Salam Semua,
baru-baru ni sewaktu jam di dinding opis ku menunjukkan hampir ke jam 5.30.
Maka aku bergitu terkinja2 hehe untuk pulang. Namun secara tiba-tiba rakan ku
membangkitkan isu ustaz don ditegur Wardina. Hangat satu bilik dah upe forum
perdana. Rakan ku ni bercerita panjang lebar sehingga beliau mengeluarkan ayat
“tu belom lagi kalau bincang pasal teori Melayu dari the lost Tribe” aku pon
seraya menyampuk crosskan reference ngn Kaum Mormons. Tiba-tiba Si rex dengan
gaya k-pop nye berkata “pe lagi wat entry kt blog haha”. Rentetan dari itulah
perkongsian kali ini menjerumus kearah itu.
Sebelum itu
dikongsikan Video ustaz Don yang menjawab kembali tomahan2 kepada beliau :
Sebenarnya sudah
terlalu banyak dan pelbagai teori dah dikeluarkan dan dikongsikan di dunia maya
ni mengenai melayu from the lost tribe nie heheh . Oleh itu arini pihak kami
hanya ingin menyentuh beberapa teori shj yang mana mungkin bagi sesetengah org
ini tipu mistik dah bermacam-macam lagi. Harus diingat ini hanyalah teori,
betol dan salah belom lagi dibuktikan. Bukalah minda untuk membaca andai rasa
tak mampu buka minda, baiklah kiranya anda hentikan bacaan anda sampai di sini
shj.
Dimulakan, dari satu
kajian daripada Indonesia mendedahkah didalam Mitologi dari Jawa diceritakan bahawa salah
satu leluhur Bangsa Sunda iaitu Jawa adalah "Batara Brahma" atau Sri
Maharaja Sunda, yang bermukim di Gunung Mahera. Selain itu, nama Batara Brahma,
juga terdapat di dalam silsilah Babad Tanah Jawi (Manuskrip salasilah Jawa). Di
dalam manuskrip itu, bermula dari Nabi Adam yang berputera Nabi Syits, kemudian
Nabi Syits menurunkan Sang Hyang Nur Cahaya, yang menurunkan Sang Hyang Nur
Rasa. Sang Hyang Nur Rasa kemudian menurunkan Sang Hyang Wenang, yang
menurunkan Sang Hyang Tunggal. Dan Sang Hyang Tunggal, kemudian menurunkan
Batara Guru, yang menurunkan Batara Brahma. Berdasarkan pemahaman dari
naskah-naskah kuno bangsa Jawa, Batara Brahma merupakan leluhur dari raja-raja
di tanah Jawa. Di dalam Kitab ‘al-Kamil fi al-Tarikh‘ tulisan Ibnu Athir,
menyatakan bahwa Bani Jawi (yang di dalamnya termasuk Bangsa Sunda, Jawa,
Melayu Sumatera, Bugis… dsb), adalah keturunan Nabi Ibrahim.
Siapakah Ibn
al-Athir ??, Ibn al-Athir merupakan ahli sejarah Arab pada abad ke-6-7H/12-13M.
Ibn al-Athir mempunyai kelebihan tertentu sehingga digelar al-Athir kerana kebolehannya
dalam bidang sejarah dan beliau terkenal dengan karya sejarahnya yang berjudul
al-Kamil fi al-Tarikh. Ibn al-Athir pernah menyertai tentera Salah al-Din bagi
menentang tentera Kristian (Salib) ketika usianya 28 tahun. Beliau
menjadi pakar dalam sejarah kerana beliau menghafaz sejarah awal dan sejarah
yang terkemudian ketika itu. Malah beliau juga adalah ketua dalam menghafaz
hadith dan pengetahuannya meliputi yang berkaitan dengan bangsa Arab, hari-hari
kebesaran mereka dan sebagainya sehinggakan beliau begitu rapat dengan sultan
dan masyarakat malah beliau turut dikenali dengan kebaikan, kemuliaan akhlak
dan sifat tawaduknya. Oleh itu info daripada kitab ‘al-Kamil fi al-Tarikh’ oleh
dijadikan rujukan yang tepat.
Bani Jawi daripada
keturunan Nabi Ibrahim, seakan hampir tepat apabila baru-baru ini, dari
penelitian seorang Profesor Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), di dalam
darah DNA Melayu, terdapat 27% Variant Mediterranaen (merupakan DNA
bangsa-bangsa EURO-Semitik).Variant Mediterranaen sendiri terdapat juga di
dalam DNA keturunan Nabi Ibrahim yang lain, seperti pada bangsa Arab dan Bani
Israil.
Sememangnya ini
masih lagi diperingkat teori dan masih tiada bukti. Mencari tidak salah namun
kebenaran perluakan pengobarnan. Teori seterusnya ialah berkisar kepada
Metologi JAWA yang mana Brahma yang disebut didalam manuskrip itu dikatakan
adalah Nabi Ibrahim
Sebelum itu apakah
itu Bani Jawi, siapakah Bani jawi?. Bani jawi ini adalah sebutan yg diberikan
orang2 arab sejak zaman dulu untuk menyebutkan orang2 islam yg berasal dari
Nusantara atau Asia Tenggara. jadi bani jawi tidak merujuk pada suku jawa saja
tetapi juga semua ras keturunan melayu di Asia Tenggara(perkara yang sama
disebut oleh Ibn al-Athir)
Selalu kta mendengar malahan menggunakan perkataan-perkataan dibawah:
Selalu kta mendengar malahan menggunakan perkataan-perkataan dibawah:
Tanah Jawi – ialah
gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah
gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah
tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi –
berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan
orang Melayu @ jawi zaman berzaman.
Namun pernah tak
kita fikirkan kenapa jawi? Kenapa tiada dalam lipatan sejarah mengenai definisi
jawi. Contoh paling mudah Tulisan jawi kenapa kita memangil tulisan jawi sedang
kita orang melayu. Andai disembunyikan kenyataan disebalik kesemua persoalan
ini, mengapa ia disembunyikan??. Satu persoalan yang baik namun jawapannya bukanlah diepisod kali ini.
Berikut adalah sorotan
yang lain daripada penulisan anak Indonesia, kajian yang menarik untuk
direnungi:
Brahma
adalah Nabi Ibrahim
Mitos atau Legenda,
terkadang merupakan peristiwa sejarah. Akan tetapi, peristiwa tersebut menjadi
kabur, ketika kejadiannya di lebih-lebihkan dari kenyataan yang ada.
Mitos Brahma sebagai
leluhur bangsa-bangsa di Nusantara, boleh jadi merupakan peristiwa sejarah,
yakni mengenai kedatangan Nabi Ibrahim untuk berdakwah, dimana kemudian beliau
beristeri Siti Qanturah (Qatura/Keturah), yang kelak akan menjadi leluhur Bani
Jawi (Melayu Deutro). Dan kita telah sama pahami bahwa, Nabi Ibrahim berasal
dari bangsa ‘Ibriyah, kata ‘Ibriyah berasal dari ‘ain, ba, ra atau ‘abara yang
berarti menyeberang. Nama Ibra-him (alif ba ra-ha ya mim), merupakan asal dari
nama Brahma (ba ra-ha mim).
Bagi mengetahui
siapakahh Keturah, dari manakah dia hadir dan bagaimana Keturah dikatakan
berasal dari kawasan Nusantara, para pembaca boleh menjenguk kembali entry
sblum ini
Beberapa fakta yang
menunjukkan bahwa Brahma yang terdapat di dalam Mitologi Jawa adalah Nabi Ibrahim,
di antaranya :
1. Nabi Ibrahim
memiliki isteri bernama Sara,
sementara Brahma pasangannya bernama Saraswati.
2. Nabi Ibrahim
hampir mengorbankan anak sulungnya yang bernama Ismail, sementara Brahma
terhadap anak sulungnya yang bernama Atharva (Muhammad in Parsi, Hindoo and
Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali).
3. Brahma adalah
perlambang Monotheisme, yaitu keyakinan kepada Tuhan Yang Esa (Brahman),
sementara Nabi Ibrahim adalah Rasul yang mengajarkan ke-ESA-an ALLAH.
Ajaran Monotheisme
di dalam Kitab Veda, antara lain :
Yajurveda Ch. 32 V.
3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia
yg berhak disembah
Yajurveda Ch. 40 V.
8 menyatakan bahwa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci
Atharvaveda Bk. 20
Hymn 58 V. 3 menyatakan bahwa sungguh Tuhan itu Maha Besar
Yajurveda Ch. 32 V.
3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan
Rigveda Bk. 1 Hymn 1
V. 1 menyebutkan : kami tidak menyembah kecuali Tuhan yg satu
Rigveda Bk. 6 Hymn
45 V. 6 menyebutkan “sembahlah Dia saja, Tuhan yang sesungguhnya”
Dalam Brahama Sutra
disebutkan : “Hanya ada satu Tuhan, tidak ada yg kedua. Tuhan tidak berbilang
sama sekali”. Ajaran Monotheisme
di dalam Veda, pada mulanya berasal dari Brahma (Nabi Ibrahim). Jadi makna awal
dari Brahma bukanlah Pencipta, melainkan pembawa ajaran dari yang Maha
Pencipta.
4. Nabi Ibrahim
mendirikan Baitullah (Ka'bah) di Bakkah (Makkah), sementara Brahma membangun
rumah Tuhan, agar Tuhan di ingat di sana (Muhammad in Parsi, Hindoo and
Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali).
Bahkan secara teperinci,
kitab Veda menceritakan tentang bangunan tersebut :
Tempat kediaman
malaikat ini, mempunyai delapan putaran dan sembilan pintu... (Atharva Veda
10:2:31)
Kitab Veda memberi
gambaran sebenarnya tentang Ka'bah yang didirikan Nabi Ibrahim.Makna delapan
putaran adalah delapan garis alami yang mengitari wilayah Bakkah, diantara
perbukitan, yaitu Jabl Khalij, Jabl Kaikan, Jabl Hindi, Jabl Lala, Jabl Kada,
Jabl Hadida, Jabl Abi Qabes dan Jabl Umar.Sementara sembilan
pintu terdiri dari : Bab Ibrahim, Bab al Vida, Bab al Safa, Bab Ali, Bab Abbas,
Bab al Nabi, Bab al Salam, Bab al Ziarat dan Bab al Haram.
Monotheisme Ibrahim*
Peninggalan Nabi
Ibrahim, sebagai Rasul pembawa ajaran Monotheisme, jejaknya masih dapat
terlihat pada keyakinan suku Jawa, yang merupakan suku terbesar dari Bani Jawi.
Suku Jawa sudah sejak dahulu, mereka menganut monotheisme, seperti keyakinan
adanya Sang Hyang Widhi atau Sangkan Paraning Dumadi.
Selain suku Jawa,
pemahaman monotheisme juga terdapat di dalam masyarakat Sunda Kuno. Hal ini
bisa kita jumpai pada Keyakinan Sunda Wiwitan. Mereka meyakini adanya 'Allah
Yang Maha Kuasa', yang dilambangkan dengan ucapan bahasa 'Nu Ngersakeun' atau
disebut juga 'Sang Hyang Keresa'.
Dengan demikian,
adalah sangat wajar jika kemudian majoritas Bani Jawi (khususnya masyarakat
Jawa) menerima Islam sebagai keyakinannya. Karena pada hakekatnya, Islam adalah
penyempurna dari ajaran Monotheisme (Tauhid) yang di bawa oleh leluhurnya Nabi
Ibrahim. Peradaban Sundaland pernah mencapai masa ke-emasan, hal ini bisa
terlihat melalui usia Astronomi Jawa (Pakuwon), yang diperkirakan telah berusia
17.000 tahun lebih
Jika diteliti daripada kenyataan pengkaji indonesia diatas persoalan yang sama timbul iaitu mengapa orang Melayu Nusantara (Jawi) dengan rela hati
tanpa paksaan menukar agamanya serentak sebaik sahaja diperkenalkan Islam.
Contoh terbaik adalah keadaan di Pulau Jawa, raja dan rakyat telah mengenepikan
agama Buddha atau Hindu dan beramai-ramai memeluk Islam. Umpama ada sesuatu
yang misteri , satu rahsia yang berkaitan membolehkan mereka rela hati menukar
agama tanpa sebarang pertumpahan darah sedangkan Ketaatan anutan mereka
terhadap agama terdahulu bukanlah calang-calang contoh terdekat adalah Candi
Borobudur.
Tiada lagi penganut
Buddha dan Hindu. semuanya memilih Islam. Kehilangan terus pengaruh Buddha di
Indonesia juga merupakan satu bukti bahawa umat Jawi ini sentiasa memilih agama
yang “benar”. Ia menjadi misteri kepada pengkaji sejarah. Keanehan ini tentulah
mempunyai sebab musababnya selain daripada pertolongan Allah swt. Kita harus melihat agama Hindu dan Buddha
yang menjadi agama rasmi mereka sebelum ini. Mereka bukan penganut membabi
buta. Mereka bangsa yang bertamaddun. Agama mereka bukanlah agama Hindu dan
Buddha yang ada pada hari ini, agama mereka sebenarnya adalah agama “Haniff”
yang dibawa oleh Utusan Allah.
Baiklah didalm kitab
Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir diceritakan satu kisah yang mana berkairapat
dengan nusantara, dan ini boleh dijadikan satu rujukan kepada Teori yang
nyatakan diatas. Berikut Kisahnya:
Anak-anak nabi
Ibrahim dari Siti Qanturah/Keturah(dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim
tadi dengan perasaan sedih dan berkata "Wahai bapa kami, tidak adakah dari
kalangan kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat kedudukan
kami jauh daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti saudara-saudara kami dari
nabi Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas mereka dengan diutuskan ramai
rasul di kalangan mereka." Nabi Ibrahim
mendiamkan diri kerana Jibril masih tidak menurunkan wahyu mengenai
anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang digelar Jawi itu. Perasaan
sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan begitu lama oleh kerana
semua berita dari suhuf Ibrahim banyak mengisahkan tentang Ishak, Yaakub dan
anak cucu mereka yang memiliki mertabat Rasul Pilihan. Begitu juga mengenai
Ismail yang akan lahir dari keturunannya seorang Nabi dan Rasul Pilihan Allah,
penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan bangsanya yang dimuliakan.
Nabi Ibrahim sering
berdoa demi mendengar pengaduan anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka
"Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang
membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah
dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya
Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami
seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang
bertakwa." Begitulah sayu doa
nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang dan memberi perkhabaran "Wahai
Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa
mereka memperolehi satu darjat di sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan
kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau
sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat
kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan
anbiya atau pun rasul."
Perasaan gembira
nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang gemilang dan
memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan,
Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim
"Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi
cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan
satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail
dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum
itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di
atas bahu kamu ke serahkan tugasku ini."
Dikhabarkan bahawa
nabi Ibrahim a.s. telah pergi berdakwah ke Tibet dan Burma selama 9 tahun
meninggalkan anak yang masih kecil Ismail bersama ibunya Siti Hajar di suatu
padang pasir yang tandus. Apabila kembali kerana diperintahkan oleh Allah
baginda melihat anaknya sudah besar berumur 9 tahun dan di padang pasir yang
tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman
seperti dalam kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari
kesan tumit kaki nabi Ismail yang dinamakan telaga Zamzam.
Bukalah minda lapangkanlah dada, dan sehingga kini Teori Bani Jawi ini masih kekal sebagai Teori. Tidak perlu untuk kita menyalahkan sesiapa tidak perlu untuk kita mengutuk. Yang mana baca dan paham simpan didada, yang mana baca dan rasa ini salah simpan biar berakal. Jawi atau tidak kita biar nanti masa yang menentukan tapi Melayu itu hebat sudah byak bukti2 nya. Bukan untuk membangga pada sejarah asal usul kita tp tanpa mengenal asal usul kita. kita masih tiada berjati Diri. Ingatlah ada tiga cara untuk menjajah dan mejarah sesebuah bangsa satu daripadanya adalah kaburkan sejarah bangsa tersebut dan umpama daripada kenyataan itu Melayu telah menjadi mangsa. renung-renungkanlah Muga bermanfaat.
References
http://zam-zzzzzzzzzz.blogspot.com
http://padukabanijawisedunia.blogspot.com/
Pelbagai lagi rujukan lain
Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88