ads ads ads ads ads ads ads
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

BANI JAWI : Teori yg Berbeda

Salam Semua, baru-baru ni sewaktu jam di dinding opis ku menunjukkan hampir ke jam 5.30. Maka aku bergitu terkinja2 hehe untuk pulang. Namun secara tiba-tiba rakan ku membangkitkan isu ustaz don ditegur Wardina. Hangat satu bilik dah upe forum perdana. Rakan ku ni bercerita panjang lebar sehingga beliau mengeluarkan ayat “tu belom lagi kalau bincang pasal teori Melayu dari the lost Tribe” aku pon seraya menyampuk crosskan reference ngn Kaum Mormons. Tiba-tiba Si rex dengan gaya k-pop nye berkata “pe lagi wat entry kt blog haha”. Rentetan dari itulah perkongsian kali ini menjerumus kearah itu.


Sebelum itu dikongsikan Video ustaz Don yang menjawab kembali tomahan2 kepada beliau :


Sebenarnya sudah terlalu banyak dan pelbagai teori dah dikeluarkan dan dikongsikan di dunia maya ni mengenai melayu from the lost tribe nie heheh . Oleh itu arini pihak kami hanya ingin menyentuh beberapa teori shj yang mana mungkin bagi sesetengah org ini tipu mistik dah bermacam-macam lagi. Harus diingat ini hanyalah teori, betol dan salah belom lagi dibuktikan. Bukalah minda untuk membaca andai rasa tak mampu buka minda, baiklah kiranya anda hentikan bacaan anda sampai di sini shj.



Dimulakan, dari satu kajian daripada Indonesia mendedahkah didalam  Mitologi dari Jawa diceritakan bahawa salah satu leluhur Bangsa Sunda iaitu Jawa adalah "Batara Brahma" atau Sri Maharaja Sunda, yang bermukim di Gunung Mahera. Selain itu, nama Batara Brahma, juga terdapat di dalam silsilah Babad Tanah Jawi (Manuskrip salasilah Jawa). Di dalam manuskrip itu, bermula dari Nabi Adam yang berputera Nabi Syits, kemudian Nabi Syits menurunkan Sang Hyang Nur Cahaya, yang menurunkan Sang Hyang Nur Rasa. Sang Hyang Nur Rasa kemudian menurunkan Sang Hyang Wenang, yang menurunkan Sang Hyang Tunggal. Dan Sang Hyang Tunggal, kemudian menurunkan Batara Guru, yang menurunkan Batara Brahma. Berdasarkan pemahaman dari naskah-naskah kuno bangsa Jawa, Batara Brahma merupakan leluhur dari raja-raja di tanah Jawa. Di dalam Kitab ‘al-Kamil fi al-Tarikh‘ tulisan Ibnu Athir, menyatakan bahwa Bani Jawi (yang di dalamnya termasuk Bangsa Sunda, Jawa, Melayu Sumatera, Bugis… dsb), adalah keturunan Nabi Ibrahim.

Siapakah Ibn al-Athir ??, Ibn al-Athir merupakan ahli sejarah Arab pada abad ke-6-7H/12-13M. Ibn al-Athir mempunyai kelebihan tertentu sehingga digelar al-Athir kerana kebolehannya dalam bidang sejarah dan beliau terkenal dengan karya sejarahnya yang berjudul al-Kamil fi al-Tarikh. Ibn al-Athir pernah menyertai tentera Salah al-Din bagi menentang tentera Kristian (Salib) ketika usianya 28 tahun. Beliau menjadi pakar dalam sejarah kerana beliau menghafaz sejarah awal dan sejarah yang terkemudian ketika itu. Malah beliau juga adalah ketua dalam menghafaz hadith dan pengetahuannya meliputi yang berkaitan dengan bangsa Arab, hari-hari kebesaran mereka dan sebagainya sehinggakan beliau begitu rapat dengan sultan dan masyarakat malah beliau turut dikenali dengan kebaikan, kemuliaan akhlak dan sifat tawaduknya. Oleh itu info daripada kitab ‘al-Kamil fi al-Tarikh’ oleh dijadikan rujukan yang tepat.

Bani Jawi daripada keturunan Nabi Ibrahim, seakan hampir tepat apabila baru-baru ini, dari penelitian seorang Profesor Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), di dalam darah DNA Melayu, terdapat 27% Variant Mediterranaen (merupakan DNA bangsa-bangsa EURO-Semitik).Variant Mediterranaen sendiri terdapat juga di dalam DNA keturunan Nabi Ibrahim yang lain, seperti pada bangsa Arab dan Bani Israil.




Sememangnya ini masih lagi diperingkat teori dan masih tiada bukti. Mencari tidak salah namun kebenaran perluakan pengobarnan. Teori seterusnya ialah berkisar kepada Metologi JAWA yang mana Brahma yang disebut didalam manuskrip itu dikatakan adalah Nabi Ibrahim
Sebelum itu apakah itu Bani Jawi, siapakah Bani jawi?. Bani jawi ini adalah sebutan yg diberikan orang2 arab sejak zaman dulu untuk menyebutkan orang2 islam yg berasal dari Nusantara atau Asia Tenggara. jadi bani jawi tidak merujuk pada suku jawa saja tetapi juga semua ras keturunan melayu di Asia Tenggara(perkara yang sama disebut oleh Ibn al-Athir)

Selalu kta mendengar malahan menggunakan perkataan-perkataan dibawah:

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang Melayu @ jawi zaman berzaman.

Namun pernah tak kita fikirkan kenapa jawi? Kenapa tiada dalam lipatan sejarah mengenai definisi jawi. Contoh paling mudah Tulisan jawi kenapa kita memangil tulisan jawi sedang kita orang melayu. Andai disembunyikan kenyataan disebalik kesemua persoalan ini, mengapa ia disembunyikan??. Satu persoalan yang baik  namun jawapannya bukanlah diepisod kali ini.

Berikut adalah sorotan yang lain daripada penulisan anak Indonesia, kajian yang menarik untuk direnungi:


Brahma adalah Nabi Ibrahim

Mitos atau Legenda, terkadang merupakan peristiwa sejarah. Akan tetapi, peristiwa tersebut menjadi kabur, ketika kejadiannya di lebih-lebihkan dari kenyataan yang ada.

Mitos Brahma sebagai leluhur bangsa-bangsa di Nusantara, boleh jadi merupakan peristiwa sejarah, yakni mengenai kedatangan Nabi Ibrahim untuk berdakwah, dimana kemudian beliau beristeri Siti Qanturah (Qatura/Keturah), yang kelak akan menjadi leluhur Bani Jawi (Melayu Deutro). Dan kita telah sama pahami bahwa, Nabi Ibrahim berasal dari bangsa ‘Ibriyah, kata ‘Ibriyah berasal dari ‘ain, ba, ra atau ‘abara yang berarti menyeberang. Nama Ibra-him (alif ba ra-ha ya mim), merupakan asal dari nama Brahma (ba ra-ha mim).

Bagi mengetahui siapakahh Keturah, dari manakah dia hadir dan bagaimana Keturah dikatakan berasal dari kawasan Nusantara, para pembaca boleh menjenguk kembali entry sblum ini

Beberapa fakta yang menunjukkan bahwa Brahma yang terdapat di dalam Mitologi Jawa adalah Nabi Ibrahim, di antaranya :

1. Nabi Ibrahim memiliki isteri bernama Sara, sementara Brahma pasangannya bernama Saraswati.

2. Nabi Ibrahim hampir mengorbankan anak sulungnya yang bernama Ismail, sementara Brahma terhadap anak sulungnya yang bernama Atharva (Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali).

3. Brahma adalah perlambang Monotheisme, yaitu keyakinan kepada Tuhan Yang Esa (Brahman), sementara Nabi Ibrahim adalah Rasul yang mengajarkan ke-ESA-an ALLAH.
Ajaran Monotheisme di dalam Kitab Veda, antara lain :

Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia yg berhak disembah

Yajurveda Ch. 40 V. 8 menyatakan bahwa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci

Atharvaveda Bk. 20 Hymn 58 V. 3 menyatakan bahwa sungguh Tuhan itu Maha Besar

Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan

Rigveda Bk. 1 Hymn 1 V. 1 menyebutkan : kami tidak menyembah kecuali Tuhan yg satu

Rigveda Bk. 6 Hymn 45 V. 6 menyebutkan “sembahlah Dia saja, Tuhan yang sesungguhnya”

Dalam Brahama Sutra disebutkan : “Hanya ada satu Tuhan, tidak ada yg kedua. Tuhan tidak berbilang sama sekali”. Ajaran Monotheisme di dalam Veda, pada mulanya berasal dari Brahma (Nabi Ibrahim). Jadi makna awal dari Brahma bukanlah Pencipta, melainkan pembawa ajaran dari yang Maha Pencipta.

4. Nabi Ibrahim mendirikan Baitullah (Ka'bah) di Bakkah (Makkah), sementara Brahma membangun rumah Tuhan, agar Tuhan di ingat di sana (Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali).

Bahkan secara teperinci, kitab Veda menceritakan tentang bangunan tersebut :

Tempat kediaman malaikat ini, mempunyai delapan putaran dan sembilan pintu... (Atharva Veda 10:2:31)

Kitab Veda memberi gambaran sebenarnya tentang Ka'bah yang didirikan Nabi Ibrahim.Makna delapan putaran adalah delapan garis alami yang mengitari wilayah Bakkah, diantara perbukitan, yaitu Jabl Khalij, Jabl Kaikan, Jabl Hindi, Jabl Lala, Jabl Kada, Jabl Hadida, Jabl Abi Qabes dan Jabl Umar.Sementara sembilan pintu terdiri dari : Bab Ibrahim, Bab al Vida, Bab al Safa, Bab Ali, Bab Abbas, Bab al Nabi, Bab al Salam, Bab al Ziarat dan Bab al Haram.

Monotheisme Ibrahim*

Peninggalan Nabi Ibrahim, sebagai Rasul pembawa ajaran Monotheisme, jejaknya masih dapat terlihat pada keyakinan suku Jawa, yang merupakan suku terbesar dari Bani Jawi. Suku Jawa sudah sejak dahulu, mereka menganut monotheisme, seperti keyakinan adanya Sang Hyang Widhi atau Sangkan Paraning Dumadi.

Selain suku Jawa, pemahaman monotheisme juga terdapat di dalam masyarakat Sunda Kuno. Hal ini bisa kita jumpai pada Keyakinan Sunda Wiwitan. Mereka meyakini adanya 'Allah Yang Maha Kuasa', yang dilambangkan dengan ucapan bahasa 'Nu Ngersakeun' atau disebut juga 'Sang Hyang Keresa'.

Dengan demikian, adalah sangat wajar jika kemudian majoritas Bani Jawi (khususnya masyarakat Jawa) menerima Islam sebagai keyakinannya. Karena pada hakekatnya, Islam adalah penyempurna dari ajaran Monotheisme (Tauhid) yang di bawa oleh leluhurnya Nabi Ibrahim. Peradaban Sundaland pernah mencapai masa ke-emasan, hal ini bisa terlihat melalui usia Astronomi Jawa (Pakuwon), yang diperkirakan telah berusia 17.000 tahun lebih 

Jika diteliti daripada kenyataan pengkaji indonesia diatas persoalan yang sama timbul iaitu mengapa orang Melayu Nusantara (Jawi) dengan rela hati tanpa paksaan menukar agamanya serentak sebaik sahaja diperkenalkan Islam. Contoh terbaik adalah keadaan di Pulau Jawa, raja dan rakyat telah mengenepikan agama Buddha atau Hindu dan beramai-ramai memeluk Islam. Umpama ada sesuatu yang misteri , satu rahsia yang berkaitan membolehkan mereka rela hati menukar agama tanpa sebarang pertumpahan darah sedangkan Ketaatan anutan mereka terhadap agama terdahulu bukanlah calang-calang contoh terdekat adalah Candi Borobudur.


Tiada lagi penganut Buddha dan Hindu. semuanya memilih Islam. Kehilangan terus pengaruh Buddha di Indonesia juga merupakan satu bukti bahawa umat Jawi ini sentiasa memilih agama yang “benar”. Ia menjadi misteri kepada pengkaji sejarah. Keanehan ini tentulah mempunyai sebab musababnya selain daripada pertolongan Allah swt.  Kita harus melihat agama Hindu dan Buddha yang menjadi agama rasmi mereka sebelum ini. Mereka bukan penganut membabi buta. Mereka bangsa yang bertamaddun. Agama mereka bukanlah agama Hindu dan Buddha yang ada pada hari ini, agama mereka sebenarnya adalah agama “Haniff” yang dibawa oleh Utusan Allah.

Baiklah didalm kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir diceritakan satu kisah yang mana berkairapat dengan nusantara, dan ini boleh dijadikan satu rujukan kepada Teori yang nyatakan diatas. Berikut Kisahnya:

Anak-anak nabi Ibrahim dari Siti Qanturah/Keturah(dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim tadi dengan perasaan sedih dan berkata "Wahai bapa kami, tidak adakah dari kalangan kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat kedudukan kami jauh daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti saudara-saudara kami dari nabi Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas mereka dengan diutuskan ramai rasul di kalangan mereka." Nabi Ibrahim mendiamkan diri kerana Jibril masih tidak menurunkan wahyu mengenai anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang digelar Jawi itu. Perasaan sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan begitu lama oleh kerana semua berita dari suhuf Ibrahim banyak mengisahkan tentang Ishak, Yaakub dan anak cucu mereka yang memiliki mertabat Rasul Pilihan. Begitu juga mengenai Ismail yang akan lahir dari keturunannya seorang Nabi dan Rasul Pilihan Allah, penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan bangsanya yang dimuliakan.

Nabi Ibrahim sering berdoa demi mendengar pengaduan anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka "Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa." Begitulah sayu doa nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang dan memberi perkhabaran "Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya atau pun rasul."

Perasaan gembira nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim "Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu ke serahkan tugasku ini."

Dikhabarkan bahawa nabi Ibrahim a.s. telah pergi berdakwah ke Tibet dan Burma selama 9 tahun meninggalkan anak yang masih kecil Ismail bersama ibunya Siti Hajar di suatu padang pasir yang tandus. Apabila kembali kerana diperintahkan oleh Allah baginda melihat anaknya sudah besar berumur 9 tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari kesan tumit kaki nabi Ismail yang dinamakan telaga Zamzam. 

Bukalah minda lapangkanlah dada, dan sehingga kini Teori Bani Jawi ini masih kekal sebagai Teori. Tidak perlu untuk kita menyalahkan sesiapa tidak perlu untuk kita mengutuk. Yang mana baca dan paham simpan didada, yang mana baca dan rasa ini salah simpan biar berakal. Jawi atau tidak kita biar nanti masa yang menentukan tapi Melayu itu hebat sudah byak bukti2 nya. Bukan untuk membangga pada sejarah asal usul kita tp tanpa mengenal asal usul kita. kita masih tiada berjati Diri. Ingatlah ada tiga cara untuk menjajah dan mejarah sesebuah bangsa satu daripadanya adalah kaburkan sejarah bangsa tersebut dan umpama daripada kenyataan itu Melayu telah menjadi mangsa. renung-renungkanlah Muga bermanfaat. 

References
http://zam-zzzzzzzzzz.blogspot.com
http://padukabanijawisedunia.blogspot.com/
Pelbagai lagi rujukan lain 

Saturday, April 19, 2014

Kota Yang Hilang.2.


Sultan Syarif Syah Cau Pija Sri Thammarat ialah Raja Ligor terakhir yang datang ke Kedah dan bersemanyam di Istana Kota Mengkuang, Jitra, Kedah. Baginda juga bergelar Ram Di Cho atau Hulubalang Besar Negeri Siam. Dalam peristiwa Musuh Bisik 1821 baginda telah dibunuh di Kota Mengkuang dimakamkan di kg. Tualang. Turut terbunuh ialah Tunku Long Putra ibni Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin dan ramai lagi kaum kerabat baginda.


Dalam tahun 1963, tahun padi kering, sewaktu Tuanku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri, Istana Kota Meang Kuang, satu-satunya warisan terakhir Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah Pasai Ma telah dirobohkan sama sekali untuk dibina jalanraya, padahal laluan tersebut boleh diarahkan ke tepi bukit. Kemusnahan istana Kota Meang Kuang, yang diukir dan dipahat kedalam batu-batu bukit selepas kita mencapai kemerdekaan, adalah satu kemusnahan artifak sejarah warisan bangsa yang tidak dapat dicari ganti dan tidak dapat dimaafkan. Hari ini sebuah syarikat ‘quarry’ memecah batu diberi kebenaran/lesen beroperasi disitu. Yang tinggal hari ini hanyalah makam-makam lama, ahli-ahli keluarga baginda Khalifah Sharif (yang mengetahui sejarah ini) dan sebuah kampung yang bernama Kampung Kota Mengkuang.

"BANGSA MELAYU ITU TIDAK WUJUD."

"BANGSA MELAYU ITU TIDAK WUJUD." – UTHAYA SANKAR SB

Salam , ingin dikongsikan satu perkongsian daripada pihak The Patriot (Rujuk sini dan sini):

Kami membidas artikel yang dikeluarkan oleh Projek Dialog dan Uthaya Sankar SB.
Rujukan Artikel: http://www.projekdialog.com/featured/3272/

1. Saya memerhati artikel yang dinukilkan oleh saudara Uthaya Sankar. Kali ini, saudara masih cuba berbicara mengenai Melayu setelah hebat ditempelak pada sesi yang lepas. Maka, izinkan saya sekali lagi, memainkan peranan itu memandangkan saudara seperti tidak pernah belajar dari sejarah yang lepas.

2. Pertama, selepas membaca artikel saudara, saya dapat simpulkan bahawa saudara sebenarnya keliru dengan istilah “BANGSA – RAS – ETNIK/KAUM” sehinggakan akhirnya saudara meleret-leret bercerita mengenai kisah saudara yang sebenarnya melibatkan kekeliruan ini. Tidak mengapa saudara, dengan rendah hati dan ilmu yang tak sehebat saudara, maka saya meminta izinkan untuk memberikan sedikit penerangan dalam isu ini.

3. Saya dapat melihat pada permulaan artikel saudara, dengan baiknya saudara cuba menerangkan definisi kaum, bangsa dan ras itu dengan membawa kepada beberapa ungkapan seperti berikut:

- kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta serupa sifat-sifatnya
- kumpulan manusia yang menjadi rakyat sesebuah negara

4. Saya fikirkan bahawa saudara bila sudah memetik ungkapan itu, maka saya perkirakan bahawa saudara memahami apa yang saudara cuba sampaikan. Namun, selepas meneliti hujah selepas saudara menjelaskan kekeliruan yang berlaku pada masalah saudara mengisi ras, keturunan, dan bangsa saudara dalam borang tertentu, maka saudara dengan sangat liciknya, seperti ekor ular sawa membelit ke arah perkara lain.

5. Sangat licik saudara dalam membincangkan mengenai kekeliruan erti bangsa, etnik dan ras sehinggakan saudara akhirnya memberitahu kepada kami niat di sebalik ayat berbunga-bunga yang sedang saudara paparkan. Maka, saya simpulkan bahawa artikel ini hanya mahu bercakap tentang SESUNGGUHNYA MELAYU ITU TIDAK WUJUD.

6. Benarkah sedemikian? Saya memerhati lagi hujah yang dimuntahkan oleh saudara di laman web PROJEK DIALOG dan memerhati antara kandungan hujah saudara adalah seperti berikut:

- Hujah saudara banyak berlegar-legar di sekitar pendapat AB Sulaiman dalam menolak                   kewujudan Melayu.
- Hujahnya mengatakan bahawa Melayu ini sekadar nama bahasa, bukannya nama bangsa.
- Hujahnya berkisarkan mengenai Indonesia yang tidak mahu digelar sebagai negara Melayu.
- Contoh lemah yang cuba dibawa oleh saudara ketika membicarakan mengenai hal ini adalah bercakap mengenai negara CHINA dan INDIA sebagai bukti bahawa sekurang-kurangnya orang india mempunyai negara mereka sendiri untuk menyokong bangsa mereka, tetapi tidak Melayu.
- Saudara menempelak perlembagaan Malaysia dengan definisi Melayu. Saudar amenggunakan alasan ini untuk mengatakan bahawa Melayu itu tidak wujud sampai terpaksa diciptakan istilah seperti itu.
- Kemudian, dengan beraninya saudara cuba menyentuh mengenai teori merapu Hang Tuah 5 Bersaudara.

7. Persoalan saya kini, benarkah hujah-hujah yang dikarang oleh saudara itu semua? Maka izinkan saya membidas satu persatu hujah saudara. Kita ambil point pertama saudara mengetakan bahawa Melayu ini sekadar nama bahasa, bukan bangsa.

8. Saya mahu bertanya, bagaimana bahasa Melayu ini boleh wujud kalau tidak wujud bangsanya?

Melayu itu hanya nama bahasa sahaja?Jadi apakah nama khusus bagi kaum atau etnik yang dalam kehidupan sehariannya,bertutur dalam bahasa Melayu kalau bukan ORANG MELAYU SENDIRI?.Apakah nama khusus bagi bangsa yang dikatakan sebagai "lebih 38.5 juta" itu,yang tinggal melata di serata tempat di KEPULAUAN MELAYU,bertutur dalam bahasa Melayu dalam kehidupan sehariannya,kalau bukan namanya ORANG MELAYU?. Saya pasti saudara tahu bagaimana kumpulan-kumpulan keluarga bangsa di dunia diklasifikasikan melalui bahasa yang dituturkan oleh mereka?

9. Saudara dalam tulisan saudara mengatakan bahawa saudara adalah orang Malayam bukan? Maka saya biar saya jelaskan bahawa orang Malayam diletakkan dalam kumpulan bangsa Dravidia, di mana bangsa yang menduduki di bawah bumbung Dravidia merangkumi hampir 230 Juta orang dengan Tamil sebagai jumlah tertinggi dengan 70 JUTA penutur dan Malayam pula dengan 30 JUTA PENUTUR.

10. Suku bangsa atau kaum seperti Gujerat, Punjabi, Hindi, dan sebagainya pula diletakkan di bawah keluarga bangsa Indo-Aryan. Bahasa yang dituturkan oleh bangsa-bangsa ini adalah sangat berbeza dengan Dravidian yang lokasinya banyak berkisarkan di Selatan India manakala Indo-Aryan banyak merangkumi utara India.

11. Kemudian, katakanlah bahawa bangsa Melayu ini tidak wujud dan sekadar bahasa, kenapa orang Melayu adalah dikenali sebagai Austronesia? Kenapa nama Melayu-Polinesia digunakan untuk merujuk kepada suku-suku kaum yang menduduki dari Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia sehinggalah ke Kepulauan Hawaii?

12. Kalaulah nama Melayu ini sekadar bahasa sahaja, kenapa Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada tahun 1879, di mana ketika itu baginda telah mengusulkan satu usul yang bertajuk, “Penyatuan Dunia Melayu.”

13. King Kalākaua, seorang raja kerajaan Hawaii yang bebas pada ketika itu, merupakan antara orang yang mencadangkan penyatuan tersebut. Katanya. Bangsa Melayu yang meliputi daripada Kepulauan Pasifik sehinggalah ke Kepulauan Melayu di Asia Tenggara haruslah bersatu membentuk Pan-Malay Unity, dan kesatuan itu diharap mampu mengelak daripada penjajahan luar.

14. Bahkan untuk pengetahuan saudara Uthaya, mereka saling membahaskan diri mereka sebagai adik beradik Melayu yang hilang! Kalaulah Melayu ini sekadar “bahasa” menurut saudara Uthaya, saya mengatakan bahawa hebat bahasa ini boleh wujud sendiri tanpa ada bangsa yang menuturkannya.

15. Penyatuan bangsa Melayu ini turut dikuatkan dengan kebangkitan revolusi di Filipina yang diketuai oleh Jose Rizal. Ketika itu, orang Filipina belum disepanyolkan oleh bangsa Sepanyol. Mereka masih mengenali diri mereka sebagai Melayu. Jose Rizal diberi jolokan oleh orang Filipna sebagai “PRIDE OF MALAY RACE” dan “The Great Malayan”.

16. Jose Rizal pernah menulis di dalam bukunya seharusnya bangsa Filipina di masukkan dalam kesatuan Nusantara dan Bangsa Melayu yang ketika itu kuat bertiup di Tanah Melayu dan Indonesia. Katanya, mereka bangsa Filipina adalah serumpun dan seharusnya dimasukkan ke dalam kategori tersebut.. Kemudian munculnya Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya.”

17. Kalaulah Melayu ini tidak wujud, dan hanya sekadar bahasa, apa gunanya Wallace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford (1863), mencadangkan bahawa dalam bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada empat kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua.

18. Saudara, jangan gunakan hujah negara Indonesia dalam memperkatakan bahawa elayu itu tidak wujud. Cuba fahamkan bagaimana semangat nasionalis Indonesia merasuk rakyat mereka sehinggakan mereka akhirnya lupa asal usul mereka. Mahu kenal siapa Melayu di Indonesia, ambil timeline sejarah di mana Indonesia belum merdeka lagi atau di awal kemerdekaan.

19. Saudara mengatakan Indonesia lazimnya tidak mahu diakui sebagai negara asal orang Melayu.Kenapa pula mereka tidak mahu mengakui negara mereka sebagai negara asal orang Melayu,sedangkan dalam lipatan sejarah mereka,terdapat sebuah kerajaan di wilayah Jambi pada abad ke 8,bernama Malayu atau Malayapura?.Kebanyakkan etnik Melayu itu sendiri juga banyak boleh didapati di sekitar Indonesia,seperti etnik Melayu Berau,Melayu Deli ,Melayu Jambi,Melayu Palembang dan lain lain.

20. Kalau mahu mengambil hujah daripada Indonesia, cari sejarah tatkala belum wujud lagi Indonesia itu! Raja Haji yang merupakan seorang pendekar Bugis daripada Riau dalam wasiatnya menyebut seperti berikut:

“Ketahuilah olehmu wahai umat Melayu, peperangan ini bukanlah peperangan orang-orang Bugis. Tetapi ini adalah peperangan untuk mengembalikan maruah dan kehormatan sekalian diri orang-orang Melayu yang telah dipijak-pijak oleh penjajah Belanda laknatullah.” – Wasiat Terakhir Raja Haji.

Mengapa yang digunakan adalah istilah umat Melayu meski dia adalah pendekar daripada Riau yang hari ini adalah provinsi Indonesia? Tak cukup dengan itu?

21. Hamka, seorang sasterawan terkenal dari Indonesia adalah seorang minang. Namun, mengapakah ada seorang sasterawan daripada suku minang pernah menulis rangkap puisi seperti di bawah:

Bangunlah kekasih ku umat Melayu
belahan asal satu turunan
bercampur darah dari dahulu
persamaan nasib jadi kenangan

Menarik, bagaimana Melayu yang sekadar nama bahasa dan Indonesia tidak mahu mengaku Melayu boleh mempunyai dua orang tokoh dalam negara mereka ketika zaman sebelum dan baru merdeka banyak menyeru kepada orang Melayu meski mereka adalah Bugis dan Minang?

22. Saya tertarik apabila saudara mula memetik mengenai negara CHINA dan INDIA sebagai bukti bahawa sekurang-kurangnya mereka mempunyai bukti bahasa negara CHINA dan INDIA adalah bukti asal usul mereka, tetapi tidak seperti orang Melayu, tidka pernah wujud negara yang didirikan oleh orang Melayu, bahkan nama negara yang bernama MELAYU itu tidak pernah wujud.

23. Saya tertanya-tanya, sebegitu lemahkah pengetahuan sejarah yang dipunyai oleh Uthaya sehinggakan hujah mainan seperti yang diutarakan oleh entah manusia yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang antropologi, linguistic dan sejarah Melayu ini dijadikan dalil utama.

24. Pertama sekali,saya ingin saudara lihat kepada bumi yang dipijak oleh tapak kaki saudara sekarang ini.Apakah nama bumi ini?
MALAYSIA.
Malaysia terbentuk dari tiga buah wilayah besar,iatu Semenanjung TANAH MELAYU, Sabah dan Sarawak. Semenanjung TANAH MELAYU, lebih dikenali sebagai MALAYA oleh penjajah British dan MALAYA ini terletak di sebuah semenanjung bernama SEMENANJUNG TANAH MELAYU atau THE MALAY PENINSULA.

25.Semenanjung Tanah Melayu pula merupakan sebuah tanah yang bersambung dengan daratan benua besar Asia,dan dikelilingi oleh banyak pulau.Pulau-pulau tersebut,seperti pulau Sumatera,Jawa,Borneo,Sulawesi dan lain lain lagi,digabungkan menjadi sebuah kepulauan besar bernama KEPULAUAN MELAYU atau THE MALAY ARCHIPELAGO.

26.The Malay Archipelago turut mempunyai nama lain seperti Indonesian Archipelago atau Indo-Australian Archipelago.

Persoalannya,nama apakah yag sangat sangat kerap digunakan oleh pengembara Eropah,merujuk pada kepulauan di selatan Asia Tenggara ini? Semestinya,mereka menggelarkannya THE MALAY ARCHIPELAGO. Nah,saudara masih lagi mahu menafikan kewujudan bangsa Melayu yang tinggal di Kepulauan Melayu dan berbahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka?

27. Kalau tiada nama negara bernama Melayu, maka bangsa Melayu dikatakan tidak wujud? Adakah boleh kita mengatakan etnik Kadazan tidak wujud hanya kerana tidak ada nama wilayah atau negara bernama Kadazan?(mohon jangan ada orang Kadazan di sini jangan terasa). Adakah kita boleh menghukum etnik Zulu dan Bantu di Afrika sebagai etnik tidak wujud hanya kerana tiada negara di peta dunia yang menggunakan nama NEGARA ZULU atau NEGARA BANTU?

28. Satu lagi perkara yang saudara perlu tahu; Orang Cina tidak menggelarkan diri mereka di dalam bahasa mereka sendiri mereka sebagai BANGSA CINA. Cina ialah panggilan orang luar sahaja terhadap mereka.Perkataan Cina berasal dari perkataan Chin atau Ch'in,iatu nama lain bagi dinasti Qin yang berjaya menyatukan wilayah-wilayah di sekitar China,di bawah Maharaja Qin Shi Huang. Bangsa Cina menggelarkan diri mereka sebagai Hua manakala tanah besar China digelar sebagai Zhongguo (kerajaan tengah).

Orang Cina yang tinggal di tanah besar China digelar sebagai Huaren manakala orang Cina yang tinggal di luar tanah besar,lebih dikenali sebagai Huaqiao,atau dalam bahasa Inggeris,Overseas Chinese.

Konsep bangsa Cina pada zaman moden pula merujuk kepada pelbagai jenis etnik yang tinggal di tanah besar China,yang terdiri daripada kaum Cina Han,kaum Manchu,kaum Mongol,kaum Hui dan kaum Tibet (Zang)

29.Tetapi saudara kena ingat orang luar dan orang Melayu memang menggelarkan diri mereka sendiri sebagai MELAYU
Dalam rekod batu bersurat,rekod-rekod China, dan hikayat-hikayat,memang tertulis nama "Melayu" atau variasinya.Sebagai contoh,orang Khmer menggelar mereka sebagai Malayu atau Mea La.Orang Cina memanggil mereka sebagai Malai Ren.

30. Apa-apa pun, itu tidak membuktikan bahawa Melayu tidak pernah mempunyai mana-mana kerajaan yang bernama Melayu. Sila rujuk catatan I-Ching ketika singgah ke Srivijaya untuk mempelajari ilmu dahulu.

“...tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu....”
Ehh, saya nampak nama MELAYU pada gelaran itulah. Hmmm… negari yang bernama Moloyu? Negeri apa ya itu?

31. Di kesempatan ini juga saya mahu orang seperti Uthaya merujuk kepada Batu Bersurat Han Chey untuk mencelikkan lagi mata anda dalam mendalami sejarah Melayu.
http://www.andybrouwer.co.uk/blog/uploaded_images/5885-704366.jpg

“... mala Malayu iva malayam raja..." (Petikan Batu Bersurat)

Batu bersuray Han Chey di Kemboja bertarikh abad ke-6 Masehi, dipahat oleh Bhavavarman II, raja Chenla yang berjaya menakluk seluruh Funan. Ayat di atas bermaksud 'Raja Mala dari Negeri Melayu'. Ehh sekejap… saya nampak nama Melayu lah! Hehehehe…

32. Dalam rekod batu bersurat, rekod-rekod China, dan hikayat-hikayat,memang tertulis nama "Melayu" atau variasinya.Sebagai contoh, orang Khmer menggelar mereka sebagai Malayu atau Mea La. Orang Cina memanggil mereka sebagai Malai Ren.

33. ,Mengenai dakwaan yang tidak berasas mengatakan bahawa Melayu ini tidak mempunyai tamadun dan mempunyai tamadun yang samar-samar. Maka, inilah jawapan kami.
Sejak dari dahulu lagi,orang Melayu telah lama tinggal di Kepulauan Melayu,dan mendirikan banyak negara kota dan kerajaan.Di Semenanjung Tanah Melayu sahaja,terdapat negara-negara kota seperti Chih Tu(Raktaramatrikka),Pan Pan,Kedah Tua,Grahi,Gangga Negara,Beruas,Manjong dan Tambralingga.

Orang Melayu juga mendirikan kerajaan dan empyar besar seperti Sriwijaya,Majapahit,Langkasuka,Melaka dan lain lain lagi. Sekadar nama-nama di atas anda boleh dapat dengan menyelongkar kembali sejarah Melayu.

34. Mengenai isu Melayu pada takrif perlembagaan, anda harus ingat bahawa takrif itu di Malaysia adalah mahu mengikat orang melayu itu pada perlembagaan, kalau mahu melihat takrif yang lebih luas, maka ambilah contoh seperti Jose Rizal, Austronesia, dan Raja Hawaii.

35. Kalau masih tidak berpuas hati maksud sebenar Melayu itu menurut kaca mata orang Melayu sendiri,maka cubalah semak takrif Melayu yang diketengahkan sesetengah ulama Melayu,seperti HAMKA dan Syeikh Abdul Rahman al Fatani.

36. Mahu membaca takrif Melayu yang lebih luas juga boleh dirujuk kepada hujah-hujah saya di atas seperti Jose Rizal bangga digelar sebagai Melayu, seperti mana kisah antara Maharaja Abu Bakar dan Raja Hawaii.

37.Satu soalan saya kepada saudara,berdasarkan artikel ini;
 Adilkah tindakan yang dibuat oleh saudara?

Mengajak rakyat Malaysia ke arah utopia"perpaduan nasional bangsa Malaysia",tetapi tidak menghormati langsung sensitiviti kumpulan majoriti,malahan berani memutarbelitkan sejarah golongan peribumi?

Jika orang Melayu itu sudah pupus atau sekadar minoriti di Malaysia,maka boleh jadi juga kenapa saudara mempersoalkan mereka. Tetapi masalahnya,Melayu yang dikatakan tidak wujud itu sekarang ini merupakan golongan majoriti dan memegang kuasa tertinggi hierarki di Malaysia itu sendiri!!!

Maaf saudara,utopia saudara untuk perpaduan nasional itu hanyalah khayalan dan fatamorgana semata-mata sekiranya ada orang yang suka mengambil kesempatan kepada orang lain seperti saudara.

38. Pihak kami di The Patriot menanti jawapan balas daripada saudara Uthaya Sangkar dan Projek Dialog dalam putar belit hebat laksana ular dalam menceritakan sejarah Melayu. Nasihat kami, mengkajilah terlebih dahulu sebelum mahu tunjuk tahu.
(HE DAN RAD)


Friday, March 14, 2014

Disebalik Teguhnya Titiwangsa


Salam dan Selamat berpukul 1 lebey di hujung minggu, Dek kerana bosan mengkaji Gelanggi disini ada diketemukan sesuatu saje je nk share2. Yang mana bemaanfaat amik tk elok letak tepi je ehheh. Dan andai Bacaan kali ini menjadi Senjata Bio kepada sebahagian Pembaca Maapkan ambe..heheheh (penah terjadi kot)


Misteri Banjaran Titiwangsa (Kredit terus menerus kpada Forum ini) 





Pembayang 1:


Banjaran Titiwangsa mempunyai sesuatu yg semakin kurang dimiliki Dunia.

Masa depan Malaysia dalam bahaya.  Banyak musuh mahukan sesuatu ini.


Jawapan: Bekalan Air Bersih Bawah Tanah Banjaran Titiwangsa



Pembayang 2:

Pentas Sunda dan Pelat Pelatnya

Dikerumuni Sang Egoistik,  namun Yg Pelik., garisan nya berhenti di sempaadan.

Sang Pemarah Murka kepada yg kufur , Tapi kini telah berlaku perubahan

Sang Pemarah Menjeling jelling.

Jawapan : Tanah Melayu  terlindung  daripada gegak gempita gempa bumi dan rantaian ring of fire gunung berapi di dunia.


Pembayang 3:

Bukit Bukau Gunung Ganang

Sungai Jeram Lautan Luas

Tempat diam penunggu alam

Dijaga baik dibalas baik

Warna Hijau Penyambung Nyawa

Warisan moyang kepada cucu

Malangnya kita mengambil mudah


Jawapan: TANAH YG SUBUR


Pembayang 4:

Kerak Naga Kerak Harimau,

Bersimpul mati melilit erat

Zaman Tok Nenek yg bijak bistari

Ada sebabnya meletak Tanda

Sebagai peringatan buat anak cucu

Agar tidak terbuai layu

Itulah tulang belikat Melayu

Jawapan : Sambungan Banjaran Moyang Melayu di HIMALAYA adalah menyambung hingga ke Banjaran Titiwangsa

Banjaran Titiwangsa
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 5°5811U 101°1937T Banjaran Titiwangsa menganjur dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang di Johor. Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan.

Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Ia sebenarnya menganjur dari Banjaran Himalaya dan puncak tertingginya ialah Gunung Everest. Banjaran ini menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di semenanjung Malaysia. Di sini terdapat tiga buah pusat peranginan iaitu Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser. Kemuncak tertinggi di banjaran ini ialah Gunung Korbu.

Di sini juga di jalankan penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh, bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Pola saliran atau cara cawangan-cawangan sungai dicantumkan dengan sungai utama ialah pola saliran reranting. Panjang banjaran ini kira-kira 500km manakala tingginya 900 meter hingga 2,100 meter dari aras laut. Banjaran yang terpanjang di Malaysia ini menganjur dari sempadan Thailand ke Negeri Sembilan ke Johor


Pembayang 5:

Hitam berkilau Bagaikan Emas,

Bunga Bungaan Melayu Nusantara,

Dijaga Ditatang Elitis Mesiriah,

Dijulang tinggi penakluk Barat,

Intipati Lestari Tarikan persona,

Sans memanggil Sang Berat Tenggelam,*

Nilai Perubatan Meditasi Hebat Nusantara Melayu.*

JAWAPAN : POKOK GAHARU


Kenapa Gaharu, berbalik pada penggunaannye sejak turun temurun lagi dari zaman Firaun lagi. Ada lagi kalau ikutkan forum tu, tapi Tuan tanah die cm kene ban lah plak. kalau ada update nanti aku tambah kat sini balek.