ads ads ads ads ads ads ads

Saturday, March 15, 2014

Kota yg Hilang

Kupas limau pisahkan urat,
Belah Sibuluh keratlah Empat
Adat dijaga dipegang erat,
Pusaka lama simpan bertempat.


Salam semua dan salam 1malaysia. Ruangan kali ini ingin dikongsikan mengenai suatu Kota kota yang lama pergi hilang tiada ditemui, mengharapkan nanti megah teguh hidup kembali sigelanggi. Kota Gelanggi atau pon Kota linggui di johor. Ada beberapa pengkaji(sy yg menamakan mereka penkaji) yang menyatakan Kota Gelanggi ini antara yang terawal dan dikatakn wujud sejak zaman kerajaan Funan dan pernah menjadi ibu kota kepada Nagara Sri Dharmaraja. Namun bagi sy, mampu mengatakan ia satu kota yang lama, mungkin antara yang terawal dan juga mungkin tidak(atas kekurangan info dan references tidak berani kawan mengatakan ia sejajar dengan waktu Kerajaan Funan). 

The Black Gate (kota Batu Hitam)

Illustrasi diatas diambil daripada salah satu cerita untuk gambrkan keadaan kota waktu dahulu-kala(apakah ada kaitan cerita itu dgn kota ini dan apakan sinonimnya cerita itu dgn dunia melayu?). Kota Gelanggi juga dikenali sebagai Kota Batu Hitam, daripada “Salalatus Salatin” ia pernah diceritakan mengenai satu kota di Negara linggiu yang mempunyai bentuk dan terbina daripada batu hitam.


Kredit kepada blog asal sumber : http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/

Linggiu juga diceritakan membawa maksud kepada permata, dan ada yang mengatakan ia memgambarkan Hamparan Permata(Ermmm nama raja Suran diatas umpama Sauron didalam suatu cerita, apakah perkaitannya). Sy lebey suka membawa asas perkongsian pada kali ini kepada tempat bekemungkinan menjadi tapak Kota ini. Kerna mengenai kota itu secara menyeluruh seperti pada tahun bila dibuka, sumber sosio ekonomi dan bagaimana sistem pemerintahan umpamanya untuk setakat ini maklumat adalah begitu “terkawal”. Saya ingin menarik perhatian pembaca mengenai satu penemuan yang dilakukan pada 2005 oleh seorg penyelidik bebas(namun byk feedback negative drpd para pengkaji) iaitu Raimy Che Ros mendakwa telah membuat penemuan yang mengejutkan bahawa beliau telah menemui sebuah kerajaan purba di kawasan hutan tebal Johor. Beliau mendakwa telah mengesan kerajaan purba Kota Gelanggi atau Perbendaharaan Permata selepas 12 tahun menjalankan penyelidikan mengenainya. Menurutnya, kota purba ini yang mungkin berusia 1,000 tahun, mungkin lebih lama daripada tamadun purba yang lain di rantau ini, seperti Angkor Wat di Kamboja dan Borobudur di Indonesia.

Raimy, menegaskan bahawa kota tersebut sebesar kawasan 'tiga segi emas' di Kuala Lumpur. Penemuan ini telah menarik minat ramai pihak sehingga pihak Muzium Malaysia sendiri melakukan penyelidikan bagi mengesahan kesahihan penemuan itu. Oleh itu satu ekpedisi pada tahun yang sama(2005), dan hasil dibentangkan pada 28 April 2006 oleh Encik Khalid Syed Ali, Kurator Arkeolgi Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Warisan Negara dengan memberikan jawapan kepada pelbagai persoalan ini melalui kertas kerja bertajuk Merungkai Misteri Kota Purba Linggiu yang dibentangkan dalam Siri Forum Kurator 2006 anjuran Jabatan Muzium Malaysia. Beliau memberikan maklumat lengkap tentang apa yang dilakukan oleh pihak Jabatan Muzium bagi merungkai misteri kota purba tersebut. Menurut beliau kumpulan penyelidik seramai 15 orang telah dibentuk untuk menyertai ekspedisi mencari Kota Linggiu. Kumpulan yang diketuai Jabatan Muzium Malaysia ini turut disertai Pusat Remote Sensing Negara (MACRES), tokoh akademik clan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, clan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Persatuan Ikatan Arkeologi Malaysia, Yayasan Warisan Johor, Jabatan Perhutanan Johor, dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Johor.


Gambar menunjukan kawasan Kota Purba tersebut

Disebabkan masa yang diberikan oleh pihak kementerian agak terbatas, penyelidikan yang dilakukan hanya mengambil masa lebih kurang satu bulan dan tempoh ini tidak memungkinkan penyelidikan mendalam. Namun begitu penyelidikan dibuat dengan pelbagai pendekatan, dan menggabungkan disiplin yang berkaitan seperti Kajian Literatur (berdasarkan penulisan), Kajian Lapangan, Kajian Botani, Tinjauan Geologi, Kajian Bawah Ail clan Ekskavasi Percubaan" kata Khalid yang akhirnya memberikan beberapa kesimpulan penting:

1. Tapak, yang didakwa. tempat kewujudan kota purba tersebut di kawasan Sungai Linggiu dalam kawasan empangan grid bacaan GPS 625129, 218818 tenyata tidak benar. Tiga petak ekskavasi percubaan telah membuktikannya.

2. Dakwaan tapak tersebut telah tenggelam akibat pembinaan empangan juga didapati tidak benar kerana ujian sonar dan aktiviti menyelam secara snockling dilaksanakan di beberapa lokasi di empangan tersebut yang difikirkan berkemungkinan wujudnya kota tersebut berdasarkan cerita cerita lisan,namun tiada bukti positif ditemui.

3. Tinjauan dan survei permukaan ke lokasi Anjung Batu (Ban Berdinding) mendapati kewujudan struktur batuan grait adalah proses semula jadi yang berlaku. Tiada kesal kewujudan fonnasi kota malah tidak ditemui tapak-tapal candi menurut kepercayaan Hindu-Budha di lokasi tersebut

4. Tinjauan dan kajian permukaan di Hulu Sungai Tebak gagal menemui binaan berbentuk kota. batuan yang wujud di tebing sungai itu adalah pembentukan secara semula jad batuan jenis granit dan sand stone.

5.Manuskrip Orang Asli yang didakwa menunjukkan peta lakaran candi kota purba ternyata sengaja dimanipulasikan.Tiada kaitan manuskrip tersebut dengan kewujudan kola purba.

6. Tidak ada patung Hindu atau Buddha ataupun inskripsi epigrafi di atas granit yang berusia antara 650 daD 1025 Tahun Masihi ditemui ketika kajian dijalankan seperti didakwa Raimy Che Ros sama ada di kawasan Linggiu, Madek maupun di Kahang.

7. Hasil kajian pennukaan di FELDA Nitar Timur dan Loh Heng, serpihan tembikar yang ditemui adalah tembikar zaman mutakhir (Dinasti Ching) sekitar 1912 untuk kegunaan harian masyarakat marhaen. Tidak ada barangan dagangan apatah lagi sebagai kota pusat perdagangan

8.Kewujudan sebuah kota purba dapat dibuktikan penafiannya berdasarkan pelbagai bukti yang diperolehi secara empiris dan bersifat fizikal berbanding kenyataan yang dibuat melalui pendekatan sastera, magis dan mitos yang cuba direalitikan melalui pendekatan pseudo arkeologi

Menurut malaysiakini bertarikh 2 Mac 2007-

"Raimy gagal menemui peninggalan fizikal kerajaan purba itu adalah kerana ia terletak dalam kawasan yang kini dikawal oleh Singapura. "Kerajaan purba itu berada dalam kawasan tadahan air yang telah 'dijual' kepada kerajaan Singapura oleh kerajaan negeri Johor pada penghujung tahun 1980-an," Zaaba Abdul Samad .

Kerajaan negeri telah bersetuju pada pertengahan 1980-an untuk membenarkan negara jirannya itu membiayai kos pembinaan sebuah kawasan takungan air di hutan simpan Linggiu. Pembinaannya bermula pada 1988 dan siap sepenuhnya pada 1994.Kerajaan Singapura telah menandatangan perjanjian dengan Johor pada 1990 untuk mendapatkan air yang dibekalkan dari kawasan takungan tersebut. Walaupun kerajaan negeri Johor memilik kawasan takungan tersebut, kos operasi ditanggung oleh Lembaga Utiliti Awam Singapura (PUB) yang juga bertanggungjawab menyelenggaranya.

Namun menurut Encik Khalid Syed Ali sebelum ini ujian sonar didalam empangan juga dilakukan dan hasilnya agak mengecewakan. Perkaitan Singapura menguasai sebahagian tempat tersebut mewujudkan  pandangan bebeza-beza namum kebanyakkan pandangan bersetuju ada sesuatu yang disorokkan kerana  hingga kehari ini tempat itu amatlah bahaya untuk dijejaki sehingga telah diberi arahan “shoot to kill”

Keadaan ini telah membawa saya kepada satu sumber yang lain yang mana menceritakan mengenai kiasan bangsa kita ini begitu mendalam dan bangsa melayu ini begitu pakar dalam kod-kod rahsia. Perkara ini boleh diperhatikan didalam “Salalatus Salatin”:


Berdasarkan “Salalatus Salatin” lokasi Kota ini dikatakan di HULU SUNGAI JOHOR, oleh itu ramailah merasakan hulu sungai johor adalah tempat Kota. Maka berbondong-bondonglah rakyat  menjelajah ke hulu sungai johor untuk mencari kawasan itu tapi sia-sia sehingga ke hari ini(hampir 1300 tahun). Satu perkara yang mereka lupa adalah penyusun semula “Salalatus Salatin” Tun Sri Lanang sewaktu menulis naskah ini berada didalam tawanan :



Serangan Keatas Batu Sawar pada 1613 menyaksikan bukan sahaja Sultan dan Pembesar yg ditawan, malah hamper seluruh rakyatnya dipindahkan ke Aceh atas arahan Sultan Iskandar Muda

Mengikut beberapa sumber ada pembendaharaan “permata” disembunyikan. Versi “Salalatus Salatin” ini siap ditulis pada tahun 1613 iaitu setahun selepas Tun Sri Lanang ditawan dan dikatakan hubungan Tun dengan Sultan ketika itu tidak begitu baik oleh itu bekemungkinan besar ada perkara yg  di sorokkan atau pun dikodkan untuk tujuan-tujuan tertentu. Rahsianya terletak kepada ayat

“HULU SUNGAI JOHOR”





Maka berjaya lah penipuan Tun Sri Lanang tadi yang pada asalnya ingin menipu penakluk Acheh tentang kedudukan sebenar Perbendaharaan Permata. Yang sebenarnye tidaklah Tun Sri Lanang itu menipu namum berpencak dalam menyusun kata-kata.

Andai di “Decipherkan” HULUI SUNGAI JOHOR

1. Hulu: arah ke daratan yang paling dalam
2. Sungai: Sungai
3. Johor ; Negeri

Yakni dibahagian paling hujung atau hulu+ Sungai + di Negeri Johor


Berdasarkan peta diatas bahagian atas Sedeli merupakan milik Pahang sehingga tahun 1861 sebelum Tun Mutahir menghadiahkan daerah Sedeli + Mersing + Endau kepada Sultan Abu Bakar manakala bahagian bawah sedeli merupakan tanah asal Negeri Johor. Justeru apa yang cuba dirungkaikan ialah sungai sedli yang mana merupakan sungai paling hulu dalam negeri Johor dan Gunung Panti merupakan bahagian paling dalam sungai sedeli mampu mengalir. Tambahan pula kawasan ini mempunyai sungai yang diberi nama “Selanggi” yang menghampiri "Gelanggi". Di kawasan ini juga banyak nama dan keadaan yang menyamai "Gelanggi" dimana pelbagai hidupan yg lain daripada kebiasaan dijumpai contohnya Biawak gargasi, Bigfoot dan bermacam-macam lagi.



Berbalik kepada  lumrah melayu yang bergitu berkiasan dalam pelbagai aspek, katakanlah nama Kota Batu Hitam bukan berdasarkan kiasan dimana betul-betul kota ini diperbuat daripada batu hitam. Dihulu Sg. Sedeli sememangnya ada kawasan yang batu dia berwarna hitam.Dan katakan-lah pula Nama Kota Batu Hitam itu adalah suatu Kiasan bukannya benar-benar diperbuat daripada batu hitam. Cuba perhatikan banjaran Panti , susunanya yang bagaikan diatur umpama sebuah dinding kepada sesuatu.







Apabila memandu dari Kota Tinggi ke Mersing, sesuatu yang mengagumkan akan terlihat lebih-lebih lagi pabila mendung, kelihatan seakan-akan tembok besar sedang menghalang perjalanan. Benar atau tidak masih lagi misteri bagi aku, namun tidak kepada sesetengah yang laen sbb mereka mungkin pernah jejak kesana. Sebelom diending kan entry ini, dalm pekongsian kali ini ada diselitkan kaitan entry ini dengan satu Movie epic omputeh. Oleh itu ini adalah selitan terakhir yang aku nk selitkan- “the 9 immortal King” fikirkan dimana didunia mempunyai 9 raja KINI dan spekulasikanlh ia HEHEHE

Sedikit penambahan mengenai isu Gelanggi ini,.setelah kajian yang dilakukan oleh Muzium Negara berita mengenai Kota Gelanggi telah mula sepi didada akhbar dan terus hilang dari perhatian masyarakat umum dan perkara ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan namun kalau diperhatikan secara menyeluruh sememangnya kota Gelanggi yang dikatakan oleh Raimy tidak dijumpai. Tetapi seperti biasa wujud dan timbul perkara-perkara berbangkit, anatara isu yang paling panas ialah kerajaan dituduh sengaja menyembunyikan penemuan ini daripada dunia bagi menjaga kepentingan orang-orang melayu kerna dikatakan oleh mereka(pengkaji luar) bahawa Kota Gelanggi adalah negara terawal dan lagi awal daripada Melaka bahkan agama pada waktu itu bukanlah islam, lantaran itu  Melayu tiada hak untuk mendapat hak keistimewaan keatas tanah Malaysia. 

Mereka juga mengatakan penemuan kajian itu memaparkan fakta bahawa kerajaan Melayu adalah sebenarnya keturunan Hindu dari kerajaan Chola India pada abad 12M yang datang menakluk Tanah Melayu.(Sebenarnya, penaklukan itu diingati oleh bangsa Melayu sebagai Raja Suran dalam Sulatussalatin (Sejarah Melayu). Raja Suran dalah berkait pula dengan kerajaan Buddha Sriwijaya di Sumatera pada abad 7-13M yang menurunkan kerajaan Melayu. Isu ini sedikit sebanyak memercikkan api perkauman dikalangan mereka yang mengetahui isu gelanggi ini. Boleh saja di Google mengenai kenyataan-kenyataan dan tomahan ini. 

Untuk membaca secara detail mengenai isu yang diutarakan boleh ke sini  manakala untuk melihat maklum balas tomahan  daripada salah seorg penkaji iaitu Srikandi boleh ke sini




1 comment:

  1. I do believe there's something there, cuma pengkaji tempatan, ahli sejarah tempatan kena jalankan kajian dekat situ

    ReplyDelete