Salam, dek
kerana kebosanan menuggu waktu aku deploy… aku sajikan satu etry menrik
daripada “AfterDark” namun dalam versi Melayu yang ku pinjam Ii ya pon daripada
http://akhzaman.blogspot.com/.. So
kredit semua untuk mereka hehehehe …
Segitiga
Bermuda
Segitiga Bermuda
(bahasa Inggris: Bermuda Triangle), terkadang disebut juga Segitiga Syaitan
adalah sebuah wilayah lautan di Samudra Atlantik seluas 1,5 juta batu persegi
atau 4 juta km persegi yang membentuk garis segitiga antara Bermuda, wilayah
teritorial Britania Raya sebagai titik di sebelah utara, Puerto Rico,
teritorial Amerika Syarikat sebagai titik di sebelah selatan dan Miami, negara
bahagian Florida, Amerika Serikat sebagai titik di sebelah barat.
Segitiga bermuda sangat misteri. Sering ada isu paranormal
di daerah tersebut yang menyatakan alasan dari peristiwa hilangnya kapal yang
melintasinya. Ada pula yang mengatakan bahwa sudah menjadi gejala alam bahwa
sesiapa pun tidak boleh melintasi wilayah tersebut. Bahkan ada pula yang
mengatakan bahwa itu semua akibat gangguan makhluk asing
Sejarah awal
Pada masa pelayaran Christopher Colombus, ketika
melintasi area segitiga Bermuda, salah satu awak kapalnya mengatakan melihat
“cahaya aneh berkemilau di cakrawala”. Beberapa orang mengatakan telah mengamati
sesuatu seperti meteor. Dalam catatannya ia menulis bahwa peralatan navigasi
tidak berfungsi dengan baik selama berada di kawasan tersebut.
Berbagai peristiwa kehilangan termasuk kapal-kapal besar dan kapal terbang di kawasan tersebut pertama kalinya didokumentasikan pada tahun 1951 oleh E.V.W. Jones dari majalah Associated Press. Jones menulis artikel mengenai peristiwa kehilangan misteri yang menimpa kapal terbang dan laut di kawasan tersebut dan menyebutnya ‘Segitiga Syaitan’. Hal tersebut diungkit kembali pada tahun berikutnya oleh Fate Magazine dengan artikel yang dibuat George X. Tahun 1964, Vincent Geddis menyebut area tersebut sebagai ‘Segitiga Bermuda yang mematikan’.
Berbagai peristiwa kehilangan termasuk kapal-kapal besar dan kapal terbang di kawasan tersebut pertama kalinya didokumentasikan pada tahun 1951 oleh E.V.W. Jones dari majalah Associated Press. Jones menulis artikel mengenai peristiwa kehilangan misteri yang menimpa kapal terbang dan laut di kawasan tersebut dan menyebutnya ‘Segitiga Syaitan’. Hal tersebut diungkit kembali pada tahun berikutnya oleh Fate Magazine dengan artikel yang dibuat George X. Tahun 1964, Vincent Geddis menyebut area tersebut sebagai ‘Segitiga Bermuda yang mematikan’.
Kajian dari AfterDark pula dalam artikelnya MECCA, MEDINA
& THE BERMUDA TRIANGLE menjelaskan banyak perkara yang
tidak pernah terlintas di dalam pemikiran kebanyakan orang. Biar saya ulas
sedikit tentang penulis tersebut. AfterDark mempunyai ramai rakan di kalangan
pemikir dan pemerhati fenomena global dan sering berbincang setiap isu besar
timbul. Itulah kelebihan AfterDark. Bagi saya dia juga seorang penulis yang
hebat dan mempunyai style tersendiri dalam penulisannya. Artikel yang
dikeluarkan dalam blognya banyak memberi input tambahan untuk memahami
peristiwa yang berlaku disekeliling kita.
AfterDark cekap menulis dalam kedua-dua bahasa Melayu dan
Inggeris. Namun begitu, dia lebih selesa menulis dalam bahasa Inggeris
memandangkan pembaca tulisannya dari seluruh dunia bukan sahaja dari Malaysia
dan Indonesia. Ada juga satu dua artikel yang ditulis dalam bahasa Melayu atas
sebab-sebab tertentu.
Cukuplah setakat itu.mengenai AfterDark. Dibawah ini saya paparkan
terjemahan dari arikel asal AfterDark yang pernah saya siarkan sebelum ini. dan
saya mmohon maaf jika terjemahan saya ini tidak memuaskan.
MEKAH,
MADINAH dan SEGITIGA BERMUDA: Tiga Medan Tenaga Terkuat
Kita tinggalkan
politik Malaysia untuk seketika dan melihat kepada beberapa perkara yang
kelihatan seperti karut (nampak bodoh) yang saya benar-benar suka untuk
berkongsi dengan orang-orang yang tidak keberatan membaca mengenai perkara
paranormal.
Apa yang saya ingin
berkongsi dengan anda adalah satu teori oleh sekumpulan orang (sudah tentu saya
bercakap tentang kawan-kawan saya dalam “kumpulan pemerhati” (watchers group) )
mengenai Dajjal dan medan tenagabumi.
Tetapi sebelum saya
teruskan, saya perlu jelaskan sedikit mengapa saya menulis topik ini dari sudut
pandangan sekular. Mungkin ada yang mula berfikir saya sedang menyebarkan
heresy.Eventhough, harap tidak begitu. Kami dalam Kumpulan Pemerhati (Watcher
Group) banyak membincangkan hal berkitan Dajjal / Antichrist, kami cuba cara
yang terbaik untuk membincangkan hal ini dalam persekitaran sekular. Mengapa?
Jawapannya mudah. Jika kita mula terlalu awal kemukakan Hadis dan Al-Quran
sebagai bukti untuk hujah kita, akhirnya hanya orang Islam dalam kumpulan
sahaja yang sedia mendengar idea-idea kita. Orang bukan Islam akan meninggalkan
perbincangan kerana mereka tidak akan selesa dipersembahkan dengan teks agama
pada awal perbincangan.
Mengasingkan mereka
yang bukan Islam pada peringkat awal seperti itu akan menggagalkan tujuan
dakwah. Maksud saya, bagaimana mereka dapat mendengar apa yang mahu kita
katakan jika mereka meninggalkan korum pada peringkat awal, betul? Oleh itu,
adalah satu idea yang baik memulakan topik perbincangan yang mereka rasa
selesa, dan memperlihatkan isu Dajjal ini kedengaran seperti unsur berkaitan
Sains.
Kami bermula dalam
nada sekular, maka secara beransur-ansur menaik taraf hujah kami kepada mode
agama sebelum akhirnya memuktamadkan dengan dalil dari sumber agama.
Hollywood telah
melakukan perkara serupa selama beribu tahun. Mereka sentiasa memulakan filem
dengan sesuatu yang sekular dan tidak menyakitkan hati, umpamanya bumi
dimusnahkan oleh nyalaan suria sebelum mereka perlahan-lahan menyalurkan
propaganda agama bawah sedar. Propaganda berbentuk ingatan bawah sedar
disampaikan oleh hero (watak utama filem) mengeluarkan kata-kata seperti
"Bible telah meramalkan sebelum ini .. yada yada yadai ". Dan ia
berfungsi!! Bible sentiasa kedengaran hebat dan memberangsangkan dalam filem.
Malangnya umat Islam tidak berjaya. Gagal menggunakan strategi yang lebih baik
dari mereka. Saya tertanya-tanya mengapa?
Kembali kepada apa yang mahu saya tulis. Okay,
di sini ada kuiz, ? Apakah Bermuda Triangle, Mekah dan Madinah mempunyai
persamaan?
tik tok tik tok tik tok .. Buuzzzz! ... maaf,
masa anda sudah tamat.
Adakah anda belum tahu
lagi? Ketiga-tiga tempat tersebut dikatakan mengeluarkan medan tenaga yang
sangat kuat. Segitiga Bermuda telah diketahui memancarkan medan elektromagnet
yang kuat manakala Tanah Suci dikatakan oleh Dr, Abdul Baset Sayyid telah
membebaskan tenaga radiasi yang kuat. Bukankah itu sesuatu yang menarik?
Memandangkan bahawa kebelakangan ini ada tersebar teori yang sangat menarik
tentang tempat-tempat yang berkaitan Dajjal
Setiap kali kita bercakap mengenai Dajjal,
Mekah dan Madinah, kita sudah tahu tentang satu hadith mafhumnya bahawa Dajjal
dilarang daripada memasuki dua Tanah Suci iaitu Makkah dan Madinah.. Menurut
hadith ini, tanah-tanah suci ini akan dikawal ketat oleh malaikat yang sentiasa
menghunus pedang menyekat Dajjal dari menceroboh.
Baru-baru ini, terdapat teori yang sangat
menarik tentang Dajjal dan Segitiga Bermuda. Muhammad Isa Dawud dalam bukunya
"Al-Khuyut al-Khafiyyah baina al-Masikh ad-Dajjal wa asrar Muthallath
Bermuda wa al-Atbaq at-Ta'irah" teori bahawa terdapat kerajaan rahsia yang
diperintah oleh Dajjal di Segi Tiga Bermuda.
Saya tidak
mempunyai peluang untuk membaca penuh keseluruhan buku tersebut (seseorang
boleh email versi Bahasa Inggeris atau Melayu untuk saya?) Tetapi saya sendiri
tidak dapat bersetuju pada masa ini dengan inti hujah Dawud tersebut. Maksud
saya, jika Samiri adalah Dajjal dan Dajjal adalah Samiri (Samiri ialah lelaki
misteri yang menipu bani Israel dengan anak lembu emas sebagai Tuhan palsu
semasa ketiadaan Musa as) maka kenapa Dajjal tidak memerintah dunia sejak itu?
Kedua, hujah Isa
Dawud tidak masuk akal dari perspektif hadith. Hadith dengan jelas menyatakan
bahawa dalam sepanjang waktu kehidupan Nabi Muhammad saw, Dajjal dipenjarakan
di sebuah pulau misteri dan dijaga oleh Al-Jazazah. Oleh itu, melainkan jika
Dawud kemukakan teori mengapa semasa Musa as, Dajjal adalah seorang lelaki yang
bebas dan semasa nabi Muhammad saw, Dajal tiba-tiba dirantai di sebuah pulau,
maka saya tidak dapat menimbangkan idea bahawa Samiri dan Dajjal adalah entiti
yang sama.
Ketiga, kepala
lembu jantan syaitan "Moloch" telah di angkat sebagai Tuhan sejak
zaman Sumeria lagi, sementaya replika Moloch selaku anak lembu emas hanya
diperkenalkan kepada orang-orang Yahudi pada zaman Nabi Musa as. Sekarang, kita
tahu bahawa Dajjal adalah seorang Yahudi dan ibu bapanya juga adalah orang
Yahudi. Malah, kedua-dua ibu bapa Dajjal adalah penyembah anak lembu emas sejak
sebelum Dajjal dilahirkan.
Oleh itu, garis
masa antara maklumat kedua-duanya tidak sepadan antara satu sama lain. Jika ibu
bapa Dajjal menyembah Moloch maka ini bermakna Moloch sebagai anak lembu emas
telah diperkenalkan kepada orang-orang Yahudi pada masa Dajjal. Tetapi teks
agama kita menunjukkan bahawa kali pertama orang-orang Yahudi diperkenalkan
kepada tuhan anak lembu emas itu ialah pada hari-hari awal sebelum Exodus. Oleh
itu, satu-satunya penjelasan yang waras adalah Dajjal dilahirkan selepas anak
lembu emas telah diperkenalkan oleh Samiri kepada orang-orang Yahudi dan bukan
sebelum itu. Itu sahaja sudah cukup untuk meyakinkan kita mengatakan bahawa
Dajjal dan Samiri bukanlah orang yang sama.
Walau bagaimanapun,
dari sudut pandangan sekular (teori sains moden), ada dibayangkan bahawa pulau
Dajjal adalah terletak di dalam kawasan Segitiga Bermuda. Idea saya berdasarkan
kepada fakta bahawa Bermuda Triangle terkenal kerana memancarkan medan
elektromagnet yang kuat.
Sesaorang boleh
terpenjara jika ada sesuatu yang menghalang dia daripada bebas (melepaskan
diri), betul? Dalam dunia biasa, kebiasaannya kita merujuk kepada empat
tembok-tembok yang dibina di sekeliling banduan itu untuk menghalang dia
melepaskan diri. Begitulah juga kita perlu bina dinding atau pagar untuk
menghalang sesiapa dari menceroboh ke halaman rumah kita.
Membina dinding
biasanya kaedah yang paling murah dan praktikal. Walau bagaimanapun
kadang-kadang terdapat banduan yang merbahaya, walaupun ada empat penjuru
dinding, masih lagi tidak dapat dikawal dari bergerak masuk dan keluar. Oleh
itu selain daripada mempunyai dinding, pengawal keselamatan (guards) bersenjata
sepenuhnya diletakkan di seluruh kawasan yang dikawal. Jika ada banduan yang
lebih merbahaya dari itu, memerlukan langkah lebih ketat memerlukan lebih ramai
pengawal untuk memastikan keselamatan sentiasa terjamin sepanjang masa siang
dan malam.
Fakta wujudnya
bahawa medan tenaga yang dipancarkan dari Segitiga Bermuda, Mekah dan Madinah
adalah sangat menarik jika sekiranya Segitiga itu adalah sememangnya benar
pulau Dajjal .
Teori pertama
sekular tentang perkara ini datang dari seorang warga Amerika dalam kumpulan
kami - Kumpulan Pemerhati (tentu sahaja dia juga mengetahui cerita tersebut
memandangkan cerita anak lembu emas dan kedatangan Dajjal juga telah disebut di
dalam Bible). Dia mengatakan bahawa adalah munasabah perisai elektromagnet
mampu bertindak sebagai sebuah tembok “mencegah Antichrist dari melarikan diri
dari Segitiga Bermuda". Menurut beliau, dalam bidang perubatan terdapat
sejenis penyakit yang dipanggil "neuropathic pain" yang boleh
menyebabkan kesakitan yang amat sangat bagi sesetengah orang yang mengidap
"Hipersensitivity Elektromagnetik" (EHS). Seseorang yang mengalami
Hipersensitiviti Elektromagnetik ini akan sedaya upaya berusaha menjauhkan diri
dari mesin MRI di hospital. Mereka juga akan berusaha mengelakkan diri dari
beberapa perkara-perkara biasa yang lain seperti menggunakan laluan bawah tanah
dan bercakap melalui handpone terlalu lama.
Ia adalah teori
yang menarik, tetapi masih ia belum dapat menjawab persoalan mengapa Dajjal
mampu bergerak ke semua tempat di dunia kecuali Mekah dan Madinah. Ya, kami
dapat menerima pandangan tersebut, jika sekiranya Dajjal mengalami ekstrim EHS,
apakah ada keterangan lain yang boleh menjelaskan mengapa dia tidak dapat
melepaskan diri dari kuil di Segitiga Bermuda dan tidak dapat masuk ke Mekah
dan Madinah.
Dalam usaha untuk
melerai teori Dajjal yang dapat difikirkan melalui teori sekular, katakan benar
teori Dajjal terpaksa menderita penyakit Hipersensitiviti Elektromagnetik (EHS)
yang paling teruk, dapat menghalang dia daripada memasuki Mekah dan Madinah,
tetapi kita tahu masih banyak tempat-tempat lain di dunia ini terdiri dari
kawasan bawah tanah sepertimana di New York dan juga kawasan-kawasan
berhampiran grid elektrik voltan tinggi. Jadi teori EHS tidak seiring dengan
apa yang disebut dalam hadith yang menyatakan bahawa satu-satunya tempat
terlarang ialah Mekah dan Madinah.
Tambahan lagi, jika
benar bahawa Dajjal adalah penderita EHS, tentu segala masalah yang kita hadapi
sudah pun selesai. Hanya perlu mendirikan beberapa ratus menara elektromagnet
di kawasan sekeliling dan kita akan selamat dari ancaman Dajjal. Sepertimana
yang kita tahu ia tidaklah semudah itu.
Oleh kerana rakan
Amerika dalam kumpulan tersebut (watcher group) telah kemukakan hujah,
sepatutnya ada ahli kumpulan dari kalangan orang Islam dapat kemukakan hujah
yang lebih kukuh (dipersekitaran sekular). Jika tidak, kita tentu akan malu.
Jadi, teori di bawah adalah yang terbaik dapat saya ketengahkan dalam masa
singkat (sepontan).
Pada pandangan saya
kehadiran medan elektromagnet yang kuat di tiga tempat ini sebenarnya
disebabkan oleh kehadiran besar umat antara dimensi. Oleh itu jika orang
Amerika berhujah bahawa medan magnetic itu adalah tembok (Wall), saya pula
mengatakan bahawa ia mungkin berpunca dari kesan yang terhasil dari
"pengawal keselamatan".
Mengapa saya
mengatakan begitu?
Ia adalah satu pengetahuan
yang biasa di kalangan penyiasat paranormal seperti pemburu hantu (ghost
hunters) dan seumpamanya bahawa kehadiran makhluk antara dimensi boleh
menyebabkan lonjakan mendadak bacaan elektromagnetik. Terdapat teori bahawa roh
juga sebagai makhluk antara dimensi memerlukan tenaga untuk menyatakan
kewujudan diri mereka dan meter EMF dikatakan dapat mengesan tenaga ini. Kita
selalu melihat perkara berkaitan di televisyen di mana penyiasat paranormal
sentiasa membawa bersama mereka meter EMF untuk mengukur derivatif (kadar
perubahan) di persekitaran medan magnet (termasuk mengesan kehadiran roh atau
hantu).
Hakikatnya semua
makhluk di dunia ini memancarkan tenaga, ia telah disahkan oleh saintis Rusia
yang diketuai oleh Semyon Davidovich Kirlian dan Dr. Konstantin Korotkov.
Teknik mereka, yang dikenali sebagai Teknik Kirlian dan teknik Visualisasi
Pelepasan Gas (GDV) adalah satu penemuan yang membolehkan mereka menangkap
gambaran objek melalui satu kamera khas tenaga mental dan tenaga rohani yang
berpunca dan dari individu, tumbuh-tumbuhan, cecair, serbuk, dan juga objek tidak
tidak bernyawa.
Jika benar
kehadiran makhluk antara dimensi boleh menyebabkan lonjakan tenaga
dipersekitaran, maka lonjakan sama juga boleh berlaku disebabkan oleh kehadiran
para malaikat di Mekah dan Madinah kerana malaikat juga entiti yang boleh di definisi
sebagai entiti antara dimensi (inter-dimensional).
Saya rasa tidak ada
keperluan untuk saya jelaskan apa yang membawa saya untuk mempercayai wujudnya
perhimpunan besar-besaran malaikat di Mekah dan Madinah. Maksud saya, perkataan
"Tanah Suci" itu sendiri seharusnya mencukupi untuk menyampaikan
hujah saya. Saya telah membaca dengan penuh minat artikel di
http//insanberdakwah.blogspot.com tentang makhluk antara dimensi. Artikel itu
mengatakan bahawa bilangan malaikat di dunia ini begitu besar (berganda-ganda)
berbanding bilangan manusia. Tentu nampak bodoh untuk kita menghitung dalam
bentuk bilangan (kita mungkin bercakap tentang quintillions di sini).
Harus kita ingat
bahawa para malaikat dijadikan dari Cahaya, maka menurut Heinrich Rudolf Hertz,
'cahaya' itu sendiri adalah sebahagian daripada sinaran elektromagnet dengan
pelbagai frekuensi kira-kira 405 THz kepada 790 THz. Dalam soal fizik ia
kelihatan kecil, tetapi bayangkan jika mendarabkannya dengan quintillion
sumber-sumber terdebut pada satu-satu masa dan dari sini kita mempunyai teori
mengapa Mekah dan Madinah memancarkan sejumlah tenaga besar yang amat luar
biasa.
Saya fikir ia juga
boleh diterima akal bahawa terdapat satu perhimpunan besar-besaran malaikat di
pulau di mana Dajjal dipenjarakan. Kita sedang bercakap tentang banduan imortal
yang paling merbahaya di dunia.
Jika jumlah tentera
besar-besaran yang terdiri dari para malaikat dengan pedang terhunus untuk
menghalang dia daripada memasuki Tanah Suci, maka adalah logik bilangan yang
sama juga diperlukan untuk menghalang beliau daripada melepaskan diri dari
pulau tersebut. Kita belum mengambill kira kemungkinan wujudnya
berbilion-bilion makhluk antara dimensi yang lain (yang tidak suci) berkumpul
berhampiran kawasan ini untuk mengesan banduan yang kita bicarakan ini.
Walau bagaimanapun,
teori yang saya bangunkan ini tidak disokong oleh sebarang bukti, menjadikan
artikel ini hanya sesuai untuk bacaan ringan seumpama membaca cerita fiksyen
sains yang murah sahaja. Saya kemukakan hujah ini hanya kerana ia kedengaran
seperti satu idea yang baik. Sebenarnya ia hanyalah bertujuan untuk
menyelamatkan maruah kita orang Islam pada masa perbincangan itu. Maksud saya,
jika orang Amerika itu boleh membawa teori yang menarik pada tempoh segera,
tentulah memalukan jika tidak ada umat Islam yang boleh menawarkan alternatif.
Jadi ia hanya untuk menjaga maruah ..ha ha ha ..
Sebenarnya, tiada siapa
yang pasti mengapa Mekah, Madinah dan Segitiga Bermuda memancarkan tenaga yang
besar. Kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan Dajjal, agak meyakinkan Segitiga
Bermuda adalah lokasi di mana pulau misteri itu terletak dan kelihatan seperti
satu kemungkinan yang terbaik. Kita dapati keadaan yang berlaku seolah-olah
terdapat satu kuasa misteri yang mencegah manusia daripada menghampirinya.
Bilangan kapal-kapal dan kapal terbang yang hilang agak banyak di Segitiga ini.
Seolah-olah kapal-kapal ini telah mendekati satu kawasan rahsia yang terlarang
di mana mereka telah ditenggelamkan atau ditembak jatuh untuk melindungi
rahsianya.
Terdapat teori arus
perdana yang mengatakan bahawa medan elektromagnet di Segitiga Bermuda begitu
kuat sehingga mampu menarik kapal terbang dari ruang angkasa. Ini disokong oleh
penemuan bangkai-bangkai kapal di dasar laut di sekitar kawasan tersebut.
Mendengar cerita ini, teori yang saya bangunkan tidak dapat membantu tetapi
saya teringat semula apa yang diberitahu oleh bos saya tentang perjalanannya
mengerjakan Umrah ke Mekah baru-baru ini.
Beliau menunjukkan
kepada saya satu video dimana dia dan sekumpulan penumpang lain dalam
perjalanan dengan bas di pinggir Madinah, tiba-tiba bas tersebut menjadi berat
seolah-olah ia bergerak menghala ke atas bukit. Kata beliau, ini adalah
pengalaman biasa di kalangan pengusaha bas di Madinah. Kawasan itu betul-betul
di pinggir Madinah (sempadan Tanah Haram) mempunyai reputasi enjin kereta
terpaksa bekerja lebih keras. Kelihatan seperti bas yang dipandu mengharungi
medan magnet gergasi
Satu lagi perkara
mengenai Segitiga Bermuda, mengingatkan saya tentang Tanah Suci Elixir of Life
(Fountain of Youth). Bagi orang-orang yang telah membaca artikel saya sebelum
ini "Immortals", saya telah menjelaskan di sana bahawa Elixir
merupakan motivasi sebenar di sebalik perjalanan Christopher Columbus ke New
Amerika.
Pada suatu ketika
dalam perjalanannya melalui Laut Sargasso dan Segitiga Bermuda, perkara-perkara
yang luar biasa mula berlaku. Pada bulan September 1492 kompas pelayaran
menjadi gila selama hampir sepanjang bulan dan sepanjang tempoh itu, Columbus
menyaksikan satu fenomena ganjil. Apa yang beliau sifatkan sebagai
"percikan api yang mengagumkan dari dari langit ke laut" “(marvelous branch
of fire fall from the heavens into the sea”) pada 15 September. Kemudian pada
11 Oktober, 1492 dia melihat satu lagi cahaya di ufuk yang masih tidak dapat
dijelaskan sehingga hari ini
Terdapat perdebatan
hangat dalam Internet mengenai perkara ini. Apa yang boleh menyebabkan
terpancarnya cahaya yang telah dilihat Christopher pada 11 Oktober itu. Menjadi
satu tarikan untuk mengetahui bahawa sebelum cahaya itu kelihatan, sistem
pelayaran mereka tidak berfungsi dengan teratur (menajdi gila). Ia berlaku pada
bulan September, seolah-olah seperti ada sesuatu yang menghalang mereka
daripada bergerak turus ke hadapan. Setelah mereka selamat melalui perjalanan
yang berbengkang bengkok di kawasan tersebut, satu cahaya telah muncul pada
bulan Oktober seperti ada seseorang menghantar isyarat kecemasan di langit
memberitahu mereka bahawa mereka telah terlepas sebuah pulau.
Ada pendapat yang
kukuh dalam sessi perbincangan ‘kumpulan’ (watchers group) ) ini tentang lokasi
Elixir of Life terletak, ia berada di pulau yang sama di mana Dajjal
dipenjarakan. Keadaan ini bolehlah menerangkan keadaan Dajjal (mengikut
pandangan sekular) yang kekal hidup lama (immortal) dan sebab mengapa
Christopher Columbus telah diarahkan oleh Ratu Isabella Castile untuk belayar
ke sana yang berkemungkinan pula mendengar dari Ponce de León (Ponce de León
kemudian menyertai Columbus sepanjang Voyage kedua semata-mata untuk mencari
Elixir of Life ).
Elixir of Life
adalah satu perkara yang menarik bagi saya, terutamanya saya mula terfikir
tentang sifat-sifat penyembuhan air Zam-Zam di Mekah dan kisah-kisah yang saya
dengar tentang kesan penyembuhan Tanah Suci ke atas penduduknya. Saya tidak
tahu secara peribadi sama ada cerita-cerita ini boleh disahkan (saya tidak
mempunyai wang yang cukup untuk melaksanakan Umrah lagi) tetapi ibu saya tetap
mengatakan bahawa dia berasa sangat sihat apabila dia melangkah masuk ke Tanah
Suci. Pada masa ini ibu saya sedang merancang untuk menunaikan haji kali ke 3
dengan ayah saya. Ibu saya cukup yakin bahawa sebaik sahaja kedua-duanya tiba
di Tanah Suci, masalah kesihatan ayah saya akan sembuh buat sementara waktu
sepanjang tempoh mengerjakan haji.
Riwayat mengenai
kelebihan air Zam-Zam yang memberi khasiat penyembuhan adalah seperti yang
terdapat dalam Sahih Muslim di mana (mafhumnya) Rasulullah saw (keamanan dan
rahmat daripada Allah ke atasnya) bertanya kepada Abu Zar ra, yang tinggal
berhampiran Kaabah selama empat puluh hari dan malam ia memberi tahu baginda
bahawa dia tidak makan sebarang makanan atau minuman selain daripada hanya
meminum air Zamzam: Riwayat oleh Imam Muslim, 2473)..
Ibn al-Qayyim
(mungkin Allah telah memberi rahmat kepadanya) juga pernah berkata:
"Saya dan
beberapa orang lagi telah mencuba menyembuhkan penyakit melalui air Zamzam dan
mendapati berlaku perkara yang menakjubkan. Saya juga sembuh dari pelbagai
penyakit, saya telah sembuh dengan izin Allah. Saya menemui seseorang yang
dipelihara dari kesukaran untuk setengah bulan atau lebih, dan dia tidak merasa
lapar, dia melakukan Tawaaf bersama-sama dengan orang lain sama seperti yang
mereka lakukan. Dia memberitahu saya bahawa dia hanya minum air Zamzam selama
empat puluh hari dan beliau mempunyai kekuatan untuk melakukan persetubuhan
dengan isterinya, berpuasa dan melaksanakan Tawaaf berkali-kali ". Zaad
al-Ma'aad, 4 / 319, 320.
Saya tidak begitu
pasti sama ada tenaga bumi dan Elexir of Life (fountain of youth) ada hubung
kait antara satu sama lain. Sama ada tumpuan tenaga bumi yang menyebabkan
sifat-sifat penyembuhan (penawar) air zam-zam atau air itu sendiri yang
mengeluarkan sinaran tenaga. Perkara ini terus kekal sebagai misteri.
Saya tahu bahawa
Luciferians telah lama dilengkapi satelit dengan teknologi GDV yang membolehkan
mereka melihat aura di seluruh dunia. Itu mungkin teknologi paling canggih yang
pernah dicipta. Mereka bukan sahaja boleh melihat kita dalam mod penglihatan
malam ataupun mod inframerah, malah mereka juga mampu melihat ke arah setiap
sudud jiwa kita. Tidak keterlaluan jika kita kata melalui penambahan nilai
(upgrade) Kirlian dan GDV terhadap teknologi ini akan dengan mudah membolehkan
mereka melihat setiap makhluk antara dimensi yang mengembara di dunia kita
Saya rasa saya mula
faham sekarang kenapa Imam Mahadi berada dalam keadaan orang biasa sebelum dia
mencapai umur 40 tahun (di islahkan dalam satu malam). Jika Allah menjadikan
dia istimewa sejak dari lahir, sudah pasti beliau dapat dikesan oleh satelit
sebagai kanak-kanak lelaki muda dengan aura kepekatan tertinggi terpancar dari
dalam dirinya. Ia akan menjadi sangat mudah untuk Luciferians dengan
serta-merta menghalakan pengesan serta zoom terhadap dirinya dan membunuhnya
sementara dia masih muda.
Wow panjang dan lebar die explain .... Semuga wujud keterbukaan dalam jiwa dalam meneliti teori2 sebegini...heheh (Rexportal Nah satu lg )
Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88
Ucapan dari perintah besar kesedaran untuk Amerika Syarikat dan seluruh dunia, ini adalah peluang terbuka untuk menyertai Fellowship yang pencerahan di mana anda boleh mendapatkan kembali impian anda yang hilang, dan juga di mana anda boleh melihat cahaya kekayaan dan kebahagiaan tanpa apa-apa pengorbanan darah. Dan kami juga membayar jumlah $550,000 untuk mendapatkan semua ahli baru apabila mereka menyertai persaudaraan dan juga ke rumah pilihan mereka dan lokasi dengan pelaburan bersama-sama dengan peluang ini dalam kehidupan untuk mereka yang terkenal.
ReplyDeleteMANFAAT DIBERIKAN KEPADA AHLI BARU YANG MENYERTAI PENCAHAYAAN.
1. ganjaran tunai sebanyak $550,000.
2. kereta mimpi baru anggun bernilai USD $150,000 USD
3. rumah impian yang dibeli di negara pilihan anda.
Sebulan rundingan dengan 5 terbaik di dunia.
Pemimpin dan 5 selebriti yang paling penting di dunia. Jika anda berminat, sila hubungi alamat e-mel sebelumnya = illuminatiworldwideorder@gmail.com atau wahtsapp kami +15184145254
Ucapan dari perintah besar kesedaran untuk Amerika Syarikat dan seluruh dunia, ini adalah peluang terbuka untuk menyertai Fellowship yang pencerahan di mana anda boleh mendapatkan kembali impian anda yang hilang, dan juga di mana anda boleh melihat cahaya kekayaan dan kebahagiaan tanpa apa-apa pengorbanan darah. Dan kami juga membayar jumlah $550,000 untuk mendapatkan semua ahli baru apabila mereka menyertai persaudaraan dan juga ke rumah pilihan mereka dan lokasi dengan pelaburan bersama-sama dengan peluang ini dalam kehidupan untuk mereka yang terkenal.
ReplyDeleteMANFAAT DIBERIKAN KEPADA AHLI BARU YANG MENYERTAI PENCAHAYAAN.
1. ganjaran tunai sebanyak $550,000.
2. kereta mimpi baru anggun bernilai USD $150,000 USD
3. rumah impian yang dibeli di negara pilihan anda.
Sebulan rundingan dengan 5 terbaik di dunia.
Pemimpin dan 5 selebriti yang paling penting di dunia. Jika anda berminat, sila hubungi alamat e-mel sebelumnya = illuminatiworldwideorder@gmail.com atau wahtsapp kami +15184145254