"BANGSA MELAYU ITU TIDAK WUJUD." –
UTHAYA SANKAR SB
Kami membidas artikel yang dikeluarkan oleh
Projek Dialog dan Uthaya Sankar SB.
Rujukan Artikel:
http://www.projekdialog.com/featured/3272/
1. Saya memerhati artikel yang dinukilkan oleh
saudara Uthaya Sankar. Kali ini, saudara masih cuba berbicara mengenai Melayu
setelah hebat ditempelak pada sesi yang lepas. Maka, izinkan saya sekali lagi,
memainkan peranan itu memandangkan saudara seperti tidak pernah belajar dari
sejarah yang lepas.
2. Pertama, selepas membaca artikel saudara, saya
dapat simpulkan bahawa saudara sebenarnya keliru dengan istilah “BANGSA – RAS –
ETNIK/KAUM” sehinggakan akhirnya saudara meleret-leret bercerita mengenai kisah
saudara yang sebenarnya melibatkan kekeliruan ini. Tidak mengapa saudara,
dengan rendah hati dan ilmu yang tak sehebat saudara, maka saya meminta izinkan
untuk memberikan sedikit penerangan dalam isu ini.
3. Saya dapat melihat pada permulaan artikel saudara,
dengan baiknya saudara cuba menerangkan definisi kaum, bangsa dan ras itu
dengan membawa kepada beberapa ungkapan seperti berikut:
- kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta
serupa sifat-sifatnya
- kumpulan manusia yang menjadi rakyat sesebuah
negara
4. Saya fikirkan bahawa saudara bila sudah
memetik ungkapan itu, maka saya perkirakan bahawa saudara memahami apa yang
saudara cuba sampaikan. Namun, selepas meneliti hujah selepas saudara
menjelaskan kekeliruan yang berlaku pada masalah saudara mengisi ras,
keturunan, dan bangsa saudara dalam borang tertentu, maka saudara dengan sangat
liciknya, seperti ekor ular sawa membelit ke arah perkara lain.
5. Sangat licik saudara dalam membincangkan
mengenai kekeliruan erti bangsa, etnik dan ras sehinggakan saudara akhirnya
memberitahu kepada kami niat di sebalik ayat berbunga-bunga yang sedang saudara
paparkan. Maka, saya simpulkan bahawa artikel ini hanya mahu bercakap tentang
SESUNGGUHNYA MELAYU ITU TIDAK WUJUD.
6. Benarkah sedemikian? Saya memerhati lagi hujah
yang dimuntahkan oleh saudara di laman web PROJEK DIALOG dan memerhati antara
kandungan hujah saudara adalah seperti berikut:
- Hujah saudara banyak berlegar-legar di sekitar
pendapat AB Sulaiman dalam menolak kewujudan Melayu.
- Hujahnya mengatakan bahawa Melayu ini sekadar
nama bahasa, bukannya nama bangsa.
- Hujahnya berkisarkan mengenai Indonesia yang
tidak mahu digelar sebagai negara Melayu.
- Contoh lemah yang cuba dibawa oleh saudara
ketika membicarakan mengenai hal ini adalah bercakap mengenai negara CHINA dan
INDIA sebagai bukti bahawa sekurang-kurangnya orang india mempunyai negara
mereka sendiri untuk menyokong bangsa mereka, tetapi tidak Melayu.
- Saudara menempelak perlembagaan Malaysia dengan
definisi Melayu. Saudar amenggunakan alasan ini untuk mengatakan bahawa Melayu
itu tidak wujud sampai terpaksa diciptakan istilah seperti itu.
- Kemudian, dengan beraninya saudara cuba
menyentuh mengenai teori merapu Hang Tuah 5 Bersaudara.
7. Persoalan saya kini, benarkah hujah-hujah yang
dikarang oleh saudara itu semua? Maka izinkan saya membidas satu persatu hujah
saudara. Kita ambil point pertama saudara mengetakan bahawa Melayu ini sekadar
nama bahasa, bukan bangsa.
8. Saya mahu bertanya, bagaimana bahasa Melayu
ini boleh wujud kalau tidak wujud bangsanya?
Melayu itu hanya nama bahasa sahaja?Jadi apakah
nama khusus bagi kaum atau etnik yang dalam kehidupan sehariannya,bertutur
dalam bahasa Melayu kalau bukan ORANG MELAYU SENDIRI?.Apakah nama khusus bagi
bangsa yang dikatakan sebagai "lebih 38.5 juta" itu,yang tinggal
melata di serata tempat di KEPULAUAN MELAYU,bertutur dalam bahasa Melayu dalam
kehidupan sehariannya,kalau bukan namanya ORANG MELAYU?. Saya pasti saudara
tahu bagaimana kumpulan-kumpulan keluarga bangsa di dunia diklasifikasikan
melalui bahasa yang dituturkan oleh mereka?
9. Saudara dalam tulisan saudara mengatakan
bahawa saudara adalah orang Malayam bukan? Maka saya biar saya jelaskan bahawa
orang Malayam diletakkan dalam kumpulan bangsa Dravidia, di mana bangsa yang menduduki
di bawah bumbung Dravidia merangkumi hampir 230 Juta orang dengan Tamil sebagai
jumlah tertinggi dengan 70 JUTA penutur dan Malayam pula dengan 30 JUTA
PENUTUR.
10. Suku bangsa atau kaum seperti Gujerat,
Punjabi, Hindi, dan sebagainya pula diletakkan di bawah keluarga bangsa
Indo-Aryan. Bahasa yang dituturkan oleh bangsa-bangsa ini adalah sangat berbeza
dengan Dravidian yang lokasinya banyak berkisarkan di Selatan India manakala
Indo-Aryan banyak merangkumi utara India.
11. Kemudian, katakanlah bahawa bangsa Melayu ini
tidak wujud dan sekadar bahasa, kenapa orang Melayu adalah dikenali sebagai
Austronesia? Kenapa nama Melayu-Polinesia digunakan untuk merujuk kepada
suku-suku kaum yang menduduki dari Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia
sehinggalah ke Kepulauan Hawaii?
12. Kalaulah nama Melayu ini sekadar bahasa
sahaja, kenapa Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada tahun 1879, di mana ketika
itu baginda telah mengusulkan satu usul yang bertajuk, “Penyatuan Dunia
Melayu.”
13. King Kalākaua,
seorang raja kerajaan Hawaii yang bebas pada ketika itu, merupakan antara orang
yang mencadangkan penyatuan tersebut. Katanya. Bangsa Melayu yang meliputi
daripada Kepulauan Pasifik sehinggalah ke Kepulauan Melayu di Asia Tenggara
haruslah bersatu membentuk Pan-Malay Unity, dan kesatuan itu diharap mampu
mengelak daripada penjajahan luar.
14. Bahkan untuk pengetahuan saudara Uthaya,
mereka saling membahaskan diri mereka sebagai adik beradik Melayu yang hilang!
Kalaulah Melayu ini sekadar “bahasa” menurut saudara Uthaya, saya mengatakan
bahawa hebat bahasa ini boleh wujud sendiri tanpa ada bangsa yang
menuturkannya.
15. Penyatuan bangsa Melayu ini turut dikuatkan
dengan kebangkitan revolusi di Filipina yang diketuai oleh Jose Rizal. Ketika
itu, orang Filipina belum disepanyolkan oleh bangsa Sepanyol. Mereka masih
mengenali diri mereka sebagai Melayu. Jose Rizal diberi jolokan oleh orang
Filipna sebagai “PRIDE OF MALAY RACE” dan “The Great Malayan”.
16. Jose Rizal pernah menulis di dalam bukunya
seharusnya bangsa Filipina di masukkan dalam kesatuan Nusantara dan Bangsa
Melayu yang ketika itu kuat bertiup di Tanah Melayu dan Indonesia. Katanya,
mereka bangsa Filipina adalah serumpun dan seharusnya dimasukkan ke dalam
kategori tersebut.. Kemudian munculnya Apolinario Mabini di Manila mencadangkan
“Federation Malaya.”
17. Kalaulah Melayu ini tidak wujud, dan hanya
sekadar bahasa, apa gunanya Wallace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah
dunia daripada Universiti Oxford (1863), mencadangkan bahawa dalam bukunya yang
bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan
Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga,
bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari
Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu
dibahaginya kepada empat kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor,
Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua.
18. Saudara, jangan gunakan hujah negara
Indonesia dalam memperkatakan bahawa elayu itu tidak wujud. Cuba fahamkan
bagaimana semangat nasionalis Indonesia merasuk rakyat mereka sehinggakan
mereka akhirnya lupa asal usul mereka. Mahu kenal siapa Melayu di Indonesia,
ambil timeline sejarah di mana Indonesia belum merdeka lagi atau di awal
kemerdekaan.
19. Saudara mengatakan Indonesia lazimnya tidak
mahu diakui sebagai negara asal orang Melayu.Kenapa pula mereka tidak mahu
mengakui negara mereka sebagai negara asal orang Melayu,sedangkan dalam lipatan
sejarah mereka,terdapat sebuah kerajaan di wilayah Jambi pada abad ke 8,bernama
Malayu atau Malayapura?.Kebanyakkan etnik Melayu itu sendiri juga banyak boleh
didapati di sekitar Indonesia,seperti etnik Melayu Berau,Melayu Deli ,Melayu Jambi,Melayu
Palembang dan lain lain.
20. Kalau mahu mengambil hujah daripada
Indonesia, cari sejarah tatkala belum wujud lagi Indonesia itu! Raja Haji yang
merupakan seorang pendekar Bugis daripada Riau dalam wasiatnya menyebut seperti
berikut:
“Ketahuilah olehmu wahai umat Melayu, peperangan
ini bukanlah peperangan orang-orang Bugis. Tetapi ini adalah peperangan untuk
mengembalikan maruah dan kehormatan sekalian diri orang-orang Melayu yang telah
dipijak-pijak oleh penjajah Belanda laknatullah.” – Wasiat Terakhir Raja Haji.
Mengapa yang digunakan adalah istilah umat Melayu
meski dia adalah pendekar daripada Riau yang hari ini adalah provinsi
Indonesia? Tak cukup dengan itu?
21. Hamka, seorang sasterawan terkenal dari
Indonesia adalah seorang minang. Namun, mengapakah ada seorang sasterawan
daripada suku minang pernah menulis rangkap puisi seperti di bawah:
Bangunlah kekasih ku umat Melayu
belahan asal satu turunan
bercampur darah dari dahulu
persamaan nasib jadi kenangan
Menarik, bagaimana Melayu yang sekadar nama
bahasa dan Indonesia tidak mahu mengaku Melayu boleh mempunyai dua orang tokoh
dalam negara mereka ketika zaman sebelum dan baru merdeka banyak menyeru kepada
orang Melayu meski mereka adalah Bugis dan Minang?
22. Saya tertarik apabila saudara mula memetik
mengenai negara CHINA dan INDIA sebagai bukti bahawa sekurang-kurangnya mereka
mempunyai bukti bahasa negara CHINA dan INDIA adalah bukti asal usul mereka,
tetapi tidak seperti orang Melayu, tidka pernah wujud negara yang didirikan
oleh orang Melayu, bahkan nama negara yang bernama MELAYU itu tidak pernah
wujud.
23. Saya tertanya-tanya, sebegitu lemahkah
pengetahuan sejarah yang dipunyai oleh Uthaya sehinggakan hujah mainan seperti
yang diutarakan oleh entah manusia yang tidak mempunyai latar belakang dalam
bidang antropologi, linguistic dan sejarah Melayu ini dijadikan dalil utama.
24. Pertama sekali,saya ingin saudara lihat
kepada bumi yang dipijak oleh tapak kaki saudara sekarang ini.Apakah nama bumi
ini?
MALAYSIA.
Malaysia terbentuk dari tiga buah wilayah
besar,iatu Semenanjung TANAH MELAYU, Sabah dan Sarawak. Semenanjung TANAH MELAYU, lebih dikenali sebagai
MALAYA oleh penjajah British dan MALAYA ini terletak di sebuah semenanjung
bernama SEMENANJUNG TANAH MELAYU atau THE MALAY PENINSULA.
25.Semenanjung Tanah Melayu pula merupakan sebuah
tanah yang bersambung dengan daratan benua besar Asia,dan dikelilingi oleh
banyak pulau.Pulau-pulau tersebut,seperti pulau Sumatera,Jawa,Borneo,Sulawesi
dan lain lain lagi,digabungkan menjadi sebuah kepulauan besar bernama KEPULAUAN
MELAYU atau THE MALAY ARCHIPELAGO.
26.The Malay Archipelago turut mempunyai nama
lain seperti Indonesian Archipelago atau Indo-Australian Archipelago.
Persoalannya,nama apakah yag sangat sangat kerap
digunakan oleh pengembara Eropah,merujuk pada kepulauan di selatan Asia
Tenggara ini? Semestinya,mereka menggelarkannya THE MALAY
ARCHIPELAGO. Nah,saudara masih lagi mahu menafikan kewujudan
bangsa Melayu yang tinggal di Kepulauan Melayu dan berbahasa Melayu dalam
kehidupan seharian mereka?
27. Kalau tiada nama negara bernama Melayu, maka
bangsa Melayu dikatakan tidak wujud? Adakah boleh kita mengatakan etnik Kadazan
tidak wujud hanya kerana tidak ada nama wilayah atau negara bernama
Kadazan?(mohon jangan ada orang Kadazan di sini jangan terasa). Adakah kita
boleh menghukum etnik Zulu dan Bantu di Afrika sebagai etnik tidak wujud hanya
kerana tiada negara di peta dunia yang menggunakan nama NEGARA ZULU atau NEGARA
BANTU?
28. Satu lagi perkara yang saudara perlu tahu;
Orang Cina tidak menggelarkan diri mereka di dalam bahasa mereka sendiri mereka
sebagai BANGSA CINA. Cina ialah panggilan orang luar sahaja terhadap
mereka.Perkataan Cina berasal dari perkataan Chin atau Ch'in,iatu nama lain
bagi dinasti Qin yang berjaya menyatukan wilayah-wilayah di sekitar China,di
bawah Maharaja Qin Shi Huang. Bangsa Cina menggelarkan diri mereka sebagai Hua
manakala tanah besar China digelar sebagai Zhongguo (kerajaan tengah).
Orang Cina yang tinggal di tanah besar China
digelar sebagai Huaren manakala orang Cina yang tinggal di luar tanah
besar,lebih dikenali sebagai Huaqiao,atau dalam bahasa Inggeris,Overseas
Chinese.
Konsep bangsa Cina pada zaman moden pula merujuk
kepada pelbagai jenis etnik yang tinggal di tanah besar China,yang terdiri
daripada kaum Cina Han,kaum Manchu,kaum Mongol,kaum Hui dan kaum Tibet (Zang)
29.Tetapi saudara kena ingat orang luar dan orang
Melayu memang menggelarkan diri mereka sendiri sebagai MELAYU
Dalam rekod batu bersurat,rekod-rekod China, dan
hikayat-hikayat,memang tertulis nama "Melayu" atau variasinya.Sebagai
contoh,orang Khmer menggelar mereka sebagai Malayu atau Mea La.Orang Cina
memanggil mereka sebagai Malai Ren.
30. Apa-apa pun, itu tidak membuktikan bahawa
Melayu tidak pernah mempunyai mana-mana kerajaan yang bernama Melayu. Sila
rujuk catatan I-Ching ketika singgah ke Srivijaya untuk mempelajari ilmu
dahulu.
“...tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari
tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar
daku ke negeri yang bernama Moloyu....”
Ehh, saya nampak nama MELAYU pada gelaran itulah.
Hmmm… negari yang bernama Moloyu? Negeri apa ya itu?
31. Di kesempatan ini juga saya mahu orang
seperti Uthaya merujuk kepada Batu Bersurat Han Chey untuk mencelikkan lagi
mata anda dalam mendalami sejarah Melayu.
http://www.andybrouwer.co.uk/blog/uploaded_images/5885-704366.jpg
“... mala Malayu iva malayam raja..."
(Petikan Batu Bersurat)
Batu bersuray Han Chey di Kemboja bertarikh abad
ke-6 Masehi, dipahat oleh Bhavavarman II, raja Chenla yang berjaya menakluk
seluruh Funan. Ayat di atas bermaksud 'Raja Mala dari Negeri Melayu'. Ehh
sekejap… saya nampak nama Melayu lah! Hehehehe…
32. Dalam rekod batu bersurat, rekod-rekod China,
dan hikayat-hikayat,memang tertulis nama "Melayu" atau variasinya.Sebagai
contoh, orang Khmer menggelar mereka sebagai Malayu atau Mea La. Orang Cina
memanggil mereka sebagai Malai Ren.
33. ,Mengenai dakwaan yang tidak berasas
mengatakan bahawa Melayu ini tidak mempunyai tamadun dan mempunyai tamadun yang
samar-samar. Maka, inilah jawapan kami.
Sejak dari dahulu lagi,orang Melayu telah lama
tinggal di Kepulauan Melayu,dan mendirikan banyak negara kota dan kerajaan.Di
Semenanjung Tanah Melayu sahaja,terdapat negara-negara kota seperti Chih
Tu(Raktaramatrikka),Pan Pan,Kedah Tua,Grahi,Gangga Negara,Beruas,Manjong dan
Tambralingga.
Orang Melayu juga mendirikan kerajaan dan empyar
besar seperti Sriwijaya,Majapahit,Langkasuka,Melaka dan lain lain lagi. Sekadar
nama-nama di atas anda boleh dapat dengan menyelongkar kembali sejarah Melayu.
34. Mengenai isu Melayu pada takrif perlembagaan,
anda harus ingat bahawa takrif itu di Malaysia adalah mahu mengikat orang
melayu itu pada perlembagaan, kalau mahu melihat takrif yang lebih luas, maka
ambilah contoh seperti Jose Rizal, Austronesia, dan Raja Hawaii.
35. Kalau masih tidak berpuas hati maksud sebenar
Melayu itu menurut kaca mata orang Melayu sendiri,maka cubalah semak takrif
Melayu yang diketengahkan sesetengah ulama Melayu,seperti HAMKA dan Syeikh
Abdul Rahman al Fatani.
36. Mahu membaca takrif Melayu yang lebih luas
juga boleh dirujuk kepada hujah-hujah saya di atas seperti Jose Rizal bangga
digelar sebagai Melayu, seperti mana kisah antara Maharaja Abu Bakar dan Raja
Hawaii.
37.Satu soalan saya kepada saudara,berdasarkan
artikel ini;
Adilkah tindakan yang dibuat oleh saudara?
Mengajak rakyat Malaysia ke arah
utopia"perpaduan nasional bangsa Malaysia",tetapi tidak menghormati
langsung sensitiviti kumpulan majoriti,malahan berani memutarbelitkan sejarah
golongan peribumi?
Jika orang Melayu itu sudah pupus atau sekadar
minoriti di Malaysia,maka boleh jadi juga kenapa saudara mempersoalkan mereka. Tetapi masalahnya,Melayu yang dikatakan tidak
wujud itu sekarang ini merupakan golongan majoriti dan memegang kuasa tertinggi
hierarki di Malaysia itu sendiri!!!
Maaf saudara,utopia saudara untuk perpaduan
nasional itu hanyalah khayalan dan fatamorgana semata-mata sekiranya ada orang
yang suka mengambil kesempatan kepada orang lain seperti saudara.
38. Pihak kami di The Patriot menanti jawapan
balas daripada saudara Uthaya Sangkar dan Projek Dialog dalam putar belit hebat
laksana ular dalam menceritakan sejarah Melayu. Nasihat kami, mengkajilah
terlebih dahulu sebelum mahu tunjuk tahu.
(HE DAN RAD)
padan muka keling kapir.x sapa 200 taun baru mari dok dale estet,nok tunjuk auta.mu tu keling dari india,buke hinduste.are batu!
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88