ads ads ads ads ads ads ads
Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Monday, August 18, 2014

Cradle of Civilisation : PUNT dan NUSANTARA

Assalamualaikum dan salam syawal, lama sudah tidak bersua dek kesibukan kerjaya dan kehidupan. Kali ini ingin dikongsikan suatu “hypothesis” ,satu teori yang mana banyak telah dikongsikan di laman2 sesawang dan para2 pengkaji diluar sana. Semuga bemanfaat.

Kita mulakan dengan “Rencong”, satu tulisan ataupun askara yang mana digunakan pada zaman melayu purba. Sistem tulisan ini dikatakan terbit daripada Pallava dan Kawi, yang akhirnya berasal daripada tulisan Brahmi. Umpama rencong ini adalah subset ataupon hasil daripada pengaruh Brahmi. Ini adalah hasil pikiran skeptikal pengkaji barat dengan anggapan skrip dari Asia Tenggara semuanya diinspirasikan daripada skrip Brahmi.



Huruf Rencong ini masih digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia. Tulisan Rencong pada masa dahulu ditulis pada tanduk kerbau, buluh, kulit kayu, kertas dan daun lontar. Manuskrip-manuskrip ini kebanyakannya telah dirompak dan disimpan oleh Belanda, majoritinya kini di Bibliotheek (Perpustakaan) Leiden
.
Persoalan timbul, dari manakah tulisan ini berasal? M.O menulis didalam blog mereka dengan melakukan perbandingan antara tulisan-tulisan Aramaik, Phoenicia dan Brahmi (Brahmi berasal dari tulisan Parsi Kuno di zaman Cyrus The Great).

-Brahmi Dan Rencong
-Aramaik dan Rencong
-Phoenicia dan Rencong

Akhirnya tulisan jenis ini menjadi semacam tulisan jenis pepaku (cuneiform) yang digunakan oleh Tamadun Sumeria. Apabila melihat kepada persamaan aneh antara tulisan Rencong dengan tulisan-tulisan purba ini, terdapat 3 andaian untuk menerangkan mengapa tulisan orang Melayu ini mempunyai hubungan dengan skrip-skrip tersebut:

1-Orang Melayu mencedok tulisan orang Phoenicia pada zaman dahulu.Faktor bagaimana ia terjadi kemungkinan besar dan dipercayai hasil dari aktiviti perdagangan antara kedua-dua bangsa.

2-Orang Phoenicia pernah menetap di Nusantara,sama ada menjajah,penghijrahan atau sebagai ‘warganegara yang bekerja’ di Nusantara.

3-Tulisan ini memang tulisan ciptaan orang Melayu Purba.Kemudian ditiru oleh orang Phoenicia,kemudian dicedok oleh orang Aramaik kemudian diubahsuai oleh orang Ibrani (Hebrew) dan seterusnya diambil oleh orang Aryan,yang kemudiannya membawa skrip ini ke India untuk menuliskan kitab-kitab Veda,kemudian dicedok oleh orang Dravidia (Tamil,Devanagari,Malayalam) seterusnya dicedok lagi oleh orang Khmer dan Nusantara (menjadi Kawi dan Aksara),dari sini dicedok buat kesekian kalinya oleh orang Thai dan Burma.

Misteri persamaan tulisan Rencong ini dengan tulisan-tulisan dalam kelas Proto-Canaanite benar-benar memeningkan pakar-pakar kajian skrip di Barat dan akhirnya meletakkan  rencong ini dibawah pengaruh skrip Brahmi Namun ini tidak dipersetujui oleh para sarjana lain seperti Jaspen, Marsden dan Jones yang mengesan misteri yang menyelubungi Rencong ini, malah semakin dikaji sehingga bukan setakat skrip Rencong, malah bahasa Melayu dialek Rejang itu sendiri menimbulkan misteri lebih besar, persamaannya dengan perkataan-perkataan Mesir Purba!

Kesan daripada persamaan kosa kata Melayu, Melayu Rejang dan Mesir purba membawa ahli arkeologi, sejarahwan dan pakar bahasa mendekati dengan rapat pengaruh Phoenicia terhadap tulisan Rencong.Charles Robert Jones, seorang ahli American Research Center di Mesir telah menyatakan bahawa kesedaran tentang pengaruh Phoenicia terhadap tulisan Rencong ini telah ditimbulkan oleh J. Park Harrison pada tahun 1896 di hadapan Persatuan Geografi dan Arkeologi Great Britain. Sarjana-sarjana budaya orang Semitik iaitu Sayce, M.Renan and Neubauer yang telah memeriksa tablet-tablet buluh di Sumatera, telah menyimpulkan bahawa karakter-karakter huruf dalam Rencong sememangnya mempunyai pengaruh Phoenicia.




Phoenicia adalah istilah Barat kepada orang Kanaan, satu bangsa purba yang pernah mempunyai tamadun dan peradaban tinggi pada masa silam. Para pengkaji sejarah menyatakan peradaban orang Phoenicia telah wujud kira-kira 1200 tahun Sebelum Masehi. Mereka pada zaman dahulu tinggal di kawasan sekitar Palestin, Lebanon dan Syria sekarang. Sarjana-sarjana Semitik berkenaan berkeras melaporkan bahawa Rencong adalah tulisan orang Phoenicia sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi. Malahan Dr. Neubauer menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa bentuk-bentuk huruf Rencong dikenalpasti adalah mirip versi tulisan orang Phoenicia pada abad keempat dan kelima Sebelum Masehi.

Persoalan pokoknya bukanlah yang mana mempengaruhi yang mana namun wujud kesamaan dalam tulisan yang boleh membawa kepada ketamadunan.Hasil dari gabungan kerja oleh M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve yang menyokong kajian para sarjana seawal abad ke-17,dijadikan rujukan Jones untuk membawa beliau ke satu rahsia lain yang amat mengejutkan dimana terdapat unsur-unsur satu tamadun lain yang lebih lama dari tamadun Phoenicia dan Ibrani yang telah dikesan dalam budaya Melayu khasnya pada bahasa Melayu dialek Rejang,iaitu tamadun Mesir Purba.

Dalam kajian para sarjana sejarah dan linguistik telah menemukan kemungkinan yang benar-benar memeningkan, lebih memeningkan dari tulisan Rencong,iaitu bagaimana pengaruh bahasa kuno Mesir Purba yang telah pupus masih tertinggal di dalam bahasa Melayu dialek Rejang dan petunjuk yang mungkin untuk dijadikan asas kajian seterusnya ialah kembali ke abad 15sebelum masehi ketika Ratu Hatshepsut mengadakan ekspedisi ke ‘Tanah Para Dewa’,Punt.




Pada awalnya para pengkaji menganggap masyarakat Rejang dan bahasanya adalah berlainan dengan bahasa Indonesia/Melayu dan ini menghalang mereka daripada melihat petunjuk yang membawa mereka kepada kajian pengaruh Mesir Purba.Tetapi selepas mereka memahami konsep Nusantara dan bangsa Melayu telah merasa satu kemestian untuk merujuk kepada bahasa Melayu/Indonesia standard kerana rupa-rupanya pengaruh Mesir Purba itu juga ada pada bahasa Melayu/Indonesia (memanglah sebab bahasa Rejang itu adalah bahasa Melayu loghat daerah).Pengkaji seperti Jones ini terpaksa merujuk kepada bahasa Melayu untuk memastikan makna perkataan Rejang untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Beliau telah mengesan terdapat perkataan-perkataan ‘aneh’ yang terdapat dalam bahasa Melayu yang juga ada dalam kosakata Mesir Purba,contohnya perkataan ‘asem’ dan ‘lebun’.’Asem’ bermaksud ‘tamarind acid'(pemahaman Jones) dan ‘lebun’ ialah ‘sejenis kayu’.Dari sini para pengkaji dapat mengesan ‘clue-clue’ yang lain seperti asal-usul perkataan ‘lubbanjawi’ iaitu kemenyan dalam bahasa Arab.Perkataan ‘lubban’ rupanya dicedok dari kata ‘lebun’ dalam bahasa Melayu (M.O).


Apabila melihat kepada sejarah Mesir purba dan perkaitan dengan Melayu,  yang paling hampir dan realistic adalah sewaktu pemerintahan Permaisuri Hatshepsut dimana waktu ini hubungan dagang Mesir purba dengan satu kerajaan Purba yang penuh misteri iaitu PUNT yang diperintah Oleh seorang Raja Benama PARAHU, sehingga ada tutur kata yang sama. Penggunaan perkatan Pharaoh atau Firaun adalah setelah peritiwa The Shipwrecked Sailor yakni setelah bertemu dengan Raja Punt, adakah perkataan Paroah tu diambil daripada nama Raja Punt Perahu???


PUNT ITU PENTAS SUNDA?



Baiklah, sekarang kita menyelusuri pula apa itu Kerajaan Punt.  Punt atau Pwenet  atau Pwene adalah sebuah tamadun besar yang mempunyai hubungan dagang yang erat dengan kerajaan Mesir purba. Punt merupakan sebuah kota ketamadunan yang terkenal sebagai pengeluar dan pengeksport emas, rempah ratus, setanggi, kemenyan damar, gading gajah, kulit harimau bintang dan sebagainya. Punt ini juga membekalkan anjing pemburu, beruk dan bab serta orang-orang kerdil sebagai hamba abdi atau penghibur di istana Mesir purba.

Rekod yang paling lama yang mencatatkan hubungan diantara Mesir purba dan Punt boleh didapati diatas Batu Palermo, yang merupakan serpihan dinding bermanuskrip di kedua-dua sisi merekodkan upacara keagamaan serta maklumat mengenai 5 dinasti pertama Mesir purba. Ia mencatatkan Raja Sahure/Nebkhau dari dinasti kelima kerajaan firaun Mesir purba, ada menerima wangian Myrrh (damar) dan Elektrum (sejenis aloy yang mengandungi campuran emas. Orang Greek memanggilnya Emas Putih) dari Punt. Namun begitu ada rekod yang mengatakan bahawa emas telah pun mula dieksport dari Punt semasa pemerintahan Raja Khufu dari pemerintahan dinasti Mesir purba yang keempat.

Namun maklumat mengenai Punt dan juga hubungan dagangnya dengan Mesir purba paling banyak tercatit di Makam Permaisuri Hatshepsut yang terletak di Dier al Bahri, Luxor, Mesir. Lukisan-lukisan rekod ini dirujuk sebagai The Punt Reliefs oleh para saujana.Siapa Hatshepsut? Beliau merupakan pemerintah ke 5 dari dinasti ke 18 kerajaan Mesir purba dan merupakan diantara sebilangan kecil pemerintah wanita Mesir purba selain dari Nefertiti dan Cleopatra. Terdapat para sarjana yang berpendapat bahawa beliau lah yang dikenali sebagai Queen of Sheba seperti yang tercatit didalam Injil. Kita mengenalinya sebagai Ratu Balqis (Wallahu a’lam)

Hubungan dagang diantara Mesir purba dan Punt berterusan sehingga ke pemerintahan dinasti ke 20 Mesir purba dimana raja-raja dari dinasti-dinasti ini seringkali menghantar kapal-kapal dagang untuk berdagang ke tanah Punt. Salah satu rekod yang popular mengenai misi dagang ke tanah Punt adalah Kisah si Pelayar dan Kapal yang Karam (The Tale of the Shipwrecked Sailor). Kisah ini ditulis diatas helaian daun papyrus yang kini ada dipamerkan di Muzium Imperial St Petersburg, Rusia.

Daun-daun papyrus ini mengisahkan pelayaran seorang nakhoda Mesir purba bersama 120 anak kapalnya ke Lombong Emas Raja (The King's Mine, ungkapan ini mengingatkan aku kepada Mount of Ophir dan The Golden Chersonese) dimana didalam perjalanannya kapalnya dihentam ribut dan seterusnya karam membunuh kesemua anak kapalnya melainkan nakhoda itu sahaja yang terselamat. Nakhoda itu terdampar disuatu tempat dan telah bertemu dengan seekor naga berjanggut yang seterusnya telah membawa nakhoda itu ke tempat tinggalnya. Cerita mengenai Naga ini akan dikongsi pada edisi lain kerana ianya juga penting dalam kita menyelusuri sejarah mencari jati diri he.

Walaupun terdapat rekod-rekod yang menyatakan tentang perihal tanah Punt ini, tiada satu pun dari rekod-rekod ini yang menyatakan secara jelas dimanakah tanah Punt ini terletak. Yang paling nyata dari kebanyakan rekod mengenai Punt, didapati bahawa untuk sampai ke Punt, orang-orang Mesir purba terpaksa melayari Laut Merah menggunakan kapal-kapal dagang yang besar. Rekod-rekod Mesir Purba telah mengesahkan bahawa lokasi Punt ialah satu kawasan luas DI TIMUR MESIR. Di dalam The Book of The Dead,Punt ialah sebutan kepada dunia sebelah timur (set nu Punt).

Majoriti para sarjana terbahagi kepada pendokong dua pendapat/teori utama. Dua teori utama mengenai lokasi  Punt yang sering diperdebatkan oleh para sarjana ini adalah:
i- Tanah Arab
ii- Tanah Afrika


Namun yang demikian, terdapat juga para-para sarjana yang mengesyorkan pendapat bahawa Punt mungkin terletak di Jerusalem, di Punjab, India dan di Asia Tenggara namun jumlah sarjana yang mengenengahkan pendapat-pendapat ini hanyalah sebilangan kecil sahaja berbanding dengan penyokong-penyokong teori Arab atau Afrika diatas. Di dalam The Shipwrecked Sailor(terjemahan ke bahasa Inggeris). Menceritakan tentang Raja Punt ini menyelamatkan seorang nahkhoda dan di gambarkan Raja Punt itu sebagai ‘ular besar’ yang kemudiannya berdialog dengan nahkhoda tersebut.Ular besar itu kemudiannya memberitahu pelayar itu bahawa dia adalah raja tempat itu yang dikenali sebagai Punt.Seterusnya di dalam kesusasteran itu ada menerangkan bahawa ‘ular besar’ (naga) itu memerintah ke atas kawasan kepulauan.Ini membatalkan teori Punt di Tanah Arab atau benua Afrika. Memerintah pulau-pulau adalah ciri-ciri Raja Punt dan hanya Kepulauan Melayu sahaja lokasi yang tepat dengan petunjuk ini.


Agak tidak adil hanya belandaskan satu teori ini sahaja menyatakan Punt itu dari Pentas sunda atau pon Sundaland. Di Makam Permaisuri Hatshepsut ada diceritakan kerajaan  Punt pada masa Hatshepsut, diperintah oleh pemerintah yang bernama Raja Parahu dan Permaisuri Ati. Perkataan Parahu dan Ati begitu dekat melayu dimana Parahu melambangkan perahu manakala Ati memberi makna Hati namun nama-nama ini agak janggal disinonimkan dengan nama-nama dari Benua Afrika dan Timur Tengah. Perkataan Hati juga digunakan oleh mesir Purba dengan memberi maksud yang sama iaitu “Heart”. ‘Perehu’ kemungkinan besar adalah gelaran,dan ‘perehu’ adalah tidak ragu lagi satu perkataan bahasa Melayu iaitu ‘perahu’ (boat).Jadi makna penuh nama gelaran raja Punt ialah ‘Raja Perahu’ atau ‘King of Ship/Boat’.Dan menariknya,kata ‘perehu’ terdapat pada tajuk kepada salah satu tablet buluh (tulisan Rencong) yang diterjemah oleh Marsden iaitu ‘Sejarah Perehu’. Penggunaan nama Pharaoh atau Firaun pula diguna pakai setelah peristiwa The Shipwrecked Sailor berlaku. (pharaoh mengambil gelaran Perahu?)

The Tale of the Shipwrecked Sailor ada menyatakan yang pelayaran untuk ke tanah Punt mengambil masa perlayaran tiga hingga lima tahun bagi perjalanan pergi dan balik. Berdasakan penyataan ini menunjukkan yang Punt terletak lebih jauh dari pada tanah arab dan afrika namun ada cacatan lain menunjukkan mereka pernah menggunakan jalan darat. Tidak perlu dipeningkan kepala kerana dalam rekod Mesir Purba ada 'Punt Lama' dan 'Punt Baru'.Punt Lama ialah Punt ketika Ratu Hatshepshut menghantar delegasi ke tanah Punt yang mengambil masa 3-5 tahun.Punt di mana ia digelar The Land of Gods dan yang disebut dalam hikayat "Kisah Pelaut Kapal Karam" (Tale of the Shipwrecked Sailor).

Punt yang baru dikatakan dikawasan sekitar Afrika

Punt Baru ialah sebuah negeri di Afrika yang terletak berhampiran dengan garis Khatulistiwa (equator) yang mana mempunyai iklim yang sama dengan 'Punt Lama' dan negeri ini juga pernah disebutkan berdagang dan berperang dengan Mesir Purba.Ini adalah Punt Baru kerana jarak perdagangannya yang pendek serta dikatakan berjiran dengan bangsa Nubia di Afrika sehingga boleh bersekutu dengan negeri-negeri Afrika. Fakta ini penting untuk menjelaskan beberapa perkara yang mengelirukan para pengkaji.Kita tahu bahawa Punt yang disebut oleh Nehesi,iaitu ketua rombongan laut Ratu Hatshepsut ialah kawasan yang jauh ke timur dengan memakan masa bertahun-tahun dengan menaiki kapal-kapal besar Mesir Purba.Perjalanan seperti itu tidak akan memakan masa yang lama jika hanya ke Tanduk Afrika yang hanya memakan masa beberapa minggu.

Di relief kuil di Deir al Bahari, ada terakam kedudukan Punt di antara jalan perdagangan beberapa tamadun agung. Ini adalah satu ciri-ciri yang menepati kedudukan Nusantara sebagai jalan perdagangan antara India dan China. Dan eksport utama Punt ialah kemenyan dan emas. Tiada rekod-rekod yang mengatakan bahawa Sudan, Somalia atau Ethiopia menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Jika dilihat di kuil Makam Raja Seti I yang terletak di Valley of the Kings, terdapat lakaran-lakaran pelbagai jenis bangsa yang tinggal di Mesir purba. Lakaran-lakaran ini menyebabkan para sarjana tidak lekang dari berdebat tentang bangsa-bangsa yang ada di Mesir purba. Orang-orang Mesir purba digambarkan dengan karakter-karakter berkulit kemerah-merahan. Manakala orang-orang dari benua Afrika (orang-orang Nubia) pula digambarkan dengan warna kehitaman. Ukiran di dinding kuil Hatshepsut, orang Punt digambarkan dengan karakter berkulit coklat. Fakta ini sekaligus membantah pendapat-pendapat sarjana yang mengatakan bahawa Punt terletak di Nubia (Sudan hari ini).Begitu juga pendapat yang popular tentang lokasi Punt adalah Ethiopia. Namun sudah terdapat lakaran karakter orang-orang dari Ethiopia dari dinasti pemerintahan Akhenaten dan Tutankhamun dan ianya tidak langsung menyerupai orang-orang Punt.)

Lakaran orang Syria, Nubia, Libya dan Mesir

Terdapat ukiran di dinding Kuil Hatshesut yang mengambarkan Raja Punt dan isteri sewaktu disingahi Hatsheptsut. Karakter-karakter yang digambarkan sebagai Raja Parahu dan Permaisuri Ati serta rombongannya didapati memakai ikatan kepala. Melalui lakaran karakter di Kuil Makam Raja Seti I juga kita dapat membuat perbandingan diantara karakter-karakter ini.  Terdapat bangsa lain yang digambarkan memakai lilit kepala iaitu bangsa Libya. Yang membezakan orang Libya dan orang Punt adalah warna kulit. Jika diperhatikan, orang-orang Punt turut menyelit senjatanya kedalam kain atau ikatan di pinggang. Budaya Mesir purba tidak pula menyelitkan senjata pada kain atau seluar. Nehesi yang merupakan ketua armada laut Hatshepsut mengatakan bahawa Raja Punt memakai potoh pada pergelangan lengannya. Ini budaya raja-raja Melayu. Sultan Perak misalnya masih mewarisi Potoh Naga yang melambangkan baginda darpadai keturunan Iskandar Zulkarnain.



Raja Parahu dan permaisuri Ati

Potoh

Punt digambarkan sebagai tanah yang subur, kaya dengan pokok-pokok kemenyan yang besar serta rimbun tumbuh melata menjadi tempat berteduh lembu-lembu peliharaan orang-orang Punt. Terdapat juga pokok-pokok seakan-akan kelapa atau kurma atau pinang memayungi rumah-rumah mereka.Disebelah rumah mereka mengalir sungai sungai. Rumah-rumah orang Punt mempunyai tiang dan tangga.



Pada relief di Makam Min pula,seorang pegawai kepada Thutmose III ada merakamkan lawatan seorang pelayar dari Punt yang tiba ke pantai Mesir dengan kapalnya yang ganjil (yang dilukis oleh pelukis Mesir Purba ketika itu). Kajian dari pakar dan cendekiawan bersepakat mendakwa bahawa bentuk kapal pada ukiran di makam kuno itu lebih cenderung kepada kapal-kapal Melayu terutama di Sumatera. National Geographic bilangan 159 yang diterbitkan pada tahun 1981 ada mengulas tentang kapal Sumatera ini. Satu daripada barang terpenting yang mendapat permintaan tinggi para pedagang Mesir purba adalah Anti atau kemenyan Punt. Untuk pengetahuan ukiran di dinding Kuil Ratu Hatshepsut ada memperincikan tentang kemenyan dan pokoknya sekali. Dan yang mengejutkan adalah pokok kemeyan itu hanya hidup di Nusantara.

Namun segala yang dipersembahkan ini adalah masih diperingkat teori, masih wujud perdebatan antaranya berkaitan hasil export PUNT yang mana salah satunya adalah Zirafah. Mana mungkin Nusantara ada zirafah, cuma andai wujud teori menidakkan zirafah ini ialah teori kerajaan PUNT yang baru disebelah Afrika kenapa dan mengapa wujudnya dua kerajaan PUNT masih menjadi tanda soal. Andai benar PUNT itu kerajaan dari asal tempat kita seharusnya kita berbangga kerana semua bangsa-bangsa hebat (Assyaria,Akkadia, ChaldeaBabylon, Firaun dan bangsa Qibti Mesir Purba yang membina piramid) hampir lenyap dari peta sejarah, jika ada sisanya sekalipun,keadaan mereka amat menyedihkan. Namun , bangsa yang pernah dilawati para Firaun Mesir beribu-ribu tahun dahulu masih ada! Menariknya,mereka(kita) masih mengucapkan perkataan-perkataan yang pernah didengar oleh utusan Firaun dahulu, kira-kira 3500 tahun yang silam!

Semakin dalam dikaji semakin banyak persoalan muncul dan bagaikan semakin dekat kita membuktikan teori PUNT itu NUSANTARA. RAWZONES tinggalkan perkongsian kali ini dengan dua info:-

Satu prasasti yang ditemui di Benua Amerika yang dipercayai milik tamadun seperti Maya dan Aztek, telah merakamkan ketibaan kapal-kapal dari Mesir Purba dan penduduk di Benua Amerika berkata: “kamu tidak sepatutnya sampai ke sini, kecuali datang dari arah Tanah Punt”. 

Gelaran dewa-dewi HIndu kepada Nusantara sebagai ‘The Fabulous Land of Gold’ begitu juga para Firaun yang mengenal Punt sebagai tempat menghasilkan emas dan kemenyan. 

*Cuba Google Punt dan lihat apa definisinya 


RUJUKAN:-
dn pelbagai sumber lain
.









Thursday, June 5, 2014

Sejarah Digelapkan : Kejatuhan Ayuthia , Kerajaan Siam-Islam-Melayu

Salam dan selamat bersua kembali, sudah agak lama menyepi. Sepi bukan bereti tidak peduli tapi memberi ruang agar sesuatu mampu terbentuk, sesuatu yang dinamakan rindu. Kali ini dikongsi-kan mengenai mengapa kerajaan melayu-siam diserang oleh ‘THAI” sehingga-kan dijarah tanah bertuah ini dan dimusnahkan segala kota tingalan sejarah. Kisah kali ini lebih berkisar daripada nukilan ana-anai yang mana banyak merujuk undang-undang kedah walaupun banyak pertikaian berlaku sebelum ini diantara penkaji diluar dan anai-anai namun pendapat yang berdasar satu manuskrip penting(Undang-Undang Kedah) diambil kira oleh pihak kami.



Kelemahan Islam di China selepas kejatuhan Dinasti Yuan dan Ming (1368-1644M) juga menaikkan semangat Sukhothai Buddha untuk menjajah Kerajaan Siam Ayutthaya Islam pada 1767. Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Maka 3 kerajaan Islam jatuh ke tangan bangsa Buddha yang mana sebelum Ayutthaya dijajah Arakan telah menjadi mangsa mereka yang pertama. Rentetan daripada kemengan pertama ini mereka membuak2 ingin menjarah tanah Islam.

Segalanya dikatakan bermula apabila seorang raja dari keturunan Rama Khamheang Burma datang dari Tibet. Mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokho Thai di Luang Phra Bang, dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Pada tahun 1736, bermula secara baik, bangsa Thai memasuki Benua Islam Siam Kedah, di zaman dinasti Ayuthia Cau Pija Si Thammrat, Maha Thammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansur Syah masih lagi memerintah (Undang-Undang Kedah muka surat 16 dan 17) sebagai  Syah Alam Yang Maha Mulia dan bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi Kedah.


Bukti sejarah mengatakan bahawa Raja Aluangphaya dari puak Kerajaan Buddha Lannathai dari bangsa Sukhothai telah menyerang dan menawan Ayutthaya pada 7 April 1767. Aluangphaya ini dikatakan berasal dari Burma, namun dikatakan beliau  bukannya dilahirkan di Burma tetapi kesan daripada Kerajaan Islam Toung Oo, Burma ditawan oleh Sukhothai dalam tahun 1757/8 dan mereka  bertapak disana, dengan itulah mereka dikatakan berasal dari Burma. Sebelum menyerang kerajaan Islam Toung Oo di Burma(ini bekemungkinana Arakan), mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha Lannathai di Luang Phrabang, di sempadan Laos. Mereka cuba menyerang Chieng Mai namun gagal kerana terdapat banyak orang-orang islam disana termasuk orang-orang Siam Islam dari rumpun Melayu dan orang-orang China Islam. Cerita yang dikongsikan oleh anai2 ini ade dirujuk silang di wiki cume mungkin beda dari segi name tempat( beza ikut bahasa) boleh baca disini

Di Burma ketika itu diperintah oleh anakanda Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Maharaja Ayuthia(Yg Dipertuan Agong Benua Islam Siam dr Ayuthia ke Borneo) yakni Sharif Yang Di Pertuan (masih muda dan baginda memerintah di Toung Oo dan disana baginda bergelar Mahadammayaza, dari bahasa Arab bermaksud, ‘raja dari berlainan darah’ Berikutan serangan itu Mahadammayaza berundur ke Ayuthia dan di sana baginda digelar sebagai Boromoraja Ekataat V. Rentetan serangan diBurma ini lah yang membawa kepada serangan di Ayuthia(memburu gologan bangsawan dari Burma yang berundur). Baiklah kejayaan Raja Aluangphaya ini menawan Ayutthaya  sedikit sebanyak adalah dibantu dengan berpaling tadahnya General tentera Ayutthaya yang bernama Hussein, Hussein telah dilantik oleh menjadi pemerintah Ayuthia bergelar Phya Tak Sin pada 28 Dis 1767. ‘Phaya Tak’ adalah gelaran sahaja semasa menjadi raja daerah dan Sin adalah ringkasan bagi nama sebenarnya, Hussein (nama penuh Mokhtar Hussein). Apabila menjadi Raja Ayuthia yang baru, Phaya Tak Sin tidak menyerang Ligor dan meluaskan kuasa empayarnya kerana tahu mantan Maharaja Ayuthia, Boromoraja Ekataat V tidak dibunuh dalam serangan tahun 1767 dan masih bersemayam di Ligor.


Baiklah kembali kepada persoalan asas mengapa belakunya serangan pertama keatas Burma atau lebih tepat kerajaan Islam Toung Oo dalam tahun 1757/8? Faktor pertama, serangan ini dimulakan berikutan kemangkatan Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Maharaja Ayuthia yang bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi (rujuk Undang-Undang Kedah). Faktor kedua sudah pasti perkembangan agama dan faktor ketiga pengluasan kawasan penjajahan menjamin pulangan perdagangan yang lumayan. Faktor perkembangan agama disokong oleh Dr. Jacques P. Leider seabad kemudian dalam tulisannya bertajuk Arakan around 1830 – Social Distress and Political Instability in the Early British, matlamat agama iaitu agenda mengintegrasikan antara Buddha-Islam adalah antara agenda penting penjajahan Burma ke Arakan. Malah Sami Buddha juga terlibat dalam usaha untuk menyatukan semua agama di bawah Buddha.


Rasanya akan ada pembaca yang mula pening apabila penggunaan Arakan dan Burma digunakan disitu. Biarkan seketika perkara itu, abaikan dahulu. Pada 6 April 1782, Phya Tak Sin telah dikhianati dan  digulingkan oleh Generalny juga iaitu Yot Fa Chulalok (dari Luang Phrabang) yang tidak berpuas hati akan tindakannya. Chulalok bermaksud anak menteri. Dia membunuh Phya Tak Sin dan melantik dirinya sendiri menjadi Raja Siam Buddha Dinasti Chakri yang pertama bergelar Rama I. Dari tarikh tersebut bermula usaha mereka untuk meluaskan kawasan, dan mengambil kembali kawasan jajahan Siam yang telah hilang. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan etnik Melayu dari rumpun Siam Islam lantas menutup ketamadunan Islam di nusantara. Akan tetapi mereka lupa semasa jajahan Siam dahulu, maharajanya beragama Islam, sementara raja-raja dinasti Chakri ini beragama Buddha menyebabkan raja-raja Siam Islam di wilayah selatan semenanjung tidak mahu tunduk kepada mereka, kecuali pembelot yang tamak.

Apabila Rama I mengambil alih pemerentahan dalam tahun 1782, Syarif Yang Di Pertuan telah kembali ke Kedah dan bersemayam di Istana Kota Meang Kuang yang baru saja siap dibina. Pada ketika itu Kedah masih lagi luas dan besar kawasannya, bermula dari Segenting Kra dan diperentah oleh Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam. Bukti status baginda sebagai pemerentah ada tercatit di muka surat 43, Undang-Undang Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005, Transliterasi Teks Penyenggara Mariyam Salim.

Penkhianatan sekali lagi berlaku dalam sejarah Negara Islam Siam apabila Pada tahun 1812, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dilantik menjadi hulubalang oleh Syarif Yang Di Pertuan bagi membantu mengusir tentera Raja Buddha Burma di Pulau Salang di Pho Kheag (hari ini, Phukhet), Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah belot kepada Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia. dengan memberi bantuan kepada tentera Raja Rama II Chakri Sokho Thai untuk membunuh Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah, Syarif Yang Di Pertuan di Istana Kota Meang Kuang. Lokasi sebenar Kota Meang Kuang telah di bocorkan oleh beliau (dan Tengku Anum) dan serangan thai dari negeri Siam dilakukan secara serang hendap (lihat “Sejarah Kedah Sepintas Lalu”, Haji Ibrahim Ismail).

Maka berakhirlah sejarah pemerintah terakhir kerajaan Siam (Ayuthia), Syarif Yang Di Pertuan adalah raja yang ke 33 dan. Apa yang menareknya daripada 33 raja yang memerintah Ayuthia hanya 3 makam sahaja berada di Ayuthia dan makam yang laen bukan dimusnahkan namun berada di negeri mereka masing2 yang mana pada waktu ini system pengiliran raja dijalankan sepertimna system yang sama digunpakai oleh  Malaysia diwaktu ini  bagi  melantik Yang Dipertuan Agung(sebenarnya model pengiliran Sultan yang digunapakai adalah tradisis lama yang telah diterapkan oleh pemerintahan kita sejak dahulu lagi).

Negara Thailand hari ini asalnya adalah negara siam islam. Mereka adalah puak tantera sukothai yang menawan Ayuthia siam islam dalam tahun 1767. Mereka kemudian memperkenalkan “Dasar Rathinayok” untuk meng thai kan bangsa siam islam.Pada masa inilah, ramai orang-orang Melayu Siam di Kedah, Patani, Kelantan menderita dan di bunuh atas alasan menentang dasar itu, kerana waktu itu kita belum lagi merdeka dan menantu Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan di Kedah turut menguatkuasakan arahan ini.



Penulisan Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud dalam Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 membuktikan segalanya,

“Pibul telah mengubal Dasar Siam Rathaniyom atau dasar adat resam Siam(bermaksud thai disini). Di bawah dasar ini, kesemua penduduk di negara itu tanpa mengira kaum dan agama dikehendaki memakai pakaian potongan Eropah, bertopi, makan dengan sudu dan menggunakan meja sebagai tempat makan. Bagi memastikan dasar itu berjaya, Pibul Songgram terlebih dahulu telah bertindak menghapuskan penentang-penentangnya yang dianggap boleh menggagalkan rancangannya. Operasi menangkap musuh-musuh politiknya telah dijalankan pada awal Januari 1940 atas alasan untuk membersihkan anasir-anasir yang terlibat dalam komplot untuk menggulingnya. Antara mereka yang ditahan termasuklah Putera Chainat, bapa saudara Raja Ananda Mahidol, Kolonel Phraya Song dan Leftenan-Jeneral Phraya Thephusdin. Pibul memulakan rancangannya dengan mengumumkan tujuh dikri atau arahan bersifat perundangan dalam tahun 1939. Ketujuh-tujuh dikri itu adalah mengenai cara untuk menanamkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat negara itu. Sejajar dengan semangat itu nama negara itu telah ditukar daripada “Siam” kepada Thailand “.

Seperkara yang tidak disebut diatas ialah mengenai penggunaan bahasa. Bahasa Siam tidak lagi boleh dituturkan. Hanya bahasa thai saja boleh digunakan di Thailand, diajar di sekolah-sekolah dan pada hari ini bahasa siam tidak lagi digunakan, malah pupus di Patani pun. Kejatuhan kerajaan Ayuthia ini sebenarnye yang bayak mencerminkan kerajaan dan sempadan negara kita hari ini. Sebenarnya British byk membantu thai dalam meperolehi apa yang dimahukan mereka perjanjian British-Siam ataupun perjanjian Bangkok sebenarnya telah menerbitkan senpadan baru dan sedikit sebanyak mengelapkan sejarah negara kita terutamanya bagi negeri-negeri dipantai timur dan utara Malaysia.

Sekadar menceritakan dan berkongsi sesuatu yang mana terlalu banyak kebenaran sehingga kita tak mampu nk membenarkan perkara2 sebegini. Apa-apa pun sejarah jadikan panduan demi mengapai masa depan. Ingatlah bangsaku ada tiga Cara utama untuk Menjajah dan Melemahkan  sesuatu Negeri:1) Kaburkan Sejarah Mereka, 2) Hancurkan bukti-bukti Sejarah agar tidak boleh diteliti dan dikaji lagi kebenaranya, 3) Putuskan Hubungan Mereka dengan Leluhur,  dengan mengatakan Leluhur mereka Primitif dan Bodoh

Rujukan:
http://galuhemasari.blogspot.com/
Dan pelbagai rujukan lain 


Saturday, May 17, 2014

BANI JAWI : Teori yg Berbeda

Salam Semua, baru-baru ni sewaktu jam di dinding opis ku menunjukkan hampir ke jam 5.30. Maka aku bergitu terkinja2 hehe untuk pulang. Namun secara tiba-tiba rakan ku membangkitkan isu ustaz don ditegur Wardina. Hangat satu bilik dah upe forum perdana. Rakan ku ni bercerita panjang lebar sehingga beliau mengeluarkan ayat “tu belom lagi kalau bincang pasal teori Melayu dari the lost Tribe” aku pon seraya menyampuk crosskan reference ngn Kaum Mormons. Tiba-tiba Si rex dengan gaya k-pop nye berkata “pe lagi wat entry kt blog haha”. Rentetan dari itulah perkongsian kali ini menjerumus kearah itu.


Sebelum itu dikongsikan Video ustaz Don yang menjawab kembali tomahan2 kepada beliau :


Sebenarnya sudah terlalu banyak dan pelbagai teori dah dikeluarkan dan dikongsikan di dunia maya ni mengenai melayu from the lost tribe nie heheh . Oleh itu arini pihak kami hanya ingin menyentuh beberapa teori shj yang mana mungkin bagi sesetengah org ini tipu mistik dah bermacam-macam lagi. Harus diingat ini hanyalah teori, betol dan salah belom lagi dibuktikan. Bukalah minda untuk membaca andai rasa tak mampu buka minda, baiklah kiranya anda hentikan bacaan anda sampai di sini shj.



Dimulakan, dari satu kajian daripada Indonesia mendedahkah didalam  Mitologi dari Jawa diceritakan bahawa salah satu leluhur Bangsa Sunda iaitu Jawa adalah "Batara Brahma" atau Sri Maharaja Sunda, yang bermukim di Gunung Mahera. Selain itu, nama Batara Brahma, juga terdapat di dalam silsilah Babad Tanah Jawi (Manuskrip salasilah Jawa). Di dalam manuskrip itu, bermula dari Nabi Adam yang berputera Nabi Syits, kemudian Nabi Syits menurunkan Sang Hyang Nur Cahaya, yang menurunkan Sang Hyang Nur Rasa. Sang Hyang Nur Rasa kemudian menurunkan Sang Hyang Wenang, yang menurunkan Sang Hyang Tunggal. Dan Sang Hyang Tunggal, kemudian menurunkan Batara Guru, yang menurunkan Batara Brahma. Berdasarkan pemahaman dari naskah-naskah kuno bangsa Jawa, Batara Brahma merupakan leluhur dari raja-raja di tanah Jawa. Di dalam Kitab ‘al-Kamil fi al-Tarikh‘ tulisan Ibnu Athir, menyatakan bahwa Bani Jawi (yang di dalamnya termasuk Bangsa Sunda, Jawa, Melayu Sumatera, Bugis… dsb), adalah keturunan Nabi Ibrahim.

Siapakah Ibn al-Athir ??, Ibn al-Athir merupakan ahli sejarah Arab pada abad ke-6-7H/12-13M. Ibn al-Athir mempunyai kelebihan tertentu sehingga digelar al-Athir kerana kebolehannya dalam bidang sejarah dan beliau terkenal dengan karya sejarahnya yang berjudul al-Kamil fi al-Tarikh. Ibn al-Athir pernah menyertai tentera Salah al-Din bagi menentang tentera Kristian (Salib) ketika usianya 28 tahun. Beliau menjadi pakar dalam sejarah kerana beliau menghafaz sejarah awal dan sejarah yang terkemudian ketika itu. Malah beliau juga adalah ketua dalam menghafaz hadith dan pengetahuannya meliputi yang berkaitan dengan bangsa Arab, hari-hari kebesaran mereka dan sebagainya sehinggakan beliau begitu rapat dengan sultan dan masyarakat malah beliau turut dikenali dengan kebaikan, kemuliaan akhlak dan sifat tawaduknya. Oleh itu info daripada kitab ‘al-Kamil fi al-Tarikh’ oleh dijadikan rujukan yang tepat.

Bani Jawi daripada keturunan Nabi Ibrahim, seakan hampir tepat apabila baru-baru ini, dari penelitian seorang Profesor Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), di dalam darah DNA Melayu, terdapat 27% Variant Mediterranaen (merupakan DNA bangsa-bangsa EURO-Semitik).Variant Mediterranaen sendiri terdapat juga di dalam DNA keturunan Nabi Ibrahim yang lain, seperti pada bangsa Arab dan Bani Israil.




Sememangnya ini masih lagi diperingkat teori dan masih tiada bukti. Mencari tidak salah namun kebenaran perluakan pengobarnan. Teori seterusnya ialah berkisar kepada Metologi JAWA yang mana Brahma yang disebut didalam manuskrip itu dikatakan adalah Nabi Ibrahim
Sebelum itu apakah itu Bani Jawi, siapakah Bani jawi?. Bani jawi ini adalah sebutan yg diberikan orang2 arab sejak zaman dulu untuk menyebutkan orang2 islam yg berasal dari Nusantara atau Asia Tenggara. jadi bani jawi tidak merujuk pada suku jawa saja tetapi juga semua ras keturunan melayu di Asia Tenggara(perkara yang sama disebut oleh Ibn al-Athir)

Selalu kta mendengar malahan menggunakan perkataan-perkataan dibawah:

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang Melayu @ jawi zaman berzaman.

Namun pernah tak kita fikirkan kenapa jawi? Kenapa tiada dalam lipatan sejarah mengenai definisi jawi. Contoh paling mudah Tulisan jawi kenapa kita memangil tulisan jawi sedang kita orang melayu. Andai disembunyikan kenyataan disebalik kesemua persoalan ini, mengapa ia disembunyikan??. Satu persoalan yang baik  namun jawapannya bukanlah diepisod kali ini.

Berikut adalah sorotan yang lain daripada penulisan anak Indonesia, kajian yang menarik untuk direnungi:


Brahma adalah Nabi Ibrahim

Mitos atau Legenda, terkadang merupakan peristiwa sejarah. Akan tetapi, peristiwa tersebut menjadi kabur, ketika kejadiannya di lebih-lebihkan dari kenyataan yang ada.

Mitos Brahma sebagai leluhur bangsa-bangsa di Nusantara, boleh jadi merupakan peristiwa sejarah, yakni mengenai kedatangan Nabi Ibrahim untuk berdakwah, dimana kemudian beliau beristeri Siti Qanturah (Qatura/Keturah), yang kelak akan menjadi leluhur Bani Jawi (Melayu Deutro). Dan kita telah sama pahami bahwa, Nabi Ibrahim berasal dari bangsa ‘Ibriyah, kata ‘Ibriyah berasal dari ‘ain, ba, ra atau ‘abara yang berarti menyeberang. Nama Ibra-him (alif ba ra-ha ya mim), merupakan asal dari nama Brahma (ba ra-ha mim).

Bagi mengetahui siapakahh Keturah, dari manakah dia hadir dan bagaimana Keturah dikatakan berasal dari kawasan Nusantara, para pembaca boleh menjenguk kembali entry sblum ini

Beberapa fakta yang menunjukkan bahwa Brahma yang terdapat di dalam Mitologi Jawa adalah Nabi Ibrahim, di antaranya :

1. Nabi Ibrahim memiliki isteri bernama Sara, sementara Brahma pasangannya bernama Saraswati.

2. Nabi Ibrahim hampir mengorbankan anak sulungnya yang bernama Ismail, sementara Brahma terhadap anak sulungnya yang bernama Atharva (Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali).

3. Brahma adalah perlambang Monotheisme, yaitu keyakinan kepada Tuhan Yang Esa (Brahman), sementara Nabi Ibrahim adalah Rasul yang mengajarkan ke-ESA-an ALLAH.
Ajaran Monotheisme di dalam Kitab Veda, antara lain :

Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia yg berhak disembah

Yajurveda Ch. 40 V. 8 menyatakan bahwa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci

Atharvaveda Bk. 20 Hymn 58 V. 3 menyatakan bahwa sungguh Tuhan itu Maha Besar

Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan

Rigveda Bk. 1 Hymn 1 V. 1 menyebutkan : kami tidak menyembah kecuali Tuhan yg satu

Rigveda Bk. 6 Hymn 45 V. 6 menyebutkan “sembahlah Dia saja, Tuhan yang sesungguhnya”

Dalam Brahama Sutra disebutkan : “Hanya ada satu Tuhan, tidak ada yg kedua. Tuhan tidak berbilang sama sekali”. Ajaran Monotheisme di dalam Veda, pada mulanya berasal dari Brahma (Nabi Ibrahim). Jadi makna awal dari Brahma bukanlah Pencipta, melainkan pembawa ajaran dari yang Maha Pencipta.

4. Nabi Ibrahim mendirikan Baitullah (Ka'bah) di Bakkah (Makkah), sementara Brahma membangun rumah Tuhan, agar Tuhan di ingat di sana (Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali).

Bahkan secara teperinci, kitab Veda menceritakan tentang bangunan tersebut :

Tempat kediaman malaikat ini, mempunyai delapan putaran dan sembilan pintu... (Atharva Veda 10:2:31)

Kitab Veda memberi gambaran sebenarnya tentang Ka'bah yang didirikan Nabi Ibrahim.Makna delapan putaran adalah delapan garis alami yang mengitari wilayah Bakkah, diantara perbukitan, yaitu Jabl Khalij, Jabl Kaikan, Jabl Hindi, Jabl Lala, Jabl Kada, Jabl Hadida, Jabl Abi Qabes dan Jabl Umar.Sementara sembilan pintu terdiri dari : Bab Ibrahim, Bab al Vida, Bab al Safa, Bab Ali, Bab Abbas, Bab al Nabi, Bab al Salam, Bab al Ziarat dan Bab al Haram.

Monotheisme Ibrahim*

Peninggalan Nabi Ibrahim, sebagai Rasul pembawa ajaran Monotheisme, jejaknya masih dapat terlihat pada keyakinan suku Jawa, yang merupakan suku terbesar dari Bani Jawi. Suku Jawa sudah sejak dahulu, mereka menganut monotheisme, seperti keyakinan adanya Sang Hyang Widhi atau Sangkan Paraning Dumadi.

Selain suku Jawa, pemahaman monotheisme juga terdapat di dalam masyarakat Sunda Kuno. Hal ini bisa kita jumpai pada Keyakinan Sunda Wiwitan. Mereka meyakini adanya 'Allah Yang Maha Kuasa', yang dilambangkan dengan ucapan bahasa 'Nu Ngersakeun' atau disebut juga 'Sang Hyang Keresa'.

Dengan demikian, adalah sangat wajar jika kemudian majoritas Bani Jawi (khususnya masyarakat Jawa) menerima Islam sebagai keyakinannya. Karena pada hakekatnya, Islam adalah penyempurna dari ajaran Monotheisme (Tauhid) yang di bawa oleh leluhurnya Nabi Ibrahim. Peradaban Sundaland pernah mencapai masa ke-emasan, hal ini bisa terlihat melalui usia Astronomi Jawa (Pakuwon), yang diperkirakan telah berusia 17.000 tahun lebih 

Jika diteliti daripada kenyataan pengkaji indonesia diatas persoalan yang sama timbul iaitu mengapa orang Melayu Nusantara (Jawi) dengan rela hati tanpa paksaan menukar agamanya serentak sebaik sahaja diperkenalkan Islam. Contoh terbaik adalah keadaan di Pulau Jawa, raja dan rakyat telah mengenepikan agama Buddha atau Hindu dan beramai-ramai memeluk Islam. Umpama ada sesuatu yang misteri , satu rahsia yang berkaitan membolehkan mereka rela hati menukar agama tanpa sebarang pertumpahan darah sedangkan Ketaatan anutan mereka terhadap agama terdahulu bukanlah calang-calang contoh terdekat adalah Candi Borobudur.


Tiada lagi penganut Buddha dan Hindu. semuanya memilih Islam. Kehilangan terus pengaruh Buddha di Indonesia juga merupakan satu bukti bahawa umat Jawi ini sentiasa memilih agama yang “benar”. Ia menjadi misteri kepada pengkaji sejarah. Keanehan ini tentulah mempunyai sebab musababnya selain daripada pertolongan Allah swt.  Kita harus melihat agama Hindu dan Buddha yang menjadi agama rasmi mereka sebelum ini. Mereka bukan penganut membabi buta. Mereka bangsa yang bertamaddun. Agama mereka bukanlah agama Hindu dan Buddha yang ada pada hari ini, agama mereka sebenarnya adalah agama “Haniff” yang dibawa oleh Utusan Allah.

Baiklah didalm kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir diceritakan satu kisah yang mana berkairapat dengan nusantara, dan ini boleh dijadikan satu rujukan kepada Teori yang nyatakan diatas. Berikut Kisahnya:

Anak-anak nabi Ibrahim dari Siti Qanturah/Keturah(dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim tadi dengan perasaan sedih dan berkata "Wahai bapa kami, tidak adakah dari kalangan kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat kedudukan kami jauh daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti saudara-saudara kami dari nabi Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas mereka dengan diutuskan ramai rasul di kalangan mereka." Nabi Ibrahim mendiamkan diri kerana Jibril masih tidak menurunkan wahyu mengenai anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang digelar Jawi itu. Perasaan sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan begitu lama oleh kerana semua berita dari suhuf Ibrahim banyak mengisahkan tentang Ishak, Yaakub dan anak cucu mereka yang memiliki mertabat Rasul Pilihan. Begitu juga mengenai Ismail yang akan lahir dari keturunannya seorang Nabi dan Rasul Pilihan Allah, penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan bangsanya yang dimuliakan.

Nabi Ibrahim sering berdoa demi mendengar pengaduan anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka "Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa." Begitulah sayu doa nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang dan memberi perkhabaran "Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya atau pun rasul."

Perasaan gembira nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim "Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu ke serahkan tugasku ini."

Dikhabarkan bahawa nabi Ibrahim a.s. telah pergi berdakwah ke Tibet dan Burma selama 9 tahun meninggalkan anak yang masih kecil Ismail bersama ibunya Siti Hajar di suatu padang pasir yang tandus. Apabila kembali kerana diperintahkan oleh Allah baginda melihat anaknya sudah besar berumur 9 tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari kesan tumit kaki nabi Ismail yang dinamakan telaga Zamzam. 

Bukalah minda lapangkanlah dada, dan sehingga kini Teori Bani Jawi ini masih kekal sebagai Teori. Tidak perlu untuk kita menyalahkan sesiapa tidak perlu untuk kita mengutuk. Yang mana baca dan paham simpan didada, yang mana baca dan rasa ini salah simpan biar berakal. Jawi atau tidak kita biar nanti masa yang menentukan tapi Melayu itu hebat sudah byak bukti2 nya. Bukan untuk membangga pada sejarah asal usul kita tp tanpa mengenal asal usul kita. kita masih tiada berjati Diri. Ingatlah ada tiga cara untuk menjajah dan mejarah sesebuah bangsa satu daripadanya adalah kaburkan sejarah bangsa tersebut dan umpama daripada kenyataan itu Melayu telah menjadi mangsa. renung-renungkanlah Muga bermanfaat. 

References
http://zam-zzzzzzzzzz.blogspot.com
http://padukabanijawisedunia.blogspot.com/
Pelbagai lagi rujukan lain