ads ads ads ads ads ads ads

Saturday, December 6, 2014

7 Disember: Suatu Ketika

7 disember 2014… Hari ini…. Kita seperti biasa melakukan kerja2 seharian, dan seketika nanti kita akan menonton perlwanan bola pertemuan Malaysia vs Vietnam (Doakan kemenangn Malaysia heh) namum pada tarikh yg sama 73 tahun yang lalu tarikh keramat ini meyaksikan peperangan Dunia Ke-2 tercetus. Yang semua orang tahu pada tarikh ini tahun 1941  Pearl Harbor dibedil dengan teruk oleh Jepun.



Sepintas lalu mengenai serangan di Hawaii (dicedok daripada jendelasarjana.com). Jepang melakukan serangan mendadak di Pearl Harbor pada tanggal 7 Desember 1941. Hari bersejarah yang tak terlupakan ini di dokumentasikan dengan baik oleh sejarawan-sejarawan Amerika. Ada dua gelombang serangan udara dengan total 353 pesawat, diluncurkan dari enam kapal induk milik Jepang. Komandan Mitsuo Fuchida memimpin serangan udara ini.

Jepang berhasil dalam melaksanakan serangan ini, melumpuhkan kontrol Amerika atas Pasifik. Tapi itu hanya sementara. Keesokan harinya, Amerika menyatakan perang terhadap Jepang. Hal ini menyebabkan Amerika resmi masuk dalam Perang Dunia II. Sebelumnya negara-negara Barat dipimpin oleh Amerika Serikat telah memberlakukan sanksi pada Jepang, karena invasi Jepang ke China. Jepang mengadakan negosiasi diplomatik dengan AS untuk memecahkan kebuntuan ini. Mereka menggunakan waktu ini untuk melancarkan serangan terhadap Pearl Harbor.

Mayoritas armada Jepang harus berlayar sampai lebih dari 4000 kilometer dari markas ke tempat dimana kapal induk dapat meluncurkan pesawat mereka ke Hawaii. Pesawat-pesawatnya tiba sebelum pukul 8 pagi pada tanggal 7 Desember. Tak lama, lima dari delapan kapal perang tenggelam, dengan sisa kapal lainnya rusak. Penyerangan terhadap Pearl Harbor sebenarnya merupakan tindakan pencegahan oleh Jepang. 2042 orang Amerika tewas dan 1247 lainnya luka-luka (terlepas dari korban warga sipil) oleh karena serangan mendadak besar-besaran ini.





9 Alasan Jepang Melakukan Penyerangan Terhadap Pearl Harbor

Presiden Roosevelt melarang semua ekspor besi, baja, dan minyak ke Jepang. Alasan embargo ini adalah invasi yang dilakukan Jepang ke China. Jepang kehilangan 90% dari pasokan minyak. Isolasi ekonomi melumpuhkan perekonomian dan militer mereka.

Amerika belum memasuki Perang Dunia Kedua, karena mereka masih belum pulih dari depresi karena Perang Dunia Pertama. Meskipun begitu, Amerika masih memiliki armada angkatan laut terkuat. Dari perspektif itu, Jepang memiliki angkatan laut yang hampir sama kuatnya dengan angkatan laut Amerika. Jepang mengantisipasi perang angkatan laut besar-besaran dengan Amerika, karena itu Jepang memutuskan untuk bertindak terlebih dahulu dengan melakukan pengeboman Pearl Harbor.

Jepang juga dispekulasi ingin menjadi negara dengan angkatan laut terkuat dan ingin menghancurkan saingan-saingannya, termasuk angkatan laut Amerika dan Inggris.

Amerika Serikat ingin Jepang untuk mundur dari Indo-China Utara.

AS menentang ekspansi Jepang dan tuntutan Jepang tidak tercapai dengan diplomasi.
Jepang berhasrat memperluas kerajaan mereka dan harus membuat keputusan antara menyerah atau perang dengan Amerika Serikat.

Jepang ingin AS menyetujui ekspansi mereka ke Asia.

Pearl Harbor adalah rumah dari Armada Pasifik AS (U.S. Pacific Fleet). Jepang tidak ingin AS masuk dalam perang, karena saat itu Amerika Serikat memiliki angkatan laut terkuat. Mereka menyimpulkan bahwa jika Pacific Fleet dihancurkan, Amerika akan kehilangan semangat dan tidak akan ingin berperang.

Jepang percaya mereka mampu mengalahkan Amerika Serikat. Mereka meyakinkan diri bahwa serangan yang berhasil dapat mematahkan semangat orang Amerika dan merusak stabilitas negara.

Sudah pasti aneh jepon dengan mudah mematahkan pertahanan Negara yang berkuasa besar didunia pada waktu. Berikut adalah teori konpirasi bagaimana dan kenapa tercetusnya serangan jepon ketas Hawaii. Tersebutlah kisahhhh pada waktu ituuuu ok boleh baca disini 

Baiklah yang ini sesetengah je orang tahu, 92 minit sebelum Pearl Harbour diserang, Kota bharu terlebih dahulu dibedil Japang bahkan perang dunia kedua bermula di negeri Serambi Mekah ini. Pendaratan Jepun di Tanah Melayu berlaku secara sepantas kilat. Tempoh antara waktu konvoi Jepun berlepas dari Saigon, Indochina Perancis menuju ke arah selatan pada 6 Disember 1941 sehingga pendaratannya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember 1941 cuma mengambil masa tiga hari. Mitos keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan dalam tempoh 69 hari sewaktu Singapura, yang merupakan pusat pangkalan Tentera British di Timur Jauh, melutut kepada kekuatan pihak Jepun pada 15 Februari 1942 (Wikipedia)

.



Boleh baca disini dan sini 

Pasukan pelopor yang ditugaskan untuk menyerang dan menawan Kelantan ini dipanggil “Takumi Detachment” mengambil sempena nama panglima pemerintah pasukan itu iaitu Mej. Jen Hiroshi Takumi. Ramai di antara kita yang tidak tahu, walaupun berjaya , Pihak tentera Jepun telah mengalami kemalangan dan kecederaan yang teruk semasa melakukan pendaratan di Pantai Pak Amat itu kerana ramai askarnya yang terbunuh dan cedera. Dari 6000 orang Tentera Jepun, dianggarkan seramai 320 orang terbunuh dan 538 orang tercedera dalam masa satu hari bertempur semasa mendarat dan di atas pantai. Sumber-sumber British pula seperti biasa , mendakwa bahawa angka kemalangan Jepun lebih tinggi iaitu lebih dari 2,000 askar Jepun terbunuh dan cedera (sangtawal).



Semua diatas ini adalah perkara yang sudah ramai tahu. Yang amat jarang dan rare orang tahu adalah kenapa jepun secara tiba2 menyerang di belah pantai timur semenanjung tanah melayu. Diterangkan oleh sangtawal yang pada jun 1940 Jepun dan thai ade menandatangani satu perjanjian persahabatan. Perkara ini membawa jepun dengan mudah memasuki bahagian timur Malaysia dan sememangnya diakatakan oleh penduduk setempat pada waktu serangan itu Thailand adalah dalang yang bersubahat untuk menjatuhkan Malaya ke tangan jepun, tetapi knp?



Ia adalah merupakan salah satu taktik Thailand mengalihkan tumpuan pejuang melayu Kelantan-Patani dalam perjuangan mereka membebaskan bumi Patani dan selatan Thailand dari kerajaan Thai. Tahukah kita semua, bahawa pada bulan Ogos 1943, Jepun telah menyerahkan Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan kepada Kerajaan Siam.Bukankah pemberian ini merupakan habuan kepada kerajaan Thailand dan sebagai tanda membalas budi Siam membantu mereka dalam kempen menawan Tanah Melayu???(sangtawal). Ini ade perkaitan demdam lama Thai dengan Kerajaan Siam terdahulu.  


Yang ni saje nk tekakan perkataan Rathaniyam, ini adalah salah satu agenda Thai melupus terus tingalan melayu siam di negara siam, makin lama segala adat budaya dan bahasa semua telah dithaikan. Oleh itu Hari ini dalam sejarah tk semua yang orang tahu kita tahu dan kadang kala ape yang kita tahu orang mmg dah tahu. 

Rujukan:

Wikipedia
Sangtawal
Jendelasarjana
Pelbagai rujukan Laen 



Tuesday, October 28, 2014

Zabag dan Kita



25 oktober, sinar harian mengeluarkan satu berita mengenai penemuan bagaikan sebuah tempayan purba yg besar di Jeneri, namun setelah diteliti oleh pihak persatuan sejarah cawangan Kedah ia didapati adalah sebuah Relau Besi, Baca setrusnya disini.

Penemuan Relau yg berusia hampir 1000 tahun ini sebenarnya mampu untuk membuktikan sejarah kedah tua dahulu dan membuktikan kebenaran catatan dari Abu Dulaf dan Idrisi mengenai sebuah negara bernama Zabag.


Zabag dikatakan di Philippines

Berikut sedikit nukilan daripada susur galur:

“Dari pertengahan kurun ke 9, kita mendapati terdapat rekod-rekod dari Arab yang memperihalkan sebuah kerajaan yang dinaungi oleh seorang Maharaja dan didalam rekod-rekod ini, nama-nama seperti Zabag dan Sribuza disebut berulang-ulang kali. Para sarjana berpendapat bahawa Zabag merupakan satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada kepulauan nusantara secara umum manakala Sribuza pula merupakan nama kepada ibukota atau pusat pemerintahan empayar Zabag atau dengan erti kata lainnya, merujuk kepada Srivijaya yang berpusat di Sumatera.

Antara penulis yang terawal yang menyebut tentang Zabag dan Sribuza didalam rekod penulisan mereka adalah Ibnu Khordadbeh. Siapakah Ibnu Khordadbeh? Ibnu Khordadbeh atau nama sebenarnya Abul Qasim Ubaid Allah Ibn Khordadbeh merupakan seorang ahli birokrat dan ahli geografi keturunan Parsi yang hidup pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah dibawah khalifah Almu'tamid pada kurun ke 9.

Pada awal kurun ke 9, Ibnu Khordadbeh telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Al Masalik Wal Mamalik (The Book of Roads and Kingdoms). Buku ini mengandungi rekod-rekod mengenai kepelbagaian bangsa dan kawasan-kawasan yang dinaungi oleh Kerajaan Abbasiyah. Buku tersebut juga memaparkan peta-peta, deskripsi lengkap mengenai kawasan, bangsa dan budaya negara-negara kota di Asia Tenggara termasuk Kepulauan Andaman, Semenanjung Malaysia, Kepulauan Jawa sehinggalah China, Korea serta Jepun.

Mengenai Srivijaya, Ibn Khordadbeh ada menjelaskan bahawa penguasa Zabaj diberi nama Al Takht, raja kepada pulau-pulau di laut timur. Ibn Khordadbeh juga memetik kisah-kisah dari pelayar-pelayar yang memperihalkan keadaan flora dan fauna Zabag. Beliau dipetik sebagai berkata:

In the mountains of Zabag, there are enormous serpents which devour men and buffalos, and some which devour even elephants. This country produces gigantic camphor trees, there are trees which can give shade to nearly a hundred persons

Ibn Khordadbeh seterusnya memperihalkan berkenaan dengan Maharaja Zabag. Kekayaan Maharaja Zabag dijelaskan dengan kutipan cukai yang mencapai 200 mann sehari. Mann atau Batmann (bukan adiwira kelawar yang popular itu) merupakan unit timbangan yang digunakan oleh pedagang arab pada zaman Uthmaniyah dan Asia Tengah dimana satu Mann bersamaan dengan lebih kurang 7.4 kilogram menjadikan kutipan emas Maharaja Zabag setiap hari adalah 1,480 kilogram setiap hari.

The gold is plentiful, the horse bits, the chains and necklaces of monkeys, dogs and other beasts are of gold. The chiefs used golden bricks for their houses and forts and official decrees are engraved upon golden paper

Maharaja Zabag juga mempunya tabiat mencampakkan bata-bata emas nya kedalam air. Selain daripada itu, 1/4 daripada kutipan cukai nya diperolehi daripada aktiviti sabung ayam, yang kita tahu merupakan aktiviti yang digemari bukan sahaja oleh masyarakat melayu malah raja-raja melayu. Kegilaan raja-raja melayu bersabung ayam sememangnya telah direkodkan didalam pelbagai sumber. Ibn Khordadbeh seterusnya dipetik sebagai berkata:

The king of Zabag is named the Maharaja. The Maharaja gathers each day a revenue of 200 mann of gold. He has this gold made into a single brick and throws it into the water saying; Look this is my treasury. Part of this revenue, say 50 mann a day, he gets from cock fights. one of the legs of the victorious cock belongs by right to the king and the owner buys it back for gold.

Penulis seterusnya bernama Sulayman Al Tajir (Sulaymen the Merchant), seorang pedagang arab yang telah merekodkan nama Sribuza sebagaimana yang telah ditulis dan disusun semula oleh Abu Zayd Hassan didalam bukunya yang bertajuk Akhbar Al Sin wa Al Hind (Reports of China and India) . Beliau mengatakan bahawa Kalah Bar merupakan sebahagian daripada empayar Zabag dan empayar ini terletak di Selatan India dan keduanya dinaungi oleh seorang Maharaja yang sama. Saya percaya Kalah Bar yang dimaksudkan disini adalah kerajaan Kedah Tua dimana perkataan Bar pada Kalah Bar telah ditafsirkan untuk merujuk kepada kerajaan dan pesisirnya.

Abu Zayd Hassan juga telah menerangkan bahawa Maharaja Zabag mempunyai tabiat membuang emasnya didalam tasik. Seperti yang telah saya tulis didalam perenggan 7 diatas, perkara yang sama juga telah di ceritakan oleh Ibn Khordadbeh didalam bukunya. Abu Zayd Hassan seterusnya menceritakan satu kisah yang menceritakan tentang hubungan diantara Maharaja Zabag dan Penguasa Khmer.

Didalam kisah itu, walaupun telah berulang kali dinasihati oleh para menterinya, Raja Khmer dengan angkuhnya telah membuat satu pengisytiharan dihadapan rakyatnya, bahawa beliau ingin melihat kepala Maharaja Zabag dipersembahkan kepadanya didalam sebuah dulang. Berita tersebut telah disampaikan kepada Maharaja Zabag yang seterusnya telah mengutus satu armada perang untuk memerangi Khmer. Penguasa Khmer tersebut telah ditangkap, dibunuh dan kepalanya dihadapkan kepada Maharaja Zabag didalam sebuah dulang.

"You have manifested the desire to see before you my head on a plate. If you also had wished to seize my country and my kingdom or even only to ravage a part of it, I would have done the same to you. But since you have only expressed the first of these desires, I am going to apply to you the treatment you wished to apply to me, and I will then return to my country without taking anything belonging to the Khmer, either of great or small value”

Susur Galur mengambarkan cerita ini mungkin pada dasar nya suatu cerita lagenda yang berkait rapat dengan satu prasati di Champa yang menceritakan peperangan diantara Jawa dan Champa. Banyak Tulisan-Tulisan lain yang menyatakan sriwijaya yg diceritakan ini adalh bukan berpusat disumatra malah boleh dikatakan berpusat di Tanah Melayu sehingga ada yang mengatakan ia lebih tua lagi dari sriwijaya itu sendiri. Kita selusuri lagi tulisan susurgalur.

“Abu Rayhan Al Biruni ataupun lebih dikenali sebagai Al Biruni, dianggap oleh pakar sebagai ahli anthropologi (ilmu kemanusiaan dan sains sosial) pertama didunia, yang juga merupakan seorang ilmuwan Islam berketurunan parsi yang terkemuka pula, menggelarkan Zabag sebagai Suwarna Dib (Suvarnadvipa) didalam bukunya yang diberi judul Qanun Al Masoudi (kitab tersebut dinamakan sedemikian kerana Al Biruni menujukan buku tersebut kepada Mas'ud anak lelaki kepada Sultan Mahmud Al Ghaznawi/Mahmud of Ghazni). Beliau dipetik sebagai berkata:

The eastern islands in this ocean (Sea of Champa), which are nearer to China than India, are the islands of Zabaj, called by the Hindus, Suvarnadvipa, i.e. the gold islands, because you obtain much gold as deposit if you wash only a little of the earth of that country

Al Idrisi ataupun nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad al Idrisi merupakan seorang pakar geografi serta ahli didalam bidang pemetaan khususnya topografi. Hasil kerjanya meninggalkan kesan kepada pengembara-pengembara terkenal daripada Ibn Battuta, Ibn Khaldun, Piri Reis sehinggalah kepada Christopher Columbus dan Vasco Da Gama. Beliau didalam bukunya yang bertajuk, Kitab Ruyar pula dipetik sebagai menyebut:

On its shores (i.e. of the sea of Sanf or Champa), are the dominions of a King called Mihraj, who possesses a great number of populous and fertile islands, covered with fields and pastures, and producing ivory, camphor, nutmeg, mace, clove, aloeswood, cardamom, cubeb”

Menarik dan makin menarik dan kini Ikuti pula kajian daripada Lokalgenius, ada info penting yang mana setidak2nya menyokong teori Zabag itu bukan sekadar disumatra 

“Sebahagian besar sejarawan berpendapat bahawa Zabag adalah sama dengan Srivijaya dan bukan nama sebuah kerajaan yang berbeza, sebaliknya hanyalah variasi panggilan nama kerajaan Srivijaya dikalangan para pedagang Arab. Namun ini tidak dapat menjelaskan asal kata Zabag yang sebenar kerana ia terlalu jauh untuk disamakan dengan Srivijaya. Malahan Srivijaya sudah ada panggilan Arabnya sekitar kurun ke 10 iaitu Sribuza atau Syarbazah namun pada masa yang sama Zabag masih disebut oleh para pengembara Arab dan timur tengah yang lain sebagai sebuah kerajaan. 

Sebenarnya istilah Zabag berasal daripada kata Javaka atau Jawaka. Para pedagang Arab telah mendengar nama ini daripada para pedagang India yang menyebut kerajaan ini sebagai Savaka atau Savak yang sedikit berbeza dengan sebutan bahasa Sanskrit iaitu Javaka. Dijangkakan bahawa Savaka adalah sebutan dalam bahasa Prakrit. Daripada Savak ini maka terjadilah perubahan sebutan dengan lidah Arab menjadi Zabag. Javaka adalah nama sebuah empayar kuno Melayu yang wujud di Nusantara sebelum kewujudan Srivijaya lagi. Namun terus terang saya katakan bahawa saya masih belum menjumpai sebarang sumber yang solid untuk meletakkan dimanakah sebenarnya Zabag. Namun saya yakin bahawa kerajaan ini memang wujud suatu ketika dahulu.


Sebelum ini sudah saya nyatakan dalam artikel saya berkenaan serangan orang Melayu terhadap Sri Lanka bahawa Chandrabanu adalah salah seorang raja Javaka yang telah berjaya membina sebuah dynasti disana. Raja ini adalah dari kerajaan Tambralingga, Sridhammaraja yang selama ini memang digelar sebagai Javaka. Hal ini kerana kerajaan Tambralingga dikatakan sebagai pewaris empayar Javaka yang pernah wujud sebelum itu. Raja Javaka juga disebut dalam catatan pengembara Arab bernama Sulaiman yakni yang telah memenggal kepala Raja Kemboja yang dikatakan adalah raja dari dinasti Saylendra, kerana memang ada catatan daripada prasasti di Champa dan Kemboja yang menunjukkan bahawa pernah ada tentera Chaeva yang menyerang dan memusnahkan kuil mereka.(lokalGenius)

Adakah raja-raja sailendra berasal dari Javaka? Atau sebenarnya mereka adalah pemerintah sebenar kerajaan Javaka? Sesetangah sejarawan percaya bahawa dinasti Sailendra berasal daripada Indochina yang kemudiannya terpaksa berpindah ke Tanah Jawa apabila Indochina mula dikuasai orang Khmer yang menubuhkan kerajaan Chenla. Ada pula yang berpendapat mereka berasal dari India. Namun saya lebih bersetuju dengan pendapat yang pertama, cuma saya tidak bersetuju mereka terus ke Jawa dari Indochina, sebaliknya mereka ke Semenanjung dahulu dan kemudian ke Sumatera dan setelah itu barulah mereka bertapak di Kerajaan Medang di Jawa.”

Keterangan diatas menerangakn istilah javaka itu, umpama berbalik kepada entry Yawakotti sebelum ini dan sudah panti ia megambarkan Zabag itu bukan di sumatra. Bercerita mengenai Zabag ini lokalgenius sendri bersetuju dengan sri-kandi yang Zabag itui terletakdari kelantan sehingga Segenting Kra. Lokalgeius kemudiannya mengutarakan teori Cik Sri yang mana kita sama-sama ikuti

"Jika teori Cik Sri yang mengatakan bahawa dari Indochina mereka bermukim di sekitar Kelantan dan membuka kerajaan di situ sebelum ke Sumatera, ini bermakna kita dapat camtumkan puzzle dan teka-teki mengapa terlalu banyaknya persamaan di antara budaya penduduk Kelantan dengan Jawa. Dari kain batik, bahasa, wayang kulit, Keris, adat istiadat, baju kebaya, kain kemban, alat-alat muzik dan nama-nama tempat yang saling tak tumpah seperti di Jawa! Apa maknanya ini tuan-tuan sekalian? Ini bermakna dinasti Sailendra dengan para menteri atau budayawan dari Medang kawulan Kelantan telah membawa segala jenis bentuk budaya yang mereka bina sejak berkurun-kurun turun ke Sumatera dan kemudian ke Tanah Jawa. Namun yang pasti dalam lagenda Aji saka, memang dinyatakan dengan jelas bahawa beliau berasal dari luar tanah Jawa."

Saya juga bersetuju dengan pendapat Lokalgenius yang mengatakan Zabag adalah Srivijaya di tanah besar manakala Srivijaya di palembang menguasai pulau. Jadi Srivijaya adalah ‘anak’ kepada Zabag dan bukan sebaliknya.hal ini juga berlaku sewaktu Majapahit cuma diterbalikkan sahaja kisahnya. Namun panjang untuk diceloteh sekali bersama-sama kali ini hehe.

"Sebab itu pengembara Arab sering menyebut bahawa Maharaja Zabag adalah raja Kalah dan Sribuza. Kerana Maharaja Zabag adalah Yang dipertuan Agong. Raja-raja bawahan seperti di Kedah,Palembang, Malayu, Langkasuka dan Jawa memerintah di bawah naungan Maharaja Zabag atau Jawaka. Apabila berlakunya krisis dalam dinasti Sailendra maka empayar Jawaka berpecah menjadi dua. Satu di Semenanjung dan satu lagi di Sumatera. Lama-kelamaan dinasti di Sumatera menjadi semakin kuat dan menguasai kawasan yang sebelum ini dikuasai Jawaka."

Dimana Zabag, adakah Zabag itu kelantan?. Namun Kelantan itu sediri pada dahulunya berpecah kepada beberapa bahagian dan ke bebrapa kerajaan. Oleh itu untuk ketika ini ditingalkan para pembaca untuk memikirkan persoalan ini agar ke-depan nanti dapat menerima sesuatu diluar memahaman logic biasa dengan fikiran terbuka.

"Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang "qala'I" iaitu pedang Hindi yang tulen…"
(Abu Dulaf,940 Masehi)

"Orang-orang Zabag (Srivijaya atau Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini dikenalpasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi.Dari sana mereka membekalkannya ke seluruh TANAH INDIA.Tiada besi yang mampu menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman."
( Idrisi,1154 Masehi)

Rujukan
LokalGenius
Susurgalur
Srikandi(blog dan FB)


Saturday, September 6, 2014

Kota Lukut : 135 tahun sebelum 13 Mei, 1969



Sempena Sambutan Hari Malaysia yang bakal tiba, pihak kami ingin mengambil iktibar daripada salah satu peristiwa Hitam yang pernah terjadi di Tanah Malaysia agar dijadikan Pedoman dan mendoakan agar ianya tidak berulang. Penkongsian kali ini Hasil garapan daripada sabrizain

Muzium Kota Lukut ini asalnya adalah sebuah tapak kota pertahanan atau sebuah kubu pemerintah Melayu iaitu Raja Busu, iaitu anak Sultan Selangor ketika itu.Kubu ini terletak di puncak bukit yang dikenali sebagai Bukit Gajah Mati atau Bukit Raja, dan boleh dilalui melalui jalan dari arah kaki bukit. Kubu ini menghadap ke arah pekan Lukut dan memberikan pandangan tanpa terlindung oleh Sungai Lukut, persekitarannya dan juga Selat Melaka.


Dibina oleh buruh dari kalangan para banduan, ia adalah bentuk segi empat dengan ukuran kira-kira 200 meter panjang dengan 170 meter lebar. Dinding batu laterit merah dikelilingi oleh parit lapan meter lebar dan antara 8-10 meter. Hutan buluh telah ditanam pada bahagian bawah parit dengan dinding batu diletakkan meriam. Meriam  juga diletakkan di pintu masuk utama ke kubu, di dinding utara, dan pintu masuk yang kecil di sebelah bahagian dinding arah barat.

Dulunya sebelum kemerdekaan, Kota Lukut ini dan kawasan daerah sekitar sini adalah tertakluk di bawah jajahan kerajaan negeri Selangor.....

Raja Busu adalah anak Sultan Muhammad yang, pada tahun 1824, telah datang ke Lukut dengan pengikut-pengikutnya dari Selangor, Kedah dan negeri-negeri lain untuk membangunkan sumber-sumber bijih timah yang kaya. Beliau menggalakkan pelombong Cina, terutama dari Melaka, menetap di kawasan tersebut dan bekerja di lombong bijih timah. Dia adalah seorang pentadbir yang berkesan dan daerah Lukut menjadi makmur, dengan lebih ramai pelombong Cina dibawa masuk mengembangkan pengeluaran lombong-lombong bijih timah.



Gambar para pelombong cina di Lukut


 Mengikut sejarah yang tertulis di dalam Muzium Kota Lukut ini:

Pada tahun 1834, Raja Busu memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak sepuluh peratus (10%) ke atas timah semua yang telah diekstrak dan dieksport keluar dari Lukut. Peraturan baru ini telah menyebabkan kemarahan para pelombong dan peniaga cina, serta para penyokong kewangan mereka di Melaka.
  
Pada suatu pagi yang gelap, lebih kurang pada bulan September tahun 1834. Satu kejadian tragis dan menyedihkan telah berlaku apabila para pemberontak di kalangan orang cina telah MENYERANG ISTANA RAJA BUSU di Kota Lukut ini. Mereka telah menyusun serangan dengan rapi tanpa diketahui oleh sesiapa di kalangan orang Melayu ketika itu.
Para pemberontak ini telah berjaya membunuh para pengawal di sekitar kota. Kemudian mereka mengepung istana Raja Busu. Dengan  dipenuhi perasaan marah yang meluap-luap, mereka menjerit dan menuntut Raja Busu untuk keluar dari istana atau mereka akan MEMBAKAR istananya. 

Raja Busu yang mendengar kata-kata pemberontak cina yang telah mengepungnya ini menjawab:

"Kami, orang-orang Islam tidak takut untuk mati, lakukanlah apa yang kamu suka jika kamu berani!"


Apabila mendengar jawapan Raja Busu ini, para pemberontak cina telah menyerang dan membakar Istana dan rumah Melayu berdekatan, dengan beratus-ratus orang  melayu yang dirompak dan juga dibunuh.


Para pemberontak dari kalangan pelombong cina ini telah membunuh mereka dengan KEJAM, termasuk Raja Busu sendiri, isteri dan anak-anaknya. Dipercayai semasa Raja Busu melawan dan keluarganya cuba menyelamatkan diri, mereka telah ditangkap dan telah dicampakkan ke dalam api istana mereka yang sedang terbakar. Adalah dipercayai, hasil rompakan yang diperolehi dari istana Raja Busu berserta segala perhiasan dari China termasuk, emas permata sahaja dianggarkan kira-kira 3,500 paun.

Orang-orang Melayu yang terselamat dari serangan ini  melarikan diri ke kawasan desa dan daerah berhampiran dan segera menyampaikan berita SEDIH ini.
  
Mendengarkan berita PEMBUNUHAN RAJA BUSU dan keluarganya yang dibunuh dan dicampakkan ke dalam api istananya sendiri. Orang-orang Melayu di sekitar negeri dan daerah ini telah SEGERA berhimpun dan bersedia untuk menyerang balas Lukut sebagai membalas dendam atas PEMBUNUHAN dan KEMATIAN seorang anak raja Melayu oleh para pendatang cina di sana.

Akibat serangan balas orang-orang Melayu, orang-orang cina yang memberontak tadi segera melarikan diri ke sempadan British - Belanda Melaka. Namun mereka telah diserang hendap dan dibunuh oleh orang-orang Melayu yang telah siap sedia mengepung kawasan laluan keluar dari Lukut.

Akibat serangan balas orang-orang melayu yang marah terhadap KEBIADAPAN, KECURANGAN DAN PENGKHIANATAN orang-orang Cina yang membunuh Raja Melayu ketika itu. Ramai orang-orang cina lari memasuki Melaka yang ketika itu dibawah pemerintahan Belanda di Melaka untuk mencari perlindungan. Oleh kerana itu, terdapatlah nama LUBUK CINA di Melaka, iaitu LUBUK CINA BESAR dan LUBUK CINA KECIL sempena mengambil nama tempat pelarian-pelarian dari kalangan orang cina yang datang untuk berlindung sebagai PELARIAN dari Lukut...

Akibat dari serangan balas orang-orang Melayu ini juga, banyak kampung-kampung dan lombong milik orang cina di Lukut telah ditinggalkan kosong selama bertahun-tahun.


HAKIKATNYA...

Sebelum terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 lagi... iaitu 135 tahun kemudian, masyarakat cina (para pelombong dan peniaga) ketika itu PERNAH MEMBERONTAK terhadap pemerintah Melayu Islam sehingga SANGGUP MEMBUNUH dan MEMBAKAR sehingga mati, seorang anak raja Melayu!!!  





~En Kopi~ 

Tuesday, September 2, 2014

MELAYU, TAMADUN AGUNG SUMERIA DAN NABI NUH A.S

Kami kongsikan satu pencerahan yang amat menarik daripada pihak The Patriot, Segala Kredit adalah kepada pihak The Patriot

Salam dan selamat hendaknya kepada semua pembaca. Dalam posting kali ini kita akan menyambung pengembaraan untuk mencari kaitan diantara bangsa Sumeria dan bangsa Nusantara atau Austronesia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kita bertuah kerana sudah ada sedikit sebanyak kajian yang dibuat oleh para pengkaji barat mengenai fenomena yang boleh dikatakan sangat misterius ini.

Sebenarnya terdapat banyak persamaan diantara bangsa kita atau Austronesia dengan Sumerian ini, seperti dalam sudut bahasa, keagamaan atau Theologi, kebudayaan dan juga mitos-mitos kewujudan. Ada sesetengah pengkaji yang menolak persamaan ini dan mengatakan ia hanyalah kebetulan semata-mata. Namun adakah suatu kebetulan boleh muncul dengan banyak sekali? Sudah tentunya tidak! Oleh itu mari kita bersama-sama menelusuri zaman purba untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.


Seperti yang dikaji ahli sejarah diperkirakan bahawa zaman gangsa dimulai sekitar 5000-6000 tahun yang lalu sekaligus menjadi salah satu tonggak sejarah terpenting dalam bidang pembuatan logam. Gangsa dipebuat dari peleburan yang kompleks dari tembaga dan timah dan masih di keluarkan hingga sekarang.

Di kawasan Mediteranian logam timah adalah sangat kurang, ini berbeza dengan Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai sumber timah terbesar di dunia baik dari zaman kuno hingga sekarang. Oleh sebab itulah perdagangan diantara kawasan Nusantara dan Asia Barat sangat penting pada zaman purba. Tetapi pada saat itu timah bukanlah satu-satunya yang dibawa oleh orang Asia dan Austronesia ke dunia sebelah barat kerana para arkeologi telah menemukan cengkih di dalam bejana kapal di Syria dengan bukti tahun setidaknya 1721 SM.

Bangsa Pheonicia ternyata telah membawa cengkih di awal kelahiran aksaranya, bahkan lebih awal lagi, kira-kira tahun 3000 SM, Mesopotamia telah menggunakan tumbuhan Nusantara itu untuk daging yang sudah tidak segar lagi, sekaligus untuk pengubatan.

Kerana zaman keemasan perdagangan cengkih antara Nusantara dengan pedagang-pedagang dari berbagai bangsa seperti India, Arab, Eropah, adalah berterusan beberapa ribu tahun kemudian, maka cengkih tentunya dikonsumsi sendiri oleh orang Sumer dan Pheonicia. Hubungan dagang yang sudah terjalin sejak awal peradaban ini menandakan mereka berkomunikasi dengan bahasa yang sama, atau setidaknya satu bahasa lingua franca yang difahami bersama .Orang Sumeria sering menyebut orang-orang laut dan pedagang tersebut sebagai bangsa Magan dan Meluhha/ Melukha (Mungkin Maluku atau Malayu/Malaka?).

Hubungan ini wajar jika dilihat dari yang tertulis di dalam dialog Kritias. Plato menulis bahawa di awal kehidupan, ada dua komuniti yang berbeza yang dibaratkan sebagai ‘gembala’ dan ‘pelaut’. Kanaan (Pheonicia) dan Sumeria adalah bangsa pelaut berorientasikan hilir sekaligus merupakan pembina kota-kota pelabuhan pertama di Timur Jauh yang tentunya mempunyai tradisi yang sama dengan pelaut-pelaut ulung Austronesia.

Sumeria merupakan peradaban tertua di dunia termasuk yang pertama menyumbangkan ilmu-ilmu peradaban seperti; penulisan, irigasi, undang-undang, agama, ilmu-ilmu sains (aritmatik, geometri, kalender, senibina), dan sebagainya.

Kota-kota Sumeria adalah yang pertama mempunyai sistem pertanian yang sistematik sejak 5300 SM dan perkembangan sistem penulisannya sudah dimulai sejak 3500 SM. Karya-karya Sumer adalah yang tertua di dunia dan tetap terpelihara hingga era Babilon, lalu berkembang hingga ke Timur Tengah dan Mediteranian, dan memberi sumbangan khususnya kepada tamadun Yunani dan Yahudi. Misalnya, dua dari empat sungai taman Eden dalam kitab mereka bernama Tigris dan Euphrates.

Selain itu, seperti yang telah saya sebut berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba. Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang panggil sebagai Dilmun, Magan dan Melluha. Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah, adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia.

Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.

Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun'( Beralun dlm bahasa Melayu) dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat. Selain itu perkataan GU dalam bahasa Sumerian ada persaman dengan perkataan KU atau AKU dalam bahasa Melayu kerana maknanya adalah sama iaitu saya manakala perkataan KAMI dalam bahasa Sumeria adalah ME.
Di bawah saya sertakan sebuah jadual berserta dengan perbandingan diantara bahasa Sumeria dengan bahasa Melayu. Saya hanya menyediakan 7 persamaan sahaja sedangkan ada berpuluh lagi persamaan yang boleh kita jumpa. Melalui jadual ini kita dapat lihat betapa dekatnya persamaan tersebut.


Selain itu bahasa Sumeria tidak sama dengan rumpun Indo-Eropah atau Afro-Asiatik (Mesir, Berber, Semit, dsb) yang terdapat di sekelilingnya, seolah-olah ia bahasa asing yang terpulau. Meskipun sudah lama pupus, Paul Kekai Manansala, menjumpai banyak kata-kata Sumer di dalam rumpun Austrik (Asia Tenggara, Asia Selatan, Oceania termasuk bahasa Melayu) . Apatah lagi di samping cengkih, Sumer juga menggunakan kerbau Asia, berkemungkinan kerbau ini berasal dari jenis Asia Tenggara (kerbau bubalus bubalis carabanesis), seperti yang terlihat pada sigil Sumerian abad ke-3 SM.

Mungkin ada diantara anda yang terlepas pandang klu-klu yang terdapat di seluruh Nusantara. Seperti juga ahli-ahli Freemason, orang-orang Nusantara terutama Melayu-Polenesia gemar menyorok klu tentang rahsia bangsa mereka dalam senibina rumah atau bangunan yang dibina mereka.

Anda tidak percaya? Sebagai contoh rumah adat Toraja satu arkitektur tradisional dikenali sebagai Tongkonan. Materialnya adalah terbuat daripada kayu uru, kayu lokal yang sekuat kayu jati. Arahnya selalu menghadap ke utara. Atapnya berbentuk melengkung seperti Minangkabau.

Meskipun orang Toraja ini tinggal di kawasan pegunungan, namun atap melengkung indah tersebut ternyata berkait rapat dengan lautan atau perairan. Bentuk rumah dengan atap lengkung itu menggambarkan sebuah perahu atau kapal. Model atap tersebut menggambarkan perahu yang digunakan Puang Buralangi pada masa berlayar ke Toraja, ribuan tahun silam. Dalam mitologi Toraja, Puang Buralangi adalah manusia pertama yang diciptakan Tuhan.

Buralangi diciptakan Tuhan di bahagian utara langit dan kemudian diturunkan di daerah yang disebut Pongko sebelum pergi ke Toraja dan beranak-pinak di sana. Pongko itu berada di daerah utara. Itu sebabnya, tongkonan selalu menghadap ke utara. Tidak ada kepastian di mana Pongko itu berada. Ada yang berpendapat ianya China, Wallahhua’lam. Kisah penciptaan Buralangi juga berkait tentang banjir besar yang meneggelamkan daerahnya. "Kerana keadaan ini juga Puang Buralangi menggunakan perahu untuk ke Tanah Toraja. Perahu ini kemudiannya diabadikan dalam bentuk atap rumah.

Kemegahan rumah Nias ini seakan-akan memberi gambaran kepada kita akan Bahtera Nabi Allah Nuh.

Terdapatnya versi lain tentang mitologi banjir di Toraja, yang diungkap oleh Stephen Oppenheimer mengenai teori yang ditulis dalam bukunya, Eden in the East: Benua yang Tenggelam di Asia Tenggara. Buku ini sangat menarik untuk dibincangkan. Ianya agak sensasi tapi amat memikat hati kita kerana bersangkut-paut dengan masa lalu sejarah kita yang misterius ini.

"Karakter khas mitologi di kawasan Nusantara dan Asia Tenggara adalah banyaknya cerita banjir," kata Oppenheimer dari Universiti Oxford, London. Kata-kata ini sangat penting kerana ianya adalah klu yang terawal dan terpenting yang harus kita baca dan faham jika kita mahu merungkai sejarah purba bangsa Nusantara. Kisah banjir ini yang menjadi dasar teori Oppenheimer bahwa banyak peradaban tertua di dunia berasal dari kawasan Nusantara, terutama dari wilayah Pentas Sunda, yang sekarang sudah tenggelam menjadi Laut Sunda dan Laut Cina Selatan. Bukti lain yang digunakan Oppenheimer adalah pemetaan genetik.

Pentas Sunda atau Sundaland adalah wilayah dataran luas yang berada di wilayah Indonesia dan Malaysia sekarang.



Sebelum dipisahkan oleh laut kerana Zaman Ais berakhir sekitar 6.000 tahun sebelum Masihi, Sumatera, Jawa, dan Borneo masih menyatu dengan Asia. Daratan ini juga menghubungkan Kalimantan dengan wilayah selatan Cina. Oppenheimer percaya, pada masa Pentas Sunda itu belum tenggelam, penduduknya sudah memiliki kemampuan teknologi bertani, mencari ikan, atau membuat tembikar. Kemampuan pertanian ini boleh dikatakan paling tua di dunia.

"Belum ada masyarakat lain (di dunia masa itu) yang boleh melakukannya," kata Oppenheimer.
Apabila Pentas Sunda dibanjiri air secara mendadak, penduduknya mula berpindah. Mereka membawa bersama teknologi pertanian dan sebagainya ke seluruh dunia. Di barat, pengaruh para imigran dari wilayah kita dan sekitarnya sampai Eropah, sedangkan di timur mereka sampai ke Benua Amerika dengan melalui Selat Bering, yang ribuan tahun lalu masih boleh dilalui dengan berjalan kaki, tidak perlu menggunakan perahu. Menurut Oppenheimer, oleh sebab itulah peradaban Sumeria, 5.000 tahun SM, juga dipengaruhi oleh peradaban orang-orang bertutur bahasa Austronesia- dalam keluarga bahasa yang mencakup bahasa-bahasa di Indonesia-Malaysia dari Asia Tenggara.

Selama ini ahli sejarah menyatakan di Sumeria sistem undang-undang sudah dikembangkan, teknik ketenteraan sudah cukup maju sehingga terjadinya perang diantar kota-kota atau City -state. Roda, adalah salah satu penemuan teknologi paling berpengaruh di dunia, juga sudah diciptakan pada masa ini. Dan terutama sekali huruf telah pun digunakan, iaitu dalam bentuk huruf paku atau cuneiform.

Namun apa yang lebih memeranjatkan, Oppenheimer melihat beberapa penemuan dari Sumeria menunjukkan adanya persamaan dengan kebudayaan atau teknologi masyarakat Austronesia. Persamaan benda-benda Neolitik yang muncul di Asia Tenggara dan Mesopotamia sekitar 7.500 tahun lalu juga menjadi salah satu bukti. Tembikar yang ditemukan di Ur, yakni salah satu kota tua Sumeria, menunjukkan beberapa persamaan dengan tembikar kelompok masyarakat Austronesia di Asia Tenggara seperti penggunaan cat warna merah.

Begitu juga, dengan penemuan patung-patung dengan cacah atau tato yang mirip dengan cacah kita. Seni membuat cacah alias tato itu adalah ciri-ciri khas Austronesia. Tidak hanya teknologi yang disebarkan para penduduk Nusantara ribuan tahun silam ke berbagai penjuru dunia, tetapi juga mitologi kisah banjir. Sebagai contoh Epik Gilgamesh, iaitu kisah banjir besar Sumeria yang memiliki pesramaan dengan banjir Nuh, menurut Oppenheimer, bertitik-bertolak dari kisah tenggelamnya Dataran Sunda di wilayah Nusantara dahulu kala.

Sejak dua abad yang lalu, cerita banjir Nabi Nuh adalah satu-satunya legenda tentang banjir besar yang dikenali dunia mutakhir. Munculnya mitologi banjir besar, yang sebahagian kisahnya sangat mirip kisah Nabi Nuh, dalam dunia moden apabila tablet-tablet tulisan huruf paku, semacam buku dari kerajaan Sumeria, ditemukan di Irak oleh Hormuzd Rassam pada 1853.

Tablet-tablet itu pertama kali diterjemahkan oleh arkeologis Inggeris, George Smith, pada awal 1870. Tablet itu berisi kisah Gilgamesh, seorang Raja Sumeria. Dalam cerita itu, Gilgamesh bertemu dengan Utnapishtim di negeri timur yang mengaku telah selamat dari banjir besar yang melanda negerinya kerana dia sempat naik perahu besar.

Dalam perahu itu, ia membawa semua benih yang boleh ditanam. Setelah beberapa hari, ia melepaskan burung untuk mengetahui apakah sudah nampak ada daratan. Arkeologis Inggeris lain, seperti Sir Leonard Woolley, pada 1929, menyimpulkan bahawa kisah Utnapishtim dan banjir Nuh itu adalah sama. Namun hanya Allah yang lebih mengetahui samaada kisah itu dan orang itu adalah sama seperti yang dikhabarkan dari al Quran.

Tetapi tidak boleh tidak kita juga harus mengikuti perkembangan jumpaan bukti semasa. Dalam pengkajian dan pencarian akan Bahtera Nabi Nuh, saya yakin dunia telah mengiktiraf bahawa bahtera yang dijumpai di puncak gunung Ararat adalah bahtera Nuh yang asli. Jikalaupun ia bukan bahtera Nuh, kita juga mendapat kepastian bahawa sememangnya pernah berlaku suatu banjir yang maha besar suatu ketika dahulu, yang dapat menjelaskan mengapa boleh ada kapal purba diatas puncak gunung.


Sekadar illustrasi 


Jika benar bahawa bahtera tersebut adalah bahtera Nabi Allah Nuh maka kita makin dekat dengan konklusi bahawa Nabi Nuh sebenarnya berasal dari tamadun Pentas Sunda yang telah tenggelam! Mengapa saya berkata sedemikian? Adakah saya naik kerasukan? Oh...tidak anda jangan terburu-buru kerana masih banyak yang harus kita bincangkan, jangan lari, saya bukan gila isim...

Sebenarnya para pembaca sekalian baru-baru ini (2010), gabungan pengkaji arkeologi dan antropologi dari dua negara, iaitu China dan Turki, seramai 15 orang, yang juga merakam film dokumentari tentang tapak kapal Nabi Nuh AS itu, telah menemukan bukti baru. Mereka mengumpulkan artifak dan fosil-fosil berupa serpihan kayu kapal, dan paku.
Hasil kajian makmal Noah’s Ark Ministries International, China-Turki, setelah melakukan ujian material fosil kayu oleh ahli tanaman purba, menunjukan bukti yang amat-amat mengejutkan, yakni fosil kayu Kapal Nabi Nuh AS sebenarnya berasal dari kayu jati yang ada di Pulau Jawa!

Saintis China ini menemukan bukti yang memeranjatkan dunia Arkeologi!

Mereka telah meneliti ratusan sample kayu purba dari berbagai negara, dan memastikan, bahawa fosil kayu jati yang berasal dari kawasan Jawa Timur dan Jawa Tengah 100 peratus tepat dengan sample fosil kayu Kapal Nabi Nuh AS.

Mereka meyakini 99 peratus, bahwa tapak kapal di Gunung Ararat, Turki adalah merupakan fosil Kapal Nuh yang ribuan tahun lalu terdampar di puncak gunung itu, setelah banjir besar menenggelamkan dunia dalam peristiwa mencairnya glisier di kedua-dua kutub. Daripada kajian ini maka jelas kepada kita bahawa misteri dunia dan rahsia Allah itu tidak semudah yang kita sangka. Rupa-rupanya ada sebab mengapa Allah swt menempatkan umat Islam teramai di dunia di Kawasan Nusantara! Rupanya tanah bertuah ini adalah tanah para Nabi sebelum kewujudan Bani Israel. Samaada hipotesis saya ini benar atau tidak hanya Allah yang maha mengetahui.
Inilah pohon kayu Jati yang terkenal di Nusantara.

Namun kisah ini tidak berakhir disitu. Berbalik kepada topik banjir besar, yang lebih memeranjatkan lagi bahawa kisah Utnapishtim atau banjir Nuh ini bukanlah satu-satunya kisah tentang air bah besor. Beberapa kisah yang serupa mulai ter-identifikasi di seluruh dunia dan ini memeranjatkan para sejarawan. Ini semua dapat mengukuhkan lagi bukti bahawa Nabi Nuh mungkin berasal dari Nusantara.

Di Wales misalnya, sebuah negeri kecil yang pemerintahannya menyatu dengan England ada kisah mengenai tasik Llion yang menyembur dan membanjirkan seluruh daratan kecuali Dwyfan dan Dwyfach. Mereka selamat dengan kapal tanpa tiang dan kembali mendiami Pulau Pridain (Britania). Kapal itu berisi sepasang binatang dari setiap makhluk yang hidup.

Di Tahiti, misalnya, ada kisah banjir setinggi gunung, selama sepuluh hari. Apa yang jelas ia bukan tsunami, yang mungkin sudah dikenali di daerah itu, kerana lamanya sampai 10 hari. Manakala suku Ami, salah satu suku pribumi di Taiwan, memiliki ciri yang sama dengan dongeng di Tibet-Burma dan Austro-Asiatik di India Timur. Kisahnya tentang banjir yang singkat, menyelamatkan diri dengan kotak kayu, mendarat di gunung, dan pembiakan orang yang selamat.
Tetapi ada sesuatu yang merunsingkan saya, Ianya adalah mengenai asal usul-Nabi Nuh itu sendiri. Seperti yang anda tahu perbincangan ini adalah untuk mencari titik mula perkaitan diantara Orang Sumeria dengan Nusantara. Persoalannya disini sama ada benar ataupun tidak Nabi Nuh itu rumpun Austronesia? Jika benara maka misteri persamaan bahasa diantara Sumeria dan Nusantara Austronesia telah terjawab. Mereka adalah daripada Induk bangsa yang sama.

Para readers sekalian, sebenarnya tidak ramai yang tahu bahawa Sumeria mempunyai satu lagenda mengenai kedatangan seorang pendita berbentuk makhluk dua alam dari timur. Makluk ini jika dilihat pada Plate-plate tinggalan mereka ianya berbentuk seakan-akan reptilian seperti biawak atau ikan serta burung, namun sejak kali pertama saya melihatnya saya percaya ianya adalah NAGA! Menurut riwayat pendita ini datang dari arah laut di timur dengan berenang dari lautan Hindi.
Dalam lagenda mereka juga pendeta ini dikatakan pendatang dari Dilmun atau Eden yakni tanah bertuah ini bertujuan untuk mengajar sesuatu ilmu spritual kepada orang-orang Sumer. Dalam legenda Babilon, kedatangan imigran Nusantara dirakam dalam kisah tujuh orang pendita yang datang dari laut (Timur) membawa berbagai pengetahuan baru. Kisah seperti ini juga terdapat di Hindukush (pusat peradaban Indus kuno) dan dimuat dalam Buku Kematian Mesir kuno.

Seperti yang telah saya paparkan sebelum ini Oppenheimer telah memberikan satu senarai yang panjang mengenai mitos-mitos masyarakat Mesopotamia dan Asia Barat secara umumnya yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara atau Nusantara.
Pendita dari timur ini bernama Annunaki!

Dalam lagenda ini juga pendatang dari timur ini sering digambarkan sebagai sesuatu yang baik dan positif namun ada juga gambaran yang negatif. Menurut pengkaji, terdapatnya konflik yang wujud diantara dua kelompok pendatang yang singgah di Sumeria ini. Dalam the Book of Enoch, dua kelompok pendatang dari timur ini dikatakan telah berperang sesama mereka. Sebagai contohnya dalam tradisi lagenda masyarakat Yahudi pertelingkahan berlaku kerana faktor perebutan hak perdagangan dan perniagaan yang tidak jujur. Hal ini menunjukkan bahawa pendita dari timur ini juga turut memperkenalkan konsep perdagangan dan perniagaan kepada mereka.

Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan siput cowry dan lingkaran siput yang dikerat sebagai matawang Sumeria awal sepertimana yang digunakan oleh masyarakat Austronesia. Apa yang lebih mengejutkan ialah cara ia digunakan juga sama dengan orang Austronesia iaitu ianya ditebuk lubang dan dijadikan sebagai rantai atau gelang untuk dibawa ketika membeli. Persamaan ini tidak boleh dikatakan sebagai kebetulan kerana bangsa lain di sekitar Mesopotamia tidak mempunyai matawang seperti itu. Sehingga sekarang para pengkaji masih bingung apakah barangan yang didagangkan orang Sumer dengan Dilmun. Namun produk kayu atau balak adalah salah satu komoditi yang dapat dipastikan.

Siput yang dikerat hujungnya.
Dalam catatan Yahudi kuno ada menyatakan tentang hubungan perdagangan diantara para pedagang Pheonicia yang membawa kayu dinamakan Almug dari sebuah tempat yang jauh ketimur. Menurut catatan itu lagi perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut mengambil masa selama tiga tahun dengan menaiki kapal.

Para pengkaji moden telah cuba mencari jawapan apakah yang dimaksudkan dengan kayu Almug tersebut dan kebanyakan dari mereka mengatakan ia adalah kayu Jati atau Gaharu atau mana-mana jenis kayu wangi yang lain yang berasal dari kawasan tropika. Perdagangan kayu-kayuan ini berkemungkinan besar adalah permulaan kepada munculnya perdagangan rempah ratus dari timur. Apa yang pasti dalam banyak petitih-petitih kuno Asia Barat, Dilmun digambarkan sebagai sebuah tempat yang penuh dengan kayu-kayu wangi dan dinamakan The Land of Aromatics.

Dari sudut keagamaan pula, dalam masyarakat Polinesia, dewi bulan mereka dinamakan sebagai Ina atau dalam bahasa Samoa Hina dan Hawai sebagai Wahine. Perkataan wanita dan betina juga dikatakan berasal daripada nama ini.

Apa yang menarik adalah, dalam masyarakat Sumeria Inana merupakan nama bagi dewa bulan mereka! Hal ini menunjukkan wujud persamaan yang amat ketara. Tablet yang bertulis nama inana ini ditemui arkeologis dan dipercayai berumur lebih 10 ribu tahun. Malah bukan itu sahaja. Kebanyakan daripada mitos kedewaan dan nama-nama dewa masyarakat Sumeria adalah mempunyai persamaan dengan nama-nama dan kisah dewa dewi orang Polinesia.
Dewi Innana.

Sepertimana orang-orang Sumeria yang sangat mahir dalam ilmu cerap bintang, konsep ilmu ini juga adalah sama dikalangan masyarakat polinesia. Hal ini amat memeranjatkan para pengkaji barat. Ini mengukuhkan lagi teori bahawa orang Nusantara termasuk Polinesia adalah pembawa tamadun kuno ke Sumeria. Perhubungan diantara Sumeria dan Nusantara ini sudah pasti berlansung dalam jangka waktu yang amat lama sehinggakan terdapatnya kesan-kesan yang dalam diantara kedua-dua bangsa ini seperti kewujudan patung orang Sumeria di Candi penataran dan kewujudan persamaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Sumeria.

Selain daripada bukti-bukti, keagamaan dan mitos serta kebudayaan terdapat juga bukti dari segi anthropologi dan genetic. Saintis yang telah membuat kajian menegnai rangka dan tengkorak orang Sumeria dikatakan bahawa mereka mempunyai dahi yang agak luas, tulang hidung yang lebar dan besar serta struktur bibir bawah yang tebal. Ciri-ciri ini dikelasifikasikan mereka berada dalam golongan Astroloid yakni sama seperti tengkorak orang-orang Austrik dan Austronesia.

Nah, saudara pembaca yang budiman sekalian. Daripada perbincangan yang saya bentangkan ini maka ada beberapa perkara pokok yang tidak harus kita terlepas pandang. Yang pertama adalah adanya hubungan dagang diantara masyarakat Nusantara dengan Sumeria sejak awal tamadun itu berasas lagi. Yang kedua adalah terdapatnya bukti-bukti yang menyokong bahawa permulaan tamadun selepas banjir berkemungkinan besar bermula di Nusantara. Hal ini diperkukuhkan dengan penemuan penggunaan kayu jati dari Jawa dalam pembinaan bahtera Nabi Nuh.

Apa yang penting bahawa kita perlu yakin bahawa semua ini bukanlah suatu kebetulan kerana terlalu banyak persamaan yang dapat kita berikan dintara bangsa Austronesia Nusantara dengan satu bangsa yang misteri dari Iraq ini yakni Sumeria. Namun adakah semua persoalan tentang Sumeria-Nusantara ini akan tertutup dan berakhir disini sahaja? Oh tidak tuan puan sekalian, masih banyak lagi yang perlu dibongkar, terlalu banyak lagi yang harus dikaji, masih terlalu awal untuk kita berpuas hati dengan bukti yang kita ada sekarang.

Oleh itu saya sebagai penulis, menyeru para pembaca yang budiman sekalian supaya bersama-sama untuk memecahkan kebuntuan dan misteri ini supaya dapat kita membuka dengan lebih luas lagi pintu terahsia Bangsa Melayu ini. Sekian Wallah hu a’lam.
~ASJ~

~En Kopi~