Heboh mengenai Pulau Nangka, perbualan dikafe tempat ku mencari
rezeki rancak membincangkan dan pelbagai teori dikeluarkan laksana…umpama
pemburu harta karun yang professional semuanya. Terseyum diriku sambil teringat
kan kisah emas yamashita dan kisah Hang Nadim. Kali ini dikongsikan pendapat
dan sedikit teori2 yang mana berkaitan dengan pulau Nangka. Penulis tidaklah
mempunyai ilmu yg mendalam dalam pencarian harta Qorun mahupon sejarah Pulau
Nangka ini sendiri namun Pulau Besar laenlh pula ceritanya he.
Pulau Nangka terletak kira-kira 4 km dari pulau utama negeri iaitu
Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular. Pulau yang berbatu itu
berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dan
memanjang dengan air jernih yang mengelilinginya. Terumbu karang berdekatan
pulau tersebut turut menarik perhatian menarik para penyelam.
Yang menjadikan Pulau Nangka ini istimewa kerana Pulau Nangka telah digazetkan menjadi milik
Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) pada tahun 1997 lagi. Namun yang secara
tiba-tiba isu Pulau Nangka menjadi bualan ramai ialah kenyataan yang
dikeluarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, menurut laporan
akhbar Mstar pada 14 April 2014, kerajaan negeri Melaka telah memberikan permit
kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah
syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
Kerja-kerja pengalian dilakukan untuk mencari dan membawa keluar Harta Karun
peningalan Kerajaan Melaka. Pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek itu
setakat ini menggali beberapa lubang berdiameter 130mm untuk ke dalam gua itu
dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.
Gua atau sebenarnya bilik-bilik batuan yang sememangnya dibina
untuk ditempatkan sesuatu. bilik batuan yang seakan-akan “Bunker” ini dijumpai
oleh para penyelidik, ikuti ulasan daripada Pengarah Urusan Smart
Partnership International (M) Sdn Bhd, Mohammad Foad Khushairy Mohd. Said,
Dakwaan adanya harta karun bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, disahkan
dengan bukti bergambar yang diperoleh. Gambar-gambar tersebut merupakan artifak
lama dipercayai digunakan pada zaman Kesultanan Islam Melayu Melaka. Menurut,
Mohammad Foad lagi, pihaknya mengadakan penyelidikan di pulau berkenaan kali
pertama pada Julai 2012 dan menemui tiga tanda besar termasuk ukiran batu
berbentuk bulan sabit.
Katanya, batu berkenaan diperbuat daripada batu kuarza yang
dilekapkan pada batu laut dipercayai berusia lebih setengah abad di zaman
Kesultanan Islam Melayu Melaka. “Selain itu, terdapat ukiran batu peta Pulau
Nangka sendiri yang menunjukkan simbol bermaksud adanya pinggan mangkuk lama
tersimpan di situ. “Semua itu boleh jelas kelihatan semasa air laut benar-benar
surut,” Jelas Mohammad Foad, syarikatnya dipertanggungjawabkan untuk mencari
bukti bergambar serta menjalankan kajian di Pulau Nangka selama tiga bulan dan
akan berakhir sehingga penghujung April ini.
“Mengikut kajian geoteknikal yang dijalankan, memang wujud bahan
artifak lama dan selama hampir tiga bulan ini, kami bukan menemui gua seperti
didakwa tetapi merupakan bilik-bilik yang dibina oleh orang terdahulu di zaman
Kesultanan Islam Melayu Melaka.
“Saya tidak dapat pastikan
berapa banyak barangan yang terdapat di dalamnya namun menerusi kajian
geoteknikal serta imbasan imej bumi, mendapati memang wujud artifak berkenaan.
“Cuma sekarang ini halangannya struktur batuan yang amat keras dan perlu
dipecahkan terlebih dahulu,” katanya. Menurut beliau, binaan bilik-bilik
berkenaan sama seperti struktur binaan Kota Melaka dan kemudiannya dikenali
dengan nama Kota A Farmosa yang dibina oleh orang Melayu Melaka sendiri
sebenarnya. “Bilik-bilik berkenaan dibina mempunyai banyak fungsi, antaranya
bilik mesyuarat dan pelbagai bilik lain. Lebih kurang 20 tahun lepas ketika
struktur pintu utama masih elok, kita boleh masuk tapi sekarang pintu tersebut
sudah runtuh jadi kita kena buat pintu baru, itu sebabnya tidak boleh masuk.
(Sumber:Sinar)
Teori yang paling hebat diperkatakan mengenai harta karun yang
ditanam di Pulau Nangka itu bahawa ia mungkin merupakan sebahagian daripada
kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan
Mahmud. Sultan Mahmud dikatakan membawa lari bersamanya sebahagian besar
jongkong emas agar tidak dirampas oleh Portugis yang dalam usaha menakluki Melaka pada
tahun 1511.
Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Fernao Lopes de
Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak
dapat mencari kekayaan Sultan itu. Apa yang mereka cari adalah emas dalam
bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin. Beliau menulis: "Mereka
begitu marah apabila mengetahui bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala
khazanah, dan mereka membalas dendam dengan membakar kediaman Raja (istana
Sultan Melaka). Gabenor (Alfonso d' Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan
yang melampaui itu, perbuatan ini terdorong kerana khazanah yang mereka cari
sudah tiada lagi di istana. Gabenor (Alfonso d' Albuquerque) kemudiannya
memberi perintah agar memadamkan api tetapi sudah terlambat keranan istana itu
sudah hangus terbakar."
Manuskrip-Manuskrip sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan
semula Melaka beberapa kali tetapi tidak berjaya , usaha Tuanku ingin menawan
kembali salah satunya mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda
di Melaka.
Astro
Awani pada 15 April 2014 berkongsi laporan berita mengenai usaha cari gali
artifak yang dikaitkan dengan harta karun dari Kesultanan Melayu Melaka.
Menurut Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia
(Iksep), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin semasa Portugis menawan Melaka pada
1511, harta-harta Sultan Melaka ketika itu dipercayai disembunyikan di pulau-pulau
kerana bimbang istana mereka ditawan. Pada asalnya harta dan hasil cukai itu
disimpan dalam perbendaharaan iaitu satu rumah khas menyimpan harta benda
seperti pinggan mangkuk, cerek yang diperbuat dari emas.
Mohd Jamil juga percaya harta berkenaan bukan saja tersimpan di
Pulau Nangka, malah di Pulau Besar dan Bukit St Paul yang dipercayai mencecah
trilion ringgit. Malah, rujukan buku Shipwrecks & Sunken Treasure In
Southeast Asia turut merekodkan sebanyak 34 daripada 450 kapal karam di
perairan Selat Melaka. Sementara itu, katanya, dakwaan wujudnya harta karun di
Pulau Nangka sebenarnya sudah tersebar sejak 1997.
Namun tidak semua para pengkaji bersetuju dengan teori khazanah
Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka, antara yang menolak ialah Pengerusi
Persatuan Sejarah Malaysia. Sinar harian melaporkan, Pengerusi Persatuan
Sejarah Malaysia tidak menolak kemungkinan wujud harta karun di Pulau Nangka.
Jika wujud harta karun tersebut, ia boleh jadi milik lanun-lanun Eropah yang
singgah di perairan Melaka.
Ditanya, adakah mungkin harta dikatakan milik Sultan Mahmud Shah
itu ditinggalkan oleh pengiringnya sewaktu Baginda melarikan diri daripada
serangan Portugis pada tahun 1511, Omar berkata, perkara itu tidak pernah
dinyatakan. "Tidak ada cerita hikayat Melayu mengenai perkara sedemikian.
Menerusi cerita-cerita lama ini, setiap pengiring Sultan adalah terdiri
daripada mereka yang setia.
"Mengikut sejarah, semasa Sultan Mahmud Shah melarikan diri
ke Bentan, baginda diiringi hampir 300 pengiring yang membawa harta seperti
alat-alat kerajaan (keris dan takhta) dan juga emas. Kesemua mereka ini sangat
setia kepada Sultan dan tidak akan mengkhianati dengan mencuri dan
menyembunyikan harta tersebut," katanya. Jelasnya, semasa melarikan diri
itu, Sultan dan pengikutnya hanya melalui jalan darat untuk mengelakkan diri
daripada ditangkap Portugis. "Jalan laut tidak selamat buat mereka. Jika
mereka melalui jalan laut, akan mudah dikepong tentera Portugis berbanding
jalan darat yang lebih kepada perkampungan," katanya
Mengikut cerita daripada beberapa ahli penyelidik, pada beberapa tahun yang lepas mereka pernah masuk ke dalam gua di Pulau Nangka dan menjumpai hampir 80 peti berisi Emas namun apa yang pelik ialah mereka keluar daripada gua tanpa emas tersebut dan dalam keadaan terpinga-pinga umpama tiada arah tuju. Penduduk kampung disekitar juga memberitahu, jika diteliti di bahagian dinding gua tersebut ada ukiran atau pun tulisan yang bagaikan Kod-Kod rahsia menjadi peta kepada dimana simpannya harta2 tersebut dan menurut mereka lagi usaha untuk mencari harta itu telah dilakukan pelbagai pihak sejak dari tahun 1970-an namun kesemuanya menemui kegagalan. Oleh itu sama-sama lah kita tunggu dan lihat apakah hasil daripada penyelidikan ini dan seingat pihak kami perbadanan muzium tiada kuasa atau hak untuk memberikan lesen kepada pihak NGO atau swasta untuk melakukan penyelidikan sedemikian rupa namun mungkin akta telah diperbaharui he, dan arapkan hasil pengalian ini akan didedahkan kepada umum tidak seperti kes terowong di palekbang Tumpat Kelantan yang akhirnya tiada tahu apa kesudahannya. sememangnya harta itu milik kerajaan namun sejarah dan kebenaran milik semua rakyat.
Cedokan:
http://www.malaysiancoin.com/
No comments:
Post a Comment