ads ads ads ads ads ads ads
Showing posts with label Teori dan Konspirasi. Show all posts
Showing posts with label Teori dan Konspirasi. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Raja Namrud dan Agenda Dunia Baru

Assalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera …….

Satu penkongsian yang menarek daripada Ahmad Nizam Awang, kredit semua kepada hikmatun.wordpress.com.





Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan.  Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.

“Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati.  Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup.  Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s  dari api yang panas bersemarak itu.

“Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70

Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang.  Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir.  Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman  bin Daud dan ZulQarnain.  Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.

.

Kaitan Namrud dengan Illuminati

Subhanallah, penyebutan sedikit kisah Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya ada kaitan hingga ke zaman moden ini.  Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati.

Nama ‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab.  Contoh kata  “Marad” di dalam bahasa Arab ialah  “Ridda” yang  bermaksud  “murtad”.

Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud.  Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq) (Rawzone kurang bersetuju dengan penyataan ini).  Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.




Dari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas. (pautan)

Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud.   Tammuz diberi gelaran ‘Orion‘ yang bermaksud ‘benih seorang wanita’.  Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu perawan’, ‘Ibu suci’ dan ‘Dewi dari syurga’.  Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai ‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.

Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon.  Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.

Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak  itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat.   Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.



Semiramis dalam duit syiling lama
Statue of Liberty

Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini.  Statue of Liberty  bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam.  Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.




Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama

Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.

Kejadian  10 : 8  Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;

10 : 9  ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN.”

Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian

Kejadian  11 : 1  Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.

11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.

11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, “Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.

11 : 4 Kata mereka, “Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi.”

11 : 5  Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.

11 : 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.

11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain.”

11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.

11 : 9  Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.

Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons.  Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.

Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.

Tentang binaan-binaan yang mereka bina dan tujuan pembinaan serta matlamat mereka mungkin saya akan tulis pada tajuk lain pula nanti, insyaAllah.

.

Babylon baru




Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;

Wahyu  13 : 18   Maka inilah “hikmat”. Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.

Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60.  Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar.  Dan sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit,  60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.

Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada ‘The great Seal’ , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru.  Secara matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon baru iaitu   (0.6 x 1110 = 666).

Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai ‘Babylon yang hebat’  bersama-sama dengan ‘Agama Misteri’ nya.  Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari  pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).



Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon

Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Yesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.

Tetapi sebenarnya nama Easter itu bukan bermula di situ, tetapi sudah berkait dari zaman penyembah berhala dulu lagi, terutamanya dengan babylon. Perhatikan gambar di bawah;


Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar ‘Dewi Kesuburan’  atau dalam bahasa babilonian nya ‘Ishtar’.  Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte


Kesimpulan

Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu.  Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.

“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tidak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” Hadith Riwayat Muslim

“Tidak akan kiamat dunia ini sehingga ada seorang lelaki daripada keluargaku yang akan memimpin bangsa Arab, namanya sesuai (serupa) dengan namaku.” Hadis riwayat Abu Dawud

Rasulullah bersabda:  “Al-Mahdi berasal dari keturunanku, keturunan dari Fatimah.” Hadis riwayat Abu Dawud


~Enkopi~

Thursday, April 17, 2014

Bloody-Moon




Gerhana Bualan Merah Saga gelaran yang ku berikan kepada fenomena  gerhana bulan  berdarah “The Blood Red Moon” Istilah blood moon amat jarang digunakan dalam kalangan astronomi. Kalaupun menggunakannya, para astronomi menggunakannya sebagai sebagai nama alternatif untuk Hunter's Moon (bulan purnama yang mengikuti Harvest Moon, yang biasanya muncul pada akhir Oktober). Hunter's Moon, seperti juga Harvest Moon, berlaku pada malam musim luruh sehingga bersinar melalui lapisan tebal atmosfera Bumi. Warnanya menjadi merah oleh hamburan Rayleight (hamburan elastis dari cahaya atau radiasi elektromagnetik lain oleh partikel lain) dan polusi udara.

Namun, sebuah gerhana bulan adalah sesuatu yang sangat berbeda. Itu terjadi pabila Bulan melepasi bayangan Bumi. Punca sebenar fenomena tersebut adalah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Bayangan Bumi terdiri dari dua bahagian: sebuah inti gelap disebut "umbra", dan bahagian luar yang lebih terang disebut "penumbra". Bayangan inti biasanya memberi warna jingga atau merah oleh cahaya yang melewati cincin atmosfera yang mengelilingi Bumi. Bergantung kepada keadaan atmosfera Bumi yang dilewati cahaya Matahari, umbra boleh berwarna dari terang tembaga-merah-hingga hampir hitam sepenuhnya.


Menerusi laporan rasmi NASA, fenomena bulan berdarah dijangkakan berlaku sebanyak dua kali pada tahun 2014 iaitu pada 15 April dan 8 Oktober dan dua kali pada tahun 2015 jatuh pada 4 April  dan 28 September .


Fenomena Gerhana Bualan Merah Saga ini sebenarnya adalah satu fenomena yang biasa berlaku. Cuma yang luar biasanya tentang fenomena kali ini ialah ianya bakal berlaku 4 kali berturut-turut dalam dua tahun ini DAN akan berlaku satu gerhana matahari di tengah-tengahnya. Keadaan 4 kali gerhana ini dikenali sebagai tetrad (four blood moons) dan 3 lagi gerhana bakal menyusul. Mengapa pihak Rawzones berkongsi dan berbincang mengenai fenomena gerhana bulan penuh sebegini?. Suka untuk pihak kami menarik perhatian pembaca yang setiap kali berlakunya Four blood Moon pada kali ini jatuh pada tarikh yang penting bagi Kaum Yahudi.

Tetrad Bulan Berdarah untuk 2014 hingga 2015 dijadualkan jatuh pada tarikh-tarikh berikut:

1)     Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Passover pada tarikh 15 April 2014.
2)     Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Sukkot pada tarikh 8 Oktober 2014.
3)     Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Passover pada tarikh 4 April 2015.
4)    Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Sukkot pada tarikh 28 September 2015.



Untuk pengetahuan, perayaan Passover ialah salah satu perayaan Yahudi yang disambut bagi mengenang peristiwa di mana malaikat dihantar oleh Tuhan untuk membunuh setiap anak sulung keluarga musuh orang-orang Yahudi dikalangan bangsa Qibti keturunan Firaun di zaman Musa.

Perayaan Sukkot pula disambut dengan orang-orang Yahudi, dianjurkan untuk menziarahi Saumaah mereka di Jerusalem. Ia bagi mengenang penderitaan selama 40 tahun tersesat di gurun selepas terselamat dari perhambaan Firaun di zaman Musa.

"Four Blood Moons: Something Is About to Change" (Worthy Publishing, 2013) karya John Hagee, menjelaskan hubungan antara 4 gerhana bulan penuh dengan  soal pengakhiran zaman. Namun ramai yang membidas buku ini dan mengatakan sebagai satu dongeng ciptaan manusia (adakah Benar ia Cuma dongeng?). “Takkan tk pernah jadi sebelum ni” ayat klise yang bermain difikiran pembaca sekarang. Benar pernah berlaku rentetan gerhana bulan berdarah dan Tetrad four blood moon sendiri pernah berlaku.


Namun Tetrad yang jatuh pada hari-hari perayaan istimewa Yahudi hanya pernah berlaku tujuh kali di dalam sejarah semenjak tahun masihi yang pertama. Berikut Tetrad Bulan Berdarah istimewa bagi mereka ini :

1. 162-163 Masihi
2. 795-796 Masihi
3. 842-843 Masihi
4. 860-861 Masihi
5. 1493-1494 Masihi
6. 1949-1950 Masihi
7. 1967-1968 Masihi

Dalam 500 tahun kebelakangan ini, tetrad telah berlaku sebanyak tiga kali. Pada tiga Tetrad terakhir fenomena ini ianya disusuli dengan peperangan antara Islam, Yahudi dan Kristian. peperangan antara haq dan bathil,:

Pada Tetrad 1493 – 1494, Ratu Isabella dan Raja Ferdinand menghalau bangsa Yahudi keluar dari Andalusia dan semua jajahan mereka. Peristiwa Spanish Inquisition menjadi sebahagian daripada sejarah yang memaparkan kekejaman manusia ke atas sekumpulan manusia lain. Bukan setakat bangsa Yahudi dihalau keluar, tetapi orang-orang Islam pun turut dibunuh, disembelih dan dihalau keluar pada ketika itu(Kejatuhan Empayar Islam Moro).

Pada Tetrad 1949 – 1950, berlakunya peristiwa penubuhan Negara Israel. Mereka menakluki Israel pada 1948, tetapi kerajaan rasmi mereka didirikan pada 25 Januari 1949. Mereka menafsirkan peristiwa itu sebagai peristiwa yang malang kerana mereka diserang dari segenap arah oleh tentera-tentera Arab dari negara-negara Arab disekeliling mereka. Itu tafsiran mereka. Kita pula melihat tahun itu bermulanya tahun pertama Tahun an Nakbah. Saudara-saudara segama kita dihalau, dibunuh, dirobek dan dihapuskan secara terancang oleh rejim ini.

Pada Tetrad 1967 – 1968, berlakunya peperangan 6 hari. Mereka menggelarkannya sebagai Peperangan 6 Hari. Ia berlaku 6 tahun sebelum peperangan Yom Kippur. Kegagalan orang-orang Arab untuk bersatu dalam satu tekad menyerang Israel, pengkhianatan Raja Jordan dan bantuan segera pohon Gharqad Yahudi iaitu Amerika Syarikat, menyebabkan orang-orang Islam kehilangan lebih banyak wilayah di dalam peperangan tersebut. Bukit Golan sehingga kini masih dikawal Yahudi.


Di dalam Talmud, peristiwa gerhana bulan ini sentiasa dikaitkan dengan alamat tentang malapetaka yang akan menimpa golongan Yahudi. Tetapi apabila gerhana itu berlaku, dan bulan kelihatan berwarna merah semasa berlakunya gerhana tersebut, maka ia dikatakan memberi alamat bahawa ‘pedang akan muncul ke dunia’. Secara ringkas, gerhana bulan membawa erti bala dan mala petaka untuk orang Yahudi. Gerhana dengan ‘bulan berdarah’ membawa erti ‘pedang bakal muncul’ dan gerhana matahari bererti ‘bala ke atas seluruh penduduk dunia.’ Itu apa yang mereka percaya.

Persoalannya, apa pula yang akan berlaku dan sedang dirancangkan mereka pada Tetrad Bulan Berdarah 2014 hingga 2015?


Walaubagaimanapun, kewujudan fenomena GERHANA MATAHARI DITENGAH-TENGAH the four blood moon memberikan satu dimensi berbeda kepada mereka yang mana mereka menganggap yang bakal berlangsung ini adalah sesuatu yang mereka nanti-nantikan.Mereka menganggapnya sebagai salah satu ‘prophecy’ atau ramalan yang bakal melengkapkan aturan NWO – New World Order mereka melalui ayat yang dipetik;

“The sun shall be turned into darkness, and the moon into blood, before the great and terrible day of the Lord come.”

 “Matahari akan berwarna hitam dan bulan akan berdarah, sebelum hari kedatangan Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Dasyat.”
Joel 2:31 (Kitab Injil)


Mereka juga menganggapkan  Tetrad 2014 – 2015 ini sebagai satu Tetrad yang perlu diberi perhatian. Kerana ia merupakan Tetrad ke lapan yang berlaku di dalam sejarah sejak daripada kemunculan Nabi Isa a.s. Angka lapan sentiasa merupakan angka yang istimewa bagi golongan Yahudi. Ia menggambarkan satu permulaan baru. Tuhan, mereka percaya menciptakan Alam selama 6 hari. Tuhan berehat pada hari ketujuh mengikut kepercayaan mereka dan kebangkitan baru bermula pada hari ke lapan. Yahudi membahagikan hari kepada set 7 hari seperti lain-lain bangsa. Tetapi hari pertama Yahudi bermula pada hari Ahad. Bermula Ahad sehingga Jumaat, mereka perlu bekerja keras. Datang hari ke Tujuh, iaitu Sabtu, mereka perlu berehat bagi menghormati Sabbat. Hari ke lapan ialah hari pertama iaitu Ahad kembali.

 yom rishon = "first day" = (Sunday)
 yom sheni = "second day" = (Monday)
 yom sh'lishi = "third day" = (Tuesday)
 yom revi'i = "fourth day" = (Wednesday)
 yom chamishi = "fifth day" = (Thursday)
 yom shishi = "sixth day" = (Friday)

Jesus, di dalam kepercayaan mereka, bangkit semula dari kubur setelah di bunuh di Bukit Tengkorak, pada hari Ahad. Jadi hari Ahad ialah hari kebangkitan. Ada di antara golongan Yahudi sedang sibuk menyebarkan kepada dunia, bahawa kedatangan Isa a.s. sudah dekat dengan kedatangan Tetrad Bulan Berdarah ke lapan ini. Lalu, Baitulmaqdis kini berada di dalam radar pencerobohan mereka.

Ermmm, Bacaan ini memerlukan banyak sumber rujukan silang agak tidak silap pemahamannya. Lakukan selidikan anda dan bersama-sama kita melalui the next 3 blood red moon. 

References: 

                            

Friday, March 21, 2014

Piramid dan Misterinya


Salam semua dan bersua lagi, kali ini satu perkongsian ingin diberikan disebabkan seseorg rakan memohon sy berkongsi mengapa keadaan dibawah berlaku:



Namun bukan hanya tiga pyramid ini sahaja memiliki seni bina dan structure yg hamper sama malah banyak lagi termasuklah Piramid yang berada di Tanah Melayu itu sendiri(boleh baca disini).Piramid antara binaan yang mempunyai senibina yang penuh misteri, dan tugu yang agung ini mengeluarkan suatu tenaga yang agak kompleks untuk difahami. Ada yang mengatakan Piramid dibina bagi tujuan  Makam Pengebumian namun sejauh mana kebenaran ini. Pyramid Giza,Jebel Barkal, Sudan ,Mayan Temple, Temple of Ur, Iraq ,Ziggurat of Ancient Babylon ,Temple of Kush Kingdom, di antara pyramid yang wujud sejak 6000 tahun yang lepas yang boleh di jumpai di mana-mana benua di seluruh dunia. 


Sumber: http://jakehays.net/


Pyramid boleh datang dengan pelbagai bentuk dan saiz. Di Mexico, terdapat pyramid circular (bulat) yang bertangga. Di India, seni bina seakan pyramid di sana sangat tinggi. Lurus menegak ke atas. Perkara yang sama berlaku dengan bentuk seni bina seakan pyramid di central America, Ianya lurus menegak, manakala pyramid di Giza, lebih lebar.


Pyramid adalah struktur yang sangat jelas. Selalunya bermula dengan tapak empat persegi, ke empat-empat sudut membentuk segi tiga dan bertembung di puncak. Jikalau pada zaman dahulu anda ingin membuat sebuah bangunan yang tinggi, struktur yang sangat sesuai pada zaman itu adalah Pyramid. Kerana struktur ini sangatlah stabil kerana dengan adanya tapak yang boleh menyokong keseluruhan berat struktur tersebut.




Piramid Mexico, India dan central Amerika 

Terdapat 250 buah pyramid yang wujud di sempadan China, iaitu Shanxi. Berpuluh wujud di area lautan India. di Pulau Mauritius. Pulau Canary, Utara Sudan, Mesir terdapat lebih 150 buah pyramid, 300 Pyramid di Peru, Pyramid di Bolivia, dan lebih 10,000 buah Pyramid di Central America. Ini tidak lagi termasuk candi Borubudur dan Angkor wat. Jadi kita boleh nampak bahawa struktur 'Pyramid' ini adalah fenomena yang berlaku di seluruh dunia. Bagaimanakah Tamadun yang datangnya dari 5 benua yang belainan, berjauhan Beribu kilometer, semua membina struktur  yang hampir sama?. Baru-baru ini satu piramid dikatakan dijumpai dibawah laut di perairan jepon untuk lebih lanjut video dibawah memberi gambaran ringkas penemuan tersebut

Boleh rujuk laman ini untuk gambaran cerita piramid didasar laut ini 

Menurut beberapa teori, pembina yang membina pyramid, hendaklah mempunyai Ilmu tinggi terutamanya dari Segi Matematik, Astronomi dan juga ciri-ciri Geofizik bumi. Dengan ketiadaan komunikasi antara satu dan yang lain, bagaimanakah tamadun yang tinggal di berlainan benua ini mempunyai struktur pyramid yang hampir sama?



Shanxi, China
(Lebih lanjut boleh ke sini )

Sudan 

Peru

Mauritis

Sebagai contoh, Temple Candi Sukuh di Indonesia mempunyai ciri-ciri pyramid yang lebih kurang sama dengan pyramid yang ada di Central America iaitu pada kaum Mayan. Temple Baksei Chamkrong, Cambodia, juga mempunyai struktur yang sama dengan Temple Mayan di Central America. Salah satu teori yang muncul adalah, Kemungkinan kesemua tamadun ini, mempelajari ilmu tersebut daripada 'Guru' pembina yang sama. Pyramid tersebut mempunyai saiz struktur yang sama, posisi yang lebih kurang sama dan terdapat juga kes di mana dua pyramid dari benua yang berlainan mempunyai entiti yang sama sebagai contoh Puncak Pyramid.


Hindu Temple | Mayan Temple

Giza, Mesir. Di sini, di padang pasir di luar Cairo. Berdirinya Pyramid Giza yang agung sejak beribu tahun yang lepas. 4500 tahun yang lepas, Pyramid ini lah bangunan yang tertinggi dan paling menakjubkan di dunia suatu ketika dahulu. Mengapa dan Bagaimana pyramid  ini di bina masih menjadi misteri..

Pyramid ini adalah Pyramid teragung di dunia, bila anda berdiri di depannya, terdetik perasaan Misteri, dan pelbagai soalan bermain minda. Siapa membinanya? Apa Tujuannya? Kenapa ia masih berdiri kukuh? Menurut banyak testimonial, bila anda masuk ke dalam pyramid tersebut seolah-olah terdapat sebuah tenaga yang mengelilingi dinding pyramid tersebut.


450 kaki ke udara, mengambil ruang 13ekar. Struktur yang menakjubkan. Apa yang menarik adalah, saiz pyramid ini. Jika tamadun purba benar inginkan sebuah Makam Pyramid, mengapa bersusah payah untuk membina dengan saiz yang sebesar ini? Ahli arkeologi mainstream membuat teori bahawa pyramid ini dibina skitar 2500 B.C sebagai makam pengebumian Firaun Khufu.

Kita di fahamkan bahawa Pyramid ini dibina khas sebagai Makam Firaun. Tetapi, Tiada satu mayat pun pernah di jumpai di dalam pyramid tersebut. Mesti ada sebab mengapa pyramid ini wujud, ternyata Teori ia sebagai 'Makam' tidak kukuh kerana tiada mayat, keranda atau apa-apa elemen yang berkaitan di jumpai di dalam pyramid tersebut. Jika Pyramid di Giza, tidak dibina sebagai Makam, jadi mengapakah ia di bina? Mungkinkah Pyramid Giza ini mempunyai hubungkait dengan pyramid yang berada di benua yang lain yang mana perhubungan itu telah hilang di telan zaman?


Kedua kaum Mayan dan Mesir Purba, mempunyai Lagenda bahawa Makhluk dari Luar Bumi (yang mereka gelar sebagai Gods / Tuhan) turun ke bumi, memberi arahan kepada mereka untuk membina Pyramid. Sebagai contoh, untuk kaum Mesir, tuhan mereka iaitu THOTH di kenali sebagai 'Architect of the Universe' dan dia lah kononnya yang design pyramid Giza.Untuk mengetahui lebih lagi mengenai piramid diseluruh dunia boleh ke laman ini.



Dalam untuk memahami mengapa sesetengah bangunan dibina sedemikian,yang pertama kita harus memahami ialah konsep tenaga. Beberapa bangunan dibina untuk satu tujuan iaitu untuk menyalurkan tenaga. Apabila semua benda didunia dipecahkan kepada jisim yang paling kecil, apakah yang akan dijumpai? Ianya adalah atom, elektron dan proton. Apakah maksudnya ini?


Ini bermaksud pada bentuk paling asas, semua jasad adalah terdiri daripada tenaga. Begitulah yang berlaku pada semua kejadian alam semesta ini. Bentuk paling asas adalah terdiri daripada tenaga.

Mengikut hukum pertama termodynamik, tenaga  tidak boleh dimusnahkan, tetapi hanya boleh dipindahkan. Tenaga yang tidak mengisi mana-mana jisim akan sentiasa merambat dalam ruang kosong dalam bentuk gelombang. Semua jenis tenaga, sama ada tenaga haba, tenaga bunyi dan tenaga cahaya, kesemuanya merambat dalam bentuk gelombang, walaupun tenaga tersebut mungkin tidak kelihatan seperti gelombang jika diamati pada pandangan kasar (contohnya tenaga haba). Maka ini bermaksud alam semesta ini adalah dipenuhi dengan tenaga. Ini bermakna tuhan telah menciptakan kita sebagai penyalur tenaga dimana kita boleh dipengaruhi oleh tenaga disekeliling kita. Dan fokus disini ialah dimana kita boleh mempengaruhi tenaga disekeliling kita.

Kita boleh mengeluarkan tenaga positif dan juga tenaga negatif. Dan kita juga boleh dipengaruhi oleh tenaga positif dan negatif yang berada disekeliling kita ini.

Bagaimanakah semua ini berlaku?

Sekiranya jasad kita mengeluarkan tenaga positif, tenaga ini akan bercantum dengan tenaga luaran yang sama jenis, POSITIF. Maka ini akan mengekalkan kita dalam lingkungan tenaga positif ini. Dan perkara yang sama berlaku jika kita mengeluarkan tenaga negatif dan akhirnya mengekalkan kita dalam lingkungan tenaga negatif.

Jadi sebenarnya kita amatlah dipengaruhi oleh pengeluaran tenaga dari diri kita sendiri dan pengaruh tenaga dari persekitaran. Sebab itulah kita akan berasa aman apabila berada dalam lingkungan tenaga postitif, iaitu tenaga semulajadi alam. Inilah yang berlaku apabila kita berada di kawasan seperti air terjun, hutan, sungai, pantai, bahkan kawasan-kawasan suci seperti masjid khususnya. Dan daripada ibadat di kawasan yang yang bertenaga tinggi ini, kita sebenarnya sedang mengeluarkan tenaga positif dan ini mengekalkan kita dalam lingkungan tenaga positif yang memberikan kita rasa nyaman.

Namun semua itu tidak mungkin berlaku tanpa kita. perkara perkara yang dilakukan didalam bangunan itu menentukan tenaga apa yang disalurkan. dan seperti semua benda didunia,ia boleh digunakan untuk kebaikan. atau keburukan. Persoalannya apakah tenaga positif atau negatif yang dilahirkan dan dikeluarkan? Jawapannya ialah jenis perbuatan manusia yang diamalkan dalam kawasan2 yang mempunyai tenaga ini.

Apakah bentuk binaan yang baik dalam untuk menyalurkan tenaga?

Piramid,octagon dan kubah-rekabentuk ini adalah yang paling kuat dan lebih efisen dalam untuk menyalurkan tenaga. Mereka-Mereka memahami konsep ini dengan baik,kerana ia dibuktikan dengan cara mereka membina bangunan mereka.sementara masjid,gereja,dan sinagong(rumah ibadat yahudi)direka bentuk untuk menyalurkan tenaga positif, Mereka-Mereka  membina bangunan mereka untuk menyalurkan tenaga jahat atau yang lebih terang bunyinya yakni negatif.

Burj Dubai

Sejak menara itu melepasi ketinggian 2,300 kaki beberapa tahun yang lalu,dubai telah berada dalam keadaan kabus hampir setiap hari,ia sekarang berada pada 2,950 kaki dan masih meninggi, dubai yang dahulunya padang pasir yang tandus dan sekarang telah menjadi kawasan yang berkabus, tiada lagi ahli ahli kaji cuaca yang dapat menerangkan fenomena ini. Bangunan -bagunan yang unik ditengah bandar itu akan mengaut tenaga yang berada disekelilingnya, tetapi hanya benda hidup sahaja boleh menghasilkan tenaga yang dikaut.yang nyatanya,ia berada disekeliling kita diseluruh dunia dan aktiviti didalam bangunan ini adalah penentu kepada tenaga  yang  disalurkan(dikautkan).

Mengikut pendapat Dr. Philip Calahan menerusi kajiannya bertajuk Kings Chamber of the Great Pyramids yang kemudiannya disokong oleh kajian yang dibuat Mary Hardy dan Dean Hardy dariAmerican Institute of Electrical Engineering yang menemui penemuan menarik (tetapi tidak mengejutkan sesetengah pihak) iaitu piramid dan binaan berbucu mampu menjadi saluran untuk menjana tenaga bagi menghasilkan vortex.

Berikut sy sertakan sedikit video ringkas mengenai Tenaga dan Senibinanya. Membuka minda bukan semstinya memaksanya untuk mempercayai sesuatu. 


  
Berdasarkan Video diatas diceritakan mengenai mengapa dan apa kepentingan senibina-senibina itu td,  yang mana perkaitan senibina, tenaga dan diri manusia itu sendiri membawa kepada satu Ungkapan -Stargate-



Garisan-Grisan Ley di Dunia

STARGATE adalah lokasi tertentu didunia yang dipanggil "titik pertemuan". Di atas bumi kita terdapat garisan-garisan 'ley' iaitu titik-titik tenaga strategik di dunia (rujuk wiki untuk apa itu ley lines). Apabila bentuk-bentuk geometri binaan ini di bina di atas garisan ley dan digabungkn,ia akan membuka satu pintu laluan iaitu 'stargate'. Pintu yg menyambungkn 2 dimensi. Lokasi-lokasi stargate ini menghasilkan tenaga strategik yang lebih banyak berbanding kawasan-kawasan lain di atas muka bumi. Maka apa yang terjadi, golongan Mereka-Mereka ini telah membina banyak bangunan-bangunan mereka pada titik-titik pertemuan ini. Binaan-binaan mereka biasanya mempunyai struktur geometri yang memiliki keupayaan untuk menyalurkan tenaga dengan baik dan mempunyai ketinggian yang sangat dahsyat.


Lebih Lanjt mengenai Starget boleh ke laman ini 

Dan memandangkan Mereka-Mereka(freemason) adalah golongan yang mengamalkan sihir dan menyembah syaitan, dapat kita pahami tenaga apakah yang sedang mereka salurkan sebenarnya. Dan juga apakah amalan-amalan yang dilakukan didalam bangunan-bangunan mereka ini.

Untuk membina bangunan-bangunan "penyerap tenaga" mereka di serata dunia, kita tahu Mereka-Mereka perlu mendapatkan kebenaran dari banyak negara. Maka cara yang paling mudah ialah mereka mengupah ahli-ahli politik seluruh dunia untuk memperkenalkan ideologi mereka. Keahlian akan dibuka kepada pegawai-pegawai tinggi sesebuah negara dan kesemuanya akan dipengaruhi dengan cara pemikiran golongan freemason(ini sekadar teori) ini dan hingga ke hari ini titik-titik ley diseluruh dunia ini telahpun dipenuhi dengan bangunan-bangunan mereka.

Diatas dinyatakan yang Piramid mampu untuk “Initiate” kan Vortex. Apabila semua vortex daripada semua piramid seluruh dunia mencapai tahap jumlah kapasiti yang diperlukan, tidak mustahilkah akan terbentuk satu fenomena seperti black hole (or mybe wormhole) di atas bumi. Ia bukanlah akan menyedut kita semua masuk ke dalam vortex seperti black hole itu, tetapi ia berfungsi untuk membuka pintu gerbang dunia ghaib untuk satu tempoh tertentu bagi membolehkan sesuatu keluar atau Sesuatu memasukinya untuk apa dan mengapa, banyak spekulasi sehingga membawa kepada topic Dajjal.

Malah, jika kita melihat pintu gerbang dunia ghaib itu seperti sebuah black hole yang ada di angkasa lepas, maka tidak mustahil para jin dan syaitan akan keluar dengan UFO yang seolah-olah datang dari angkasa lepas melalui black hole yang terhasil di bumi dan menggelarkan diri mereka sebagai alien( umpama Cerita Avengers dan Transfomer ataupon sebenanya ada perkaitan. Dari manakah idea asal cerita itu datang?).


Setiap amalan baik ataupun jahat yang kita lakukan memerlukan tenaga untuk dilakukan (wujud tenaga apabila sesuatu aktiviti dilakukan iaitu pasif dan aktif(Endo dan Exo thermic) ). Perbuatan kita memerlukan tenaga. Kaitkan pula dengan pembinaan piramid moden di serata dunia (Sunway Pyramid yang paling dekat dengan kita, juga binaan-binaan berbucu yang bercirikan senibina Masonic yang lain) yang mampu menyerap tenaga dan membebaskannya menjadi vortex.

Walaupun sedikit mistik, kita membuat dosa dengan menggunakan tenaga dan piramid pula menyerap tenaga itu untuk dibebaskan menjadi vortex untuk membuka PINTU. Cuba selarikan dengan sistem mind control yang mana mereka mahu kita membuat dosa melalui program-program hiburan dan lain-lain, kenapa Dajjal mahu kita terjebak seks bebas, menagih dadah dan sebagainya sehingga mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah?


Ia mungkin disebabkan sesuatu yang diinginkan Dajjal iaitu ‘tenaga dan dosa’ yang kita hasilkan itu dapat diserap oleh piramid dan dijana menjadi kekuatan untuk membuka PINTU. Dosa melampaui batas yang kita lakukan pula akan mengundang kemurkaan Allah sehingga mendatangkan malapetaka yang akan berakhir dengan kiamat, yang membawa kepada keluarnya Dajjal.

Salam....Sedikit penambahan kerana baru2 ini sedang ku melalui titiwangsa, behenti berehat seketika di RNR titiwangsa sungguh indaH dgn bukit bukau memukau semua yang ada kat sana. hati kecil ku mengatakan logik logik logik berulang-ulang kali.Memg benar bentuk bukit bukau gunung ganang yang berbentuk seakan piramid sebenarnya menjadi antara penyalur tenaga yang baik dan dek kerana sekitarnya penuh dengan hidupan yg nyaman dan menghasilkan oksigen semua tenaga terkumpul adalah tenaga positif, dan logiknya lagi bukit dan gunung menjadi penampan atau pon membolehkan tenga positif menguasai dunia justeru itu memgapa seni bina yg menyalurkan tenaga negatif masih belom benar2 berjaya adalah kerana diimbangi oleh bukit dan gunung ganang ini.Logik logik dan Logik.


Rujukan Cedokkan: