Assalaamu’alaikum
w.b.t. dan selamat sejahtera …….
Satu penkongsian yang menarek daripada Ahmad Nizam Awang, kredit semua kepada hikmatun.wordpress.com.
Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin
Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai
tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang
cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak
mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah
Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.
“Apakah kamu tidak
memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah)
kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika
Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”. Orang itu
berkata: “Aku dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya
Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu
hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258
Tafsir Ibnu Katsir
ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud
telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi
dijatuhkan hukuman mati. Itulah
maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim
mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia
kerana tidak dapat melakukan sedemikian.
Sehinggalah
diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala
mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap
Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup.
Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s dari api yang panas bersemarak itu.
“Mereka berkata:
“Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak
bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi
keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim,
maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’
: Ayat 68 – 70
Dan dikatakan lagi
di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai
belah timur dan barat dunia ada empat orang.
Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir. Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud
dan Bukhtanasar.
.
Kaitan Namrud dengan
Illuminati
Subhanallah,
penyebutan sedikit kisah Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya ada kaitan hingga
ke zaman moden ini. Selain dari kisah
yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan
keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh
cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama
Illuminati.
Nama ‘Nimrod’ dalam
bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bererti “membangkang atau
murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata
“Marad” di dalam bahasa Arab ialah
“Ridda” yang bermaksud “murtad”.
Ketahuilah bahawa
manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku
sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan
pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di
Babylon (Iraq) (Rawzone kurang bersetuju dengan penyataan ini). Menurut suatu pendapat,
Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama
memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon
yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan
keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah
yang kini disebut sebagai New World Order.
Dari catatan-catatan
kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat banyak, di antaranya, dia
mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud
meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran
bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia
membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang
kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru
bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu
hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di
ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah
asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya
Natal / Krismas. (pautan)
Walaupun dikatakan
bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga
kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama
Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran ‘Orion‘ yang bermaksud
‘benih seorang wanita’. Semiramis mula
dikenali sebagai ‘Ibu perawan’, ‘Ibu suci’ dan ‘Dewi dari syurga’. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis
dan anak tuhan.
Melalui pengaruh dan
pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai ‘Ratu Langit’ oleh rakyat
Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci
dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke
masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini
berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu berpindah
ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon.
Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai
Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna
dengan Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.
Kemudiannya , ajaran
penyembahan berhala ibu dan anak itu
tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam
agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun,
Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan
Statue of Liberty di Amerika Syarikat.
Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason
Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara
Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.
Semiramis dalam duit syiling lama
Statue of Liberty
Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang
kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah
roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi
juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and
Vietnam. Dan simbol seperti Statue of
Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari
Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures
Entertainment.
Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama
Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut
tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan
kejahatannya, tetapi kehebatannya.
Kejadian
10 : 8 Kush memperanakkan Nimrod;
dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;
10 : 9 ia
seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang:
“Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN.”
Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada
disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian
Kejadian
11 : 1 Semula, bangsa-bangsa di
seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang
sama.
11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur,
sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.
11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain,
“Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka
mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.
11 : 4 Kata mereka, “Mari kita mendirikan kota
dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur
dan tidak tercerai berai di seluruh bumi.”
11 : 5
Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh
manusia.
11 : 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa
dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak
lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.
11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan
bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain.”
11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka
ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.
11 : 9
Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan
bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh
bumi.
Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan
besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali
sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina /
arkitek.
Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak
kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan
juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar
Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka
sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.
Tentang binaan-binaan yang mereka bina dan tujuan
pembinaan serta matlamat mereka mungkin saya akan tulis pada tajuk lain pula
nanti, insyaAllah.
.
Babylon baru
Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada
menyebut;
Wahyu 13 :
18 Maka inilah “hikmat”. Biarlah orang
yang mengerti, menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan
angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.
Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah
sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60. Bandingan 60 sen mereka adalah sama
perkiraannya dengan 1 dollar. Dan
sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka
sebagai contoh perkiraan masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit, 60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya
berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360
darjah, iaitu 60 x 6.
Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan
sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita
dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada ‘The great Seal’ , ianya mewakili nombor
1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon
baru. Secara matematiknya, 1110 dollar
Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon baru iaitu (0.6 x 1110 = 666).
Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya
dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik
Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai
‘Babylon yang hebat’ bersama-sama dengan
‘Agama Misteri’ nya. Dan tahun 1776
inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar
Gregorian).
Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di
Babylon
Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter
merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan
kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir
bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi
penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week)
disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good
Friday iaitu hari Yesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang
menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma
yang telah diurapi oleh para paderi.
Tetapi sebenarnya nama Easter itu bukan bermula
di situ, tetapi sudah berkait dari zaman penyembah berhala dulu lagi,
terutamanya dengan babylon. Perhatikan gambar di bawah;
Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu
Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah
dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar ‘Dewi
Kesuburan’ atau dalam bahasa babilonian
nya ‘Ishtar’. Maka Easter = Eastre =
Ishtar = Ashtaroth = Astarte
Kesimpulan
Kisah tentang Namrud sememangnya masih
berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan
anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq
(Babylon) tidak lama dulu. Bukan
semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.
“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari
Kiamat, tidak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” Hadith Riwayat
Muslim
“Tidak akan kiamat dunia ini sehingga ada seorang
lelaki daripada keluargaku yang akan memimpin bangsa Arab, namanya sesuai
(serupa) dengan namaku.” Hadis riwayat Abu Dawud
Rasulullah bersabda: “Al-Mahdi berasal dari keturunanku, keturunan
dari Fatimah.” Hadis riwayat Abu Dawud
~Enkopi~