ads ads ads ads ads ads ads

Sunday, December 15, 2013

"FIBO"- 2 (samb)

Sebut pasal Fibonacci nie teringat lak aku pada angka 0... Kenapa agaknya hehehe sbb Angka 0 ini di popularkan oleh Fibonacci, dalam tahun 1202 melalui karya popularnya Liber Abaci. Perkataan sifar ini juga membentuk perkataan cipher dalam bahasa Inggeris yang membawa masud “tiada apa-apa”, “simbol”, “kod” atau “mesej rahsia”.

Tatapi siapa yang menjumpai sifar ini, kerna yg popularkan ia adalah Fibonacci bermakna bukan die yg create heheh. Sebenarnya Tokoh matematik dunia Arab, Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, memperkenalnya di Iraq melalui bukunya Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal Muqabbala (tahun 837) setelah lawatannya di India, benua yang dipercayai “menemui” nombor maha penting ini pada tahun 594.

Lawatannya ke india??? maknanya masih lagi bukan die yg mencipta sifar itu sendri, dibawah ni sesuatu yg ku ingin sharekan yg mana ku cedok dr satu Blog dan kesemua Entry kai ni dikreditkan kepada pemilik blog itu… link asal seperti dibawah

 http://mindaahad.wordpress.com/2013/11/21/bangsa-melayu-adalah-pencipta-angka-kosong-0/


Ni disharekan satu video youtube yang mana menunjukkan kuil di india mengunakkan angka 0 dalam tulisan dokumen mereka


"Sebelum tahun 837, ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu berbanding tujuh maklumat dalam tamadun India yang memiliki simbol 0."

Bagaimanapun pensyarah matematik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, mengemukakan satu hipotesis lain — penciptaan simbol ‘kosong’ mungkin bermula di alam Melayu selewat-lewatnya pada 580.
Beliau bersandarkan hujah beberapa pengkaji, termasuk karya yang banyak dibahaskan The Universal History of Numbers (terbit 1998) oleh Georges Ifrah, terjemahan edisi Perancis Histoire Universelle des Chiffres pada 1981.

Sebelum dipopularkan al-Khwarizmi, Ifrah menyebut, beberapa nombor kosong di tulisan-tulisan pada batu ditemui antaranya prasasti tembaga Sankheda di India pada 594, Trapaeng Prei di Kemboja (683), Kedukan Bukit, Sumatera (683), Kota Kapor, Sumatera (686), Dinaya, Jawa (793), Po Nagar, Vietnam (813) dan Bakul, Vietnam (829).

Dr Mohammad Alinor berkata, bukti-bukti tambahan yang beliau kumpul dan keterangan Ifrah ini bermungkinan telah lama diketahui oleh seorang penyelidik sejarah China, Joseph Needham dalam bukunya Science and Civilisation in China (1959).

“Needham menyatakan bahawa simbol ’0′ sebenarnya dihasilkan di bahagian timur tamadun India, iaitu bahagian yang paling hampir dengan China yang menganggap ’0′ sebagai tempat kosong,” katanya.

Selain itu, tambahnya, seorang ahli matematik Zakov pernah menyebut di satu seminar sejarah sains di Eropah pada 1975 bahawa “simbol 0 yang direkodkan dalam prasasti-prasasti dari kepulauan Melayu lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim yang direkodkan oleh al-Khwarizmi.”

Dr Mohammad Alinor berkata, seorang profesor pelawat dalam bidang pendidikan matematik di UKM, Frank J. Swetz pada 1979, pernah menyebut “etnik Batak di Sumatera memiliki sistem angka merangkumi 0 yang lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim.“

Beliau berhujah lagi, sebelum al-Khwarizmi, “ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu berbanding tujuh maklumat dalam tamadun India yang memiliki simbol 0.“

ok ok lepas ni terus ke Fibo dlm market heheh ... Tapi sesuatu yg patut kita renung2kan hehehe

1 comment:

  1. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete