ads ads ads ads ads ads ads

Tuesday, October 28, 2014

Zabag dan Kita



25 oktober, sinar harian mengeluarkan satu berita mengenai penemuan bagaikan sebuah tempayan purba yg besar di Jeneri, namun setelah diteliti oleh pihak persatuan sejarah cawangan Kedah ia didapati adalah sebuah Relau Besi, Baca setrusnya disini.

Penemuan Relau yg berusia hampir 1000 tahun ini sebenarnya mampu untuk membuktikan sejarah kedah tua dahulu dan membuktikan kebenaran catatan dari Abu Dulaf dan Idrisi mengenai sebuah negara bernama Zabag.


Zabag dikatakan di Philippines

Berikut sedikit nukilan daripada susur galur:

“Dari pertengahan kurun ke 9, kita mendapati terdapat rekod-rekod dari Arab yang memperihalkan sebuah kerajaan yang dinaungi oleh seorang Maharaja dan didalam rekod-rekod ini, nama-nama seperti Zabag dan Sribuza disebut berulang-ulang kali. Para sarjana berpendapat bahawa Zabag merupakan satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada kepulauan nusantara secara umum manakala Sribuza pula merupakan nama kepada ibukota atau pusat pemerintahan empayar Zabag atau dengan erti kata lainnya, merujuk kepada Srivijaya yang berpusat di Sumatera.

Antara penulis yang terawal yang menyebut tentang Zabag dan Sribuza didalam rekod penulisan mereka adalah Ibnu Khordadbeh. Siapakah Ibnu Khordadbeh? Ibnu Khordadbeh atau nama sebenarnya Abul Qasim Ubaid Allah Ibn Khordadbeh merupakan seorang ahli birokrat dan ahli geografi keturunan Parsi yang hidup pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah dibawah khalifah Almu'tamid pada kurun ke 9.

Pada awal kurun ke 9, Ibnu Khordadbeh telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Al Masalik Wal Mamalik (The Book of Roads and Kingdoms). Buku ini mengandungi rekod-rekod mengenai kepelbagaian bangsa dan kawasan-kawasan yang dinaungi oleh Kerajaan Abbasiyah. Buku tersebut juga memaparkan peta-peta, deskripsi lengkap mengenai kawasan, bangsa dan budaya negara-negara kota di Asia Tenggara termasuk Kepulauan Andaman, Semenanjung Malaysia, Kepulauan Jawa sehinggalah China, Korea serta Jepun.

Mengenai Srivijaya, Ibn Khordadbeh ada menjelaskan bahawa penguasa Zabaj diberi nama Al Takht, raja kepada pulau-pulau di laut timur. Ibn Khordadbeh juga memetik kisah-kisah dari pelayar-pelayar yang memperihalkan keadaan flora dan fauna Zabag. Beliau dipetik sebagai berkata:

In the mountains of Zabag, there are enormous serpents which devour men and buffalos, and some which devour even elephants. This country produces gigantic camphor trees, there are trees which can give shade to nearly a hundred persons

Ibn Khordadbeh seterusnya memperihalkan berkenaan dengan Maharaja Zabag. Kekayaan Maharaja Zabag dijelaskan dengan kutipan cukai yang mencapai 200 mann sehari. Mann atau Batmann (bukan adiwira kelawar yang popular itu) merupakan unit timbangan yang digunakan oleh pedagang arab pada zaman Uthmaniyah dan Asia Tengah dimana satu Mann bersamaan dengan lebih kurang 7.4 kilogram menjadikan kutipan emas Maharaja Zabag setiap hari adalah 1,480 kilogram setiap hari.

The gold is plentiful, the horse bits, the chains and necklaces of monkeys, dogs and other beasts are of gold. The chiefs used golden bricks for their houses and forts and official decrees are engraved upon golden paper

Maharaja Zabag juga mempunya tabiat mencampakkan bata-bata emas nya kedalam air. Selain daripada itu, 1/4 daripada kutipan cukai nya diperolehi daripada aktiviti sabung ayam, yang kita tahu merupakan aktiviti yang digemari bukan sahaja oleh masyarakat melayu malah raja-raja melayu. Kegilaan raja-raja melayu bersabung ayam sememangnya telah direkodkan didalam pelbagai sumber. Ibn Khordadbeh seterusnya dipetik sebagai berkata:

The king of Zabag is named the Maharaja. The Maharaja gathers each day a revenue of 200 mann of gold. He has this gold made into a single brick and throws it into the water saying; Look this is my treasury. Part of this revenue, say 50 mann a day, he gets from cock fights. one of the legs of the victorious cock belongs by right to the king and the owner buys it back for gold.

Penulis seterusnya bernama Sulayman Al Tajir (Sulaymen the Merchant), seorang pedagang arab yang telah merekodkan nama Sribuza sebagaimana yang telah ditulis dan disusun semula oleh Abu Zayd Hassan didalam bukunya yang bertajuk Akhbar Al Sin wa Al Hind (Reports of China and India) . Beliau mengatakan bahawa Kalah Bar merupakan sebahagian daripada empayar Zabag dan empayar ini terletak di Selatan India dan keduanya dinaungi oleh seorang Maharaja yang sama. Saya percaya Kalah Bar yang dimaksudkan disini adalah kerajaan Kedah Tua dimana perkataan Bar pada Kalah Bar telah ditafsirkan untuk merujuk kepada kerajaan dan pesisirnya.

Abu Zayd Hassan juga telah menerangkan bahawa Maharaja Zabag mempunyai tabiat membuang emasnya didalam tasik. Seperti yang telah saya tulis didalam perenggan 7 diatas, perkara yang sama juga telah di ceritakan oleh Ibn Khordadbeh didalam bukunya. Abu Zayd Hassan seterusnya menceritakan satu kisah yang menceritakan tentang hubungan diantara Maharaja Zabag dan Penguasa Khmer.

Didalam kisah itu, walaupun telah berulang kali dinasihati oleh para menterinya, Raja Khmer dengan angkuhnya telah membuat satu pengisytiharan dihadapan rakyatnya, bahawa beliau ingin melihat kepala Maharaja Zabag dipersembahkan kepadanya didalam sebuah dulang. Berita tersebut telah disampaikan kepada Maharaja Zabag yang seterusnya telah mengutus satu armada perang untuk memerangi Khmer. Penguasa Khmer tersebut telah ditangkap, dibunuh dan kepalanya dihadapkan kepada Maharaja Zabag didalam sebuah dulang.

"You have manifested the desire to see before you my head on a plate. If you also had wished to seize my country and my kingdom or even only to ravage a part of it, I would have done the same to you. But since you have only expressed the first of these desires, I am going to apply to you the treatment you wished to apply to me, and I will then return to my country without taking anything belonging to the Khmer, either of great or small value”

Susur Galur mengambarkan cerita ini mungkin pada dasar nya suatu cerita lagenda yang berkait rapat dengan satu prasati di Champa yang menceritakan peperangan diantara Jawa dan Champa. Banyak Tulisan-Tulisan lain yang menyatakan sriwijaya yg diceritakan ini adalh bukan berpusat disumatra malah boleh dikatakan berpusat di Tanah Melayu sehingga ada yang mengatakan ia lebih tua lagi dari sriwijaya itu sendiri. Kita selusuri lagi tulisan susurgalur.

“Abu Rayhan Al Biruni ataupun lebih dikenali sebagai Al Biruni, dianggap oleh pakar sebagai ahli anthropologi (ilmu kemanusiaan dan sains sosial) pertama didunia, yang juga merupakan seorang ilmuwan Islam berketurunan parsi yang terkemuka pula, menggelarkan Zabag sebagai Suwarna Dib (Suvarnadvipa) didalam bukunya yang diberi judul Qanun Al Masoudi (kitab tersebut dinamakan sedemikian kerana Al Biruni menujukan buku tersebut kepada Mas'ud anak lelaki kepada Sultan Mahmud Al Ghaznawi/Mahmud of Ghazni). Beliau dipetik sebagai berkata:

The eastern islands in this ocean (Sea of Champa), which are nearer to China than India, are the islands of Zabaj, called by the Hindus, Suvarnadvipa, i.e. the gold islands, because you obtain much gold as deposit if you wash only a little of the earth of that country

Al Idrisi ataupun nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad al Idrisi merupakan seorang pakar geografi serta ahli didalam bidang pemetaan khususnya topografi. Hasil kerjanya meninggalkan kesan kepada pengembara-pengembara terkenal daripada Ibn Battuta, Ibn Khaldun, Piri Reis sehinggalah kepada Christopher Columbus dan Vasco Da Gama. Beliau didalam bukunya yang bertajuk, Kitab Ruyar pula dipetik sebagai menyebut:

On its shores (i.e. of the sea of Sanf or Champa), are the dominions of a King called Mihraj, who possesses a great number of populous and fertile islands, covered with fields and pastures, and producing ivory, camphor, nutmeg, mace, clove, aloeswood, cardamom, cubeb”

Menarik dan makin menarik dan kini Ikuti pula kajian daripada Lokalgenius, ada info penting yang mana setidak2nya menyokong teori Zabag itu bukan sekadar disumatra 

“Sebahagian besar sejarawan berpendapat bahawa Zabag adalah sama dengan Srivijaya dan bukan nama sebuah kerajaan yang berbeza, sebaliknya hanyalah variasi panggilan nama kerajaan Srivijaya dikalangan para pedagang Arab. Namun ini tidak dapat menjelaskan asal kata Zabag yang sebenar kerana ia terlalu jauh untuk disamakan dengan Srivijaya. Malahan Srivijaya sudah ada panggilan Arabnya sekitar kurun ke 10 iaitu Sribuza atau Syarbazah namun pada masa yang sama Zabag masih disebut oleh para pengembara Arab dan timur tengah yang lain sebagai sebuah kerajaan. 

Sebenarnya istilah Zabag berasal daripada kata Javaka atau Jawaka. Para pedagang Arab telah mendengar nama ini daripada para pedagang India yang menyebut kerajaan ini sebagai Savaka atau Savak yang sedikit berbeza dengan sebutan bahasa Sanskrit iaitu Javaka. Dijangkakan bahawa Savaka adalah sebutan dalam bahasa Prakrit. Daripada Savak ini maka terjadilah perubahan sebutan dengan lidah Arab menjadi Zabag. Javaka adalah nama sebuah empayar kuno Melayu yang wujud di Nusantara sebelum kewujudan Srivijaya lagi. Namun terus terang saya katakan bahawa saya masih belum menjumpai sebarang sumber yang solid untuk meletakkan dimanakah sebenarnya Zabag. Namun saya yakin bahawa kerajaan ini memang wujud suatu ketika dahulu.


Sebelum ini sudah saya nyatakan dalam artikel saya berkenaan serangan orang Melayu terhadap Sri Lanka bahawa Chandrabanu adalah salah seorang raja Javaka yang telah berjaya membina sebuah dynasti disana. Raja ini adalah dari kerajaan Tambralingga, Sridhammaraja yang selama ini memang digelar sebagai Javaka. Hal ini kerana kerajaan Tambralingga dikatakan sebagai pewaris empayar Javaka yang pernah wujud sebelum itu. Raja Javaka juga disebut dalam catatan pengembara Arab bernama Sulaiman yakni yang telah memenggal kepala Raja Kemboja yang dikatakan adalah raja dari dinasti Saylendra, kerana memang ada catatan daripada prasasti di Champa dan Kemboja yang menunjukkan bahawa pernah ada tentera Chaeva yang menyerang dan memusnahkan kuil mereka.(lokalGenius)

Adakah raja-raja sailendra berasal dari Javaka? Atau sebenarnya mereka adalah pemerintah sebenar kerajaan Javaka? Sesetangah sejarawan percaya bahawa dinasti Sailendra berasal daripada Indochina yang kemudiannya terpaksa berpindah ke Tanah Jawa apabila Indochina mula dikuasai orang Khmer yang menubuhkan kerajaan Chenla. Ada pula yang berpendapat mereka berasal dari India. Namun saya lebih bersetuju dengan pendapat yang pertama, cuma saya tidak bersetuju mereka terus ke Jawa dari Indochina, sebaliknya mereka ke Semenanjung dahulu dan kemudian ke Sumatera dan setelah itu barulah mereka bertapak di Kerajaan Medang di Jawa.”

Keterangan diatas menerangakn istilah javaka itu, umpama berbalik kepada entry Yawakotti sebelum ini dan sudah panti ia megambarkan Zabag itu bukan di sumatra. Bercerita mengenai Zabag ini lokalgenius sendri bersetuju dengan sri-kandi yang Zabag itui terletakdari kelantan sehingga Segenting Kra. Lokalgeius kemudiannya mengutarakan teori Cik Sri yang mana kita sama-sama ikuti

"Jika teori Cik Sri yang mengatakan bahawa dari Indochina mereka bermukim di sekitar Kelantan dan membuka kerajaan di situ sebelum ke Sumatera, ini bermakna kita dapat camtumkan puzzle dan teka-teki mengapa terlalu banyaknya persamaan di antara budaya penduduk Kelantan dengan Jawa. Dari kain batik, bahasa, wayang kulit, Keris, adat istiadat, baju kebaya, kain kemban, alat-alat muzik dan nama-nama tempat yang saling tak tumpah seperti di Jawa! Apa maknanya ini tuan-tuan sekalian? Ini bermakna dinasti Sailendra dengan para menteri atau budayawan dari Medang kawulan Kelantan telah membawa segala jenis bentuk budaya yang mereka bina sejak berkurun-kurun turun ke Sumatera dan kemudian ke Tanah Jawa. Namun yang pasti dalam lagenda Aji saka, memang dinyatakan dengan jelas bahawa beliau berasal dari luar tanah Jawa."

Saya juga bersetuju dengan pendapat Lokalgenius yang mengatakan Zabag adalah Srivijaya di tanah besar manakala Srivijaya di palembang menguasai pulau. Jadi Srivijaya adalah ‘anak’ kepada Zabag dan bukan sebaliknya.hal ini juga berlaku sewaktu Majapahit cuma diterbalikkan sahaja kisahnya. Namun panjang untuk diceloteh sekali bersama-sama kali ini hehe.

"Sebab itu pengembara Arab sering menyebut bahawa Maharaja Zabag adalah raja Kalah dan Sribuza. Kerana Maharaja Zabag adalah Yang dipertuan Agong. Raja-raja bawahan seperti di Kedah,Palembang, Malayu, Langkasuka dan Jawa memerintah di bawah naungan Maharaja Zabag atau Jawaka. Apabila berlakunya krisis dalam dinasti Sailendra maka empayar Jawaka berpecah menjadi dua. Satu di Semenanjung dan satu lagi di Sumatera. Lama-kelamaan dinasti di Sumatera menjadi semakin kuat dan menguasai kawasan yang sebelum ini dikuasai Jawaka."

Dimana Zabag, adakah Zabag itu kelantan?. Namun Kelantan itu sediri pada dahulunya berpecah kepada beberapa bahagian dan ke bebrapa kerajaan. Oleh itu untuk ketika ini ditingalkan para pembaca untuk memikirkan persoalan ini agar ke-depan nanti dapat menerima sesuatu diluar memahaman logic biasa dengan fikiran terbuka.

"Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang "qala'I" iaitu pedang Hindi yang tulen…"
(Abu Dulaf,940 Masehi)

"Orang-orang Zabag (Srivijaya atau Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini dikenalpasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi.Dari sana mereka membekalkannya ke seluruh TANAH INDIA.Tiada besi yang mampu menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman."
( Idrisi,1154 Masehi)

Rujukan
LokalGenius
Susurgalur
Srikandi(blog dan FB)


3 comments:

  1. kebiasaan raja zabag yang suka melempar jongkong emas kedalam air. sama pulak macam danau tok uban kat pasir mas kelantan. dikatakan danau tok uban dulu sebuah kerajaan, lepas tu tenggelam. kebiasaan raja sama jugak, suka melempar emas kedalam air. mengikut ilmu batin, harta dalam danau tok uban banyak, tapi tak boleh nak ambik sebab harta tu untuk kegunaan akhir zaman. wallahualam. kat gigi air danau tok uban pun ada masjid brunei.

    ReplyDelete
  2. Benar... Ape yg dinperkatakan ole tuan.. namun ade perihal dikayakan lempar emas dlm tasik atau sungai tu satu ritual membawa kebaikan kepada raja2

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete