ads ads ads ads ads ads ads

Tuesday, March 25, 2014

Hikayat Merong Mahawangsa

Salam dan salamat bersua kembali. Kali ini ingin dikongsikan mengenai isi atau plot bagi Hikayat Merong Mahawangsa. Penulis pernah membaca manuskrip ni secara online sebanyak dua kali dimana yang pertama isi asal yang ditulis kembali dan yang kedua isi kandungan yang dimudahkan bagi pemahaman masyarakat kini. Sememang ini ialah satu manuskrip yang lama dan sejauh mana kebolehpercayaannya perlulah dikaji dan teruys dikaji. Perlu diingatkan fakta ini bukanlah fakta yang Muktabar yang dibolehkan menjadi pegangan namun bagi penulis Manuskrip-manuskrip sebegini harus dikaji bukan sahaja oleh para sejarahwan malah para alim ugama(ustaz dan alim ulamak) sendiri agar isi kandungan dapat dikenal pasti kebenarannya.Kredit kepada sumber asal http://bahterawawasan.blogspot.com/.


SINOPSIS  HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA



KANDUNGAN

1.   Burung garuda dengan Nabi Allah Sulaiman
2.   Angkatan Raja Merong Mahawangsa di musnahkan
3.   Kerajaan Langkasuka
4.   Burung Garuda menerima hukuman
5.   Permulaan Negeri Kedah
6.   Kedah di bawah pemerintahan Raja Merong Mahapudisat
7.   Hubungan Kedah dengan Siam
8.   Raja Bersiong
9.   Mencari Raja baharu
10. Peperangan merebut kekuasaan
11. Kedah di bawah pemerintahan Pra 'Ong Mahapudisat
12. Sheikh Abdullah mengembara dengan penghulu Iblis
13. Raja dan rakyat Kedah memeluk Islam
.................................................................

Burung Garuda dengan Nabi Allah Sulaiman




-Raja Rum menghantar rombongan untuk meminang anak Raja China.
-Burung Garuda mendapat perkhabaran itu lantas  cuba menghalang perkahwinan itu dan berjanji kepada Nabi Allah Sulaiman untuk menghalang perkahwinan itu.
-Andaikata dia (burung garuda) tidak berjaya menghalang perkahwinan itu, dia sedia menerima hukuman. Iaitu tidak berada di atas bumi dan tidak berada di bawah langit.

Angkatan Raja Merong Mahawangsa dimusnahkan

-Burung Garuda telah mengambil anak Raja China dan dua orang pembantunya lalu        diletakkan di sebuah pulau.

-Manakala angkatan rombongan Raja Rum itu sampai ke Kuala Canggong (nama Rajanya Kelinggi) berdekatan dengan daratan, burung garuda cuba menghancurkannya dengan meyerangnya.

-Apabila sampai ke Kuala Tawai , sekali lagi burung garuda meyerang angkatan Raja Merong Mahawangsa tetapi tidak berjaya.

Di Kuala Tawai juga burung garuda cuba meyerang tetapi masih juga gagal. Di sebabkan burung garuda mendapat tentangan yang hebat daripada Raja Merong Mahawangsa.

-Apabila angkatan sampai kepada Kuala Morib, maka kapal Raja Merong Mahawangsa pergi ke Pulau Salang antara Laut Bangtapan, manakala bahtera anak Raja Rum itu belayar ke Tanjung Hujung Salang.

-Apabila angkatan Raja Merong Mahawangsa pergi mengambil bekalan di sebuah pulau, burung garuda menyerang kapal kenaikan anak Raja Rum dan habis musnah kesemuanya tetapi anak Raja Rum selamat dan dapat berpaut pada sekeping papan.

-semasa Raja Merong Mahawangsa kembali ke kapal kenaikan anak Raja Rum, di dapati kesemua kapal telah musnah dan anak-anak kapalnya telah mati kesemuanya.


Kerajaan Langkasuka



-Apabila Raja Merong Mahawangsa tidak dapat mencari anak Raja Rum itu, beliau telah membuat satu kota di situ yang di beri nama Langkasuka.
-pada ketika itu, Pulau Seri, Pulau Jambul dan Pulau Lada hampir bercantum dengan daratan.

-penduduk-penduduk di kawasan itu adalah terdiri daripada gergasi, mereka ini dapat menerima Raja Merong Mahawangsa sebagai Raja kerana mereka tidak beraja pada masa itu cuma hanya berpenghulu.

Burung Garuda menerima Hukuman

-anak Raja Rum itu telah terdampar di sebuah pantai yang di diami oleh anak Raja China maka dia telah ditemui oleh anak Raha China.

-tanpa pengetahuan garuda, anak Raja Rum itu telah di bawa ke dalam Gua dan dijaga.

-Tuan Puteri China telah meminta kepada burung Garuda untuk mengambil pakaian beliau di negeri China.

-apabila burung garuda mengambil pakaian tersebut, maka anak Raja Rum itu dapat bersalin pakaiannya.

-burng Garuda mengadap Nabi Sulaiman untuk melaporkan bahawa dia telah berjaya menghancurkan angkatan rombongan meminang anak Raja Rum itu. Dia telah berjaya menghalang perkahwinan tersebut.

-Nabi Sulaiman telah mengarahkan kepada Raja Jin untuk mengambil puteri negeri China dan anak Raja Rum dan bawa mengadap kepada baginda.

-apabila telah dihadapkan kepada baginda, maka burung garuda pun telah bersedia untuk menunaikan janjinya kerana gagal. Maka, dia telah di hukum agar pergi ke Laut Khalzum.

-manakala anak Raja Rum dan Puteri Raja China itu telah dihantar ke negeri China oleh Raja Jin dan disertakan surat dari Nabi Sulaiman agar kedua mereka itu dikahwinkan.

-di negeri China juga, anak Raja Rum telah bertemu dengan utusan dari negeri Rum, maka dapatlah disampaikan kepada Raja Rum tentang perkahwinan tersebut.


Permulaan Negeri Kedah

-Raja Merong Mahawangsa telah membuka negeri dan dinamakan negeri itu dengan nama Kedah Zamin Tauran.

-pada masa ini Raja Merong Mahawangsa mempunyai seorang anak lelaki. Dan beliau ingin  mengahwinkan anaknya. Maka telah dicari pasangan yang sesuai dengan anak beliau.

-beliau telah menghantar utusan ke Linggi dan utusan itu diminta untuk meminta tempayan yang terbesar sekali. Sewaktu utusan itu di Linggi. maka utusan Raja Merong Mahawangsa telah bertemu dengan utusan Raja Rum yang bertujuan mencari Raja Merong Mahawangsa. Maka dengan itu, utusan itu terus mengikut utusan Raja Merong Mahawangsa itu ke negeri Kedah.

-manakala ada utusan yang dihantar ke negeri Acheh.

-Utusan Raja Rum itu membawa pesan Raja Rum untuk membawa pulang Raja Merong Mahawangsa.

-Raja Merong Mahawangsa akan pulang ke negeri Rum mengikut  kapal utusan Raja Rum.

-Raja Merong Mahawangsa berpesan kepada anak beliau agar meluaskan jajahan takluk negeri Kedah.


Kedah di bawah Pemerintahan Raja Merong Mahapudisat

-Raja Merong Mahapudisat mempunyai empat orang anak. Anak pertama lelaki, yang kedua juga lelaki, ketiga perempuan dan yang bongsu juga lelaki.

-Oleh kerana menurut titah ayahandanya, maka Raja Merong Mahapudisat telah menghantar anak beliau yang pertama ke sebelah utara, barat laut, untuk membuka negeri dan diiringi oleh gergasi yang diketuai oleh Penghulu Pra' Chisim dan Penghulu Nang Sutaman.

-dinamakan negeri itu Siam Lanchang.

-manakala anak beliau yang kedua pula, telah dihantar ke sebelah selatan dan dinamakan negeri itu Perak.

-Asal-usul kepada negeri Perak in iadalah dari anak panah yang dibuat dari perak putih yang dikenakan pada busarnya Indera Sakti, lalu anak panah itu jatuh di sebuah pulau namanya Pulau Indera Sakti. Di situlah diperbuat kota.

-anak beliau yang perempuan pula dihantar kesebelah timur (matahari terbit) dengan diiringi oleh Menteri ke-empat, gajah Gemala Johari sebagai penunjuk jalan dan diberikan keris Lela Masani.

-setelah hampir sampai kepada laut, berdekatan dengan muara sungai di situlah dibuat negeri dan di namakan negeri tersebut dengan nama Petani iaitu sempena nama keris Lela Masani.

-manakala anak yang bongsu pula menggantikan beliau memerintah negeri Kedah.


Hubungan Kedah dengan Siam

-Raja Seri Mahawangsa tidak suka duduk di Langkasuka dan memerintahkan kepada menterinya untuk mencari tapak kota yang baru menuju ke hilir sungai, maka telah ditemui tanah yang bernama Serukam dan dibina istana kecil.

-pada waktu itu beliau telah mendapat seorang Putera hasil dari hubungan dengan anak Raja perempuan keturunan anak Raja Melayu.

-tatkala itu juga datang rombongan dari Siam membawa khabar berita mengatakan kekanda beliau itu telah mendapat seorang Putera lelaki telah berusia tujuh tahun.

-beliau memerintahkan menterinya membuat persembahan Khas untuk anak saudara beliau itu, iaitu pohon bunga emas dan perak dan lembing yang bermatakan emas. Maka tergendala rancangan untuk membina kota yang baru kerana leka membuat barangan tersebut.

-itu semua merupakan tanda perhubungan kaseh sayang antara kerajaan Siam dan Kedah.

-begitu juga Raja Siam pada masa itu menghantar barangan khas untuk anak saudara beliau di negeri Kedah dan dipesan kepada adinda beliau (Raja Kedah) agar tradisi itu diteruskan turun temurun.

-setelah itu, maka anak beliau telah remaja dan sesuai untuk beristeri.

-maka ada seorang cucu kepada Nang Miri gergasi (penghulu kepada segala tentera yang mengiringi anak Merong Mahapudisat membuka negeri Siam)

-anak beliau telah suka kepada cucu Nang Miri tersebut tetapi beliau menghalang perkahwinan tersebut kerana ia akan membawa keburukan di kemudian hari, Namun anak beliau tidak mempedulikannya hal tersebut.

-beliau amat dukacita tentang perkara itu sehingga beliau jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia.

-maka pemerintahan Kedah diganti oelh anak beliau dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa.

-Raja Seri Maha Inderawangsa ini, meneruskan usaha ayahanda beliau untuk mencari kota yang baru, maka pada suatu hari diberitakan ada suatu tempat yang sesuai untuk dijadikan kota bernama Sungai Emas.

-maka pada ketika itu, beliau telah mendapat seorang anak lelaki hasil dari perkahwinan dengan cucu Nang MIri gergasi tersebut dan diberi nama Raja Ong Maha Perita Deria.


Raja Bersiong




-sewaktu pembinaan kota si sungai Emas tersebut, maka Raja Seri Maha Inderawangsa pun meninggal dan diganti dengan anaknya yang bernama Raja Ong Maha Perita Derita.

-setelah mengambil alih pemerintahan negeri Kedah, beliau tidak suka dengan kedudukan kota yang sedang dibina dan beliau mencari tempat yang lain untuk dijadikan kota.

-maka selang beberapa lama, beliau bertemu dengan tanah di hilir daerah sungai besar hampir dengan laut maka di situlah diperbuat kota.

-beliau memerintahkan menteri beliau untuk mencari batu yang cantik-cantik dari negeri Acheh untuk digunakan membuat istana. Beliau mengutuskan surat kepada Raja Acheh agar diberi batu yang indah-indah tanpa mengira berapa mahal pun harganya.

-beliau sangat kasar kelakuannya dan suka menganiaya orang. Pantang silap sedikit, pasti akan dipenjarakan.

-maka kota yang dibina tersebut di namakan Kota Aur kerana banyak buloh aur dikelilingnya.

-pada zaman ini, Rasulullah s.a.w. telah lahir ke dunia dan semua binatang tidak dapat berkata-kata.

-beliau telah tumbuh siong maka di sinilah beliau dikenali sebagai Raja Bersiong.

-makanan kesuakaan beliau adalah bayam masak tumis. Maka dinasehatkan oleh menterinya agar dihentikan memakan bayam tersebut, namun tidak diendahkannya.

-pada suatu hari beliau merasakan bayam pada hari itu lebih sedap berbanding sebelum itu. Apabila ditanya pada tukang masak, dinyatakan bahawa telah bercampur dengan sedikit darah.

-maka dari hari itulah beliau mencampurkan darah manusia kedalam masakan bayam tersebut sehingga habis semua orang yang di dalam penjara.

-akhirnya rakyat jelata beliau pun menjadi korban kekejaman beliau. Sehingga pada suatu hari menteri keempat membuat satu rancangan untuk menyerang istana raja dan mendapat bantuan dari permaisuri.

-akhirnya Raja Bersiong telah lari dari istana kerana takut. Beliau pergi ke sebuah perkampungan dan di sana beliau bekerja untuk mendapatkan makanan.

-beliau tinggal dengan sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan pasangan itu.

-Raja Bersiong telah suka kepada anak petani tersebut dan akhirnya mendapat seorang anak lelaki hasil perhubungan mereka berdua.

-pada suatu masa ada seseorang mengkhabarkan tempat Raja Bersiong, maka telah dihantarkan tentera untuk menangkap Raja Bersiong, namun Raja Bersiong dapat melarikan diri dan masuk menyusup ke dalam perdu buloh betong.

-namun tentera tersebut tidak tahu yang Raja Bersiong telah mendapat seorang anak. Maka anak Raja Bersiong tersebut telah dibela oleh kedua petani tersebut.


Mencari Raja Baharu

-Setelah ketiadaan Raja Bersiong negeri Kedah di perintah oleh menteri ke empat dan permaisuri.

-maka telah dihantar utusan ke negeri Siam untuk mendapat ganti Raja bagi negeri Kedah.

-maka telah diutuskan kepada menteri ke empat oleh Raja Siam agar memanggil gajah Gemala Johari untuk menunjukkan waris pemerintah kerajaan Kedah.

-apabila gajah Gemala Johari di panggil, gajah tersebut telah membawa kepada sebuah perkampungan di mana anak Raja Bersiong tersebut berada.

-lalu anak Raja Bersiong telah dibawa ke istana dengan adat istiadat raja-raja.

-manakala ibu kepada putera bersiong tersebut telah mengikuti anaknya ke istana melalui carikan ikat pinggang Raja Bersiong yang bernama Azrang Kashmiri.

-maka anak Raja Bersiong tersebut telah diajar dengan adat istiadat kerajaan dan dikahwinkan dengan seorang anak menteri tua.


Peperangan merebut kekuasaan

-maka ada seorang raja bernama Raja Kelana Hitam yang duduk di sebuah pulau bernama Pulau Ayer Tawor kerana pulau itu dikelilingi oleh air tawar.

-pulau tersebut kecil dan terletak di sebelah timur Kelinggi dan selatan Benua Siam.

-Raja tersebut tidak tunduk kepada pemerintahan Siam mahupun Kelinggi.

-rakyatnya terdiri bangsa Semang, Wila, penghuni bukit dan Sakai. Penghulu rakyat bangsa Semang bernama Maharaja Dahar al-Alam dan Penghulu Wila digelar Maharaja Daral Salam. Manakala Penghuni Bukit, penghulunya bernama Maharaja Daral Gunong dan penghulu Sakai bernama Maharaja Jakjakuja Raja.

-Raja kelana Hitam berhajat untutk menyerang Kedah dan menjadai raja kepada negeri Kedah kerana pada masa itu negeri Kedah tidak beraja.

-beliau dengan angkatan tenteranya berangkat ke negeri Kedah untuk merampas kekuasaan.

-manakala Raja Benua Siam telah mengarahkan kepada menteri Kelaham untuk datang ke negeri Kedah untuk menabalkan nama raja baru negeri KEdah.

-di sebuah padang di barat negeri Lagor, angkatan menteri Kelaham telah bertembung dengan angkatan Raja Kelana Hitam.

-maka menteri Kelaham memerintahkan Raja Kelana Hitam kembali ke negerinya, namun Raja Kelana Hitam tidak mahu dan mahu berperang.

-lalu terjadilah peperangan antara angkatan menteri KElaham dan Raja Kelana Hitam. Sewaktu peperangan berlaku , angkatan Menteri Kelaham mendapat bantuan dari Kerajaan negeri Ligor.

-Angkatan Raja Kelana Hitam kalah dan ditawan lalu dikirimkan ke negeri Siam.


Kedah di bawah pemerintahan Pra' Ong Mahapudisat

-Setelah itu, menteri Kelaham berangkat ke negeri KEdah, sewaktu beliau sampai, menteri ke empat dan Rajanya sedang mengorek Sungai Kuala Muda.

-Raja Kelaham mengajarkan Raja Pra' Ong Mahapudisat dengan adat istiadat dan tertib-tertib yang baik.

-Raja Pra' Ong Mahapudisat mengambil sebatang Buloh Betong dan dibawa ke istana.

-Raja Pra' Ong Mahapudisat mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Raja Pra' Ong Mahawangsa.

-pada suatu hari, buloh betung itu pun pecah dan keluar dari dalamnya seorang budak lelaki dan diberi nama Raja Buloh Betung.

-Raja Pra' Ong Mahapudisat membuat kota di bukit Meriam berdekatan dengan sungai Dedap.

-pada suatu masa selepas banjir besar, Raja Perempuan melihat buih terapung di sungai, lalu di dalamnya ada seorang budak perempuan dan diberi nama Puteri Seluang.

-menteri ke empat meninggal dan digantikan pula oleh anak-anak mereka.

-Raja Buloh Betung dikahwinkan dengan Puteri Seluang.

-Raja Perempuan meninggal.

-Raja Buloh Betung diperintahkan untuk membuka negeri di sebelah timur.

-Raja Pra' Ong Mahapudisat meninggal dan diganti oleh anak beliau Raja Pra' Ong Mahawangsa.

-Raja Pra' Ong Mahawangsa ini gemar minum arak.


Sheikh Abdullah mengembara dengan Penghulu Iblis


-Sheikh Abdullah Yamani adalah anak murid kepada Sheikh Abdullah Baghdadi. Beliau ingin mengetahui bagaimana Iblis membuat kerja. Maka Sheikh Abdullah Yamani telah meminta izin kepada gurunya untuk bertemu dengan Iblis. Beliau telah bertemu dengan Iblis di sebuah padang. Dalam perjalanan bersama Iblis ini, Sheikh Abdullah telah melihat pelbagai muslihat dan hasutan Iblis kepada manusia untuk menyesatkan manusia tersebut.

Al-Kisahnya 1 - Di sebuah kampung terdapat dua puak yang berebut tanah dan dusun, lalu dihasut oleh syaitan Iblis ini sehingga habislah berbunuhan.

Al-Kisahnya 2 - Di sebuah tempat perdagangan lalu di kencingnya Iblis ke atas barang-barang yang cair tidak bertutup.

Al-Kisahnya 3 - Seorang wanita cantik telah digoda Iblis untuk membuka auratnya lalu ditolaknya seorang lelaki kepada wanita tersebut, lalu lelaki tersebut bergurau senda dengan wanita itu sehinggakan suami wanita itu marah lalu berkelahi dengan lelaki tersebut.

Al-Kisahnya 4 - Iblis singgah di tempat orang berjudi, lalu dihasutnya orang yang berjudi agar berjudi sehingga habis hartanya lalu berhutang. Maka berlaku tidak puas hati lalu terjadilah perkelahian sehingga membawa kepada pembunuhan.

Al-Kisahnya 5 - Iblis telah pergi ke tempat di mana peniaga yang menipu timbangan, maka telah diketahui oleh si pembeli, lalu terjadilah perselisihan dan akhirnya peniaga itu telah dibunuh oleh pembeli tersebut. Manakala kaum kerabat si penjual tadi telah membalas dendam dan akhirnya berlakulah pertumpahan darah yang ramai, Begitulah kesudahan orang yang tamak haloba.

Al-Kisahnya 6 - Iblis sampai ke tempat pencuri menyembunyikan diri di dalam hutan. Pencuri-pencuri itu telah menimbunkan harta di dalam hutan itu. Apabila sampai masa untuk pembahagian telah terjadi tidak puashati dan sangka buruk antara mereka atas asbab hasutan Iblis tadi sehingga pencuri-pencuri itu semua berbunuhan dan akhirnya mereka semua mati.

Al-Kisahnya 7 - Iblis pergi ke masjidnya iaitu tempat orang menjual candu dan berjudi. Di situ ramai orang menghisap candu dan berjudi.

Al-Kisahnya 8 - Iblis bertemu pula dengan beberapa orang perempuan muda lalu Iblis menghasut mereka melakukan kejahatan.

Al-Kisahnya 9 - Iblis sampai ke sebuah kampung di mana ada seorang menteri yang sangat zalim, Lalu ada orang bertanyakan hukum tentang harta yang dirampas, dusun dan lain-lain. Lalu Iblis telah menghasut khadi di situ agar memerintahkan orang itu mengumpulkan segala harta tersebut dan bawa kepadanya. Tetapi tersebut tidak menjatuhkan hukum, Maka ditunggu oleh orang tersebut sehingga khadi itu masuk ke rumahnya untuk makan nasi, Lalu orang itu menyangka khadi tersebut telah menipunya dan akhirnya dia mengamuk dan membunuh khadi tersebut. Akhirnya satu kampung telah huru-hara dan musnah, Menteri itu pun tak dapat berbuat apa-apa. Itulah akibat orang yang tamak haloba.

Al-Kisahnya 10 - Iblis dan Sheikh Abdullah sampai pada satu negeri dan terdapat lima orang fakir yang tersesat di dalam hutan. Mereka membawa bekalan makanan. Maka mereka bertemu dengan sepohon kayu yang berbuah dan berbunga emas. Lalu Iblis telah meniupkan pada hati mereka agar meninggalkan bekalan mereka dan mengambil emas tersebut. Lalu mereka berlima pun disesatkan kesemua mereka.

Al-Kisahnya 11 - Iblis bertemu dengan seorang bertapa. Lalu Iblis telah menampakkan dirinya sebagai seorang Sheikh yang berjubah hijau serta membawa sebiji buah delima. Lalu dikatakan kepada orang itu bahawa dialah yang akan mengabulkan segala kehendak hatinya. Maka diambil biji delima tersebut dan dimakan, maka dengan serta merta orang itu menjadi gila.

Al-Kisahnya 12 - Iblis pergi ke sebuah negeri dan sampai ke sebuah madrasah. Tempat budak-budak mengaji. Lalu Iblis telah menghasut budak-budak itu dengan kejahatan, sehingga tidak mahu mengaji hanya main-main. Akhirnya ada yang dirotan, maka budak-budak itu mengadu kepada ibu-bapa mereka, sehingga ibu-bapa mereka tidak menghantar mereka untuk mengaji. Bagi yang mahu mengaji, diperintahkan oleh gurunya untuk menebang kayu, ada yang jatuh lalu diberitahu kepada ibu-bapanya bahawa mereka disuruh bekerja, akhirnya budak-budak itu dilarang utnuk berguru dengan buru tersebut. Ada pula yang dihasut oleh Iblis dilalaikan dengan permainan, anak beranak seingga terlupa makan dan minum. Maka Iblis sangat suka, "Itulah pengajian yang sempurna agar dapat membawa sekalian manusia ke dalam neraka jahannam".

Al-Kisahnya 13 - Maka sampailah kepada seorang yang sedang bunting pertama dan suaminya juga tidak pernah ada anak, maka suami isteri itu sangat gembira. Lalu Iblis telah mendatangkan satu mimpi kepada si suami iaitu bagaimana cara untuk mendapat seorang isteri lagi selama tiga malam berturut-turut. Apabila diperbuat oe;h si suami mengikut di dalam mimpinya, maka akhirnya sang isteri mati, sang suami tidak mendapat apa-apa kerana telah ditangkap dn di hukum.

Al-Kisahnya 14 - Iblis pergi pula kepada 'mesjidnya' dan di mana ada orang yang berlaga kerbau, bermain wayang dan berjudi. Maka Iblis telah meniupkan pada hati orang-orang di kawasan itu agar datang ke tempat tersebut sehingga dilalaikan dan meninggalkan segala apa yang telah diwajibkan kepada mereka.

Al-Kisahnya 15 - Iblis masuk ke sebuah kampung dan pergi ke dalam sebuah rumah yang besar kepunyaan seorang saudagar. Beliau beristeri empat dan bergundik pun empat juga. Jika tidur, saudagar tersebut akan tidur dengan ke empat perempuannya. Maka telah dihasut oleh Iblis agar kelapan-lapan perempuan itu agar mematikan nafsu syahwat saudagar tersebut, maka perempuan=perempuan itu teloah melakukan apa yang Iblis bisikan kepadanya sehingga saudagar tersebut hilang keupayaan syahwatnya. Akhirnya perempuan-perempuan itu membuat kejahatan dengan orang lain.

Al-Kisahnya 16 -  Iblis pergi pula kepada seorang saudagar yang lain, tetapi saudagar ini hanya mempunyai seorang isteri sahaja dan tidak punyai anak. Maka telah datang seseorang menjual perempuan yang cantik rupanya, putih kuning tetapi ada juling matanya. Kawan saudagar itu menasehatkan agar tidak membeli wanita tersebut kerana wanita ini akhirnya akan membuat kejahatan. Namun saudagar itu terus membeli perempuan tersebut dan diberikan tugas menjaga hartanya. Lalu perempuan telah membuat fitnah dan hasutan kepada isteri saudagar tersebut sehingga akhirnya, saudagar tersebut membunuh isterinya. Lalu datanglah sanak saudara isteri saudagar tersebut dan membunuh saudagar tersebut. Maka harta yang bertimbun-timbun itu menjadi milik orang lain.

Al-Kisahnya 17 - Iblis pergi ke sebuah kota raja bertentangan dengan laut, bertemu dengan negeri Raja Kamishtur. Raja Kamishtur itu mempunyai seorang puteri yang cantik, telah ramai raja yang meminang puteri tersebut, namun kesemuanya ditolah oleh Raja Kamishtur. Maka timbul kemarahan pada raja-raja tersebut dan mereka merancang untuk memerangi Raja Kamishtur. Raja-raja tersebut ialah Raja Kishar Alan, Raja Pekerma Dewa dan Raja Usul 'Alan. Ketiga-tiga raja tersebut merancang untuk menyerang Raja Kamishtur dan berhajat untuk merampas puterinya. Iblis telah masuk kepada berhala Raja Kamishtur dan memberikan khabar bahaw ada tiga raja yang akan menyerang negerinya. Raja Kamishtur membuat persiapan untuk menghadapi musuhnya. Sewaktu peperangan berlaku, maka puteri Raja Kamishtur tersebut telah mendapat kecelakaan, tertusuk kedua belah matanya dan patah kaki kirinya. Peperangan berlarutan sehingga hancur istana Raka Kamishtur dan ramai tentera kedua belah pihak mati. Itulah hasil kerja Iblis kepada orang yang menduakan Allah s.w.t, takabbur dan ria' pada harta dunia.

Al-Kisahnya 18 - Iblis pergi pula ke kota raja-raja di tepi laut, di situ banyak perahu belayar. Lalu Iblis telah meniupkan kejahatan kepada Raja Peranggi Dewa Molek yng jahat agar merampas kesemua perahu yang belayar. Akhirnya, terjadi peperangan antara raja-raja tersebut dan terlalu ramai yang terbunuh berbanding yang hidup.

Raja dan Rakyat Kedah memeluk Agama Islam

-setelah itu, Iblis dan Sheikh Abdullah sampai ke istana Raja Pra' Ong Mahawangsa. Diperhatikan oleh Sheikh Abdullah, bahawa Raja tersebut suka minum arak, bangun tidur sahaja terus minum arak.

-maka apabila raja tersebut menuangkan arak ke dalam cawannya, Iblis pun kencing ke dalam cawan tersebut, sehinggakan lebih banyak kencingnya berbanding araknya.

-melihat kelakuan Iblis tersebut, maka Sheikh Abdullah terus menegur kelakuan Iblis tersebut, oleh kerana Sheikh Abdullah telah melanggar perjanjian dengan Iblis tersebut, maka Sheikh Abdullah pun tidak boleh ghaib lagi.

-lalu Raja Pra' Ong Mahawangsa dapat melihat Sheikh Abdullah.

-Raja Pra' Ong Mahawangsa memeluk agama Islam dan menukar namanya dengan Sultan Mudzafal Shah.

-maka menteri dan rakyat Kedah memeluk agama Islam dan semua rumah-rumah berhala dirobohkan dan masjid didirikan.

-Sheikh Abdullah mengajarkan agama Islam kepada Sultan dan rakyat negeri Kedah.



No comments:

Post a Comment