Yawakotti atau Yawakota atau Jawa Koti adalah satu perkataan
yang membawa maksud Titik Jawa. Ianya merupakan nama bagi satu lokasi yang
dikatakan pernah menjadi pusat pemerintahan kepada Kerajaan Majapahit pada
sekitar tahun 1432 sehingga tahun 1502 masehi.
(kredit to susurgalur ) Kerajaan Majapahit merupakan sebuah kerajaan
yang berpengkalan di Kepulauan Jawa, Indonesia, yang berkembang pesat selepas
tersungkurnya Kerajaan Melayu Srivijaya. Bermula dengan pemerintahan Raden
Wijaya pada tahun 1293, Kerajaan Majapahit mengecap zaman kegemilangannya
dibawah pemerintahan Hayam Wuruk pada tahun 1350 sehingga tahun 1389 masehi
sehinggalah kerajaan tersebut tersungkur pada sekitar tahun 1527 akibat
daripada rempuhan Kerajaan Islam Demak yang sedang meluaskan jajahan pada waktu
itu.
Selepas sahaja daripada kemangkatan Hayam Wuruk, baginda
telah digantikan oleh menantu beliau yang bernama Wikramawardhana. Empayar
Majapahit seterusnya diwarisi oleh anak perempuan Wikramawardhana yang bernama
Suhita yang memerintah empayar tersebut daripada tahun 1426 sehingga 1447.
Ratu Suhita telah mengahwini seorang individu yang diberi
gelaran Bhre Parameshwara Sang Aji Jaya Ningrat atau nama sebenarnya, Raja
Kemas Jiwa yang pada waktu itu telah dilantik sebagai Bentara Majapahit.
Menurut beberapa pendapat, Raja Kemas Jiwa merupakan putera kepada Maharaja
Chermin yang memerintah Empayar Chermin yang wujud pada sekitar kurun 13
masehi.
Empayar Chermin atau Kerajaan Chermin Jeddah bermula apabila
pewaris empayar Malayur, Raja Sangtawal Sakrantaka, memindahkan pusat
pemerintahannya daripada Ligor ke Kelantan selepas serangan Siam yang
menyebabkan tertawannya Singgora pada tahun 1295.
Putera baginda yang bernama Raja Bharubhasa telah mengambil alih tampuk pemerintahan dan seterusnya telah ditabalkan sebagai penguasa Langkasuka pada tahun 1339. Dibawah pemerintahannya, Raja Bharubhasa telah berjaya menyatukan seluruh Segenting Kra dibawah taklukan Langkasuka yang turut disertai dengan penyatuan Champa di Vietnam, Gangga Negara di Perak, dan kerajaan Samudera-Pasai di Sumatera. Empayar baru ini diberi nama Chermin. Baginda turut berjaya menakluk Kedah daripada Maha Prita Daria atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiong.
Kemaraan
tentera Siam telah menyebabkan Raja Bharubhasa terpaksa memindahkan pusat
pemerintahannya ke kawasan baru yang bernama Bukit Panau, Kelantan. Kawasan
baru ini dinamakan sebagai Jeddah. Kerajaan Chermin akhirnya berjaya
menumpaskan kemaraan tentera Siam dengan bantuan Majapahit.
Penyataan
ini juga turut dinyatakan oleh tabujawi.
Penerangan yang agak sama namun tidak details.
“Empayar Chermin telah wujud kira-kira seiring dengan
tenggelamnya nama Empayar Langkasuka, iaitu sebuah empayar yang wujud serta
keluasan takluknya tidak terakam dengan tepat di dalam buku-buku sejarah di
zaman berteknologi tinggi kini. Boleh dikatakan bahawa Empayar Chermin ini
adalah warisan atau kesinambungan daripada kerajaan Empayar Langkasuka, begitu
juga para raja-raja yang memerintah Empayar Chermin ini adalah keturunan
Raja-Raja Sriwijaya.”
Sehubungan
dengan itu, Majapahit seterusnya telah mengisytiharkan Jeddah sebagai ibukota
Majapahit Barat (di Tanah Melayu) dengan kepulauan Jawa dikenali sebagai
Majapahit Timur. Para sarjana berpendapat bahawa peristiwa ini merupakan satu
sejarah yang telah berulang dimana pada awal kurun 7 masehi, Empayar Melayu
Srivijaya dikatakan turut berpecah kepada dua, dimana satu bahagian berada di
Sumatera dan satu lagi di Tanah Melayu.
Berbalik semula kepada Raja Kemas Jiwa. Setelah runtuhnya Empayar Chermin, Raja Kemas Jiwa telah dipanggil pulang daripada tanah jawa untuk meneruskan kelansungan pemerintahan Maharaja Chermin dan seterusnya memakai gelaran Sultan Iskandar Shah dan menamakan pemerintahannya sebagai Majapahit 2 yang berpusat di Kota Mahligai, Kelantan.
Berbalik semula kepada Raja Kemas Jiwa. Setelah runtuhnya Empayar Chermin, Raja Kemas Jiwa telah dipanggil pulang daripada tanah jawa untuk meneruskan kelansungan pemerintahan Maharaja Chermin dan seterusnya memakai gelaran Sultan Iskandar Shah dan menamakan pemerintahannya sebagai Majapahit 2 yang berpusat di Kota Mahligai, Kelantan.
Ada
sesetengah pendapat mengatakan selepas Raja Kemas Jiwa dipanggil balik ke
Kelantan, beliau terpaksa melepaskan isterinya iaitu Ratu Suhita namun
menamakan kerajaan barunya sempena dengan kerajaan tadbiran isterinya,
Majapahit.
Terdapat
percanggahan pendapat yang amat menarik apabila terdapat pendapat-pendapat yang
mengatakan bahawa sewaktu pemerintahannya. Raja Kemas Jiwa telah melantik
seorang yang bernama Ali Nurul Alam bin Syed Hussein Jamadil Kubra sebagai
Perdana Menteri baginda.
Apa
yang menariknya adalah apabila terdapat pendapat yang mengatakan bahawa Ali
Nurul Alam ini lah yang dikenali sebagai Patih Aria Gajah Mada yang dikenali
ramai sebagai Perdana Menteri kerajaan Majapahit yang paling terkenal. Ali
Nurul Alam ini dikatakan berasal daripada Patani dan dikenali sebagai Sultan
Qunbul. Dikatakan bahawa cucu cicit Ali Nurul Alam ini lah yang menjadi moyang
kepada Dinasti Kesultanan Kelantan Moden hari ini melalui Long Bahar. Sejauh
mana kebenaranya, itu tidak dapat dipastikan.
Menyebut
tentang Ali Nurul Alam bin Syed Hussein Jamadil Kubra, tidak boleh tidak untuk
saya sentuh tentang ayahandanya, iaitu Syed Hussein Jamadil Kubra. Ada pendapat
yang mengatakan bahawa Syed Hussein dan adiknya Syeik Thana’uddin tiba di
Kelantan sewaktu Empayar Chermin sedang berkembang pesat. Syeikh Thana’uddin
turut dikenali sebagai Adi Putera (guru kepada Hang Tuah dan
saudara-saudaranya).
Mereka
berdua menetap di Bukit Panau dimana Syed Hussein dikatakan telah mengahwin
puteri Maharaja Chermin yang bernama Puteri Linang Cahaya, iaitu adik kepada
Che Siti Wan Kembang dan dikurnakan 2 orang anak bernama Malik Ibrahim dan Siti
Aishah. Maulana Malik Ibrahim ini seterusnya dikenali sebagai Sunan Gresik,
pelopor kepada Wali Sembilan (Wali Songo). Ali Nurul Alam lahir daripada isteri
ketiga Maulana Syed Hussein yang bernama Puteri Selindong Bulan.
Berbalik
kepada Yawakotti, mungkin terdapatnya migrasi dari Kelantan ke Jawa atau dari
Jawa ke Kelantan sewaktu kewujudan empayar Majapahit 2 maka tidak hairanlah
kenapa Kelantan boleh dikenali sebagai titik jawa sekiranya kita melihat kepada
persamaan budaya diantara Kelantan dan Jawa. Kebanyakan permainan rakyat di
Jawa turut dimainkan di Kelantan. Ambil
sahaja contoh wayang kulit dan pemakaian batik.
Berkenaan dengan Empayar Chermin pula, ada sumber-sumber yang mengatakan bahawa peninggalan kota Empayar tersebut masih lagi wujud pada hari ini namun ianya berada didasar sebuah tasik di Danau Tok Uban, Kelantan yang kebetulannya memang berhampiran dengan Bukit Panau.
Berkenaan dengan Empayar Chermin pula, ada sumber-sumber yang mengatakan bahawa peninggalan kota Empayar tersebut masih lagi wujud pada hari ini namun ianya berada didasar sebuah tasik di Danau Tok Uban, Kelantan yang kebetulannya memang berhampiran dengan Bukit Panau.
No comments:
Post a Comment