Sebut pasal
Fibonacci nie teringat lak aku pada angka 0... Kenapa agaknya hehehe sbb Angka
0 ini di popularkan oleh Fibonacci, dalam tahun 1202 melalui karya popularnya Liber Abaci.
Perkataan sifar ini juga membentuk perkataan cipher dalam bahasa Inggeris yang
membawa masud “tiada apa-apa”, “simbol”, “kod” atau “mesej rahsia”.
Tatapi siapa yang
menjumpai sifar ini, kerna yg popularkan ia adalah Fibonacci bermakna bukan die
yg create heheh. Sebenarnya Tokoh matematik dunia Arab, Muhammad ibn Musa
al-Khwarizmi, memperkenalnya di Iraq melalui bukunya Kitab al-Mukhtasar fi
Hisab al-Jabr wal Muqabbala (tahun 837) setelah lawatannya di India, benua yang
dipercayai “menemui” nombor maha penting ini pada tahun 594.
Lawatannya ke india???
maknanya masih lagi bukan die yg mencipta sifar itu sendri, dibawah ni sesuatu
yg ku ingin sharekan yg mana ku cedok dr satu Blog dan kesemua Entry kai ni
dikreditkan kepada pemilik blog itu… link asal seperti dibawah
Ni disharekan satu video youtube yang mana menunjukkan kuil di india mengunakkan angka 0 dalam tulisan dokumen mereka
"Sebelum tahun 837,
ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu berbanding tujuh maklumat dalam tamadun
India yang memiliki simbol 0."
Bagaimanapun
pensyarah matematik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammad Alinor
Abdul Kadir, mengemukakan satu hipotesis lain — penciptaan simbol ‘kosong’
mungkin bermula di alam Melayu selewat-lewatnya pada 580.
Beliau bersandarkan
hujah beberapa pengkaji, termasuk karya yang banyak dibahaskan The Universal
History of Numbers (terbit 1998) oleh Georges Ifrah, terjemahan edisi Perancis
Histoire Universelle des Chiffres pada 1981.
Sebelum dipopularkan
al-Khwarizmi, Ifrah menyebut, beberapa nombor kosong di tulisan-tulisan pada
batu ditemui antaranya prasasti tembaga Sankheda di India pada 594, Trapaeng
Prei di Kemboja (683), Kedukan Bukit, Sumatera (683), Kota Kapor, Sumatera
(686), Dinaya, Jawa (793), Po Nagar, Vietnam (813) dan Bakul, Vietnam (829).
Dr Mohammad Alinor
berkata, bukti-bukti tambahan yang beliau kumpul dan keterangan Ifrah ini
bermungkinan telah lama diketahui oleh seorang penyelidik sejarah China, Joseph
Needham dalam bukunya Science and Civilisation in China (1959).
“Needham menyatakan
bahawa simbol ’0′ sebenarnya dihasilkan di bahagian timur tamadun India, iaitu
bahagian yang paling hampir dengan China yang menganggap ’0′ sebagai tempat
kosong,” katanya.
Selain itu,
tambahnya, seorang ahli matematik Zakov pernah menyebut di satu seminar sejarah
sains di Eropah pada 1975 bahawa “simbol 0 yang direkodkan dalam
prasasti-prasasti dari kepulauan Melayu lebih tua usianya daripada yang
terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim yang direkodkan oleh al-Khwarizmi.”
Dr Mohammad Alinor
berkata, seorang profesor pelawat dalam bidang pendidikan matematik di UKM,
Frank J. Swetz pada 1979, pernah menyebut “etnik Batak di Sumatera memiliki
sistem angka merangkumi 0 yang lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam
sistem angka Hindu-Muslim.“
Beliau berhujah
lagi, sebelum al-Khwarizmi, “ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu berbanding
tujuh maklumat dalam tamadun India yang memiliki simbol 0.“
ok ok lepas ni terus
ke Fibo dlm market heheh ... Tapi sesuatu yg patut kita renung2kan hehehe