Al-kisah ini diambil
daripada garapan seseorg yang mana di share dan bebrapa kali di post diFB. Namun
ada banyak input dan kebenaranya disini, kebenaran sesuatu yg sukar bg
sesetengah Austronesian namun anggaplah ia sebagai bacaan ringan sekadar
membuka minda dan memberi-tahu sesuatu yang lama dulu pernah berlaku namun
hilang ditengelami porpulariti dunia yang laen…………..
Rumpun
Melayu dan Pribumi Sabah Sarawak
Salah faham mengenai
rumpun ini masih lagi berleluasa mungkin kerana kurangnya pembacaan dan
pendedahan di kalangan rakyat kita. Yang paling sedih sekali ialah ada individu
yang menyangka bahawa BUGIS, BANJAR, BAJAU, SULUK, CHAM, KERINCHI, ACHEH,
AMBON, MINANG, JAWA dan sebagainya sebagai bukan salah satu daripada rumpun
melayu.
Kelihatannya salah
faham yang wujud di sini semakin melebar. Mereka menyempitkan fahaman bangsa
itu dalam suku bangsa. Hal ini sangat-sangat menyedihkan. Sedangkan orang cina
dari pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Tanka dan Hui boleh bersatu di bawah
rumpun cina(Sino-Tibetian). Ya, ada sebahagian suku kaum yang berasal daripada
suku Sino-Tibetian ini seperti Viet (orang vietnam), Thai (bukan siam kerana
siam berbeza dengan Thai) yang tidak mengaku asal-usul mereka daripada
Sino-Tibetian ini kerana proses semangat KENEGARAAN seperti mana yang berlaku
di Indonesia untuk kategori RUMPUN MELAYU A.K.A AUSTRONESIAN ini.
Kalau orang India
pula, suku seperti Tamil, Telegu, Malayam ialah sebahagian daripada rumpun
India. Suku bangsa Aryan yang selalunya menduduki kasta tertinggi dalam
masyarakat India terasing daripada suku bangsa itu kerana mereka lebih kepada
bangsa Indo-Eropah. Itu sekadar pengenalan kepada BANGSA dan SUKU BANGSA agar
kita tidak salah faham.
Namun, yang ingin
disentuh di sini ialah salah faham yang melibatkan MELAYU itu. Salah faham ini
timbul apabila di KEPULAUAN MELAYU ini, bangsa ini terpecah kepada tiga buah
negara iaitu MALAYSIA, INDONESIA dan FILIPINA. Ada juga sebahagian daripada
orang melayu yang terdiri daripada suku Siam terperangkap di selatan Thai.
Orang melayu siam ini ialah pembina kerajaan melayu di Thailand seperti Sri
Dharmaraja. Berbeza dengan orang Thai yang merupakan pendatang dari China yang
lari daripada peperangan di sana lalu menubuhkan Kerajaan Ayutthayya di
Indochina.
Asal
Usul Melayu
Fantasi Yunnan masih
menjadi pegangan mereka yang bertuankan teori bahawa melayu itu asalnya
daripada Yunnan. Mengikut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu , Melayu
ditakrifkan sebagai orang di Tanah Melayu yang mengamalkan kebudayaan Melayu
danberagama Islam. Takrif ini bukan sahaja kabur, tetapi juga menyempitkan
makna Melayu yang asalnya bukan sahaja merujuk kepada orang Melayu di Tanah
Melayu,tetapi juga orang Melayu serumpun di luar Tanah Melayu.
Orang yang serumpun
dengan orang Melayu di tanah melayu dan berada di tanah, tetapi bukan Islam
dengan serta-mertamenjadi orang bukan Melayu sehingga istilah Bumiputera
diperkenalkan bagi merangkumi Melayu yang tidak Islam, seperti orang asli.
Perlembagaan ini diperluaskan kepada Perlembagaan Malaysia apabila Sabah,
Sarawak dan Singapura bercantum dengan tanah melayu menjadi Malaysia pada 1963,
dengan mengusutkan lagi makna Melayu. Mungkin ini yang menjadi punca kenapa
suku kaum pribumi Sabah dan Sarawak hilang asal-usulnya.
Apa yang ingin
ditekankan di sini ialah benarkah Melayu itu asalnya daripada Yunnan? Pendapat
ini sesuai dengan pandangan evolusi kononnya orang tertua ialah ‘Orang Peking’.
Pandangan ini tersangkal apabila diketahui fosil ‘Orang Peking’ itu adalah
palsu. Dari segi bahasa juga terdapat perbezaan ketara antara bahasa Melayu
Purba dengan bahasa Yunan sehingga teori ini tidak dapat dipertahankan lagi.
Bahasa Melayu tidak ada kesamaan langsung dengan bahasa Yunan tetapi lebih
dekat dengan bahasa penduduk kepulauan Pasifik dan Pribumi Sabah dan Sarawak.
Malah ada yang mendakwa bahawa Bahasa Melayu dekat dengan Bahasa Sanskrit,
bahasa penduduk Aryan yang datang daripada Iran ke utara India untuk
menyebarkan agama Hindu.
Kalau ditelusuri dengan
lebih dalam, Ibnu Khaldun dengan
beraninya mengangkat Melayu ini datangnya daripada keturunan Nabi Ibrahim,
daripada isterinya Keturah. Daripada keturunan Keturah ini juga diketahui
bahawa lahirnya bangsa pembina tamadun hebat seperti bangsa Median. Jika mahu
mengupas topik ini, ia pastinya mengambil sebuah lagi artikel kerana sejarah
yang melibatkan orang melayu dan Nabi Ibrahim sangat panjang
Melayu
dan Austronesia
Penerangan berikutnya ini menerangkan dan memberi
jawaban mengapa nama Malaysia itu telah wujud lama lagi sebelum kita
mengunapakai nama ini pada tahun 1963 (16 september), ini dapat diperhatikan spekulasi
pada entry sebelum ini , separuhnya hampir terjawab. Jules Dumont d'Urville yang mencadang penggunaan
Malaysia, Micronesia dan Melanesia pada
tahun 1831 bagi mengambarkan budaya di kawasan pacific yang mana menadaptasi atau
mengamalkan budaya melayu secara amnya. Ini bagi menggantikan perkataan Polynesia
ataupon Austronesia. Secara nyata Malaysia adalah merujuk kepada “Malay
Archipelago”
Berdasarkan buku
kajian Walace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti
Oxford (1863), bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan
penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang
hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke
Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor
di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada lima kumpulan: Kepulauan
Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua.
Walace berpendapat
melalui kajiannya, bangsa-bangsa yang mendiami kawasan itu berkongsi keluarga
bahasa yang sama, berkongsi budaya yang sama, berkongsi warna kulit yang hampir
sama. Dia mengulas lagi di dalam bukunya, rumpun bangsa ini samalah seperti
bangsa Causasians di eropah dan amerika yang pada asalnya terdiri daripada tiga
jenis suku iaitu, Aryan, Semitic dan Hamitic. Daripada tiga suku ini lahirlah
seperti Saxon, Anglo, Teuton dan sebagainya. Hal ini juga telah disokong oleh
Parlimen Hawaii di Honolulu pada tahun 1879. Dengan usaha Maharaja Abu-Bakar
pada waktu itu, parlimen Hawaii telah membincangkan mengenai penyatuan dunia
melayu di bawah satu nama Pan-Malaysia and "Malaysia Irredenta".
Peta Benua Melayu yang dicadangkan
Sembilan tahun
kemudian, (1898) Apolinario Mabini di
Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama. Pada waktu
itu juga munculnya Jose Rizal, yang
diberi jolokan oleh orang filipina sebagai "The Pride of the Malay Race”
atau “The Great Malayan”. Dalam bukunyam Jose Rizal menulis bahawa seharusnya
filipina dimasukkan dalam rancangan menggabungkan Tanah Melayu dan Indonesia
memandangkan mereka juga di bawah rumpun yang sama.
Wancelao Vinzons ,
pengikut Jose Rizal pernah menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta”
yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu beliau
berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku
mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to
the Malay race”
Pada asalnya, nama
untuk rumpun melayu ini dalam bahasa saintfiknya ialah Polynesian, tetapi
penemuan terbaru yang menemui bahawa penduduk asli di Taiwan itu juga termasuk
dalam rumpun melayu, (suku Farmosa) termasuk dalam rumpun melayu, maka nama
Polynesian itu terpaksa ditukar kepada Autronesian.
Kerajaan-Kerajaan
Melayu
Melayu sememangnya
terkenal dengan pembinaan kerajan-kerajaan agung mereka. Sriwijaya misalnya
telah berjaya menyatukan seluruh alam melayu ini daripada Madagascar hingga ke
selatan Taiwan berdasarkan catatan Nehru (1963) yang merupakan seorang
sejarahwan India.
Hanya Majapahit yang
diperintah oleh suku Jawa sahaja merupakan kerajaan melayu yang terasing
daripada empayar Sriwijaya. Namun, jatuh sahaja empayar Sriwijaya, Majaphit
menuntut hampir 1/3 empayar Sriwijaya yang pernah terbentang luas.
Champa dan Funan di
Indochina misalnya merupakan kerajaan Melayu yang pernah menguasai wilayah itu
sebelum orang Viet, Khmer dan Thai yang merupakan pelarian daripada selatan
China datang dan menghambat mereka ini hingga ke tanah melayu. Oleh sebab itu,
lahirlah teori bahawa orang Kelantan dan Jawa itu asalnya merupakan pendiri
Kerajaan Champa. Oleh sebab itu juga, orang Kelantan dan Jawa berkongsi budaya
melayu yang sama seperti BATIK dan WAYANG KULIT.
Terdapat juga
kerajaan melayu Purba lain yang tercatat dalam buku Cina, seperti Lang Ya Xiu
(Fatani/Patani sekarang)pada abad ke-2 Masehi, Pan Pan (utara Segenting Kera)
pada abad ke-5 Masehi,Senggora (Tanah Merah, sekarang di Thailand Selatan) dan
Zhu Bo (Pulau Jawasekarang). Semuanya telah wujud sekurang-kurangnya pada abad
ke-5 Masehi, manakala Dan Dan atau Tan Tan (Kelantan sekarang, yang juga
disebut Ki-lantan oleh penulis Cina yang terkemudian) telah wujud sebelum abad
ke-6 Masehi.
Mengikut buku INTAN
(1991), sumber Cina yang lain yang juga mencatat kebesaran kerajaan Ho-Lo-Tan
atau Kuo-Lo-Tan di Semenanjung Malaysia pada kurun ke-5 Masehi itu juga
ditafsirkan sebagai Kelantan sekarang. Kerajaan ini dikatakan pernah mengirim
utusan dan ufti ke negeri China pada tahun 430, 433,436, 437 dan 452 Masehi. Mengikut
catatan Dinasti Syui pada abad ke-6 Masehi, seperti yang diterjemahkan Liang
Liji (1996), kerajaan Kelantan pada abad sebelumnya lagi, adalah seperti yang
berikut:
"Negeri Dan Dan
sudah terkenal pada zaman Dinasti Syui lagi. Keluarga rajanya bernamaKsyatriya,
namanya Raja Sri Linga, memerintah lebih daripada dua puluh ribu keluarga.
Menterinya ada lapan orang, disebut Lapan Teras, dan Menteri Besarnya dipegang
oleh seorang Brahmin. Tubuh raja dipupuri dengan bedak harum, bermahkota
menjulang tinggi, berkalungkan ratna mutu maknikam, berpakaian warna-warni,
berkasut kulit. Kalau berpergian; dekat naik kenderaan, jauh naik gajah. Ketika
berperang orang meniup serunaidan memalu genderang. Hukumannya keras: pencuri
tak pandang dosanya; besar kecil semuanya dibunuh."
Tulisan Orang Melayu
Pada hari ini, kita
hanya mengetahui kewujudan tulisan orang melayu hanya jawi sahaja. Tetapi,
tahukah jawi bukanlah satu-satunya tulisan yang pernah digunakan oleh orang
kita. Rencong misalnya (lihat gambar).
Tulisan Palavi juga
merupakan tulisan yang digunakan oleh orang melayu. Berbeza dengan tulisan
rencong yang dicipta sendiri oleh orang melayu, tulisan Palavi ini
diadaptasikan daripada tulisan yang berasal dari selatan India, Kerajaan
Palava. Di bawah ialah rentetan perkembangan tulisan Palavi oleh orang
melayu.
1. Zaman aksara
Palavi Awal, dari abad ke-4 hingga ke-7 Masihi, seperti yang tertulis pada
prasasti di Kalimantan Timur, Jawa Barat, Kedah-P. Pinang (Bukit Meriam di
Kuala Sg. Merbuk, Ceruk Tokun, Provins Wellesley dan Sungai Bujang yang
tersebut tadi
2. Zaman aksara
Palavi Kemudian, dari abad ke-7 hingga pertengahan abadke-8 Masehi, seperti
yang dijumpai pada prasasti di Sumatera, Jawa Tengah,dan Semenanjung Malaysia
3. Aksara Kawi Awal
atau Jawa Kuno, daripada pertengahan abad ke-8 Masehihingga awal abad ke-10
Masehi, dijumpai pada prasasti di Thai Selatan,Jawa Tengah, Jawa Timur, dan
Semenanjung Malaysia
4. Aksara Kawi
Kemudian, daripada awal abad ke-10 Masehi hinggapertengahan abad ke-13 Masehi,
dijumpai pada prasasti di Jawa Timur,Airlangga, Kediri, Bali, Sunda, dan
Sumatera Selatan)
5. Aksara Kawi zaman
Majapahit, yang dijumpai pada prasasti di seluruh Alam Melayu ini sehingga
kemasukan aksara Arab menerusi Islam.
Ini tidak bermakna
bahawa orang melayu tidak tahu menulis sebelum abad ketujuh apabila
mengadaptasikan tulisan kawi atau mencipta tulisan rencong yang kemudiannya
digunakan oleh Kerajaan Majapahit pada abad ke-14 walaupun usia tulisan Rencong
sebenarnya jauh lebih awal daripada kewujudan tulisan Palavi.
Tamadun Melayu Campa
sudah meninggalkan 206 buah prasasti, yang terdiri daripada 98 buah prasast
idalam bahasa Melayu Purba-Campa, 43 bahasa Sanskrit, 29 dwi-bahasa itu dan 36
lagi tidak diketahui bahasa atau aksaranya, kerana belum dikaji pakar.
Pribumi Sabah dan
Sarawak
Suku kaum di Sabah
dan Sarawak ini masih samar-samar kewujudan mereka. Dalam hukum antropologi,
pribumi sabah dan sarawak yang juga dilabelkan sebagai Bumiputra Malaysia ini
termasuk dalam rumpun melayu berdasarkan pandangan Walaces dalam bukunya
menempatkan bahawa mereka dalam rumpun melayu dan menyamakan mereka dengan
Deuro Malay . Mereka dipercayai berasal daripada suku Proto-Malay yang
merupakan ras kepada ORANG ASLI di MALAYSIA.
Manakala Owen Rutler dalam bukunya The Pagans
Of North Borneo mengatakan bahawa suku kaum di Sabah dan Sarawak masih lagi
samar asal-usulnya. Dari segi linguistik, bahasa yang dituturkan oleh penduduk
asli di Sabah dan Sarawak masih lagi dalam kategori Keluarga Bahasa Melayu atau
Austronesian Language.
Sehingga hari ini,
perkara ini masih didebatkan oleh para sejarahwan, antropologi dan lingusitik
mengenai pribumi di Sabah dan Sarawak. Bukti-bukti yang ada pada hari ini
menjuruskan mereka termasuk dalam rumpun Melayu (Austronesian).
Salam sedikit penkongsian daripada ustaz Don mengenai melayu.. agak menyeluruih dan mudah dipahami. Pahamilah mungkin daripada ustaz Don pembaca akan lebey mempecayai dan memahami
Rujukan:
1. Sulalatus Salatin
2. The Malay
Archipelago
3. Kajian Shaharir Mohd Zain
4. Wikipedia: Search
Melayu, Cina dan India
5. INTAN
6.
http://lokalgenius.blogspot.com/
7. http://rabiahhijrah.blogspot.com/2011/09/parlimen-hawaii-usul-penyatuan-dunia.html
8. The Pagans Of
North Borneo
9. TAMADUN ALAM
MELAYU oleh Tuan Aarof bin Ishak
Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88