ads ads ads ads ads ads ads

Thursday, May 22, 2014

SEJARAH KONFRONTASI INDONESIA-MALAYSIA (1962-1966)

Salam dan bersua lagi diarena ini hehe, kali ini ingin dikongsikan satu garapan daripada Borneo Oracle mengenai konfrontasi indonesia-malaysia yang mana perbincangan kali ini banyak menjerumus kearah borneo , sama-sama kita enjoy the reading hehe 

Di dalam kita mengenang kedudukan Gagasan Malaysia suatu waktu dahulu, adalah tidak wajar jika kita tidak mengenali satu perang yang dikatakan sebagai SATU PERANG YANG TIDAK PERLU iaitu satu sejarah perang yang melibatkan Gagasan Malaysia dengan negara jiran tetangganya. Semuanya adalah kerana terdapatnya anasir yang tidak menyetujui pembentukan Gagasan Malaysia itu sendiri. Untuk kali ini Borneo Oracle akan memberi ruang informasi tentang satu sejarah perang yang berlaku suatu waktu dahulu yang dikenali sebagai Konfrontasi Indonesia Malaysia 1962 – 1966.



Konfrontasi Indonesia-Malaysia merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Pada 1961, Kalimantan dibahagikan kepada empat pentadbiran. Kalimantan, sebuah negeri milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan Kerajaan Brunei dan dua negeri dibawah pentadbiran British; Sarawak dan Borneo Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagai Sabah. Sebagai bahagian dari pengunduran dari pentadbirannya di Asia Tenggara, British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia, Presiden Soekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah negara boneka rekaan British, dan penubuhan Gagasan Malaysia hanya akan memberikan pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini, sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia. Filipina juga membuat dakwaan atas Sabah, dengan alasan negeri itu mempunyai hubungan sejarah dengan Filipina melalui Kesultanan Sulu.

Di Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada 8 Disember 1962. Mereka melakukan cubaan menculik Sultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan ketenteraan British, Persekutuan Malaysia dan Gurkha dari Singapura. Pada 16 Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Command) menyeru bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada 17 April 1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir.

Filipina dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Gagasan Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapai konflik membuat pilihan dalam dalam satu pungutan suara yang dikelolakan oleh PBB. Soekarno pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Gagasan Malaysia yang mana Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu yang mengilhamkan Gagasan Malaysia. Namun sikap kerajaan Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan Negara Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Sukarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’ pada awal 1963. Konfrontasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang kata-kata menjadi konfrontasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Gagasan Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Suruhanjaya PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.

Meskipun Filipina tidak turut serta dalam kempen tersebut, namun mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Gagasam Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963. Brunei menolak gabungan dengan Malaysia dan Singapura keluar pada tahun 1965. Ketegangan berlaku di kedua belah pihak di Selat Melaka. Dua hari kemudian para perusuh membakar kedutaan Britain di Jakarta. Beratus-ratus perusuh menyerbu kedutaan Singapura di Jakarta dan juga kediaman rasmi diplomat Singapura. Di Malaysia, ejen Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Pada 12 April 1963, sukarelawan perang dan para gerila Indonesia mula bertindak menyelinap masuk ke dalam sempadan Malaysia. Ketika ini, penyelinapan dan pencerobohan masuk mula dengan menyerang Balai Polis Tebedu di Sarawak, yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada sempadan Indonesia. Tugas peyelusupan diletakkan di bawah bahu Mejar Benny Moerdani. Namun begitu serangan berjaya dipatahkan oleh Sarawak Iban Rangers, Askar Melayu dan Askar Gurkha. Pada 29 Disember 1963, gerila perang Indonesia telah melancarkan serangan mengejut ke Pos tentera di Kalabakan, Tawau, Sabah. Serangan mengejut ini dilakukan ketika anggota tentera Gagasan Malaysia sedang bersiap sedia untuk solat Isyak. Walaupun diserang hendap namun berpantang berundur, serangan tersebut ditentang habis-habisan dan menyebabkan sukarelawan perang Indonesia berundur ke sempadan mereka.

Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia termasuk Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah dan juga Sarawak Iban Rangers bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia, Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia hanya sedikit yang dikerah dan diletakkan dibahagian pos kawalan sempadan dan kawalan unit komando. Misi utama mereka adalah untuk mencegah pencerobohan gerila Indonesia ke Malaysia. Selain pasukan tentera, kerajaan Persekutuan Gagasan Malaysia turut menghantar sepasukan polis dari pelbagai cawangan untuk membantu pasukan tentera mempertahankan tanahair. Cawangan Tugas Am, Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan membuat rondaan dikampung-kampung dan dikawasan bandar. Sekatan jalanraya dengan pihak tentera dijalankan dengan ketat dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan bagi memastikan tiadanya ejen Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan kampung-kampung dengan menyamar sebagai orang awam. Cawangan Khas ditugaskan untuk membantu Kor Risik Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan dan aktiviti subversif yang dilakukan oleh tentera Indonesia, manakala Pasukan Polis Marin membantu Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan tugas rondaan diperairan negara serta Pasukan Polis Hutan diaturgerakkan bersama tentera darat memburu gerila Indonesia yang menyusup masuk ke dalam hutan.

Di sempadan Kalimantan, telah berlakunya pertempuran dikawasan sempadan; gerila Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba menceroboh Sarawak dan Sabah, tetapi gagal. Sebahagian besar pihak yang terlibat konflik bersenjata dengan Indonesia adalah askar Britain dan Australia, terutama sekali pasukan khas mereka iaitu Special Air Service(SAS). Dianggarkan, seramai 2000 komando Indonesia (Kopassus) dan 200 anggota SAS British, Australia dan New Zealand terbunuh setelah bertempur di hutan Kalimantan dengan Truper James Condon dari anggota 22 SAS British menjadi korban pertama dalam pertempuran tersebut. Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun mendarat di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor.

Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965. Sebagai memprotes pertandingan Olimpik, sukan antarabangsa yang biasanya disertai oleh seluruh negara di dunia, Soekarno turut mengadakan pula satu sukan yang dipanggil GANEFO (Games of the New Emerging Forces) yang diadakan buat julung kalinya di Senayan, Jakarta pada 10-22 November 1963. Pesta olahraga ini disertai oleh 2,250 atlet dari 48 negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500 orang wartawan asing.

Pada Januari 1965, Australia bersetuju untuk menghantar pasukan tenteranya ke Kalimantan setelah mendapat permintaan dari kerajaan Gagasan Malaysia. Tentera Australia menghantar 3 Rejimen Diraja Australia dan Rejimen Australian Special Air Service. Dianggarkan seramai empat belas ribu pasukan tentera British dan Komanwel di Australia pada ketika itu. Secara rasminya, tentera British dan Australia tidak dapat melakukan serangan melalui sempadan Indonesia. Tetapi, unit seperti Special Air Service, baik British mahupun Australia, menyusup masuk secara rahsia seperti Operasi Claret. Australia melakukan penyusupan ini pada 1966. Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya setelah kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di Malaysia gagal. Pada 28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timur Pulau Sebatik berhampiran Tawau, Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke atas kem tentera Gagasan Malaysia di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem itu berhampiran dengan balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis di situ dan berjaya mematahkan cubaan itu.

Pada 28 Mei 1966, sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, termasuk Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.

Sepanjang konfrantasi ini (1962-1966) seramai 114 askar pasukan komanwel, 36 orang awam Sarawak dan lebih daripada 590 orang askar Indonesia yang menemui ajal. Konfrontasi ini merupakan salah satu penyebab pendekatan Presiden Soekarno dengan Parti Komunis Indonesia, menjelaskan mengapa aktiviti ketenteraan Indonesia bergabung di dalam gerakan G30S/Gestok (Gerakan Satu Oktober), dan juga pada akhirnya menyebabkan PKI melakukan penculikan pemerintah tertinggi Tentera Darat.

Inilah sekelumit sejarah awal penentangan terhadap sebuah Negara yang bergelar Gagasan Malaysia yang dibentuk oleh oleh 4 buah negara yang merdeka iaitu Negara Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957), Negara Sarawak (22 Julai 1963) dan Negara North Borneo (Sabah – 31 Ogos 1963) dan Singapura yang keluar pada tahun 1965. Keempat-empat negara ini mendapat kemerdekaan daripada Kerajaan Koloni British secara langsung. Konfrantasi inilah yang menyebabkan Negara Gagasan Malaysia yang seharusnya dideklarasikan pada tanggal 31 Ogos 1963 terpaksa ditunda tarikh penubuhannya kepada 16hb September 1963. Kesemuanya bagi membolehkan segala hal-ehwal luar negara Gagasan Malaysia dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Sejarah seperti ini harus diketahui oleh setiap rakyat Malaysia lebih-lebih lagi Bangsa Sarawak di dalam mengenal letak duduknya Sarawak Bumi Kenyalang di dalam konstitusi Negara Malaysia.


~Borneo Oracle  Sarawak Bumi Kenyalang~

Saturday, May 17, 2014

BANI JAWI : Teori yg Berbeda

Salam Semua, baru-baru ni sewaktu jam di dinding opis ku menunjukkan hampir ke jam 5.30. Maka aku bergitu terkinja2 hehe untuk pulang. Namun secara tiba-tiba rakan ku membangkitkan isu ustaz don ditegur Wardina. Hangat satu bilik dah upe forum perdana. Rakan ku ni bercerita panjang lebar sehingga beliau mengeluarkan ayat “tu belom lagi kalau bincang pasal teori Melayu dari the lost Tribe” aku pon seraya menyampuk crosskan reference ngn Kaum Mormons. Tiba-tiba Si rex dengan gaya k-pop nye berkata “pe lagi wat entry kt blog haha”. Rentetan dari itulah perkongsian kali ini menjerumus kearah itu.


Sebelum itu dikongsikan Video ustaz Don yang menjawab kembali tomahan2 kepada beliau :


Sebenarnya sudah terlalu banyak dan pelbagai teori dah dikeluarkan dan dikongsikan di dunia maya ni mengenai melayu from the lost tribe nie heheh . Oleh itu arini pihak kami hanya ingin menyentuh beberapa teori shj yang mana mungkin bagi sesetengah org ini tipu mistik dah bermacam-macam lagi. Harus diingat ini hanyalah teori, betol dan salah belom lagi dibuktikan. Bukalah minda untuk membaca andai rasa tak mampu buka minda, baiklah kiranya anda hentikan bacaan anda sampai di sini shj.



Dimulakan, dari satu kajian daripada Indonesia mendedahkah didalam  Mitologi dari Jawa diceritakan bahawa salah satu leluhur Bangsa Sunda iaitu Jawa adalah "Batara Brahma" atau Sri Maharaja Sunda, yang bermukim di Gunung Mahera. Selain itu, nama Batara Brahma, juga terdapat di dalam silsilah Babad Tanah Jawi (Manuskrip salasilah Jawa). Di dalam manuskrip itu, bermula dari Nabi Adam yang berputera Nabi Syits, kemudian Nabi Syits menurunkan Sang Hyang Nur Cahaya, yang menurunkan Sang Hyang Nur Rasa. Sang Hyang Nur Rasa kemudian menurunkan Sang Hyang Wenang, yang menurunkan Sang Hyang Tunggal. Dan Sang Hyang Tunggal, kemudian menurunkan Batara Guru, yang menurunkan Batara Brahma. Berdasarkan pemahaman dari naskah-naskah kuno bangsa Jawa, Batara Brahma merupakan leluhur dari raja-raja di tanah Jawa. Di dalam Kitab ‘al-Kamil fi al-Tarikh‘ tulisan Ibnu Athir, menyatakan bahwa Bani Jawi (yang di dalamnya termasuk Bangsa Sunda, Jawa, Melayu Sumatera, Bugis… dsb), adalah keturunan Nabi Ibrahim.

Siapakah Ibn al-Athir ??, Ibn al-Athir merupakan ahli sejarah Arab pada abad ke-6-7H/12-13M. Ibn al-Athir mempunyai kelebihan tertentu sehingga digelar al-Athir kerana kebolehannya dalam bidang sejarah dan beliau terkenal dengan karya sejarahnya yang berjudul al-Kamil fi al-Tarikh. Ibn al-Athir pernah menyertai tentera Salah al-Din bagi menentang tentera Kristian (Salib) ketika usianya 28 tahun. Beliau menjadi pakar dalam sejarah kerana beliau menghafaz sejarah awal dan sejarah yang terkemudian ketika itu. Malah beliau juga adalah ketua dalam menghafaz hadith dan pengetahuannya meliputi yang berkaitan dengan bangsa Arab, hari-hari kebesaran mereka dan sebagainya sehinggakan beliau begitu rapat dengan sultan dan masyarakat malah beliau turut dikenali dengan kebaikan, kemuliaan akhlak dan sifat tawaduknya. Oleh itu info daripada kitab ‘al-Kamil fi al-Tarikh’ oleh dijadikan rujukan yang tepat.

Bani Jawi daripada keturunan Nabi Ibrahim, seakan hampir tepat apabila baru-baru ini, dari penelitian seorang Profesor Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), di dalam darah DNA Melayu, terdapat 27% Variant Mediterranaen (merupakan DNA bangsa-bangsa EURO-Semitik).Variant Mediterranaen sendiri terdapat juga di dalam DNA keturunan Nabi Ibrahim yang lain, seperti pada bangsa Arab dan Bani Israil.




Sememangnya ini masih lagi diperingkat teori dan masih tiada bukti. Mencari tidak salah namun kebenaran perluakan pengobarnan. Teori seterusnya ialah berkisar kepada Metologi JAWA yang mana Brahma yang disebut didalam manuskrip itu dikatakan adalah Nabi Ibrahim
Sebelum itu apakah itu Bani Jawi, siapakah Bani jawi?. Bani jawi ini adalah sebutan yg diberikan orang2 arab sejak zaman dulu untuk menyebutkan orang2 islam yg berasal dari Nusantara atau Asia Tenggara. jadi bani jawi tidak merujuk pada suku jawa saja tetapi juga semua ras keturunan melayu di Asia Tenggara(perkara yang sama disebut oleh Ibn al-Athir)

Selalu kta mendengar malahan menggunakan perkataan-perkataan dibawah:

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang Melayu @ jawi zaman berzaman.

Namun pernah tak kita fikirkan kenapa jawi? Kenapa tiada dalam lipatan sejarah mengenai definisi jawi. Contoh paling mudah Tulisan jawi kenapa kita memangil tulisan jawi sedang kita orang melayu. Andai disembunyikan kenyataan disebalik kesemua persoalan ini, mengapa ia disembunyikan??. Satu persoalan yang baik  namun jawapannya bukanlah diepisod kali ini.

Berikut adalah sorotan yang lain daripada penulisan anak Indonesia, kajian yang menarik untuk direnungi:


Brahma adalah Nabi Ibrahim

Mitos atau Legenda, terkadang merupakan peristiwa sejarah. Akan tetapi, peristiwa tersebut menjadi kabur, ketika kejadiannya di lebih-lebihkan dari kenyataan yang ada.

Mitos Brahma sebagai leluhur bangsa-bangsa di Nusantara, boleh jadi merupakan peristiwa sejarah, yakni mengenai kedatangan Nabi Ibrahim untuk berdakwah, dimana kemudian beliau beristeri Siti Qanturah (Qatura/Keturah), yang kelak akan menjadi leluhur Bani Jawi (Melayu Deutro). Dan kita telah sama pahami bahwa, Nabi Ibrahim berasal dari bangsa ‘Ibriyah, kata ‘Ibriyah berasal dari ‘ain, ba, ra atau ‘abara yang berarti menyeberang. Nama Ibra-him (alif ba ra-ha ya mim), merupakan asal dari nama Brahma (ba ra-ha mim).

Bagi mengetahui siapakahh Keturah, dari manakah dia hadir dan bagaimana Keturah dikatakan berasal dari kawasan Nusantara, para pembaca boleh menjenguk kembali entry sblum ini

Beberapa fakta yang menunjukkan bahwa Brahma yang terdapat di dalam Mitologi Jawa adalah Nabi Ibrahim, di antaranya :

1. Nabi Ibrahim memiliki isteri bernama Sara, sementara Brahma pasangannya bernama Saraswati.

2. Nabi Ibrahim hampir mengorbankan anak sulungnya yang bernama Ismail, sementara Brahma terhadap anak sulungnya yang bernama Atharva (Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali).

3. Brahma adalah perlambang Monotheisme, yaitu keyakinan kepada Tuhan Yang Esa (Brahman), sementara Nabi Ibrahim adalah Rasul yang mengajarkan ke-ESA-an ALLAH.
Ajaran Monotheisme di dalam Kitab Veda, antara lain :

Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia yg berhak disembah

Yajurveda Ch. 40 V. 8 menyatakan bahwa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci

Atharvaveda Bk. 20 Hymn 58 V. 3 menyatakan bahwa sungguh Tuhan itu Maha Besar

Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan

Rigveda Bk. 1 Hymn 1 V. 1 menyebutkan : kami tidak menyembah kecuali Tuhan yg satu

Rigveda Bk. 6 Hymn 45 V. 6 menyebutkan “sembahlah Dia saja, Tuhan yang sesungguhnya”

Dalam Brahama Sutra disebutkan : “Hanya ada satu Tuhan, tidak ada yg kedua. Tuhan tidak berbilang sama sekali”. Ajaran Monotheisme di dalam Veda, pada mulanya berasal dari Brahma (Nabi Ibrahim). Jadi makna awal dari Brahma bukanlah Pencipta, melainkan pembawa ajaran dari yang Maha Pencipta.

4. Nabi Ibrahim mendirikan Baitullah (Ka'bah) di Bakkah (Makkah), sementara Brahma membangun rumah Tuhan, agar Tuhan di ingat di sana (Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali).

Bahkan secara teperinci, kitab Veda menceritakan tentang bangunan tersebut :

Tempat kediaman malaikat ini, mempunyai delapan putaran dan sembilan pintu... (Atharva Veda 10:2:31)

Kitab Veda memberi gambaran sebenarnya tentang Ka'bah yang didirikan Nabi Ibrahim.Makna delapan putaran adalah delapan garis alami yang mengitari wilayah Bakkah, diantara perbukitan, yaitu Jabl Khalij, Jabl Kaikan, Jabl Hindi, Jabl Lala, Jabl Kada, Jabl Hadida, Jabl Abi Qabes dan Jabl Umar.Sementara sembilan pintu terdiri dari : Bab Ibrahim, Bab al Vida, Bab al Safa, Bab Ali, Bab Abbas, Bab al Nabi, Bab al Salam, Bab al Ziarat dan Bab al Haram.

Monotheisme Ibrahim*

Peninggalan Nabi Ibrahim, sebagai Rasul pembawa ajaran Monotheisme, jejaknya masih dapat terlihat pada keyakinan suku Jawa, yang merupakan suku terbesar dari Bani Jawi. Suku Jawa sudah sejak dahulu, mereka menganut monotheisme, seperti keyakinan adanya Sang Hyang Widhi atau Sangkan Paraning Dumadi.

Selain suku Jawa, pemahaman monotheisme juga terdapat di dalam masyarakat Sunda Kuno. Hal ini bisa kita jumpai pada Keyakinan Sunda Wiwitan. Mereka meyakini adanya 'Allah Yang Maha Kuasa', yang dilambangkan dengan ucapan bahasa 'Nu Ngersakeun' atau disebut juga 'Sang Hyang Keresa'.

Dengan demikian, adalah sangat wajar jika kemudian majoritas Bani Jawi (khususnya masyarakat Jawa) menerima Islam sebagai keyakinannya. Karena pada hakekatnya, Islam adalah penyempurna dari ajaran Monotheisme (Tauhid) yang di bawa oleh leluhurnya Nabi Ibrahim. Peradaban Sundaland pernah mencapai masa ke-emasan, hal ini bisa terlihat melalui usia Astronomi Jawa (Pakuwon), yang diperkirakan telah berusia 17.000 tahun lebih 

Jika diteliti daripada kenyataan pengkaji indonesia diatas persoalan yang sama timbul iaitu mengapa orang Melayu Nusantara (Jawi) dengan rela hati tanpa paksaan menukar agamanya serentak sebaik sahaja diperkenalkan Islam. Contoh terbaik adalah keadaan di Pulau Jawa, raja dan rakyat telah mengenepikan agama Buddha atau Hindu dan beramai-ramai memeluk Islam. Umpama ada sesuatu yang misteri , satu rahsia yang berkaitan membolehkan mereka rela hati menukar agama tanpa sebarang pertumpahan darah sedangkan Ketaatan anutan mereka terhadap agama terdahulu bukanlah calang-calang contoh terdekat adalah Candi Borobudur.


Tiada lagi penganut Buddha dan Hindu. semuanya memilih Islam. Kehilangan terus pengaruh Buddha di Indonesia juga merupakan satu bukti bahawa umat Jawi ini sentiasa memilih agama yang “benar”. Ia menjadi misteri kepada pengkaji sejarah. Keanehan ini tentulah mempunyai sebab musababnya selain daripada pertolongan Allah swt.  Kita harus melihat agama Hindu dan Buddha yang menjadi agama rasmi mereka sebelum ini. Mereka bukan penganut membabi buta. Mereka bangsa yang bertamaddun. Agama mereka bukanlah agama Hindu dan Buddha yang ada pada hari ini, agama mereka sebenarnya adalah agama “Haniff” yang dibawa oleh Utusan Allah.

Baiklah didalm kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir diceritakan satu kisah yang mana berkairapat dengan nusantara, dan ini boleh dijadikan satu rujukan kepada Teori yang nyatakan diatas. Berikut Kisahnya:

Anak-anak nabi Ibrahim dari Siti Qanturah/Keturah(dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim tadi dengan perasaan sedih dan berkata "Wahai bapa kami, tidak adakah dari kalangan kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat kedudukan kami jauh daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti saudara-saudara kami dari nabi Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas mereka dengan diutuskan ramai rasul di kalangan mereka." Nabi Ibrahim mendiamkan diri kerana Jibril masih tidak menurunkan wahyu mengenai anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang digelar Jawi itu. Perasaan sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan begitu lama oleh kerana semua berita dari suhuf Ibrahim banyak mengisahkan tentang Ishak, Yaakub dan anak cucu mereka yang memiliki mertabat Rasul Pilihan. Begitu juga mengenai Ismail yang akan lahir dari keturunannya seorang Nabi dan Rasul Pilihan Allah, penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan bangsanya yang dimuliakan.

Nabi Ibrahim sering berdoa demi mendengar pengaduan anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka "Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa." Begitulah sayu doa nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang dan memberi perkhabaran "Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya atau pun rasul."

Perasaan gembira nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim "Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu ke serahkan tugasku ini."

Dikhabarkan bahawa nabi Ibrahim a.s. telah pergi berdakwah ke Tibet dan Burma selama 9 tahun meninggalkan anak yang masih kecil Ismail bersama ibunya Siti Hajar di suatu padang pasir yang tandus. Apabila kembali kerana diperintahkan oleh Allah baginda melihat anaknya sudah besar berumur 9 tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari kesan tumit kaki nabi Ismail yang dinamakan telaga Zamzam. 

Bukalah minda lapangkanlah dada, dan sehingga kini Teori Bani Jawi ini masih kekal sebagai Teori. Tidak perlu untuk kita menyalahkan sesiapa tidak perlu untuk kita mengutuk. Yang mana baca dan paham simpan didada, yang mana baca dan rasa ini salah simpan biar berakal. Jawi atau tidak kita biar nanti masa yang menentukan tapi Melayu itu hebat sudah byak bukti2 nya. Bukan untuk membangga pada sejarah asal usul kita tp tanpa mengenal asal usul kita. kita masih tiada berjati Diri. Ingatlah ada tiga cara untuk menjajah dan mejarah sesebuah bangsa satu daripadanya adalah kaburkan sejarah bangsa tersebut dan umpama daripada kenyataan itu Melayu telah menjadi mangsa. renung-renungkanlah Muga bermanfaat. 

References
http://zam-zzzzzzzzzz.blogspot.com
http://padukabanijawisedunia.blogspot.com/
Pelbagai lagi rujukan lain 

Tuesday, May 13, 2014

ERA EMAS BOLASEPAK NEGARA DIPERTIKAIKAN



Benarkah Dekad 70-an Zaman Emas Bolasepak?
“Dulu zaman Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, bolasepak Malaysia hebat tak macam hari ini.”




Itulah ayat cliche yang wajib kedengaran daripada mulut golongan pakcik-pakcik dan abang-abang setiap kali menyampuk perbualan anak-anak muda mengenai bolasepak Malaysia hari ini. Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun. Kalau hendak tambah sedap, petiklah nama Santokh Singh, R. Arumugam atau mana-mana lagi pemain era 70-an yang lain. Tidak kisahlah sama ada pakcik atau abang yang mendabik dada itu memang pernah menjejakkan kaki di Stadium Merdeka, atau sekadar menonton Mokhtar Dahari beraksi di televisyen sahaja, atau mereka sendiri sebenarnyapun tidak pernah mengikuti perkembangan bolasepak semasa dekad 70-an. Mungkin mereka sekadar tahu petik nama Mokhtar Dahari atau Soh Chin Aun sahaja kerana sebenarnya pada zaman tersebut mereka masih lagi menyusu ibu atau lebih berminat main guli.

Jadi adakah benar dekad 70-an merupakan zaman emas bolasepak negara?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa satu-satunya peristiwa di mana kita bermain di Sukan Olimpik telah berlaku pada dekad 70-an: lebih tepat lagi pada tahun 1972. Selain itu, kita juga layak untuk ke Sukan Olimpik 1980 – di penghujung dekad 70-an, namun kita tidak bermain apabila memboikot edisi tersebut yang diadakan di Moscow.Prestasi terhebat pasukan era tersebut telah dipamerkan di pentas Sukan Asia. Kita berjaya merangkul pingat gangsa pada edisi 1974 di Tehran. Namun, adakah kita pernah memenangi apa-apa selain itu? Kita layak ke Piala Asia pada tahun 1976 namun kita tidak menang sebarang perlawanan. Akibatnya kita menduduki tempat ke-5 daripada hanya 6 pasukan yang bertanding. Ya, hanya 6 pasukan yang bertanding, sedikit bukan? Kita juga layak ke Piala Asia 1980 tetapi hanya berjaya menang satu perlawanan sahaja dan sekadar mendapat tempat ke-6 daripada 10 pasukan yang bertanding.

Tanpa apa-apa kejuaraan di peringkat Asia, maka adalah tidak betul untuk melabel Malaysia sebagai gergasi Asia di era 70-an. Jika ia tidak betul, maka ia satu pembohongan. Mungkin apa yang lebih tepat ialah menyatakan bahawa Malaysia MAMPU BERSAING dengan gergasi Asia pada dekad tersebut. ‘Kemampuan bersaing dengan gergasi’ dan ‘menjadi gergasi’ – ialah dua perkara yang sama sekali berbeza.Kita juga perlu menerima hakikat betapa landskap bolasepak Asia pada dekad 70-an sangat berbeza daripada zaman sekarang. Di manakah gergasi-gergasi bolasepak Asia kini, pada dekad 70-an?

Jepun (ranking pertama Asia)
1. Tidak menyertai pertandingan kelayakan acara bolasepak Sukan Olimpik daripada edisi tahun 1972, sehinggalah tahun 1996.
2. Sebelum itu telahpun merangkul pingat gangsa Olimpik 1968 di Mexico City.

Australia (ranking ke-2 Asia)
1. Tidak bertanding di Asia. Hanya menyertai AFC pada 1 Januari 2006.

Iran (ranking ke-4 Asia)
1. Bolasepak sama sekali diabaikan selepas Revolusi 1979 dan Perang Iran-Iraq (1980-88).
2. Sebelum itu menang Piala Asia 3 kali berturut-turut pada edisi 1968, 1972 dan 1976.China (ranking ke-5 Asia)
1. Menarik diri daripada keahlian FIFA pada 1958 sebelum menyertai semula pada tahun 1979.

Uzbekistan (ranking ke-6 Asia)
1. Masih lagi sebahagian daripada Soviet Union.

Iraq (ranking ke-7 Asia)
1. Tempat ke-4 Piala Asia 1976. Tidak menyertai Piala Asia selepas itu sehinggalah edisi 1996.

Jordan (ranking ke-8 Asia)
1. Tidak menyertai pertandingan kelayakan Piala Dunia sebelum tahun 1986.
2. Tidak menyertai Piala Asia daripada tahun 1976 sehingga 1980.

Arab Saudi (ranking ke-9 Asia)
1. Tidak menyertai Piala Asia daripada tahun 1956 sehinggalah 1972.
2. Menarik diri daripada Piala Asia 1976.
3. Tidak menyertai pertandingan kelayakan Piala Dunia sehinggalah tahun 1978.
4. Liga bolasepak tempatan hanya mula dianjurkan pada tahun 1976.

Kuwait (ranking ke-10 Asia)
1. Tidak menyertai Piala Asia sehinggalah tahun 1972.
2. Walaupun tiada pengalaman, namun berjaya menjadi naib juara Piala Asia pada tahun 1976 sebelum menjuarai edisi 1980.

Nampaknya rata-rata kuasa besar bolasepak Asia, yang menghuni ranking 10 ke atas pada masa kini, sedang menanggung kesan akibat peperangan dan pergolakan serantau pada dekad 70-an. Ini mengakibatkan persekitaran bolasepak tempatan mereka terencat selain pemboikotan sama sekali pertandingan-pertandingan bolasepak peringkat antarabangsa.

Malah, ada daripada kalangan gergasi Asia berkenaan yang tidak menyertai apa-apa pertandingan pada era tersebut: China hanya menyertai FIFA pada akhir dekad 70-an, Australia belum berada dalam naungan AFC dan Uzbekistan sama sekali belum wujud sebagai sebuah negara.

Jika kesemua gergasi-gergasi bolasepak Asia ini aktif bersaing pada dekad 70-an, yakinkah kita bahawa ‘skuad zaman emas’ masih mampu bersaing dengan mereka? Adakah ‘skuad zaman emas’ masih mampu mencapai sesuatu sekiranya Australia, China dan Uzbekistan menyertai pertandingan peringkat Asia pada era tersebut?

Adakah ‘skuad zaman emas’ masih mampu bersaing sekiranya Jepun, Iran, Iraq, Jordan dan Arab Saudi tidak menarik diri dan sebaliknya menyertai kesemua pertandingan peringkat benua Asia pada dekad 70-an?

Pada Sukan Asia 1970, ‘skuad zaman emas’ kita telah kalah dengan Myanmar (dahulu dikenali sebagai Burma) dan Kemboja (dahulu dikenali sebagai Republik Khmer). Pada Sukan Asia 1978, ‘skuad zaman emas’ kita dilaukkan oleh China 7-1. Kita, gergasi bolasepak Asia? Mungkin kita hanya boleh menjadi gergasi Asia pada zaman di mana ‘gergasi-gergasi’ bolasepak Asia yang lain ialah Myanmar dan Kemboja.Kita juga perlu terima hakikat bahawa pada dekad 60-an dan 70-an kita bukanpun wakil terbaik ASEAN di peringkat benua. Tatkala kita tidak pernah melangkah jauh dalam Piala Asia, Myanmar pernah menjadi naib juara Piala Asia pada tahun 1968. Malah Myanmar pernah merangkul pingat emas Sukan Asia dua kali berturut-turut pada tahun 1966 dan 1970.

Ketika negara-negara Asia lain masih terkial-kial untuk mengenali apa itu bolasepak, dua bekas koloni British yang menerima manfaat pendedahan awal daripada penjajah mereka: Myanmar dan Malaysia, telah mencuri kesempatan untuk menguasai arena bolasepak Asia yang masih mentah.
Kesempatan itu bagaimanapun, tidak akan kekal buat selama-lamanya. Kesempatan itu telah datang, dan kesempatan itu juga telah pergi. Namun, Myanmar sempat juga menjuarai pertandingan di peringkat benua Asia.

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Jadi abang-abang dan pakcik-pakcik sekalian, mungkinkah lebih tepat sekiranya kita menganggap Myanmar sebagai pasukan yang lebih hebat daripada Malaysia pada era tersebut?

Atau adakah mereka sekadar bernasib baik?





kredit Group FB Sembang BOLA Global

Saturday, May 10, 2014

Pulau Nangka: Syiling Emas???


Tak sabar sebenarnya menunggu apa keputusan daripada pihak yang menjalankan aktiviti mencari harta karun di pulau nangka tatkala kontrak mereka bakal tamat pada jam 12.00, 30 April 2014. Sedang ketiadaan berita pada siang harinya, pada mlm nya waktu semakin menhampiri jam 11 masih tiada lagi khabar berita, maka aku pikirkan betollah emas tu mmg tkleh nk dikuarkan. Tibe2 je ada dua keping syiling emas Sultan Melaka dikatakan Berjaya ditemui. Syiling pertama ditemui pada jam 11.15 malam dan syiling kedua pada jam 11.30 malam.

“Menurut Sinar Harian, 2 Mei 2014, Pengarah syarikat terbabit, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, kedua-dua kepingan itu yang dipercayai syiling lama ditemui dalam keadaan dipenuhi tanah ketika pekerja terbabit sedang menggerudi tembok dinding batu setebal kira-kira lima meter. “Ia ditemui di dalam tiub alat penggerudi sebaik ditarik pekerja yang menjalankan kerja-kerja menggerudi di lokasi terbabit. Syiling pertama ditemui kira-kira 11.15 malam, manakala 15 minit selepas itu, satu lagi syiling ditemui ketika pekerja sedang keluarkan batu dari tiup penggerudi," katanya. Menurutnya, kedua-dua kepingan itu mungkin diperbuat daripada logam dan punyai campuran emas serta perak berdasarkan warnanya. Penemuan terbaharu itu sekali gus membuktikan kewujudan harta karun bernilai berbilion ringgit di pulau itu, ada kebenarannya.





Duet Syiling yang ditemui 

Persoalan mula bermain difikiran daku adakah benda ini bagai dirancang untuk memprolongkan kerja-kerja pencarian. Maka ku biarkan seketika isu ini kerana ku ber-outstation. Sekembalinya ku dr kerja outstation ku. Maka dilakukan beberapa pencarian dek tidak bekesempatan ke Melaka maka ku google je lah. Info menarik deperoleh Rupa bentuk duet syiling itu amatlah menyerupai Coin Semar. Koin Semar ini adalah umpama Medallion atau wafak dan fungsinya seakan2 duit Yasin, berasal dari Indonesia dan penggunaan lebih kepada spiritual dan digunakan didalam pelbagai ritual. Baca lagi mengenai Duet Semar. 



Sumber: MY-Koleksi

Joe Cribb pernah menceritakan mengenai Duet syiling sebegini (yasin dan Semar) didalam bukunya bertajuk "Magic coins of Java, Bali, and the Malay Peninsula" dan diterbitkan oleh British Museum. Penulisannya adalah berdasarkan duit syiling koleksi Sir Thomas Stamford Raffles yang berbentuk syiling di British Museum. Ini sedikit sebanyak memberitahu kita, pada zaman 1800an pun duit ini sudah wujud. Duit syiling Yasin ini hanyalah salah satu logam atau aloy yang dibuat untuk tujuan mistik dan digunakan sebagai tangkal & azimat (charm). Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila gambar manusia yang ada didalam duit syiling itu dikatakan menyerupai Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Ismail, Nabi Isa, Nabi Khidir dsbnya serta tahun pada duit syiling itu diletakkan tarikh-tarikh penting didalam kehidupan Nabi dan Rasul Allah tersebut.Lebih lanjut mengenai duet Yasin boleh dirujuk disni dan sini.



Duet Semar ini bukanlah diperbuat daripada Emas namun diperbuat dengan pelbagai campuran logam ini tidak termasuk yang tidak asli, logam-logam yang dicmpurkan ini yang sebanarnya dikatakan mampu membangkitkan aura dan membolehkan di khadamkan. Harga coin ini berbeda-beda sehingga kan cecah ribuan ringgit kalau bagi org yang senang kene tipu lah ehheh. Same goes to duet yasin, begitu bayak duet yasin yng tidak ori. Pendapat ini turut disuarakan oleh Ketua Menteri Melaka sendiri setelah dimaklumkan oleh pihak PERZIM, Baca disini, juga ikuti temubual dibawah he.



Selain itu Dr Mohd Nasruddin Rahman, Pengurus Besar Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) dan juga berpengalaman sebagai Kurator di Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) selama 17 tahun didalam menyatakan kepada Sinar Harian (8 Mei):

"Syiling tersebut dipercayai bukan digunakan bagi tujuan perdagangan pada zaman dahulu, sebaliknya lebih kepada wafak atau azimat. “Ia dijadikan azimat atau wafak kerana tulisan Jawa Kuno dipaparkan adalah tentang kesetiaan seseorang. “Saya yakin syiling itu berfungsi untuk ilmu pengasih kerana ciri-cirinya mampu bangkitkan aura bagi menarik kekasih serta membangkitkan rasa rindu,” katanya di sini, semalam. Menurut beliau, tulisan terukir pada syiling berkenaan membawa maksud kesetiaan seorang utusan mempertahankan amanat dipikulnya sehingga ke titisan darah terakhir. Ia lebih kepada kisah tentang utusan kesatria pendatang bernama Ajisaka yang mengawali peradapan Pulau Jawa. Mengenai ukiran gambar berunsur dewa pada syiling itu, Mohd Nasruddin berkata, ia adalah watak Semar atau dikenali sebagai Kyai Lurah Semar Badranaya. “Ia adalah tokoh paling utama dalam wayang Jawa dan Sunda,”  

Mengenai tulisan di syiling yang dikatakan bahasa Sanskrit tulisan majapahit, tidak hairan sebanarnya kerana asal duet ni sememangnya sudah lama kalau seperti yang ditulis oleh Joe Cribb. Sememangnya kalau asli duet itu telah dihasilkan mungkin 3-4 ratus tahun dahulu. Apa yang menjadi kemusykilan adalah duet semar ini boleh dibeli di Internet dengan harga yang tidak begitu tinggi dan kerana penggunaan spriritual, permintaan duet ini sudah pasti sentiasa ada. Dengan kemampuan dan pengalaman syarikat yang melakukan aktiviti mencarian td tidak mustahil mereka mempunyai ilmu dan pengetahuan mengenai duet sebegini he. Mungkin tiada bukti maka tiada yang akan pecaya oleh itu berikut antara mereka-mereka yang menjual duet semar ini heheh 


boleh juga ke sini 

Spekulasi terus hangat diperbicangkan dan biarlah ia terus dispekulasikan sbb kami pun nk gak tgk emas pulau nangka ini di bawa kuar. Bagi aku Emas or harta tu ada. Cuma milik siapa tk pasti heheh Milik sultan Melaka kah?. Ini ada sedikit pencerahan yang mana ia bukan milik Sultan terakhir Melaka boleh baca disini dan sini, apapon biarlah ia mampu menjadi sejarah buat Malaysia adakah perkara sebegini akan memudarat kan Negara kita? Akan wujud ancaman luar kah? Adakah hasil kita ini akan disedut oleh org luar seperti yang belaku di Indonesia? Yang tu sama-sama kita berdoa mohon dijauhkan heheh 

Bacaan Tambahan
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Rujukan
Malaysiacoin dan pelbagai sumber 

Tuesday, May 6, 2014

Mole People : Realiti dan Fantasi



Salam kepada para pembaca, so today sy akan berkongsi mengenai kisah the Mole Man or the Mole people. Akibat daripada permintan seorang rakan maka sy garapkanlah ssemampu dan seringkas mungkin  heheehh. Cerita the mole mengemole ini sebanrnye bermula sejak daripada tahun 2008 lagi dimana Weekly World News melapor kan NASA menjumpai Mole people ini. Ok pertamanya berikut adalah berita yang dilaporkan.. Di kopipasta kan jer.:

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya.. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

Panjang Sungguh, yelah baru cpt siap entry aku hehehe . Orait persoalan pertama adalah apakah entity WWN or Weekly World News ni. Adakah mereka brita arus perdana di US. Bila di periksa sebenarnya WWN ni seangkatan dengan The Onion namun berita mereka lebih kepada perkara-perkara pelik dan paranormal. 


 Antara Video berita daripada The Onion 

Oleh itu berita daripada WWN ni amatlah boleh dipertikaikan, berita-berita yang disampaikan boleh dikategorikan sebagai Hoax yg mana mereka ada pemgemar mereka tersendiri(betollah akhir zaman, Fitnah Berleluasa). bahkan berita daripada Fox News yang bersumber kan daripada NNW pernah diperli oleh CNN, baca disini. Jelas persoalan pertama terjawab nyata ianya hanya hoax sahaja mengenai penemuan "Mole People".

Persoalan Kedua timbul, darimana munculnya idea The Mole People ini. Bermula dengan rupa bentuk Mole Man itu sendiri. Pada tahun 1956 satu filem diterbitkan dengan tajuk The Mole People boleh ke sini untuk melihat synopsisi cerita itu.



Cuba kita lihat perhatikan, boleh dikatan Hoax news mengambil dan menggunakan bentuk rupa daripada cerita ini untuk memgambarkan Mole People itu. Maka disini amalah nampak bertapa tidak tepatnya sumber yang dipandu berdasarkan sebuah cerita ber-genre Sci-Fiksyen. 


Kini kita ke persoalan ketiga dan mungkin yang terakhir, iaitu adakah wujud the MOLE PEOPLE ini didunia. Baiklah kisah The Mole People ini sebenarnya dipopularkan oleh Jennifer Toth pada tahun 1993 dengan satu buku bertajuk The Mole People: Life in the Tunnels Beneath New York City. Yang mana buku ini menceritakan kehidupan masyarakat homeless di New York city yang hidup deep under New York’s busy streets. Buku ini menjadi hit but then mengundang pelbagai controversy dan persoalan mula bermain-main difikiran masyarakat waktu itu sejauh mana kebenaran  yang ditulis oleh Jennifer dan dari mana sumber rujukan yang dia peroleh .
 




Ada juga satu buku lagi yang popular dimana menceritakan mengenai The Mole Man, but then this book entitled "The Chaos" hasil garapan David Meyer mengabungkan sesuatu yang teori dengan imaginasinya sendiri dan hasilnya sememangnya chaos.



Persoalan mengenai perkaitan the Mole People ngn Yakjud Makjud sy tingalkan kepada para pembaca untuk berfikir. Cuba telitikan sifat2 Yakjud Mahjud dengan The Mole Man fantasy ini adakah sama, ada logiknya kah ehhe. Namun dalam catatan sejarah memg ada pernah dicatatkan penemuan orang bawah tanah namun penemuan itu adlah diklasifikasi sebagai kes minoriti dan kesahihan tidak dapat dipastikan dan kesnya adalah seperti penemuan bigfoot dan haiwan langedary yang laen. Secara Konklusinya Mole People wujud secara fantasinya didalam buku-buku dan pemikiran yang menghayalakn maka secara realitinya Mole People itu ada dan merujuk kepada manusia biasa ~homosapien~  yang homeless dan hidup dibawah kota New York namun masih adakah mereka2 ini pada masa kini tidak lh pihak kami tahu. 
Jom layan WWN di FB mereka hehe.

Rujukan