam Omputeh daripada Afterdark dan aku mcm biase bace phm translate fail, Namun begitu tahun 2013 bulan 8 ada insan yg translatekan dan elok rasanya disharekn bersama disini kerna ku tahu si rexportal mesti nk tahu nie hahah

Artikel yang digarapkan oleh Afterdark menceritakan mengenai satu teori mengenai Malaysia dimata Kumpulan2 rahsia yang bertuhankan Setan. Sumber dan references after dark bagi sy secara peribadi boleh dikatakan agak sahih.. namun kita seharusnya menerima input ini dengan minda terbuka dan jadikan ini sebagai bacaan ringan sekadar untuk tahu membuka mata dan yg laen terserah kepada pamahaman dan intrepitasi sendiri.

Segalah Ktredit adalah milik Tuan empunya Blog AfterDark, lebey lanjut boleh ke http://afterdarkwrites.blogspot.com/



TERJEMAHAN: MALAYSIA DI MATA DAJJAL

Tulisan: Afterdark

Terjemahan: Black Dragon


Artikel berikutnya ini akan membincangkan tentang beberapa ramalan. Kecuali beberapa ramalan yang telah dinyatakan dalam hadis, yang selebihnya adalah tidak diketahui asal usulnya. Oleh itu, perlulah diingatkan supaya anda berasa ragu terhadap ramalan-ramalan ini. Artikel ini ditulis bukanlah untuk meyakinkan anda tentang kebenaran ramalan-ramalan berikut. Saya hanya ingin anda melihat ramalan-ramalan ini dari sudut pandangan Illuminati. Ia mungkin berguna dalam pertempuran di masa depan jika kita tahu apa yang difikirkan oleh pihak-pihak musuh.


Antara soalan yang paling kerap ditanya mengenai kehadiran Illuminati di Malaysia adalah "Mengapa mereka berada di sini?". Soalan ini sering bermain-main di fikiran saya, malahan sejak saya menyatakan dalam artikel yang terdahulu bahawa *********  adalah seorang Freemason; dan bahawa kita sedang bergerak ke arah Negara yang dikawal oleh Illuminati. Dalam artikel 2013 ILLUMINATI BLUEPRINT yang saya terbitkan sebelum ini, saya menyatakan bahawa kejatuhan domino telah berlaku, dan saya bimbang ia masih lagi berlaku. 
  

Baiklah, sebelum anda meneruskan lagi pembacaan anda, biar saya jelaskan terlebih dahulu bahawa artikel ini bukanlah sepenuhnya berkaitan politik. Malah, setiap perkataan yang terkandung selepas ini adalah sepenuhnya bersifat spekulatif. Hanya masa akan menentukan sama ada ia akan menjadi satu kenyataan atau tidak. Oleh itu dengan seikhlas hati, saya menasihati anda supaya menganggap artikel ini hanyalah sebagai bahan bacaan ringan semata-mata.

Baiklah, mengapa Illuminati begitu tertarik kepada negara kita yang jumlah penduduknya hanya setakat 27 juta orang? Berbeza dengan negara Teluk yang kaya dengan sumber minyak, negara kita tidak dikurniakan dengan minyak atau emas atau apa-apa jenis sumber alam yang melimpah ruah cukup untuk menarik minat mereka Daru sudut politik pula, Tun Mahathir adalah satu-satunya tokoh yang berjaya meletakkan Malaysia pada sasaran Illuminati dan ia hanyalah semata-mata kerana beliau banyak menimbulkan kemarahan mereka dan Tun Mahathir dianggap satu-satunya lawan yang setanding dari rantau ini.

Terdapat juga teori kedua yang datangnya dari golongan sekular di dalam kumpulan kami dan bagi saya ia bagaikan mimpi yang teramat ngeri...

Oleh itu, untuk santapan bacaan anda, saya kemukakan teori pertama.

SERANGAN MATA WANG 1997 & GEMPA BUMI 2004

Petunjuk pertama menunjukkan bahawa kita memiliki sesuatu yang mereka mahukan (atau tidak mahu, bergantung kepada perspektif anda) adalah ketika mereka melancarkan serangan hebat ke atas Ringgit Malaysia pada tahun 1997. Hal ini telah pun saya dibincangkan dalam artikel sebelumnya PRABOWO, THAKSIN, ANWAR IBRAHIM DAN KRISIS MATA WANG PADA TAHUN 1997. Cukup jelas pada ketika itu, di samping mengaut keuntungan, mereka perlu menanam proksi-proksi mereka di dalam kerajaan untuk mengawal sistem kita. Tidak dapat dipastikan negara-negara Asia manakah yang menjadi sasaran sebenar mereka. Perlu diingatkan bahawa semua negara-negara Asia pada masa itu (sebelum serangan), Thailand, Indonesia, Brunei dan Malaysia adalah antara negara-negara yang tidak menganggap dirinya sebagai sekutu Amerika Syarikat. Thailand misalnya, walaupun bergantung kepada US Dolar melalui industri pelancongan dan seks, masih memuliakan Raja mereka sebagai orang yang suci dan menghayati sejarah negara mereka sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara yang masih belum dijajah. Malaysia dan Indonesia cukup dikenali sebagai anti-Uncle Sam sehingga kini, dan walaupun saya tidak mempunyai pengetahuan khusus sejauh mana hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat, saya yakin umat Islam di Brunei berkongsi sentimen yang sama terhadap Amerika Syarikat.

Jika serangan mata wang tahun 1997 adalah petunjuk bahawa mereka 'perlu' untuk menanam diri mereka jauh ke dalam sistem kita, gempa bumi 26 Disember 2004 merupakan petunjuk bahawa mereka begitu terdesak untuk menghapuskan 'sesuatu' atau 'seseorang' di Acheh, sehari selepas Krismas. Mengapa? Sebabnya adalah:-

Bertentangan dengan kepercayaan umum, Isa dari Nasaret tidak dilahirkan pada 25 Disember. Gereja Kristian awal pula tidak meraikan kelahiran Isa kerana mereka tidak tahu bilakah hari keputeraan baginda dengan tepat. Sehinggalah pada tahun 440 Masihi, barulah gereja Roman secara rasmi mengisytiharkan 25 Disember sebagai hari kelahiran Nabi Isa a.s. Ini bukanlah berasaskan kepada sebarang bukti keagamaan tetapi sebaliknya ia berlandaskan pada perayaan pagan Saturnalia. 25 Disember dijadikan sebagai sambutan hari lahir Tuhan Matahari (Iblis a.k.a Lucifer), iaitu tarikh yang diperhatikan agak dekat dengan solstis musim sejuk. Jadi, bagaimanakah golongan Pagan meraikan Tuhan Matahari? Tepat sekali, melalui pengorbanan manusia. Menjelang hari ke dua puluh lima setiap bulan, kultus pagan akan melakukan korban di altar holokus. Malah, semasa Acara Pengorbanan Besar-besaran sebelum ini, paderi pagan telah membuat 25 Jenis petanda Salib (3 tanda salib untuk persembahan, 5 untuk menyediakan transubstansiasi, 1 untuk memberkati roti, 1 untuk memberkati Wain, 15 tanda salib lagi untuk baki doa yang dibaca). Apa yang berlaku di Acheh hanyalah pengorbanan manusia pada skala moden yang telah pun dilaksanakan sekian lama sejak Lucifer diturunkan ke bumi. Setahun sebelum Acheh, upacara yang serupa berlaku di Iran apabila gempa bumi berukuran 6.6 skala Richter telah meragut 26 ribu nyawa.

Ia membawa kita kepada soalan kedua. Mengapa Acheh?
  
Jawapannya adalah, alang-alang mereka memutuskan untuk menggembirakan Lucifer dengan pembunuhan besar-besaran, jadi mengapa tidak cuba membunuh orang yang paling penting? Ironinya dalam situasi ini adalah, penyembah Lucifer yang sebenar-benarnya menerima ramalan mengenai tarikh kelahiran Imam Mahdi. Oleh kerana ramalan itu menyebutkan bahawa Imam Mahdi akan lahir pada tahun berlakunya gerhana Matahari dan Bulan pada bulan Ramadan yang sama, mereka yakin bahawa Imam Mahdi telah dilahirkan pada November 2003 apabila berlaku dua gerhana pada 14 dan 28 Ramadhan tahun tersebut. Berdasarkan logik yang hanya diketahui oleh mereka, mengorbankan nyawa 226 ribu warga Acheh seolah-olah berkaitan dengan membunuh seorang bayi lelaki berusia setahun yang teramat sangat penting. Yang pasti, mereka tidak tahu bagaimana untuk mencari sebatang jarum di dalam timbunan jerami. Oleh itu, berlandaskan logik bahawa seekor lebah boleh dihapuskan dengan membakar seluruh hutan, mereka memutuskan untuk membedil peluru nuklear di dasar Jurang Sumatra menggunakan dengan sebuah kapal selam nuklear.

Sesiapa sahaja yang membaca akhbar-akhbar perdana selepas tsunami sejak 4 tahun lalu tidak akan dapat mengaitkan bahawa masyarakat dunia telah heboh memperkatakan tuduhan mengenai

Penglibatan kapal selam nuklear Amerika Syarikat (USS San Francisco) dalam serangan itu. Keganjilan gempa bumi itulah yang membongkar rahsia pengeboman itu. Penemuan saintifik telah mendapati bahawa plat tektonik Indo-Australia telah bergerak selama lebih 10 minit semasa gempa bumi Acheh, sedangkan anomali dari sudut geologi menganggap bahawa gempa bumi terkuat dalam sejarah pada iaitu 9 skala Richter hanya bertahan selama satu minit atau lebih sahaja. Ahli geologi turut mengesahkan pada bulan Mei bahawa gempa bumi 26 Disember menyebabkan seluruh bumi bergetar selama beberapa minggu selepas gempa bumi awal, dan setiap titik di planet ini berpindah secara menegak sekurang-kurangnya 3 sentimeter (1/4 inci). Ini merupakan tanda-tanda bahawa peristiwa tersebut telah dicetuskan oleh senjata nuklear, menyebabkan plat tektonik yang secara teorinya harus telah mengalami gempa kecil "amaran" untuk memberi laluan pada satu gegaran besar yang mendadak.

USS San Francisco

Satu lg senjata Rahsia iaitu HAARP

Hakikat bahawa manusia telah berjaya mencipta senjata yang mampu meniru kemusnahan gempa bumi bukan satu perkara baharu. Nicola Tesla pernah memperkenalkan idea mesin gempa bumi yang menurut beliau telah diuji oleh dirinya sendiri pada tahun 1897. Pada April 1997, daripada Setiausaha Pertahanan William S. Cohen, membuat kenyataan yang misteri iaitu "Pihak lain terlibat bahkan dalam eko keganasan, mereka boleh mengubah cuaca, mencetuskan gempa bumi atau gunung berapi dari jauh, melalui penggunaan gelombang elektro magnetik". Malah, pada Jun 2000, New Zealand Herald telah mengesahkan bahawa berdasarkan pendedahan dokumen sulit bahawa tentera AS dan NZ telah melakukan beberapa siri letupan air mencetuskan pasang surut tsunami mini di Whangaparaoa pada tahun 1944 dan 1945 sebagai sebahagian daripada 'Projek Seal' rahsia untuk melihat bagaimana buatan manusia tsunami boleh dijadikan senjata.

Saya pula, secara peribadi telah bertelagah dengan rakan-rakan dalam Watchers Group bahawa adalah sangat tidak mungkin Al-Mahdi akan lahir di Acheh. Menggunakan kaedah harafiah dalam pentafsiran ramalan itu, saya menegaskan bahawa Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa Al-Mahdi adalah cerminan imej Rasulullah. Oleh itu, jika Al-Mahdi mengikuti profil Rasulullah, maka bukankah Al-Mahdi dilahirkan di Mekah atau Madinah?

Walau bagaimanapun, saya masih lagi memikirkan cadangan alternatif yang dinyatakan oleh saudara Muslim saya dalam Watchers Group bahawa serangan itu mungkin diarahkan untuk menghalang Kebangkitan Panji-panji Hitam.

KEBANGKITAN PANJI-PANJI HITAM




Jika anda pernah meluangkan sedikit masa untuk membaca mengenai Al-Mahdi, maka anda semestinya pernah mendengar bahawa tenteranya yang berasal dari Timur yang dikenali sebagai tentera panji-panji hitam. Ramalan itu telah menyatakan bahawa tentera itu bukanlah dibentuk secara peribadi dan ditubuhkan oleh Al-Mahdi. Sehingga pada hari beliau dikejar sekeliling Kaabah dan diisytiharkan sebagai Imam, beliau sendiri tidak tahu bahawa dialah Al-Mahdi yang sekian lama dinanti-nantikan itu. Oleh itu, lebih dapat diterima akal apabila seseorang dari Timur membentuk ataupun secara tidak sengaja menubuhkan tentera ini dengan harapan untuk berkhidmat kepada Al-Mahdi apabila tiba masanya kelak. Jadi, mungkin boleh dikatakan bahawa Allah turut mengutus seorang individu penting untuk melakukan persediaan awal kepada Al-Mahdi. Di kemudian hari, Al-Mahdi juga akan menyediakan tapak persediaan awal untuk Isa Al-Masih. Begitu juga, Dajjal turut meniru strategi yang sama. Apabila akhirnya Dajjal memunculkan dirinya, sebenarnya sudah ada pihak yang menunggu kedatangannya. Golongan Illuminatilah yang melakukan persediaan awal sebagai menjangkakan kedatangan Dajjal. Oleh itu apabila Dajjal akhirnya tiba, tidak perlu baginya untuk bertatih dari awal.

Jadi siapakah 'insan terpilih' yang akan menjadi permulaan kebangkitan Panji Hitam?

Setiap umat Islam di setiap daerah mungkin mendoakan supaya insan ini datang dari kalangan mereka. Rakyat Afghani memang telah diketahui akan memberitahu kepada sesiapa sahaja yang sudi mendengar bahawa perkataan "Khurasan" yang tersebut dalam ramalan sebenarnya merujuk kepada Afghanistan itu sendiri. Dakwaan itu akhirnya menarik minat Illuminati yang seterusnya mendedikasikan abad ke-20 dan ke-21 menyembelih warga Afghanistan dan membumihanguskan tanah mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat hujah-hujah menentang pendapat ini. Salah satu hujah yang kukuh merujuk kepada hadis “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka pergilah kepada mereka dengan segera, walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji kerana sesungguhnya di kalangan mereka adalah Khalifah, Al Mahdi”. ini memerihalkan bahawa Al-Mahdi telah pun mengetuai panji-panji hitam apabila Peperangan Afghanistan bermula.

Kesimpulannya, ramalan ini merujuk pada tempoh masa yang Al-Mahdi telah pun disertai oleh Panji-panji Hitam (iaitu selepas pengisytiharan di Kaabah). Persoalannya yang masih belum terjawab adalah mengenai identiti orang yang merintis kemunculan Panji-panji Hitam sebelum pengisytiharan di Kaabah.
Nasib baik (atau tidak – bergantung kepada perspektif anda), beberapa ramalan juga menjurus ke arah Malaysia dan Indonesia. Adakah kita cukup beruntung untuk dirahmati dengan penghormatan tersebut? Atau adakah ia sekadar angan-angan kosong? Baiklah, oleh kerana Illuminati amat dikenali dengan sikap menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, ramalan-ramalan ini akhirnya turut sampai ke pengetahuan mereka. Sebab itulah, kini mereka berada di Malaysia dengan ******* yang mengetuai persiapan di sini, cuba untuk memastikan supaya penghormatan itu bukan milik kita.

Pendapat saya, kisah Al-Mahdi yang didatangi oleh sembilan lelaki yang membawa baginda keluar walaupun baginda enggan dan dibai'ah di antara Rukun Yamani dan Maqam Ibrahim a. s. bukan lagi rahsia. Menurut legenda Indonesia yang disampaikan dari mulut ke mulut, seorang tokoh mistik bernama Sabdo Palon telah membuat ramalan bahawa sembilan lelaki itu akan diketuai oleh seseorang yang dikenali sebagai Syeikh Malaya. Ramalan ini begitu popular kerana ia menyebut bahawa Sabdo Palon adalah pelajar Wali Songo yang terkenal.

Tetapi, sama ada ramalan ini benar-benar wujud atau tidak adalah di luar pengetahuan saya. Saya tidak dapat mengesahkannya kerana saya hanya mendengar mengenai ramalan ini dari rakan Watcher Group yang berasal dari Indonesia. Setakat yang dapat saya kaji sendiri, Sabdo Palon adalah tokoh mistik yang dikatakan muncul dalam abad ke-15 semasa perang antara kerajaan Hindu Majapahit melawan Islam Demak. Ia adalah peperangan keagamaan, yang amat didorong oleh faktor agama sehingga Raden Patah sebagai pemerintah Demak turut dibantu oleh pasukan legenda Wali Songo. Legenda mengatakan bahawa Sabdo Palon merupakan nujum untuk pemerintah Majapahit Prabu Brawijaya dan Raja itu membawa Sabdo Palon bersamanya semasa pertemuan dengan Sunan Kalijaga (salah seorang Wali Songo). Semasa pertemuan inilah dikatakan bahawa Prabu Brawijaya telah memeluk agama Islam manakala Sabdo Palon pula menunjukkan keengganannya malah menyumpah seluruh rakyat Jawa kerana meninggalkan agama Hindu. Sumpahan terkenal beliau disebut dalam buku lama "Serat Jangka Jayabaya Sabdo Palon".

Setelah mengkaji banyak cerita berkaitan Sabdo Palon, saya berasa amat ragu jika dikatakan Sabdo Palon pernah menuntut ilmu dengan Wali Songo. Malah, melihat kebenciannya terhadap Islam, hinggalah cara dia hilang di dalam kabus, dan cara dia mengumumkan bahawa dia akan muncul semula 500 tahun kemudian untuk menggantikan Islam dengan agama lain cukup meyakinkan – saya bahawa Sabdo Palon itu sendiri adalah Syaitan. Kemudian, ada cerita mengatakan bahawa Sabdo Palon pernah muncul di Bali pada 1489 di bawah nama Danghyang Nirartha dan kemudian menukar namanya sebagai Haji aji Duta Semu. Di sana, beliau terus menyesatkan dengan ajaran "Islam Telu" yang pengikut hanya boleh bersembahyang tiga kali sehari.

Sekarang, mari kita lupakan sama ada Sabdo Palon Raja Syaitan atau tidak. Saya mungkin membincangkan lebih lanjut mengenai Sabdo Palon dalam artikel "Laluan Syaitan" yang masih lagi dalam perancangan. Saya akan cuba menerangkan jejak-jejak kehadiran syaitan di seluruh dunia (kini sepanjang 10 muka surat yang panjang dan bakal bertambah.. saya begitu letih untuk meneruskan..)

Pada ketika ini apa yang penting adalah, entah bagaimana ramalan tentang "Syekh Malaya" ini telah tersebar di luar sana dan kini beredar di arus perdana internet. Dalam artikel terdahulu, saya telah menjelaskan bahawa Illuminati merupakan kumpulan manusia yang paling paranoid yang menganggap serius apa jenis ramalan pun. Mereka dikatakan membiayai jabatan khas hanya untuk mengawasi mana-mana ramalan di seluruh dunia. Teori "RAHMAN" yang banyak diperkatakan hanyalah semata-mata kata-kata dari mulut ke mulut tetapi terbukti benar di Malaysia walaupun tiada seorang pun yang pasti siapakah yang mula-mula mengutarakannya. Oleh itu, jika orang-orang seperti saya dan anda dan warga Indonesia boleh mendengar tentang Syeikh Malaya, maka sudah tentu sampah Illuminati juga sudah mengetahui tentang berita ini.

Sekarang, mari kita andaikan untuk seketika bahawa Syeikh Malaya memang wujud atau akan wujud, apakah pula maknanya perkara ini kepada Illuminati? Rakan saya pula berpendapat bahawa ramalan itu hanya menunjukkan satu perkara, iaitu Panji-panji Hitam sememangnya akan mengibarkan benderanya pertama-tama di Malaysia sebelum memulakan perarakan terpanjang dalam sejarah ke Mekah. Lain-lain ramalan penting mengenai baginda Al-Mahdi telah pun menunjukkan bahawa sembilan orang yang mula-mula menghubungi Al-Mahdi di Mekah sudah mengetahui tentang tentera Panji-panji Hitam yang semakin hampir, maka adalah masuk akal bahawa beberapa ataupun sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka adalah ahli atau pengasas Panji-panji Hitam itu sendiri. Ramalan Sabdo Palon menyebut tentang Syeikh Malaya sebagai tokoh terkemuka di kalangan orang-orang ini. Jadi apakah maknanya perkara ini mengenai Malaysia? Mari kita lihat semula pemboleh ubah yang terkandung dalam ramalan Sabdo Palon ini.

Syeikh Malaya sebagai pemimpin sembilan lelaki + Malaya bererti Malaysia + Panji-panji Hitam yang menghampiri = Adakah anda faham?

Satu lagi perkara yang memberikan sedikit kredibiliti remeh kepada ramalan "Syeikh Malaya" adalah nama "Syeikh Malaya" itu sendiri. Hakikat bahawa insan ini menamakan dirinya sempena nama negaranya memberitahu kita bahawa ramalan ini telah dibuat untuk menyesuaikan teka-teki yang disebut dalam ramalan mengenai panji-panji hitam.

"Panji-panji hitam akan datang dari Timur, diketuai oleh para lelaki yang gagah perkasa, dengan rambut panjang dan janggut, nama keluarga mereka diambil dari nama-nama bandar asal mereka dan nama-nama mereka yang pertama adalah dari "Kunya".

Watcher Group (dan Illuminati) telah pun mengetahui profil paling asas Tentera Panji-panji Hitam. Dengan mengguna pakai peraturan pertama teknik tafsiran ramalan Illuminati, bahawa ramalan semua mesti ditafsirkan secara literal, maka Illuminati telah membuat kesimpulan bahawa : -

(a) setiap anggota tentera akan menggunakan negara mereka sebagai nama keluarga dan

(b) sebab utamanya adalah kerana para anggota tentera ini bersifat multinasional, yang datangnya dari pelbagai negara-negara dan kampung halaman yang berbeza

(c) para tentera ini akan mara menuju ke Mekah melalui jalan tanah, dan akan melalui banyak negara dan bandar-bandar, yang mana mereka akan disertai oleh umat Islam dari pelbagai tempat-tempat ini yang menyebabkan bilangan mereka semakin bertambah

Atas sebab ini, Illuminati sudah pun meragui idea bahawa gagasan tentera Panji-panji Hitam hanya terdiri daripada orang-orang Arab atau Afghanistan sahaja.
  
Bagi saya, dengan idea bahawa tentera ini boleh bermula dari Malaysia adalah mungkin tetapi masih terpencil. Selagi asal usul ramalan Sabdo Palon masih dipersoalkan pada masa ini, maka kita perlu mengambil sikap berhati-hati kerana ia mungkin juga watak palsu yang dicipta oleh orang-orang tertentu di Internet. Tetapi, terdapat 10% bahagian diri saya yang ingin melayan idea ini, terutamanya apabila menyedari makna sebenar tafsiran literal perkataan 'Timur'. Baiklah, sebenarnya tidak ramai yang tahu tentang hal ini, tetapi jika anda menggunakan Google Earth untuk mencari Mekah, selaraskan kedudukannya dengan betul kepada 'Utara Benar' dan kemudian tekan butang papan kekunci anda untuk bergerak ke kanan (Timur), anda akan mendapati bahawa anda akhirnya akan berakhir di tempat yang sangat berhampiran Brunei. Anda tidak akan dapat melihat 'kebetulan' ini pada peta 2D biasa kerana utara yang ditunjukkan bukan 'Utara Benar' tetapi 'Utara Grid'. Google Earth mengguna pakai 'Utara Benar' dalam pengaturcaraannya, jadi anda boleh lihat 'kebetulan' ini hanya dengan menekan butang yang betul di papan kekunci anda. Saya, bagaimanapun tidak akan membuat spekulasi tentang maksud kebetulan ini.

(Google Earth dan Google Maps (https://maps.google.com) adalah tidak sama. Google Earth adalah perisian yang boleh dimuat turun di earth.google.com)

Walau apa pun, Asia Tenggara adalah rantau Islam yang paling jauh di timur dari Mekah. Oleh itu mungkin juga masuk akal bahawa perarakan itu boleh bermula dari sini. Jika benar, perarakan ini akan bergerak melalui Thailand, Myanmar, Bangladesh, sempadan India dan China, kemudian masuk ke Pakistan, Afghanistan, Iran, Iraq, dan terus ke Mekah sebelum membaiah kesetiaan mereka kepada Imam Mahdi. Satu perkara yang pasti, ia sememangnya deretan banyak negara untuk dilalui oleh tentera itu. Jika saya merupakan komander tentera bagi sebuah pasukan tentera multinasional seperti itu, saya mungkin akan melakukan perkara yang sama dengan memanggil semua anggota dalam pasukan tentera saya dengan nama-nama seperti Syeikh Malaya, Hussin Jakarta, Abdul Pakistan dan nama-nama yang serupa seperti itu.

Ayuh kita berehat seketika.. Saya akan menulis bahagian kedua artikel yang tidak masuk akal untuk keseronokan membaca anda. Nasihat saya adalah supaya anda supaya menganggap ia sebagai bahan bacaan ringan. Dalam bahagian kedua, saya akan menulis tentang teori kedua dari kumpulan sekular dalam Watcher Group mengapa Illuminati berminat dengan Malaysia kita yang tercinta ini. Teori kedua yang penuh dengan perbincangan ringkas tentang bencana ramalan yang kadang-kala menyebabkan saya tidak dapat tidur. Jadi, bahagian kedua merupakan berita buruk jika kebenarannya terbukti. Tetapi, ia juga menyokong idea mengapa Panji-panji Hitam akan muncul dari rantau kita.


Dalam Nukilan kedua Aftar Dark, sambungan drpd entry yang ini dapat disimpulkan kedudukan Malaysia yg strategic dan teselamat daripada malapetaka Alam(Gempa semua tulah, dan tahu kah hutan kita merupakan hutan hujan tropical tertua didunia) menjadi Tanda Tanya dan senantiasa dalam radar merek-mereka yang mengatur keadaan dunia, ini dikuatkan lagi dengan kedatangan penjajah selain pelabur2 seperti British East India Company. Input ini umpama memberikan gambaran lebey jelas mengapa dari dahulu lg tanah melayu digelar sebagai semenanjung Emas ataupon Golden Chersonese oleh Ptolemy dan sesetengah pengkaji menamakan semenajung tanah melayu sebagai Ophir(bukan seperti didalam buku teks kita yg menyatakan semenanjung emas itu merujuk kepada hasil hutan dan rempah ratus sahaja). Dientry Kedua ini juga Afterdark menyentuh mengenai bencana yang muncul diakhir zaman iaitu salah satunya gempa bumi yang besar berlaku di  tiga kawasan yakni Timur, Barat dan Negara Arab. AfterDark merumuskan Timur ini ialah timur kepada Mekah.



Yang menariknya dikongsikan dientry kedua ini ialah "SAFE AREAS IN THIS WORLD" ini diceritakan oleh seseorg yang pernah bekerja diarea 51 (melalui penggilan telefon bagi satu rangcangan tv), dimana bila berlakunya malapetaka dan mereka percya malapetaka itu merujuk kepada keadaan kiamat ada suatu tempat kawasan yang tidak akan terjejas mempunyai rintangan yang tinggi untuk ditembusi malapetaka itu namun tidak sempat dinyatakan oleh sipemanggil td. Umpama ini kembali dan merujuk kepada tanah melayu tempat yg dikatakan mempunyai kemampuan tersebut. Bukti yang jelas Malaysia dalam pantauan ialah Singapore, Singapore dijadikan satu-satunya markas MEREKA di Asia tengara(walaupon wjud markas Amerika di Philippines singapura dipikir lebey beperanan dan brpengaruh) .


Boleh rujuk http://afterdarkwrites.blogspot.com/2011/02/in-first-installment-of-my-article.html untuk Lebih Lanjut. Heheheh dah2 masa nk masuk keje dah..Rex Ahad Ni jgn Lupa.

......FtG......

Tuesday, February 18, 2014

"Piramid" Isi dan Ilmu Tanah Melayu

Salam sekali lagi bersua di mlm sebegini hehe… ade satu cerita lame dh aku nk share ngn rexportal namun disebabkan kemalaskan aku dlm mengambil input dan penterjemahkan dalam bentuk tinta elektonik sebegini .. aku amik terus input dr Military of Malaysia dan dari satu blog sang melayu Kredit kesmua info adalah kepada Military of Malaysia dan sang melayu heheeh

Al Kisahnya bermula…………

Ketika anda membaca artikel ini, saya sudah tidak berada di negara ini, lokasi saya sekarang ini terletak beribu-ribu kilometer dari anda semua dan saya harap cuaca di sini akan membentuk otak serta akal yang sofistikated.

Saya ingin menceritakan sedikit tentang satu rahsia besar yang wujud dalam alam Melayu terutama di bumi yang sangat bertuah ini iaitu Piramid Melayu dan teknologi canggih yang terkait dalam sejarah nusa bangsa. Sebelum itu biar saya ingatkan, ia macam cerita sains fiksyen tetapi inilah realiti sebenar.Cuma saya kira sudah sampailah anak bangsa tahu perihal rahsia ini dari MAKLUMAT DAN KOD YANG DIWARISI ZAMAN-BERZAMAN DARIPADA LELUHUR YANG LANGKA.

Log-log ini dan semua rahsianya akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri.

Sebelum masa itu sampai, (harap-harap tidak berlaku), biarlah saya nukilkan sedikit di sini sebagai kunci yang akan mengerakkan servo-servo motor saraf minda anak-anak bangsa saya untuk membuat kajian, melihat ke dalam diri sendiri, melirik ke alam masa depan tentang nasib agama, bangsa dan negara kita.
SABDA RASULULLAH YANG DISEMBUNYIKAN

Saya bukanlah pakar hadis.

Tetapi apa ada kemungkinan sabda atau hadis Rasulullah yang tersembunyi yang menunjukkan kebangkitan bangsa Melayu dan nusatara ini satu hari nanti.Apakah wujud sabda atau hadis yang wujud dalam himpunan riwayat Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Abi Da’ud dan sebagainya?

Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi :

Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”

Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi, tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?

NEGARA MELAYU DAN SEMUA HIMPUNAN RAHSIA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.

Pertama sekali saya dok selalu berfikir siapakah pembina-pembina Piramid ini, adakah mereka manusia atau makhluk yang dicipta selepas Adam atau manusia yang telah sedia lahir sebelum Adam diturunkan.Atau mungkin ia milik kerajaan Melayu Sriviyaya yang pernah menjadi kuasa besar sebelum kedatangan Islam di rantau ini, bukan itu sahaja, Srivijaya ini pada dahulunya pernah menjadi satu kuasa macam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada zaman itu.

Terdapat keanehan dalam kewujudan bangsa Melayu termasuklah jurai keturunan raja-rajanya dan ini kita boleh lihat dalam buku Sejarah Melayu karangan W.G Shelabear.Tersebut kisah dua adik beradik iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di Bukit Siguntang, pada satu malam mereka melihat ada cahaya dilangit dan turunlah “Balai Rong Berpusing” yang mendarat di kawasan padi mereka.Padinya berbuahkan emas.

Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak raja dengan senjata yang pelik-pelik, kemudian keluarlah seekor lembu berwarna perak.Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama “Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua orang putera raja itu.

 Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian.Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini.

Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot atau mecha.Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.

PYRAMID MELAYU

Dahulu heboh juga dalam blog saya apabila ada orang yang mendedahkan tentang kewujudan pyramid dalam alam Melayu ini, sehingga ramai pembaca yang terkena renjatan elektrik apabila mendapat tahu perihal itu.Sebelum itu, ada beberapa buah blog lain yang juga ada menceritakan sedikit sebanyak kewujudan pyramid tersebut.

Orang Melayu juga sudah maklum tentang sebuah pyramid dalam dasar laut Okinawa tetapi asas kepada dakwaan pyramid dalam laut ini dibina Melayu jutaan atau ribuan tahun sebelum ini tidaklah diketahui dan kebenaran kepada dakwaan tersebut masih longgar. Sejak dari hari itu saya dihujani pelbagai soalan dan dijemput masuk ke dalam perbincangan untuk orang Melayu mengetahui tentang pyramid tersebut.

Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia.Paling mudah, kita boleh katakan dalam sempadan negeri Pahanglah, lokasi tepat maaflah, tidak dapat saya nak beritahu, biarlah ia kekal menjadi rahsia saya.

Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya.Hari ini bangunan yang disebut pyramid pada alam Melayu ini telah pun dilitupi hutan rimba, dan orang melihatnya sebagai gunung yang tinggi.Umpama kita ambil tudung saji, letak di tanah, kambuskan sedikit tanah ke atasnya, sehingga menjadi busut kecil, beberapa bulan atau setahun selepas itu, busut kecil itu akan ditumbuhi rumput, hilang bentuk saji itu.Samalah kesnya dengan pyramid alam Melayu tersebut.

TEKNOLOGI PYRAMID YANG TERLALU MAJU DAN TAK TERCAPAI DEK AKAL

SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)

Dari ayat itu, kita tahu pyramid tersebut menjanakan kuasa, kuasa apa yang dipakai tidaklah diketahui tetapi ia hampir kepada tenaga elektrik cuma puncanya, golongan ini sudah pandai menuai kuasa dan tenaga dari kristal-kristal yang terdapat banyak dari dalam bumi dan manusia macam kita sehingga kini tidak tahu bagaimana untuk mengurai rahsia kristal-kristal yang dijadikan Allah ini.

Ia sama dengan pendapat mengenai logam emas, kita tahu emas boleh dijadikan matawang dan barang perhiasan tetapi ada pendapat menyatakan, emas boleh dijadikan sumber pengekalan awet muda, bagaimana emas melewatkan proses ketuaan, tidaklah saya tahu.

Sama dengan tumbuhan lain, seperti bunga, apakan Allah menjadikan bunga hanya sekadar untuk dijadikan perhiasan atau herba sahaja?Apa kaitan bunga dengan pembinaan aura pada badan manusia?

Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia.Usianya lebih tua, ada pendapat menyatakan ia bukan dibina oleh manusia pada zaman ini.Terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus, sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya.Ada dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik.Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah.

Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal.Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)

Setakat ini sahajalah kupasan saya mengenai pyramid itu dan ia terhenti dengan kewujudan sebuah bandaraya kerana saya fikir tidak eloklah saya pergi lebih jauh dan mendedahkan terlalu banyak rahsia.

PYRAMID DAN KESELAMATAN NEGARA

Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang paling merbahaya dan ia dijaga oleh PENJAGA SULIT YANG SETIA MENJAGA RAHSIA. Ada orang yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu.

Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh para panglima yang menjaga warisan itu turun temurun.49.Mereka yang pernah masuk memberitahu, ada tombol atau suis, tombol ini sangat penting untuk melihat apa yang berlaku di dalam kerana cahaya yang dikeluarkan sangat berlainan dengan cahaya lampu yang dipakai oleh manusia biasa.

Persoalannya, apa cahaya ini mempunyai mainan pada mata manusia untuk diperlihatkan sesuatu yang tersirat dan tersurat.Udara dan suasana di dalamnya juga berbeza.Pendek kata siapa yang melihat dan memasuki pyramid ini pasti akan pening kepalanya kerana kemajuan teknologi para pembinanya.

PYRAMID-PYRAMID LAIN

Dari maklumat yang ada pasa saya, negara mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutam Sarawak atau Sabah.Saya harap, rakyat atau orang-orang lama yang mengetahui pasal Pyramid di Tanah Melayu ini agar melontarkan pendapat mereka atau menghubungi saya terus.Di Indonesia dan di tempat-tempat lain pun ada pyramid.


Berikut adalah gambr2 daripada blog sangmelayu.blogspot.com yg mana menandakan tempat2 piramid di nusantara heheh 

Peta lokasi piramid di malaysia.. terdapat 4 piramid di Malaysia 2 di pahang 1 di terengganu berdekatan dengan bera/chini.. dan 1 lagi di sarawak di banjaran tahan..

Lokasi: Janda baik, Pahang


Lokasi: tidak diketahui berdekatan dengan tasik berada di Terengganu


Lokasi: Indonesia( Padang)


Tinta Elektronikku 
.............FtG..............

Monday, February 17, 2014

Misteri Kewujudan Medan Tenaga Yang Terkuat Di Segitiga Bermuda, Makkah dan Madinah.



Salam, dek kerana kebosanan menuggu waktu aku deploy… aku sajikan satu etry menrik daripada “AfterDark” namun dalam versi Melayu yang ku pinjam Ii ya pon daripada http://akhzaman.blogspot.com/.. So kredit semua untuk mereka hehehehe …

Segitiga Bermuda


Segitiga Bermuda (bahasa Inggris: Bermuda Triangle), terkadang disebut juga Segitiga Syaitan adalah sebuah wilayah lautan di Samudra Atlantik seluas 1,5 juta batu persegi atau 4 juta km persegi yang membentuk garis segitiga antara Bermuda, wilayah teritorial Britania Raya sebagai titik di sebelah utara, Puerto Rico, teritorial Amerika Syarikat sebagai titik di sebelah selatan dan Miami, negara bahagian Florida, Amerika Serikat sebagai titik di sebelah barat.


Segitiga bermuda sangat misteri. Sering ada isu paranormal di daerah tersebut yang menyatakan alasan dari peristiwa hilangnya kapal yang melintasinya. Ada pula yang mengatakan bahwa sudah menjadi gejala alam bahwa sesiapa pun tidak boleh melintasi wilayah tersebut. Bahkan ada pula yang mengatakan bahwa itu semua akibat gangguan makhluk asing


Sejarah awal

Pada masa pelayaran Christopher Colombus, ketika melintasi area segitiga Bermuda, salah satu awak kapalnya mengatakan melihat “cahaya aneh berkemilau di cakrawala”. Beberapa orang mengatakan telah mengamati sesuatu seperti meteor. Dalam catatannya ia menulis bahwa peralatan navigasi tidak berfungsi dengan baik selama berada di kawasan tersebut.

Berbagai peristiwa kehilangan termasuk kapal-kapal besar dan kapal terbang di kawasan tersebut pertama kalinya didokumentasikan pada tahun 1951 oleh E.V.W. Jones dari majalah Associated Press. Jones menulis artikel mengenai peristiwa kehilangan misteri yang menimpa kapal terbang dan laut di kawasan tersebut dan menyebutnya ‘Segitiga Syaitan’. Hal tersebut diungkit kembali pada tahun berikutnya oleh Fate Magazine dengan artikel yang dibuat George X. Tahun 1964, Vincent Geddis menyebut area tersebut sebagai ‘Segitiga Bermuda yang mematikan’.
Kajian dari AfterDark pula dalam artikelnya MECCA, MEDINA & THE BERMUDA TRIANGLE menjelaskan banyak perkara yang tidak pernah terlintas di dalam pemikiran kebanyakan orang. Biar saya ulas sedikit tentang penulis tersebut. AfterDark mempunyai ramai rakan di kalangan pemikir dan pemerhati fenomena global dan sering berbincang setiap isu besar timbul. Itulah kelebihan AfterDark. Bagi saya dia juga seorang penulis yang hebat dan mempunyai style tersendiri dalam penulisannya. Artikel yang dikeluarkan dalam blognya banyak memberi input tambahan untuk memahami peristiwa yang berlaku disekeliling kita.

AfterDark cekap menulis dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris. Namun begitu, dia lebih selesa menulis dalam bahasa Inggeris memandangkan pembaca tulisannya dari seluruh dunia bukan sahaja dari Malaysia dan Indonesia. Ada juga satu dua artikel yang ditulis dalam bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu.

Cukuplah setakat itu.mengenai AfterDark. Dibawah ini saya paparkan terjemahan dari arikel asal AfterDark yang pernah saya siarkan sebelum ini. dan saya mmohon maaf jika terjemahan saya ini tidak memuaskan.



MEKAH, MADINAH dan SEGITIGA BERMUDA: Tiga Medan Tenaga Terkuat
Kita tinggalkan politik Malaysia untuk seketika dan melihat kepada beberapa perkara yang kelihatan seperti karut (nampak bodoh) yang saya benar-benar suka untuk berkongsi dengan orang-orang yang tidak keberatan membaca mengenai perkara paranormal.


Apa yang saya ingin berkongsi dengan anda adalah satu teori oleh sekumpulan orang (sudah tentu saya bercakap tentang kawan-kawan saya dalam “kumpulan pemerhati” (watchers group) ) mengenai Dajjal dan medan tenagabumi. 



Tetapi sebelum saya teruskan, saya perlu jelaskan sedikit mengapa saya menulis topik ini dari sudut pandangan sekular. Mungkin ada yang mula berfikir saya sedang menyebarkan heresy.Eventhough, harap tidak begitu. Kami dalam Kumpulan Pemerhati (Watcher Group) banyak membincangkan hal berkitan Dajjal / Antichrist, kami cuba cara yang terbaik untuk membincangkan hal ini dalam persekitaran sekular. Mengapa? Jawapannya mudah. Jika kita mula terlalu awal kemukakan Hadis dan Al-Quran sebagai bukti untuk hujah kita, akhirnya hanya orang Islam dalam kumpulan sahaja yang sedia mendengar idea-idea kita. Orang bukan Islam akan meninggalkan perbincangan kerana mereka tidak akan selesa dipersembahkan dengan teks agama pada awal perbincangan. 



Mengasingkan mereka yang bukan Islam pada peringkat awal seperti itu akan menggagalkan tujuan dakwah. Maksud saya, bagaimana mereka dapat mendengar apa yang mahu kita katakan jika mereka meninggalkan korum pada peringkat awal, betul? Oleh itu, adalah satu idea yang baik memulakan topik perbincangan yang mereka rasa selesa, dan memperlihatkan isu Dajjal ini kedengaran seperti unsur berkaitan Sains.


Kami bermula dalam nada sekular, maka secara beransur-ansur menaik taraf hujah kami kepada mode agama sebelum akhirnya memuktamadkan dengan dalil dari sumber agama.

Hollywood telah melakukan perkara serupa selama beribu tahun. Mereka sentiasa memulakan filem dengan sesuatu yang sekular dan tidak menyakitkan hati, umpamanya bumi dimusnahkan oleh nyalaan suria sebelum mereka perlahan-lahan menyalurkan propaganda agama bawah sedar. Propaganda berbentuk ingatan bawah sedar disampaikan oleh hero (watak utama filem) mengeluarkan kata-kata seperti "Bible telah meramalkan sebelum ini .. yada yada yadai ". Dan ia berfungsi!! Bible sentiasa kedengaran hebat dan memberangsangkan dalam filem. Malangnya umat Islam tidak berjaya. Gagal menggunakan strategi yang lebih baik dari mereka. Saya tertanya-tanya mengapa?


Kembali kepada apa yang mahu saya tulis. Okay, di sini ada kuiz, ? Apakah Bermuda Triangle, Mekah dan Madinah mempunyai persamaan?

tik tok tik tok tik tok .. Buuzzzz! ... maaf, masa anda sudah tamat.

Adakah anda belum tahu lagi? Ketiga-tiga tempat tersebut dikatakan mengeluarkan medan tenaga yang sangat kuat. Segitiga Bermuda telah diketahui memancarkan medan elektromagnet yang kuat manakala Tanah Suci dikatakan oleh Dr, Abdul Baset Sayyid telah membebaskan tenaga radiasi yang kuat. Bukankah itu sesuatu yang menarik? Memandangkan bahawa kebelakangan ini ada tersebar teori yang sangat menarik tentang tempat-tempat yang berkaitan Dajjal



Setiap kali kita bercakap mengenai Dajjal, Mekah dan Madinah, kita sudah tahu tentang satu hadith mafhumnya bahawa Dajjal dilarang daripada memasuki dua Tanah Suci iaitu Makkah dan Madinah.. Menurut hadith ini, tanah-tanah suci ini akan dikawal ketat oleh malaikat yang sentiasa menghunus pedang menyekat Dajjal dari menceroboh.


Baru-baru ini, terdapat teori yang sangat menarik tentang Dajjal dan Segitiga Bermuda. Muhammad Isa Dawud dalam bukunya "Al-Khuyut al-Khafiyyah baina al-Masikh ad-Dajjal wa asrar Muthallath Bermuda wa al-Atbaq at-Ta'irah" teori bahawa terdapat kerajaan rahsia yang diperintah oleh Dajjal di Segi Tiga Bermuda.



Saya tidak mempunyai peluang untuk membaca penuh keseluruhan buku tersebut (seseorang boleh email versi Bahasa Inggeris atau Melayu untuk saya?) Tetapi saya sendiri tidak dapat bersetuju pada masa ini dengan inti hujah Dawud tersebut. Maksud saya, jika Samiri adalah Dajjal dan Dajjal adalah Samiri (Samiri ialah lelaki misteri yang menipu bani Israel dengan anak lembu emas sebagai Tuhan palsu semasa ketiadaan Musa as) maka kenapa Dajjal tidak memerintah dunia sejak itu?

Kedua, hujah Isa Dawud tidak masuk akal dari perspektif hadith. Hadith dengan jelas menyatakan bahawa dalam sepanjang waktu kehidupan Nabi Muhammad saw, Dajjal dipenjarakan di sebuah pulau misteri dan dijaga oleh Al-Jazazah. Oleh itu, melainkan jika Dawud kemukakan teori mengapa semasa Musa as, Dajjal adalah seorang lelaki yang bebas dan semasa nabi Muhammad saw, Dajal tiba-tiba dirantai di sebuah pulau, maka saya tidak dapat menimbangkan idea bahawa Samiri dan Dajjal adalah entiti yang sama.

Ketiga, kepala lembu jantan syaitan "Moloch" telah di angkat sebagai Tuhan sejak zaman Sumeria lagi, sementaya replika Moloch selaku anak lembu emas hanya diperkenalkan kepada orang-orang Yahudi pada zaman Nabi Musa as. Sekarang, kita tahu bahawa Dajjal adalah seorang Yahudi dan ibu bapanya juga adalah orang Yahudi. Malah, kedua-dua ibu bapa Dajjal adalah penyembah anak lembu emas sejak sebelum Dajjal dilahirkan.

Oleh itu, garis masa antara maklumat kedua-duanya tidak sepadan antara satu sama lain. Jika ibu bapa Dajjal menyembah Moloch maka ini bermakna Moloch sebagai anak lembu emas telah diperkenalkan kepada orang-orang Yahudi pada masa Dajjal. Tetapi teks agama kita menunjukkan bahawa kali pertama orang-orang Yahudi diperkenalkan kepada tuhan anak lembu emas itu ialah pada hari-hari awal sebelum Exodus. Oleh itu, satu-satunya penjelasan yang waras adalah Dajjal dilahirkan selepas anak lembu emas telah diperkenalkan oleh Samiri kepada orang-orang Yahudi dan bukan sebelum itu. Itu sahaja sudah cukup untuk meyakinkan kita mengatakan bahawa Dajjal dan Samiri bukanlah orang yang sama.

Walau bagaimanapun, dari sudut pandangan sekular (teori sains moden), ada dibayangkan bahawa pulau Dajjal adalah terletak di dalam kawasan Segitiga Bermuda. Idea saya berdasarkan kepada fakta bahawa Bermuda Triangle terkenal kerana memancarkan medan elektromagnet yang kuat.

Sesaorang boleh terpenjara jika ada sesuatu yang menghalang dia daripada bebas (melepaskan diri), betul? Dalam dunia biasa, kebiasaannya kita merujuk kepada empat tembok-tembok yang dibina di sekeliling banduan itu untuk menghalang dia melepaskan diri. Begitulah juga kita perlu bina dinding atau pagar untuk menghalang sesiapa dari menceroboh ke halaman rumah kita.

Membina dinding biasanya kaedah yang paling murah dan praktikal. Walau bagaimanapun kadang-kadang terdapat banduan yang merbahaya, walaupun ada empat penjuru dinding, masih lagi tidak dapat dikawal dari bergerak masuk dan keluar. Oleh itu selain daripada mempunyai dinding, pengawal keselamatan (guards) bersenjata sepenuhnya diletakkan di seluruh kawasan yang dikawal. Jika ada banduan yang lebih merbahaya dari itu, memerlukan langkah lebih ketat memerlukan lebih ramai pengawal untuk memastikan keselamatan sentiasa terjamin sepanjang masa siang dan malam.

Fakta wujudnya bahawa medan tenaga yang dipancarkan dari Segitiga Bermuda, Mekah dan Madinah adalah sangat menarik jika sekiranya Segitiga itu adalah sememangnya benar pulau Dajjal .

Teori pertama sekular tentang perkara ini datang dari seorang warga Amerika dalam kumpulan kami - Kumpulan Pemerhati (tentu sahaja dia juga mengetahui cerita tersebut memandangkan cerita anak lembu emas dan kedatangan Dajjal juga telah disebut di dalam Bible). Dia mengatakan bahawa adalah munasabah perisai elektromagnet mampu bertindak sebagai sebuah tembok “mencegah Antichrist dari melarikan diri dari Segitiga Bermuda". Menurut beliau, dalam bidang perubatan terdapat sejenis penyakit yang dipanggil "neuropathic pain" yang boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat bagi sesetengah orang yang mengidap "Hipersensitivity Elektromagnetik" (EHS). Seseorang yang mengalami Hipersensitiviti Elektromagnetik ini akan sedaya upaya berusaha menjauhkan diri dari mesin MRI di hospital. Mereka juga akan berusaha mengelakkan diri dari beberapa perkara-perkara biasa yang lain seperti menggunakan laluan bawah tanah dan bercakap melalui handpone terlalu lama.

Ia adalah teori yang menarik, tetapi masih ia belum dapat menjawab persoalan mengapa Dajjal mampu bergerak ke semua tempat di dunia kecuali Mekah dan Madinah. Ya, kami dapat menerima pandangan tersebut, jika sekiranya Dajjal mengalami ekstrim EHS, apakah ada keterangan lain yang boleh menjelaskan mengapa dia tidak dapat melepaskan diri dari kuil di Segitiga Bermuda dan tidak dapat masuk ke Mekah dan Madinah.

Dalam usaha untuk melerai teori Dajjal yang dapat difikirkan melalui teori sekular, katakan benar teori Dajjal terpaksa menderita penyakit Hipersensitiviti Elektromagnetik (EHS) yang paling teruk, dapat menghalang dia daripada memasuki Mekah dan Madinah, tetapi kita tahu masih banyak tempat-tempat lain di dunia ini terdiri dari kawasan bawah tanah sepertimana di New York dan juga kawasan-kawasan berhampiran grid elektrik voltan tinggi. Jadi teori EHS tidak seiring dengan apa yang disebut dalam hadith yang menyatakan bahawa satu-satunya tempat terlarang ialah Mekah dan Madinah.

Tambahan lagi, jika benar bahawa Dajjal adalah penderita EHS, tentu segala masalah yang kita hadapi sudah pun selesai. Hanya perlu mendirikan beberapa ratus menara elektromagnet di kawasan sekeliling dan kita akan selamat dari ancaman Dajjal. Sepertimana yang kita tahu ia tidaklah semudah itu.

Oleh kerana rakan Amerika dalam kumpulan tersebut (watcher group) telah kemukakan hujah, sepatutnya ada ahli kumpulan dari kalangan orang Islam dapat kemukakan hujah yang lebih kukuh (dipersekitaran sekular). Jika tidak, kita tentu akan malu. Jadi, teori di bawah adalah yang terbaik dapat saya ketengahkan dalam masa singkat (sepontan).

Pada pandangan saya kehadiran medan elektromagnet yang kuat di tiga tempat ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran besar umat antara dimensi. Oleh itu jika orang Amerika berhujah bahawa medan magnetic itu adalah tembok (Wall), saya pula mengatakan bahawa ia mungkin berpunca dari kesan yang terhasil dari "pengawal keselamatan".

Mengapa saya mengatakan begitu?

Ia adalah satu pengetahuan yang biasa di kalangan penyiasat paranormal seperti pemburu hantu (ghost hunters) dan seumpamanya bahawa kehadiran makhluk antara dimensi boleh menyebabkan lonjakan mendadak bacaan elektromagnetik. Terdapat teori bahawa roh juga sebagai makhluk antara dimensi memerlukan tenaga untuk menyatakan kewujudan diri mereka dan meter EMF dikatakan dapat mengesan tenaga ini. Kita selalu melihat perkara berkaitan di televisyen di mana penyiasat paranormal sentiasa membawa bersama mereka meter EMF untuk mengukur derivatif (kadar perubahan) di persekitaran medan magnet (termasuk mengesan kehadiran roh atau hantu).


Hakikatnya semua makhluk di dunia ini memancarkan tenaga, ia telah disahkan oleh saintis Rusia yang diketuai oleh Semyon Davidovich Kirlian dan Dr. Konstantin Korotkov. Teknik mereka, yang dikenali sebagai Teknik Kirlian dan teknik Visualisasi Pelepasan Gas (GDV) adalah satu penemuan yang membolehkan mereka menangkap gambaran objek melalui satu kamera khas tenaga mental dan tenaga rohani yang berpunca dan dari individu, tumbuh-tumbuhan, cecair, serbuk, dan juga objek tidak tidak bernyawa.

Jika benar kehadiran makhluk antara dimensi boleh menyebabkan lonjakan tenaga dipersekitaran, maka lonjakan sama juga boleh berlaku disebabkan oleh kehadiran para malaikat di Mekah dan Madinah kerana malaikat juga entiti yang boleh di definisi sebagai entiti antara dimensi (inter-dimensional).

Saya rasa tidak ada keperluan untuk saya jelaskan apa yang membawa saya untuk mempercayai wujudnya perhimpunan besar-besaran malaikat di Mekah dan Madinah. Maksud saya, perkataan "Tanah Suci" itu sendiri seharusnya mencukupi untuk menyampaikan hujah saya. Saya telah membaca dengan penuh minat artikel di http//insanberdakwah.blogspot.com tentang makhluk antara dimensi. Artikel itu mengatakan bahawa bilangan malaikat di dunia ini begitu besar (berganda-ganda) berbanding bilangan manusia. Tentu nampak bodoh untuk kita menghitung dalam bentuk bilangan (kita mungkin bercakap tentang quintillions di sini).

Harus kita ingat bahawa para malaikat dijadikan dari Cahaya, maka menurut Heinrich Rudolf Hertz, 'cahaya' itu sendiri adalah sebahagian daripada sinaran elektromagnet dengan pelbagai frekuensi kira-kira 405 THz kepada 790 THz. Dalam soal fizik ia kelihatan kecil, tetapi bayangkan jika mendarabkannya dengan quintillion sumber-sumber terdebut pada satu-satu masa dan dari sini kita mempunyai teori mengapa Mekah dan Madinah memancarkan sejumlah tenaga besar yang amat luar biasa.


Saya fikir ia juga boleh diterima akal bahawa terdapat satu perhimpunan besar-besaran malaikat di pulau di mana Dajjal dipenjarakan. Kita sedang bercakap tentang banduan imortal yang paling merbahaya di dunia.

Jika jumlah tentera besar-besaran yang terdiri dari para malaikat dengan pedang terhunus untuk menghalang dia daripada memasuki Tanah Suci, maka adalah logik bilangan yang sama juga diperlukan untuk menghalang beliau daripada melepaskan diri dari pulau tersebut. Kita belum mengambill kira kemungkinan wujudnya berbilion-bilion makhluk antara dimensi yang lain (yang tidak suci) berkumpul berhampiran kawasan ini untuk mengesan banduan yang kita bicarakan ini.

Walau bagaimanapun, teori yang saya bangunkan ini tidak disokong oleh sebarang bukti, menjadikan artikel ini hanya sesuai untuk bacaan ringan seumpama membaca cerita fiksyen sains yang murah sahaja. Saya kemukakan hujah ini hanya kerana ia kedengaran seperti satu idea yang baik. Sebenarnya ia hanyalah bertujuan untuk menyelamatkan maruah kita orang Islam pada masa perbincangan itu. Maksud saya, jika orang Amerika itu boleh membawa teori yang menarik pada tempoh segera, tentulah memalukan jika tidak ada umat Islam yang boleh menawarkan alternatif. Jadi ia hanya untuk menjaga maruah ..ha ha ha ..

Sebenarnya, tiada siapa yang pasti mengapa Mekah, Madinah dan Segitiga Bermuda memancarkan tenaga yang besar. Kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan Dajjal, agak meyakinkan Segitiga Bermuda adalah lokasi di mana pulau misteri itu terletak dan kelihatan seperti satu kemungkinan yang terbaik. Kita dapati keadaan yang berlaku seolah-olah terdapat satu kuasa misteri yang mencegah manusia daripada menghampirinya. Bilangan kapal-kapal dan kapal terbang yang hilang agak banyak di Segitiga ini. Seolah-olah kapal-kapal ini telah mendekati satu kawasan rahsia yang terlarang di mana mereka telah ditenggelamkan atau ditembak jatuh untuk melindungi rahsianya.

Terdapat teori arus perdana yang mengatakan bahawa medan elektromagnet di Segitiga Bermuda begitu kuat sehingga mampu menarik kapal terbang dari ruang angkasa. Ini disokong oleh penemuan bangkai-bangkai kapal di dasar laut di sekitar kawasan tersebut. Mendengar cerita ini, teori yang saya bangunkan tidak dapat membantu tetapi saya teringat semula apa yang diberitahu oleh bos saya tentang perjalanannya mengerjakan Umrah ke Mekah baru-baru ini.

Beliau menunjukkan kepada saya satu video dimana dia dan sekumpulan penumpang lain dalam perjalanan dengan bas di pinggir Madinah, tiba-tiba bas tersebut menjadi berat seolah-olah ia bergerak menghala ke atas bukit. Kata beliau, ini adalah pengalaman biasa di kalangan pengusaha bas di Madinah. Kawasan itu betul-betul di pinggir Madinah (sempadan Tanah Haram) mempunyai reputasi enjin kereta terpaksa bekerja lebih keras. Kelihatan seperti bas yang dipandu mengharungi medan magnet gergasi

Satu lagi perkara mengenai Segitiga Bermuda, mengingatkan saya tentang Tanah Suci Elixir of Life (Fountain of Youth). Bagi orang-orang yang telah membaca artikel saya sebelum ini "Immortals", saya telah menjelaskan di sana bahawa Elixir merupakan motivasi sebenar di sebalik perjalanan Christopher Columbus ke New Amerika.

Pada suatu ketika dalam perjalanannya melalui Laut Sargasso dan Segitiga Bermuda, perkara-perkara yang luar biasa mula berlaku. Pada bulan September 1492 kompas pelayaran menjadi gila selama hampir sepanjang bulan dan sepanjang tempoh itu, Columbus menyaksikan satu fenomena ganjil. Apa yang beliau sifatkan sebagai "percikan api yang mengagumkan dari dari langit ke laut" “(marvelous branch of fire fall from the heavens into the sea”) pada 15 September. Kemudian pada 11 Oktober, 1492 dia melihat satu lagi cahaya di ufuk yang masih tidak dapat dijelaskan sehingga hari ini

Terdapat perdebatan hangat dalam Internet mengenai perkara ini. Apa yang boleh menyebabkan terpancarnya cahaya yang telah dilihat Christopher pada 11 Oktober itu. Menjadi satu tarikan untuk mengetahui bahawa sebelum cahaya itu kelihatan, sistem pelayaran mereka tidak berfungsi dengan teratur (menajdi gila). Ia berlaku pada bulan September, seolah-olah seperti ada sesuatu yang menghalang mereka daripada bergerak turus ke hadapan. Setelah mereka selamat melalui perjalanan yang berbengkang bengkok di kawasan tersebut, satu cahaya telah muncul pada bulan Oktober seperti ada seseorang menghantar isyarat kecemasan di langit memberitahu mereka bahawa mereka telah terlepas sebuah pulau.


Ada pendapat yang kukuh dalam sessi perbincangan ‘kumpulan’ (watchers group) ) ini tentang lokasi Elixir of Life terletak, ia berada di pulau yang sama di mana Dajjal dipenjarakan. Keadaan ini bolehlah menerangkan keadaan Dajjal (mengikut pandangan sekular) yang kekal hidup lama (immortal) dan sebab mengapa Christopher Columbus telah diarahkan oleh Ratu Isabella Castile untuk belayar ke sana yang berkemungkinan pula mendengar dari Ponce de León (Ponce de León kemudian menyertai Columbus sepanjang Voyage kedua semata-mata untuk mencari Elixir of Life ).

Elixir of Life adalah satu perkara yang menarik bagi saya, terutamanya saya mula terfikir tentang sifat-sifat penyembuhan air Zam-Zam di Mekah dan kisah-kisah yang saya dengar tentang kesan penyembuhan Tanah Suci ke atas penduduknya. Saya tidak tahu secara peribadi sama ada cerita-cerita ini boleh disahkan (saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk melaksanakan Umrah lagi) tetapi ibu saya tetap mengatakan bahawa dia berasa sangat sihat apabila dia melangkah masuk ke Tanah Suci. Pada masa ini ibu saya sedang merancang untuk menunaikan haji kali ke 3 dengan ayah saya. Ibu saya cukup yakin bahawa sebaik sahaja kedua-duanya tiba di Tanah Suci, masalah kesihatan ayah saya akan sembuh buat sementara waktu sepanjang tempoh mengerjakan haji.

Riwayat mengenai kelebihan air Zam-Zam yang memberi khasiat penyembuhan adalah seperti yang terdapat dalam Sahih Muslim di mana (mafhumnya) Rasulullah saw (keamanan dan rahmat daripada Allah ke atasnya) bertanya kepada Abu Zar ra, yang tinggal berhampiran Kaabah selama empat puluh hari dan malam ia memberi tahu baginda bahawa dia tidak makan sebarang makanan atau minuman selain daripada hanya meminum air Zamzam: Riwayat oleh Imam Muslim, 2473)..

Ibn al-Qayyim (mungkin Allah telah memberi rahmat kepadanya) juga pernah berkata:

"Saya dan beberapa orang lagi telah mencuba menyembuhkan penyakit melalui air Zamzam dan mendapati berlaku perkara yang menakjubkan. Saya juga sembuh dari pelbagai penyakit, saya telah sembuh dengan izin Allah. Saya menemui seseorang yang dipelihara dari kesukaran untuk setengah bulan atau lebih, dan dia tidak merasa lapar, dia melakukan Tawaaf bersama-sama dengan orang lain sama seperti yang mereka lakukan. Dia memberitahu saya bahawa dia hanya minum air Zamzam selama empat puluh hari dan beliau mempunyai kekuatan untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, berpuasa dan melaksanakan Tawaaf berkali-kali ". Zaad al-Ma'aad, 4 / 319, 320.

Saya tidak begitu pasti sama ada tenaga bumi dan Elexir of Life (fountain of youth) ada hubung kait antara satu sama lain. Sama ada tumpuan tenaga bumi yang menyebabkan sifat-sifat penyembuhan (penawar) air zam-zam atau air itu sendiri yang mengeluarkan sinaran tenaga. Perkara ini terus kekal sebagai misteri.

Saya tahu bahawa Luciferians telah lama dilengkapi satelit dengan teknologi GDV yang membolehkan mereka melihat aura di seluruh dunia. Itu mungkin teknologi paling canggih yang pernah dicipta. Mereka bukan sahaja boleh melihat kita dalam mod penglihatan malam ataupun mod inframerah, malah mereka juga mampu melihat ke arah setiap sudud jiwa kita. Tidak keterlaluan jika kita kata melalui penambahan nilai (upgrade) Kirlian dan GDV terhadap teknologi ini akan dengan mudah membolehkan mereka melihat setiap makhluk antara dimensi yang mengembara di dunia kita

Saya rasa saya mula faham sekarang kenapa Imam Mahadi berada dalam keadaan orang biasa sebelum dia mencapai umur 40 tahun (di islahkan dalam satu malam). Jika Allah menjadikan dia istimewa sejak dari lahir, sudah pasti beliau dapat dikesan oleh satelit sebagai kanak-kanak lelaki muda dengan aura kepekatan tertinggi terpancar dari dalam dirinya. Ia akan menjadi sangat mudah untuk Luciferians dengan serta-merta menghalakan pengesan serta zoom terhadap dirinya dan membunuhnya sementara dia masih muda.

Wow panjang dan lebar die explain .... Semuga wujud keterbukaan dalam jiwa dalam meneliti teori2 sebegini...heheh (Rexportal Nah satu lg )