ads ads ads ads ads ads ads

Saturday, April 19, 2014

Kota Yang Hilang.2.


Sultan Syarif Syah Cau Pija Sri Thammarat ialah Raja Ligor terakhir yang datang ke Kedah dan bersemanyam di Istana Kota Mengkuang, Jitra, Kedah. Baginda juga bergelar Ram Di Cho atau Hulubalang Besar Negeri Siam. Dalam peristiwa Musuh Bisik 1821 baginda telah dibunuh di Kota Mengkuang dimakamkan di kg. Tualang. Turut terbunuh ialah Tunku Long Putra ibni Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin dan ramai lagi kaum kerabat baginda.


Dalam tahun 1963, tahun padi kering, sewaktu Tuanku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri, Istana Kota Meang Kuang, satu-satunya warisan terakhir Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah Pasai Ma telah dirobohkan sama sekali untuk dibina jalanraya, padahal laluan tersebut boleh diarahkan ke tepi bukit. Kemusnahan istana Kota Meang Kuang, yang diukir dan dipahat kedalam batu-batu bukit selepas kita mencapai kemerdekaan, adalah satu kemusnahan artifak sejarah warisan bangsa yang tidak dapat dicari ganti dan tidak dapat dimaafkan. Hari ini sebuah syarikat ‘quarry’ memecah batu diberi kebenaran/lesen beroperasi disitu. Yang tinggal hari ini hanyalah makam-makam lama, ahli-ahli keluarga baginda Khalifah Sharif (yang mengetahui sejarah ini) dan sebuah kampung yang bernama Kampung Kota Mengkuang.

5 comments:

  1. alhamdulillah. buku undang-undang kedah sudah dikembalikan kepada kira daripada british. kita juga sudah menjumpai tapak kerajaaan kedah iaitu penempatan terawal yg ditemui di sg batu, sg mas, lembah bujang kedah. sekarang sudah berkumpul sebahagian daripada waris sultan termasuk keluarga tunku long putra dan sebahagian keluarga sharif shah negeri kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Hafiz Yahya,bukanlah Sultan tetapi Paduka Seri Sultan Raja Daerah........Sekian..

      Delete
  2. Di Hujung sana ada cahaya
    Sebagai obor yang memandu
    Perih dan penat
    Perjuangan Seorang Pejuang

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah. Ayah Saya ..
    Arwah Hamzah Bin Wan Nik Bin Awang Kechik

    ReplyDelete
  4. meninggal pada 26.08.2016 Kg Lindungan Raja Sedim Kedah.
    (Isteri Atuk)
    xxxxxx binti Che Lahaman bin Mat Piah... Wan Mat Saman Negeri Kedah

    ReplyDelete