ads ads ads ads ads ads ads
Showing posts with label Malaysia dan Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Malaysia dan Sejarah. Show all posts

Saturday, December 6, 2014

7 Disember: Suatu Ketika

7 disember 2014… Hari ini…. Kita seperti biasa melakukan kerja2 seharian, dan seketika nanti kita akan menonton perlwanan bola pertemuan Malaysia vs Vietnam (Doakan kemenangn Malaysia heh) namum pada tarikh yg sama 73 tahun yang lalu tarikh keramat ini meyaksikan peperangan Dunia Ke-2 tercetus. Yang semua orang tahu pada tarikh ini tahun 1941  Pearl Harbor dibedil dengan teruk oleh Jepun.



Sepintas lalu mengenai serangan di Hawaii (dicedok daripada jendelasarjana.com). Jepang melakukan serangan mendadak di Pearl Harbor pada tanggal 7 Desember 1941. Hari bersejarah yang tak terlupakan ini di dokumentasikan dengan baik oleh sejarawan-sejarawan Amerika. Ada dua gelombang serangan udara dengan total 353 pesawat, diluncurkan dari enam kapal induk milik Jepang. Komandan Mitsuo Fuchida memimpin serangan udara ini.

Jepang berhasil dalam melaksanakan serangan ini, melumpuhkan kontrol Amerika atas Pasifik. Tapi itu hanya sementara. Keesokan harinya, Amerika menyatakan perang terhadap Jepang. Hal ini menyebabkan Amerika resmi masuk dalam Perang Dunia II. Sebelumnya negara-negara Barat dipimpin oleh Amerika Serikat telah memberlakukan sanksi pada Jepang, karena invasi Jepang ke China. Jepang mengadakan negosiasi diplomatik dengan AS untuk memecahkan kebuntuan ini. Mereka menggunakan waktu ini untuk melancarkan serangan terhadap Pearl Harbor.

Mayoritas armada Jepang harus berlayar sampai lebih dari 4000 kilometer dari markas ke tempat dimana kapal induk dapat meluncurkan pesawat mereka ke Hawaii. Pesawat-pesawatnya tiba sebelum pukul 8 pagi pada tanggal 7 Desember. Tak lama, lima dari delapan kapal perang tenggelam, dengan sisa kapal lainnya rusak. Penyerangan terhadap Pearl Harbor sebenarnya merupakan tindakan pencegahan oleh Jepang. 2042 orang Amerika tewas dan 1247 lainnya luka-luka (terlepas dari korban warga sipil) oleh karena serangan mendadak besar-besaran ini.





9 Alasan Jepang Melakukan Penyerangan Terhadap Pearl Harbor

Presiden Roosevelt melarang semua ekspor besi, baja, dan minyak ke Jepang. Alasan embargo ini adalah invasi yang dilakukan Jepang ke China. Jepang kehilangan 90% dari pasokan minyak. Isolasi ekonomi melumpuhkan perekonomian dan militer mereka.

Amerika belum memasuki Perang Dunia Kedua, karena mereka masih belum pulih dari depresi karena Perang Dunia Pertama. Meskipun begitu, Amerika masih memiliki armada angkatan laut terkuat. Dari perspektif itu, Jepang memiliki angkatan laut yang hampir sama kuatnya dengan angkatan laut Amerika. Jepang mengantisipasi perang angkatan laut besar-besaran dengan Amerika, karena itu Jepang memutuskan untuk bertindak terlebih dahulu dengan melakukan pengeboman Pearl Harbor.

Jepang juga dispekulasi ingin menjadi negara dengan angkatan laut terkuat dan ingin menghancurkan saingan-saingannya, termasuk angkatan laut Amerika dan Inggris.

Amerika Serikat ingin Jepang untuk mundur dari Indo-China Utara.

AS menentang ekspansi Jepang dan tuntutan Jepang tidak tercapai dengan diplomasi.
Jepang berhasrat memperluas kerajaan mereka dan harus membuat keputusan antara menyerah atau perang dengan Amerika Serikat.

Jepang ingin AS menyetujui ekspansi mereka ke Asia.

Pearl Harbor adalah rumah dari Armada Pasifik AS (U.S. Pacific Fleet). Jepang tidak ingin AS masuk dalam perang, karena saat itu Amerika Serikat memiliki angkatan laut terkuat. Mereka menyimpulkan bahwa jika Pacific Fleet dihancurkan, Amerika akan kehilangan semangat dan tidak akan ingin berperang.

Jepang percaya mereka mampu mengalahkan Amerika Serikat. Mereka meyakinkan diri bahwa serangan yang berhasil dapat mematahkan semangat orang Amerika dan merusak stabilitas negara.

Sudah pasti aneh jepon dengan mudah mematahkan pertahanan Negara yang berkuasa besar didunia pada waktu. Berikut adalah teori konpirasi bagaimana dan kenapa tercetusnya serangan jepon ketas Hawaii. Tersebutlah kisahhhh pada waktu ituuuu ok boleh baca disini 

Baiklah yang ini sesetengah je orang tahu, 92 minit sebelum Pearl Harbour diserang, Kota bharu terlebih dahulu dibedil Japang bahkan perang dunia kedua bermula di negeri Serambi Mekah ini. Pendaratan Jepun di Tanah Melayu berlaku secara sepantas kilat. Tempoh antara waktu konvoi Jepun berlepas dari Saigon, Indochina Perancis menuju ke arah selatan pada 6 Disember 1941 sehingga pendaratannya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember 1941 cuma mengambil masa tiga hari. Mitos keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan dalam tempoh 69 hari sewaktu Singapura, yang merupakan pusat pangkalan Tentera British di Timur Jauh, melutut kepada kekuatan pihak Jepun pada 15 Februari 1942 (Wikipedia)

.



Boleh baca disini dan sini 

Pasukan pelopor yang ditugaskan untuk menyerang dan menawan Kelantan ini dipanggil “Takumi Detachment” mengambil sempena nama panglima pemerintah pasukan itu iaitu Mej. Jen Hiroshi Takumi. Ramai di antara kita yang tidak tahu, walaupun berjaya , Pihak tentera Jepun telah mengalami kemalangan dan kecederaan yang teruk semasa melakukan pendaratan di Pantai Pak Amat itu kerana ramai askarnya yang terbunuh dan cedera. Dari 6000 orang Tentera Jepun, dianggarkan seramai 320 orang terbunuh dan 538 orang tercedera dalam masa satu hari bertempur semasa mendarat dan di atas pantai. Sumber-sumber British pula seperti biasa , mendakwa bahawa angka kemalangan Jepun lebih tinggi iaitu lebih dari 2,000 askar Jepun terbunuh dan cedera (sangtawal).



Semua diatas ini adalah perkara yang sudah ramai tahu. Yang amat jarang dan rare orang tahu adalah kenapa jepun secara tiba2 menyerang di belah pantai timur semenanjung tanah melayu. Diterangkan oleh sangtawal yang pada jun 1940 Jepun dan thai ade menandatangani satu perjanjian persahabatan. Perkara ini membawa jepun dengan mudah memasuki bahagian timur Malaysia dan sememangnya diakatakan oleh penduduk setempat pada waktu serangan itu Thailand adalah dalang yang bersubahat untuk menjatuhkan Malaya ke tangan jepun, tetapi knp?



Ia adalah merupakan salah satu taktik Thailand mengalihkan tumpuan pejuang melayu Kelantan-Patani dalam perjuangan mereka membebaskan bumi Patani dan selatan Thailand dari kerajaan Thai. Tahukah kita semua, bahawa pada bulan Ogos 1943, Jepun telah menyerahkan Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan kepada Kerajaan Siam.Bukankah pemberian ini merupakan habuan kepada kerajaan Thailand dan sebagai tanda membalas budi Siam membantu mereka dalam kempen menawan Tanah Melayu???(sangtawal). Ini ade perkaitan demdam lama Thai dengan Kerajaan Siam terdahulu.  


Yang ni saje nk tekakan perkataan Rathaniyam, ini adalah salah satu agenda Thai melupus terus tingalan melayu siam di negara siam, makin lama segala adat budaya dan bahasa semua telah dithaikan. Oleh itu Hari ini dalam sejarah tk semua yang orang tahu kita tahu dan kadang kala ape yang kita tahu orang mmg dah tahu. 

Rujukan:

Wikipedia
Sangtawal
Jendelasarjana
Pelbagai rujukan Laen 



Tuesday, October 28, 2014

Zabag dan Kita



25 oktober, sinar harian mengeluarkan satu berita mengenai penemuan bagaikan sebuah tempayan purba yg besar di Jeneri, namun setelah diteliti oleh pihak persatuan sejarah cawangan Kedah ia didapati adalah sebuah Relau Besi, Baca setrusnya disini.

Penemuan Relau yg berusia hampir 1000 tahun ini sebenarnya mampu untuk membuktikan sejarah kedah tua dahulu dan membuktikan kebenaran catatan dari Abu Dulaf dan Idrisi mengenai sebuah negara bernama Zabag.


Zabag dikatakan di Philippines

Berikut sedikit nukilan daripada susur galur:

“Dari pertengahan kurun ke 9, kita mendapati terdapat rekod-rekod dari Arab yang memperihalkan sebuah kerajaan yang dinaungi oleh seorang Maharaja dan didalam rekod-rekod ini, nama-nama seperti Zabag dan Sribuza disebut berulang-ulang kali. Para sarjana berpendapat bahawa Zabag merupakan satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada kepulauan nusantara secara umum manakala Sribuza pula merupakan nama kepada ibukota atau pusat pemerintahan empayar Zabag atau dengan erti kata lainnya, merujuk kepada Srivijaya yang berpusat di Sumatera.

Antara penulis yang terawal yang menyebut tentang Zabag dan Sribuza didalam rekod penulisan mereka adalah Ibnu Khordadbeh. Siapakah Ibnu Khordadbeh? Ibnu Khordadbeh atau nama sebenarnya Abul Qasim Ubaid Allah Ibn Khordadbeh merupakan seorang ahli birokrat dan ahli geografi keturunan Parsi yang hidup pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah dibawah khalifah Almu'tamid pada kurun ke 9.

Pada awal kurun ke 9, Ibnu Khordadbeh telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Al Masalik Wal Mamalik (The Book of Roads and Kingdoms). Buku ini mengandungi rekod-rekod mengenai kepelbagaian bangsa dan kawasan-kawasan yang dinaungi oleh Kerajaan Abbasiyah. Buku tersebut juga memaparkan peta-peta, deskripsi lengkap mengenai kawasan, bangsa dan budaya negara-negara kota di Asia Tenggara termasuk Kepulauan Andaman, Semenanjung Malaysia, Kepulauan Jawa sehinggalah China, Korea serta Jepun.

Mengenai Srivijaya, Ibn Khordadbeh ada menjelaskan bahawa penguasa Zabaj diberi nama Al Takht, raja kepada pulau-pulau di laut timur. Ibn Khordadbeh juga memetik kisah-kisah dari pelayar-pelayar yang memperihalkan keadaan flora dan fauna Zabag. Beliau dipetik sebagai berkata:

In the mountains of Zabag, there are enormous serpents which devour men and buffalos, and some which devour even elephants. This country produces gigantic camphor trees, there are trees which can give shade to nearly a hundred persons

Ibn Khordadbeh seterusnya memperihalkan berkenaan dengan Maharaja Zabag. Kekayaan Maharaja Zabag dijelaskan dengan kutipan cukai yang mencapai 200 mann sehari. Mann atau Batmann (bukan adiwira kelawar yang popular itu) merupakan unit timbangan yang digunakan oleh pedagang arab pada zaman Uthmaniyah dan Asia Tengah dimana satu Mann bersamaan dengan lebih kurang 7.4 kilogram menjadikan kutipan emas Maharaja Zabag setiap hari adalah 1,480 kilogram setiap hari.

The gold is plentiful, the horse bits, the chains and necklaces of monkeys, dogs and other beasts are of gold. The chiefs used golden bricks for their houses and forts and official decrees are engraved upon golden paper

Maharaja Zabag juga mempunya tabiat mencampakkan bata-bata emas nya kedalam air. Selain daripada itu, 1/4 daripada kutipan cukai nya diperolehi daripada aktiviti sabung ayam, yang kita tahu merupakan aktiviti yang digemari bukan sahaja oleh masyarakat melayu malah raja-raja melayu. Kegilaan raja-raja melayu bersabung ayam sememangnya telah direkodkan didalam pelbagai sumber. Ibn Khordadbeh seterusnya dipetik sebagai berkata:

The king of Zabag is named the Maharaja. The Maharaja gathers each day a revenue of 200 mann of gold. He has this gold made into a single brick and throws it into the water saying; Look this is my treasury. Part of this revenue, say 50 mann a day, he gets from cock fights. one of the legs of the victorious cock belongs by right to the king and the owner buys it back for gold.

Penulis seterusnya bernama Sulayman Al Tajir (Sulaymen the Merchant), seorang pedagang arab yang telah merekodkan nama Sribuza sebagaimana yang telah ditulis dan disusun semula oleh Abu Zayd Hassan didalam bukunya yang bertajuk Akhbar Al Sin wa Al Hind (Reports of China and India) . Beliau mengatakan bahawa Kalah Bar merupakan sebahagian daripada empayar Zabag dan empayar ini terletak di Selatan India dan keduanya dinaungi oleh seorang Maharaja yang sama. Saya percaya Kalah Bar yang dimaksudkan disini adalah kerajaan Kedah Tua dimana perkataan Bar pada Kalah Bar telah ditafsirkan untuk merujuk kepada kerajaan dan pesisirnya.

Abu Zayd Hassan juga telah menerangkan bahawa Maharaja Zabag mempunyai tabiat membuang emasnya didalam tasik. Seperti yang telah saya tulis didalam perenggan 7 diatas, perkara yang sama juga telah di ceritakan oleh Ibn Khordadbeh didalam bukunya. Abu Zayd Hassan seterusnya menceritakan satu kisah yang menceritakan tentang hubungan diantara Maharaja Zabag dan Penguasa Khmer.

Didalam kisah itu, walaupun telah berulang kali dinasihati oleh para menterinya, Raja Khmer dengan angkuhnya telah membuat satu pengisytiharan dihadapan rakyatnya, bahawa beliau ingin melihat kepala Maharaja Zabag dipersembahkan kepadanya didalam sebuah dulang. Berita tersebut telah disampaikan kepada Maharaja Zabag yang seterusnya telah mengutus satu armada perang untuk memerangi Khmer. Penguasa Khmer tersebut telah ditangkap, dibunuh dan kepalanya dihadapkan kepada Maharaja Zabag didalam sebuah dulang.

"You have manifested the desire to see before you my head on a plate. If you also had wished to seize my country and my kingdom or even only to ravage a part of it, I would have done the same to you. But since you have only expressed the first of these desires, I am going to apply to you the treatment you wished to apply to me, and I will then return to my country without taking anything belonging to the Khmer, either of great or small value”

Susur Galur mengambarkan cerita ini mungkin pada dasar nya suatu cerita lagenda yang berkait rapat dengan satu prasati di Champa yang menceritakan peperangan diantara Jawa dan Champa. Banyak Tulisan-Tulisan lain yang menyatakan sriwijaya yg diceritakan ini adalh bukan berpusat disumatra malah boleh dikatakan berpusat di Tanah Melayu sehingga ada yang mengatakan ia lebih tua lagi dari sriwijaya itu sendiri. Kita selusuri lagi tulisan susurgalur.

“Abu Rayhan Al Biruni ataupun lebih dikenali sebagai Al Biruni, dianggap oleh pakar sebagai ahli anthropologi (ilmu kemanusiaan dan sains sosial) pertama didunia, yang juga merupakan seorang ilmuwan Islam berketurunan parsi yang terkemuka pula, menggelarkan Zabag sebagai Suwarna Dib (Suvarnadvipa) didalam bukunya yang diberi judul Qanun Al Masoudi (kitab tersebut dinamakan sedemikian kerana Al Biruni menujukan buku tersebut kepada Mas'ud anak lelaki kepada Sultan Mahmud Al Ghaznawi/Mahmud of Ghazni). Beliau dipetik sebagai berkata:

The eastern islands in this ocean (Sea of Champa), which are nearer to China than India, are the islands of Zabaj, called by the Hindus, Suvarnadvipa, i.e. the gold islands, because you obtain much gold as deposit if you wash only a little of the earth of that country

Al Idrisi ataupun nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad al Idrisi merupakan seorang pakar geografi serta ahli didalam bidang pemetaan khususnya topografi. Hasil kerjanya meninggalkan kesan kepada pengembara-pengembara terkenal daripada Ibn Battuta, Ibn Khaldun, Piri Reis sehinggalah kepada Christopher Columbus dan Vasco Da Gama. Beliau didalam bukunya yang bertajuk, Kitab Ruyar pula dipetik sebagai menyebut:

On its shores (i.e. of the sea of Sanf or Champa), are the dominions of a King called Mihraj, who possesses a great number of populous and fertile islands, covered with fields and pastures, and producing ivory, camphor, nutmeg, mace, clove, aloeswood, cardamom, cubeb”

Menarik dan makin menarik dan kini Ikuti pula kajian daripada Lokalgenius, ada info penting yang mana setidak2nya menyokong teori Zabag itu bukan sekadar disumatra 

“Sebahagian besar sejarawan berpendapat bahawa Zabag adalah sama dengan Srivijaya dan bukan nama sebuah kerajaan yang berbeza, sebaliknya hanyalah variasi panggilan nama kerajaan Srivijaya dikalangan para pedagang Arab. Namun ini tidak dapat menjelaskan asal kata Zabag yang sebenar kerana ia terlalu jauh untuk disamakan dengan Srivijaya. Malahan Srivijaya sudah ada panggilan Arabnya sekitar kurun ke 10 iaitu Sribuza atau Syarbazah namun pada masa yang sama Zabag masih disebut oleh para pengembara Arab dan timur tengah yang lain sebagai sebuah kerajaan. 

Sebenarnya istilah Zabag berasal daripada kata Javaka atau Jawaka. Para pedagang Arab telah mendengar nama ini daripada para pedagang India yang menyebut kerajaan ini sebagai Savaka atau Savak yang sedikit berbeza dengan sebutan bahasa Sanskrit iaitu Javaka. Dijangkakan bahawa Savaka adalah sebutan dalam bahasa Prakrit. Daripada Savak ini maka terjadilah perubahan sebutan dengan lidah Arab menjadi Zabag. Javaka adalah nama sebuah empayar kuno Melayu yang wujud di Nusantara sebelum kewujudan Srivijaya lagi. Namun terus terang saya katakan bahawa saya masih belum menjumpai sebarang sumber yang solid untuk meletakkan dimanakah sebenarnya Zabag. Namun saya yakin bahawa kerajaan ini memang wujud suatu ketika dahulu.


Sebelum ini sudah saya nyatakan dalam artikel saya berkenaan serangan orang Melayu terhadap Sri Lanka bahawa Chandrabanu adalah salah seorang raja Javaka yang telah berjaya membina sebuah dynasti disana. Raja ini adalah dari kerajaan Tambralingga, Sridhammaraja yang selama ini memang digelar sebagai Javaka. Hal ini kerana kerajaan Tambralingga dikatakan sebagai pewaris empayar Javaka yang pernah wujud sebelum itu. Raja Javaka juga disebut dalam catatan pengembara Arab bernama Sulaiman yakni yang telah memenggal kepala Raja Kemboja yang dikatakan adalah raja dari dinasti Saylendra, kerana memang ada catatan daripada prasasti di Champa dan Kemboja yang menunjukkan bahawa pernah ada tentera Chaeva yang menyerang dan memusnahkan kuil mereka.(lokalGenius)

Adakah raja-raja sailendra berasal dari Javaka? Atau sebenarnya mereka adalah pemerintah sebenar kerajaan Javaka? Sesetangah sejarawan percaya bahawa dinasti Sailendra berasal daripada Indochina yang kemudiannya terpaksa berpindah ke Tanah Jawa apabila Indochina mula dikuasai orang Khmer yang menubuhkan kerajaan Chenla. Ada pula yang berpendapat mereka berasal dari India. Namun saya lebih bersetuju dengan pendapat yang pertama, cuma saya tidak bersetuju mereka terus ke Jawa dari Indochina, sebaliknya mereka ke Semenanjung dahulu dan kemudian ke Sumatera dan setelah itu barulah mereka bertapak di Kerajaan Medang di Jawa.”

Keterangan diatas menerangakn istilah javaka itu, umpama berbalik kepada entry Yawakotti sebelum ini dan sudah panti ia megambarkan Zabag itu bukan di sumatra. Bercerita mengenai Zabag ini lokalgenius sendri bersetuju dengan sri-kandi yang Zabag itui terletakdari kelantan sehingga Segenting Kra. Lokalgeius kemudiannya mengutarakan teori Cik Sri yang mana kita sama-sama ikuti

"Jika teori Cik Sri yang mengatakan bahawa dari Indochina mereka bermukim di sekitar Kelantan dan membuka kerajaan di situ sebelum ke Sumatera, ini bermakna kita dapat camtumkan puzzle dan teka-teki mengapa terlalu banyaknya persamaan di antara budaya penduduk Kelantan dengan Jawa. Dari kain batik, bahasa, wayang kulit, Keris, adat istiadat, baju kebaya, kain kemban, alat-alat muzik dan nama-nama tempat yang saling tak tumpah seperti di Jawa! Apa maknanya ini tuan-tuan sekalian? Ini bermakna dinasti Sailendra dengan para menteri atau budayawan dari Medang kawulan Kelantan telah membawa segala jenis bentuk budaya yang mereka bina sejak berkurun-kurun turun ke Sumatera dan kemudian ke Tanah Jawa. Namun yang pasti dalam lagenda Aji saka, memang dinyatakan dengan jelas bahawa beliau berasal dari luar tanah Jawa."

Saya juga bersetuju dengan pendapat Lokalgenius yang mengatakan Zabag adalah Srivijaya di tanah besar manakala Srivijaya di palembang menguasai pulau. Jadi Srivijaya adalah ‘anak’ kepada Zabag dan bukan sebaliknya.hal ini juga berlaku sewaktu Majapahit cuma diterbalikkan sahaja kisahnya. Namun panjang untuk diceloteh sekali bersama-sama kali ini hehe.

"Sebab itu pengembara Arab sering menyebut bahawa Maharaja Zabag adalah raja Kalah dan Sribuza. Kerana Maharaja Zabag adalah Yang dipertuan Agong. Raja-raja bawahan seperti di Kedah,Palembang, Malayu, Langkasuka dan Jawa memerintah di bawah naungan Maharaja Zabag atau Jawaka. Apabila berlakunya krisis dalam dinasti Sailendra maka empayar Jawaka berpecah menjadi dua. Satu di Semenanjung dan satu lagi di Sumatera. Lama-kelamaan dinasti di Sumatera menjadi semakin kuat dan menguasai kawasan yang sebelum ini dikuasai Jawaka."

Dimana Zabag, adakah Zabag itu kelantan?. Namun Kelantan itu sediri pada dahulunya berpecah kepada beberapa bahagian dan ke bebrapa kerajaan. Oleh itu untuk ketika ini ditingalkan para pembaca untuk memikirkan persoalan ini agar ke-depan nanti dapat menerima sesuatu diluar memahaman logic biasa dengan fikiran terbuka.

"Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang "qala'I" iaitu pedang Hindi yang tulen…"
(Abu Dulaf,940 Masehi)

"Orang-orang Zabag (Srivijaya atau Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini dikenalpasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi.Dari sana mereka membekalkannya ke seluruh TANAH INDIA.Tiada besi yang mampu menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman."
( Idrisi,1154 Masehi)

Rujukan
LokalGenius
Susurgalur
Srikandi(blog dan FB)


Saturday, September 6, 2014

Kota Lukut : 135 tahun sebelum 13 Mei, 1969



Sempena Sambutan Hari Malaysia yang bakal tiba, pihak kami ingin mengambil iktibar daripada salah satu peristiwa Hitam yang pernah terjadi di Tanah Malaysia agar dijadikan Pedoman dan mendoakan agar ianya tidak berulang. Penkongsian kali ini Hasil garapan daripada sabrizain

Muzium Kota Lukut ini asalnya adalah sebuah tapak kota pertahanan atau sebuah kubu pemerintah Melayu iaitu Raja Busu, iaitu anak Sultan Selangor ketika itu.Kubu ini terletak di puncak bukit yang dikenali sebagai Bukit Gajah Mati atau Bukit Raja, dan boleh dilalui melalui jalan dari arah kaki bukit. Kubu ini menghadap ke arah pekan Lukut dan memberikan pandangan tanpa terlindung oleh Sungai Lukut, persekitarannya dan juga Selat Melaka.


Dibina oleh buruh dari kalangan para banduan, ia adalah bentuk segi empat dengan ukuran kira-kira 200 meter panjang dengan 170 meter lebar. Dinding batu laterit merah dikelilingi oleh parit lapan meter lebar dan antara 8-10 meter. Hutan buluh telah ditanam pada bahagian bawah parit dengan dinding batu diletakkan meriam. Meriam  juga diletakkan di pintu masuk utama ke kubu, di dinding utara, dan pintu masuk yang kecil di sebelah bahagian dinding arah barat.

Dulunya sebelum kemerdekaan, Kota Lukut ini dan kawasan daerah sekitar sini adalah tertakluk di bawah jajahan kerajaan negeri Selangor.....

Raja Busu adalah anak Sultan Muhammad yang, pada tahun 1824, telah datang ke Lukut dengan pengikut-pengikutnya dari Selangor, Kedah dan negeri-negeri lain untuk membangunkan sumber-sumber bijih timah yang kaya. Beliau menggalakkan pelombong Cina, terutama dari Melaka, menetap di kawasan tersebut dan bekerja di lombong bijih timah. Dia adalah seorang pentadbir yang berkesan dan daerah Lukut menjadi makmur, dengan lebih ramai pelombong Cina dibawa masuk mengembangkan pengeluaran lombong-lombong bijih timah.



Gambar para pelombong cina di Lukut


 Mengikut sejarah yang tertulis di dalam Muzium Kota Lukut ini:

Pada tahun 1834, Raja Busu memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak sepuluh peratus (10%) ke atas timah semua yang telah diekstrak dan dieksport keluar dari Lukut. Peraturan baru ini telah menyebabkan kemarahan para pelombong dan peniaga cina, serta para penyokong kewangan mereka di Melaka.
  
Pada suatu pagi yang gelap, lebih kurang pada bulan September tahun 1834. Satu kejadian tragis dan menyedihkan telah berlaku apabila para pemberontak di kalangan orang cina telah MENYERANG ISTANA RAJA BUSU di Kota Lukut ini. Mereka telah menyusun serangan dengan rapi tanpa diketahui oleh sesiapa di kalangan orang Melayu ketika itu.
Para pemberontak ini telah berjaya membunuh para pengawal di sekitar kota. Kemudian mereka mengepung istana Raja Busu. Dengan  dipenuhi perasaan marah yang meluap-luap, mereka menjerit dan menuntut Raja Busu untuk keluar dari istana atau mereka akan MEMBAKAR istananya. 

Raja Busu yang mendengar kata-kata pemberontak cina yang telah mengepungnya ini menjawab:

"Kami, orang-orang Islam tidak takut untuk mati, lakukanlah apa yang kamu suka jika kamu berani!"


Apabila mendengar jawapan Raja Busu ini, para pemberontak cina telah menyerang dan membakar Istana dan rumah Melayu berdekatan, dengan beratus-ratus orang  melayu yang dirompak dan juga dibunuh.


Para pemberontak dari kalangan pelombong cina ini telah membunuh mereka dengan KEJAM, termasuk Raja Busu sendiri, isteri dan anak-anaknya. Dipercayai semasa Raja Busu melawan dan keluarganya cuba menyelamatkan diri, mereka telah ditangkap dan telah dicampakkan ke dalam api istana mereka yang sedang terbakar. Adalah dipercayai, hasil rompakan yang diperolehi dari istana Raja Busu berserta segala perhiasan dari China termasuk, emas permata sahaja dianggarkan kira-kira 3,500 paun.

Orang-orang Melayu yang terselamat dari serangan ini  melarikan diri ke kawasan desa dan daerah berhampiran dan segera menyampaikan berita SEDIH ini.
  
Mendengarkan berita PEMBUNUHAN RAJA BUSU dan keluarganya yang dibunuh dan dicampakkan ke dalam api istananya sendiri. Orang-orang Melayu di sekitar negeri dan daerah ini telah SEGERA berhimpun dan bersedia untuk menyerang balas Lukut sebagai membalas dendam atas PEMBUNUHAN dan KEMATIAN seorang anak raja Melayu oleh para pendatang cina di sana.

Akibat serangan balas orang-orang Melayu, orang-orang cina yang memberontak tadi segera melarikan diri ke sempadan British - Belanda Melaka. Namun mereka telah diserang hendap dan dibunuh oleh orang-orang Melayu yang telah siap sedia mengepung kawasan laluan keluar dari Lukut.

Akibat serangan balas orang-orang melayu yang marah terhadap KEBIADAPAN, KECURANGAN DAN PENGKHIANATAN orang-orang Cina yang membunuh Raja Melayu ketika itu. Ramai orang-orang cina lari memasuki Melaka yang ketika itu dibawah pemerintahan Belanda di Melaka untuk mencari perlindungan. Oleh kerana itu, terdapatlah nama LUBUK CINA di Melaka, iaitu LUBUK CINA BESAR dan LUBUK CINA KECIL sempena mengambil nama tempat pelarian-pelarian dari kalangan orang cina yang datang untuk berlindung sebagai PELARIAN dari Lukut...

Akibat dari serangan balas orang-orang Melayu ini juga, banyak kampung-kampung dan lombong milik orang cina di Lukut telah ditinggalkan kosong selama bertahun-tahun.


HAKIKATNYA...

Sebelum terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 lagi... iaitu 135 tahun kemudian, masyarakat cina (para pelombong dan peniaga) ketika itu PERNAH MEMBERONTAK terhadap pemerintah Melayu Islam sehingga SANGGUP MEMBUNUH dan MEMBAKAR sehingga mati, seorang anak raja Melayu!!!  





~En Kopi~ 

Monday, August 18, 2014

Cradle of Civilisation : PUNT dan NUSANTARA

Assalamualaikum dan salam syawal, lama sudah tidak bersua dek kesibukan kerjaya dan kehidupan. Kali ini ingin dikongsikan suatu “hypothesis” ,satu teori yang mana banyak telah dikongsikan di laman2 sesawang dan para2 pengkaji diluar sana. Semuga bemanfaat.

Kita mulakan dengan “Rencong”, satu tulisan ataupun askara yang mana digunakan pada zaman melayu purba. Sistem tulisan ini dikatakan terbit daripada Pallava dan Kawi, yang akhirnya berasal daripada tulisan Brahmi. Umpama rencong ini adalah subset ataupon hasil daripada pengaruh Brahmi. Ini adalah hasil pikiran skeptikal pengkaji barat dengan anggapan skrip dari Asia Tenggara semuanya diinspirasikan daripada skrip Brahmi.



Huruf Rencong ini masih digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia. Tulisan Rencong pada masa dahulu ditulis pada tanduk kerbau, buluh, kulit kayu, kertas dan daun lontar. Manuskrip-manuskrip ini kebanyakannya telah dirompak dan disimpan oleh Belanda, majoritinya kini di Bibliotheek (Perpustakaan) Leiden
.
Persoalan timbul, dari manakah tulisan ini berasal? M.O menulis didalam blog mereka dengan melakukan perbandingan antara tulisan-tulisan Aramaik, Phoenicia dan Brahmi (Brahmi berasal dari tulisan Parsi Kuno di zaman Cyrus The Great).

-Brahmi Dan Rencong
-Aramaik dan Rencong
-Phoenicia dan Rencong

Akhirnya tulisan jenis ini menjadi semacam tulisan jenis pepaku (cuneiform) yang digunakan oleh Tamadun Sumeria. Apabila melihat kepada persamaan aneh antara tulisan Rencong dengan tulisan-tulisan purba ini, terdapat 3 andaian untuk menerangkan mengapa tulisan orang Melayu ini mempunyai hubungan dengan skrip-skrip tersebut:

1-Orang Melayu mencedok tulisan orang Phoenicia pada zaman dahulu.Faktor bagaimana ia terjadi kemungkinan besar dan dipercayai hasil dari aktiviti perdagangan antara kedua-dua bangsa.

2-Orang Phoenicia pernah menetap di Nusantara,sama ada menjajah,penghijrahan atau sebagai ‘warganegara yang bekerja’ di Nusantara.

3-Tulisan ini memang tulisan ciptaan orang Melayu Purba.Kemudian ditiru oleh orang Phoenicia,kemudian dicedok oleh orang Aramaik kemudian diubahsuai oleh orang Ibrani (Hebrew) dan seterusnya diambil oleh orang Aryan,yang kemudiannya membawa skrip ini ke India untuk menuliskan kitab-kitab Veda,kemudian dicedok oleh orang Dravidia (Tamil,Devanagari,Malayalam) seterusnya dicedok lagi oleh orang Khmer dan Nusantara (menjadi Kawi dan Aksara),dari sini dicedok buat kesekian kalinya oleh orang Thai dan Burma.

Misteri persamaan tulisan Rencong ini dengan tulisan-tulisan dalam kelas Proto-Canaanite benar-benar memeningkan pakar-pakar kajian skrip di Barat dan akhirnya meletakkan  rencong ini dibawah pengaruh skrip Brahmi Namun ini tidak dipersetujui oleh para sarjana lain seperti Jaspen, Marsden dan Jones yang mengesan misteri yang menyelubungi Rencong ini, malah semakin dikaji sehingga bukan setakat skrip Rencong, malah bahasa Melayu dialek Rejang itu sendiri menimbulkan misteri lebih besar, persamaannya dengan perkataan-perkataan Mesir Purba!

Kesan daripada persamaan kosa kata Melayu, Melayu Rejang dan Mesir purba membawa ahli arkeologi, sejarahwan dan pakar bahasa mendekati dengan rapat pengaruh Phoenicia terhadap tulisan Rencong.Charles Robert Jones, seorang ahli American Research Center di Mesir telah menyatakan bahawa kesedaran tentang pengaruh Phoenicia terhadap tulisan Rencong ini telah ditimbulkan oleh J. Park Harrison pada tahun 1896 di hadapan Persatuan Geografi dan Arkeologi Great Britain. Sarjana-sarjana budaya orang Semitik iaitu Sayce, M.Renan and Neubauer yang telah memeriksa tablet-tablet buluh di Sumatera, telah menyimpulkan bahawa karakter-karakter huruf dalam Rencong sememangnya mempunyai pengaruh Phoenicia.




Phoenicia adalah istilah Barat kepada orang Kanaan, satu bangsa purba yang pernah mempunyai tamadun dan peradaban tinggi pada masa silam. Para pengkaji sejarah menyatakan peradaban orang Phoenicia telah wujud kira-kira 1200 tahun Sebelum Masehi. Mereka pada zaman dahulu tinggal di kawasan sekitar Palestin, Lebanon dan Syria sekarang. Sarjana-sarjana Semitik berkenaan berkeras melaporkan bahawa Rencong adalah tulisan orang Phoenicia sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi. Malahan Dr. Neubauer menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa bentuk-bentuk huruf Rencong dikenalpasti adalah mirip versi tulisan orang Phoenicia pada abad keempat dan kelima Sebelum Masehi.

Persoalan pokoknya bukanlah yang mana mempengaruhi yang mana namun wujud kesamaan dalam tulisan yang boleh membawa kepada ketamadunan.Hasil dari gabungan kerja oleh M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve yang menyokong kajian para sarjana seawal abad ke-17,dijadikan rujukan Jones untuk membawa beliau ke satu rahsia lain yang amat mengejutkan dimana terdapat unsur-unsur satu tamadun lain yang lebih lama dari tamadun Phoenicia dan Ibrani yang telah dikesan dalam budaya Melayu khasnya pada bahasa Melayu dialek Rejang,iaitu tamadun Mesir Purba.

Dalam kajian para sarjana sejarah dan linguistik telah menemukan kemungkinan yang benar-benar memeningkan, lebih memeningkan dari tulisan Rencong,iaitu bagaimana pengaruh bahasa kuno Mesir Purba yang telah pupus masih tertinggal di dalam bahasa Melayu dialek Rejang dan petunjuk yang mungkin untuk dijadikan asas kajian seterusnya ialah kembali ke abad 15sebelum masehi ketika Ratu Hatshepsut mengadakan ekspedisi ke ‘Tanah Para Dewa’,Punt.




Pada awalnya para pengkaji menganggap masyarakat Rejang dan bahasanya adalah berlainan dengan bahasa Indonesia/Melayu dan ini menghalang mereka daripada melihat petunjuk yang membawa mereka kepada kajian pengaruh Mesir Purba.Tetapi selepas mereka memahami konsep Nusantara dan bangsa Melayu telah merasa satu kemestian untuk merujuk kepada bahasa Melayu/Indonesia standard kerana rupa-rupanya pengaruh Mesir Purba itu juga ada pada bahasa Melayu/Indonesia (memanglah sebab bahasa Rejang itu adalah bahasa Melayu loghat daerah).Pengkaji seperti Jones ini terpaksa merujuk kepada bahasa Melayu untuk memastikan makna perkataan Rejang untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Beliau telah mengesan terdapat perkataan-perkataan ‘aneh’ yang terdapat dalam bahasa Melayu yang juga ada dalam kosakata Mesir Purba,contohnya perkataan ‘asem’ dan ‘lebun’.’Asem’ bermaksud ‘tamarind acid'(pemahaman Jones) dan ‘lebun’ ialah ‘sejenis kayu’.Dari sini para pengkaji dapat mengesan ‘clue-clue’ yang lain seperti asal-usul perkataan ‘lubbanjawi’ iaitu kemenyan dalam bahasa Arab.Perkataan ‘lubban’ rupanya dicedok dari kata ‘lebun’ dalam bahasa Melayu (M.O).


Apabila melihat kepada sejarah Mesir purba dan perkaitan dengan Melayu,  yang paling hampir dan realistic adalah sewaktu pemerintahan Permaisuri Hatshepsut dimana waktu ini hubungan dagang Mesir purba dengan satu kerajaan Purba yang penuh misteri iaitu PUNT yang diperintah Oleh seorang Raja Benama PARAHU, sehingga ada tutur kata yang sama. Penggunaan perkatan Pharaoh atau Firaun adalah setelah peritiwa The Shipwrecked Sailor yakni setelah bertemu dengan Raja Punt, adakah perkataan Paroah tu diambil daripada nama Raja Punt Perahu???


PUNT ITU PENTAS SUNDA?



Baiklah, sekarang kita menyelusuri pula apa itu Kerajaan Punt.  Punt atau Pwenet  atau Pwene adalah sebuah tamadun besar yang mempunyai hubungan dagang yang erat dengan kerajaan Mesir purba. Punt merupakan sebuah kota ketamadunan yang terkenal sebagai pengeluar dan pengeksport emas, rempah ratus, setanggi, kemenyan damar, gading gajah, kulit harimau bintang dan sebagainya. Punt ini juga membekalkan anjing pemburu, beruk dan bab serta orang-orang kerdil sebagai hamba abdi atau penghibur di istana Mesir purba.

Rekod yang paling lama yang mencatatkan hubungan diantara Mesir purba dan Punt boleh didapati diatas Batu Palermo, yang merupakan serpihan dinding bermanuskrip di kedua-dua sisi merekodkan upacara keagamaan serta maklumat mengenai 5 dinasti pertama Mesir purba. Ia mencatatkan Raja Sahure/Nebkhau dari dinasti kelima kerajaan firaun Mesir purba, ada menerima wangian Myrrh (damar) dan Elektrum (sejenis aloy yang mengandungi campuran emas. Orang Greek memanggilnya Emas Putih) dari Punt. Namun begitu ada rekod yang mengatakan bahawa emas telah pun mula dieksport dari Punt semasa pemerintahan Raja Khufu dari pemerintahan dinasti Mesir purba yang keempat.

Namun maklumat mengenai Punt dan juga hubungan dagangnya dengan Mesir purba paling banyak tercatit di Makam Permaisuri Hatshepsut yang terletak di Dier al Bahri, Luxor, Mesir. Lukisan-lukisan rekod ini dirujuk sebagai The Punt Reliefs oleh para saujana.Siapa Hatshepsut? Beliau merupakan pemerintah ke 5 dari dinasti ke 18 kerajaan Mesir purba dan merupakan diantara sebilangan kecil pemerintah wanita Mesir purba selain dari Nefertiti dan Cleopatra. Terdapat para sarjana yang berpendapat bahawa beliau lah yang dikenali sebagai Queen of Sheba seperti yang tercatit didalam Injil. Kita mengenalinya sebagai Ratu Balqis (Wallahu a’lam)

Hubungan dagang diantara Mesir purba dan Punt berterusan sehingga ke pemerintahan dinasti ke 20 Mesir purba dimana raja-raja dari dinasti-dinasti ini seringkali menghantar kapal-kapal dagang untuk berdagang ke tanah Punt. Salah satu rekod yang popular mengenai misi dagang ke tanah Punt adalah Kisah si Pelayar dan Kapal yang Karam (The Tale of the Shipwrecked Sailor). Kisah ini ditulis diatas helaian daun papyrus yang kini ada dipamerkan di Muzium Imperial St Petersburg, Rusia.

Daun-daun papyrus ini mengisahkan pelayaran seorang nakhoda Mesir purba bersama 120 anak kapalnya ke Lombong Emas Raja (The King's Mine, ungkapan ini mengingatkan aku kepada Mount of Ophir dan The Golden Chersonese) dimana didalam perjalanannya kapalnya dihentam ribut dan seterusnya karam membunuh kesemua anak kapalnya melainkan nakhoda itu sahaja yang terselamat. Nakhoda itu terdampar disuatu tempat dan telah bertemu dengan seekor naga berjanggut yang seterusnya telah membawa nakhoda itu ke tempat tinggalnya. Cerita mengenai Naga ini akan dikongsi pada edisi lain kerana ianya juga penting dalam kita menyelusuri sejarah mencari jati diri he.

Walaupun terdapat rekod-rekod yang menyatakan tentang perihal tanah Punt ini, tiada satu pun dari rekod-rekod ini yang menyatakan secara jelas dimanakah tanah Punt ini terletak. Yang paling nyata dari kebanyakan rekod mengenai Punt, didapati bahawa untuk sampai ke Punt, orang-orang Mesir purba terpaksa melayari Laut Merah menggunakan kapal-kapal dagang yang besar. Rekod-rekod Mesir Purba telah mengesahkan bahawa lokasi Punt ialah satu kawasan luas DI TIMUR MESIR. Di dalam The Book of The Dead,Punt ialah sebutan kepada dunia sebelah timur (set nu Punt).

Majoriti para sarjana terbahagi kepada pendokong dua pendapat/teori utama. Dua teori utama mengenai lokasi  Punt yang sering diperdebatkan oleh para sarjana ini adalah:
i- Tanah Arab
ii- Tanah Afrika


Namun yang demikian, terdapat juga para-para sarjana yang mengesyorkan pendapat bahawa Punt mungkin terletak di Jerusalem, di Punjab, India dan di Asia Tenggara namun jumlah sarjana yang mengenengahkan pendapat-pendapat ini hanyalah sebilangan kecil sahaja berbanding dengan penyokong-penyokong teori Arab atau Afrika diatas. Di dalam The Shipwrecked Sailor(terjemahan ke bahasa Inggeris). Menceritakan tentang Raja Punt ini menyelamatkan seorang nahkhoda dan di gambarkan Raja Punt itu sebagai ‘ular besar’ yang kemudiannya berdialog dengan nahkhoda tersebut.Ular besar itu kemudiannya memberitahu pelayar itu bahawa dia adalah raja tempat itu yang dikenali sebagai Punt.Seterusnya di dalam kesusasteran itu ada menerangkan bahawa ‘ular besar’ (naga) itu memerintah ke atas kawasan kepulauan.Ini membatalkan teori Punt di Tanah Arab atau benua Afrika. Memerintah pulau-pulau adalah ciri-ciri Raja Punt dan hanya Kepulauan Melayu sahaja lokasi yang tepat dengan petunjuk ini.


Agak tidak adil hanya belandaskan satu teori ini sahaja menyatakan Punt itu dari Pentas sunda atau pon Sundaland. Di Makam Permaisuri Hatshepsut ada diceritakan kerajaan  Punt pada masa Hatshepsut, diperintah oleh pemerintah yang bernama Raja Parahu dan Permaisuri Ati. Perkataan Parahu dan Ati begitu dekat melayu dimana Parahu melambangkan perahu manakala Ati memberi makna Hati namun nama-nama ini agak janggal disinonimkan dengan nama-nama dari Benua Afrika dan Timur Tengah. Perkataan Hati juga digunakan oleh mesir Purba dengan memberi maksud yang sama iaitu “Heart”. ‘Perehu’ kemungkinan besar adalah gelaran,dan ‘perehu’ adalah tidak ragu lagi satu perkataan bahasa Melayu iaitu ‘perahu’ (boat).Jadi makna penuh nama gelaran raja Punt ialah ‘Raja Perahu’ atau ‘King of Ship/Boat’.Dan menariknya,kata ‘perehu’ terdapat pada tajuk kepada salah satu tablet buluh (tulisan Rencong) yang diterjemah oleh Marsden iaitu ‘Sejarah Perehu’. Penggunaan nama Pharaoh atau Firaun pula diguna pakai setelah peristiwa The Shipwrecked Sailor berlaku. (pharaoh mengambil gelaran Perahu?)

The Tale of the Shipwrecked Sailor ada menyatakan yang pelayaran untuk ke tanah Punt mengambil masa perlayaran tiga hingga lima tahun bagi perjalanan pergi dan balik. Berdasakan penyataan ini menunjukkan yang Punt terletak lebih jauh dari pada tanah arab dan afrika namun ada cacatan lain menunjukkan mereka pernah menggunakan jalan darat. Tidak perlu dipeningkan kepala kerana dalam rekod Mesir Purba ada 'Punt Lama' dan 'Punt Baru'.Punt Lama ialah Punt ketika Ratu Hatshepshut menghantar delegasi ke tanah Punt yang mengambil masa 3-5 tahun.Punt di mana ia digelar The Land of Gods dan yang disebut dalam hikayat "Kisah Pelaut Kapal Karam" (Tale of the Shipwrecked Sailor).

Punt yang baru dikatakan dikawasan sekitar Afrika

Punt Baru ialah sebuah negeri di Afrika yang terletak berhampiran dengan garis Khatulistiwa (equator) yang mana mempunyai iklim yang sama dengan 'Punt Lama' dan negeri ini juga pernah disebutkan berdagang dan berperang dengan Mesir Purba.Ini adalah Punt Baru kerana jarak perdagangannya yang pendek serta dikatakan berjiran dengan bangsa Nubia di Afrika sehingga boleh bersekutu dengan negeri-negeri Afrika. Fakta ini penting untuk menjelaskan beberapa perkara yang mengelirukan para pengkaji.Kita tahu bahawa Punt yang disebut oleh Nehesi,iaitu ketua rombongan laut Ratu Hatshepsut ialah kawasan yang jauh ke timur dengan memakan masa bertahun-tahun dengan menaiki kapal-kapal besar Mesir Purba.Perjalanan seperti itu tidak akan memakan masa yang lama jika hanya ke Tanduk Afrika yang hanya memakan masa beberapa minggu.

Di relief kuil di Deir al Bahari, ada terakam kedudukan Punt di antara jalan perdagangan beberapa tamadun agung. Ini adalah satu ciri-ciri yang menepati kedudukan Nusantara sebagai jalan perdagangan antara India dan China. Dan eksport utama Punt ialah kemenyan dan emas. Tiada rekod-rekod yang mengatakan bahawa Sudan, Somalia atau Ethiopia menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Jika dilihat di kuil Makam Raja Seti I yang terletak di Valley of the Kings, terdapat lakaran-lakaran pelbagai jenis bangsa yang tinggal di Mesir purba. Lakaran-lakaran ini menyebabkan para sarjana tidak lekang dari berdebat tentang bangsa-bangsa yang ada di Mesir purba. Orang-orang Mesir purba digambarkan dengan karakter-karakter berkulit kemerah-merahan. Manakala orang-orang dari benua Afrika (orang-orang Nubia) pula digambarkan dengan warna kehitaman. Ukiran di dinding kuil Hatshepsut, orang Punt digambarkan dengan karakter berkulit coklat. Fakta ini sekaligus membantah pendapat-pendapat sarjana yang mengatakan bahawa Punt terletak di Nubia (Sudan hari ini).Begitu juga pendapat yang popular tentang lokasi Punt adalah Ethiopia. Namun sudah terdapat lakaran karakter orang-orang dari Ethiopia dari dinasti pemerintahan Akhenaten dan Tutankhamun dan ianya tidak langsung menyerupai orang-orang Punt.)

Lakaran orang Syria, Nubia, Libya dan Mesir

Terdapat ukiran di dinding Kuil Hatshesut yang mengambarkan Raja Punt dan isteri sewaktu disingahi Hatsheptsut. Karakter-karakter yang digambarkan sebagai Raja Parahu dan Permaisuri Ati serta rombongannya didapati memakai ikatan kepala. Melalui lakaran karakter di Kuil Makam Raja Seti I juga kita dapat membuat perbandingan diantara karakter-karakter ini.  Terdapat bangsa lain yang digambarkan memakai lilit kepala iaitu bangsa Libya. Yang membezakan orang Libya dan orang Punt adalah warna kulit. Jika diperhatikan, orang-orang Punt turut menyelit senjatanya kedalam kain atau ikatan di pinggang. Budaya Mesir purba tidak pula menyelitkan senjata pada kain atau seluar. Nehesi yang merupakan ketua armada laut Hatshepsut mengatakan bahawa Raja Punt memakai potoh pada pergelangan lengannya. Ini budaya raja-raja Melayu. Sultan Perak misalnya masih mewarisi Potoh Naga yang melambangkan baginda darpadai keturunan Iskandar Zulkarnain.



Raja Parahu dan permaisuri Ati

Potoh

Punt digambarkan sebagai tanah yang subur, kaya dengan pokok-pokok kemenyan yang besar serta rimbun tumbuh melata menjadi tempat berteduh lembu-lembu peliharaan orang-orang Punt. Terdapat juga pokok-pokok seakan-akan kelapa atau kurma atau pinang memayungi rumah-rumah mereka.Disebelah rumah mereka mengalir sungai sungai. Rumah-rumah orang Punt mempunyai tiang dan tangga.



Pada relief di Makam Min pula,seorang pegawai kepada Thutmose III ada merakamkan lawatan seorang pelayar dari Punt yang tiba ke pantai Mesir dengan kapalnya yang ganjil (yang dilukis oleh pelukis Mesir Purba ketika itu). Kajian dari pakar dan cendekiawan bersepakat mendakwa bahawa bentuk kapal pada ukiran di makam kuno itu lebih cenderung kepada kapal-kapal Melayu terutama di Sumatera. National Geographic bilangan 159 yang diterbitkan pada tahun 1981 ada mengulas tentang kapal Sumatera ini. Satu daripada barang terpenting yang mendapat permintaan tinggi para pedagang Mesir purba adalah Anti atau kemenyan Punt. Untuk pengetahuan ukiran di dinding Kuil Ratu Hatshepsut ada memperincikan tentang kemenyan dan pokoknya sekali. Dan yang mengejutkan adalah pokok kemeyan itu hanya hidup di Nusantara.

Namun segala yang dipersembahkan ini adalah masih diperingkat teori, masih wujud perdebatan antaranya berkaitan hasil export PUNT yang mana salah satunya adalah Zirafah. Mana mungkin Nusantara ada zirafah, cuma andai wujud teori menidakkan zirafah ini ialah teori kerajaan PUNT yang baru disebelah Afrika kenapa dan mengapa wujudnya dua kerajaan PUNT masih menjadi tanda soal. Andai benar PUNT itu kerajaan dari asal tempat kita seharusnya kita berbangga kerana semua bangsa-bangsa hebat (Assyaria,Akkadia, ChaldeaBabylon, Firaun dan bangsa Qibti Mesir Purba yang membina piramid) hampir lenyap dari peta sejarah, jika ada sisanya sekalipun,keadaan mereka amat menyedihkan. Namun , bangsa yang pernah dilawati para Firaun Mesir beribu-ribu tahun dahulu masih ada! Menariknya,mereka(kita) masih mengucapkan perkataan-perkataan yang pernah didengar oleh utusan Firaun dahulu, kira-kira 3500 tahun yang silam!

Semakin dalam dikaji semakin banyak persoalan muncul dan bagaikan semakin dekat kita membuktikan teori PUNT itu NUSANTARA. RAWZONES tinggalkan perkongsian kali ini dengan dua info:-

Satu prasasti yang ditemui di Benua Amerika yang dipercayai milik tamadun seperti Maya dan Aztek, telah merakamkan ketibaan kapal-kapal dari Mesir Purba dan penduduk di Benua Amerika berkata: “kamu tidak sepatutnya sampai ke sini, kecuali datang dari arah Tanah Punt”. 

Gelaran dewa-dewi HIndu kepada Nusantara sebagai ‘The Fabulous Land of Gold’ begitu juga para Firaun yang mengenal Punt sebagai tempat menghasilkan emas dan kemenyan. 

*Cuba Google Punt dan lihat apa definisinya 


RUJUKAN:-
dn pelbagai sumber lain
.