Assalamualaikum dan
salam syawal, lama sudah tidak bersua dek kesibukan kerjaya dan kehidupan. Kali
ini ingin dikongsikan suatu “hypothesis” ,satu teori yang mana banyak telah
dikongsikan di laman2 sesawang dan para2 pengkaji diluar sana. Semuga
bemanfaat.
Kita mulakan dengan “Rencong”, satu tulisan ataupun askara yang mana digunakan pada zaman melayu purba. Sistem tulisan ini dikatakan terbit daripada Pallava dan Kawi, yang akhirnya berasal daripada tulisan Brahmi. Umpama rencong ini adalah subset ataupon hasil daripada pengaruh Brahmi. Ini adalah hasil pikiran skeptikal pengkaji barat dengan anggapan skrip dari Asia Tenggara semuanya diinspirasikan daripada skrip Brahmi.
Huruf Rencong ini masih digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia. Tulisan
Rencong pada masa dahulu ditulis pada tanduk kerbau, buluh, kulit kayu, kertas
dan daun lontar. Manuskrip-manuskrip ini kebanyakannya telah dirompak dan disimpan
oleh Belanda, majoritinya kini di Bibliotheek (Perpustakaan) Leiden
.
Persoalan timbul, dari
manakah tulisan ini berasal? M.O menulis didalam blog mereka dengan melakukan
perbandingan antara tulisan-tulisan Aramaik, Phoenicia dan Brahmi (Brahmi
berasal dari tulisan Parsi Kuno di zaman Cyrus The Great).
-Brahmi
Dan Rencong
-Aramaik
dan Rencong
-Phoenicia
dan Rencong
Akhirnya
tulisan jenis ini menjadi semacam tulisan jenis pepaku (cuneiform) yang
digunakan oleh Tamadun Sumeria. Apabila melihat kepada persamaan aneh antara
tulisan Rencong dengan tulisan-tulisan purba ini, terdapat 3 andaian untuk
menerangkan mengapa tulisan orang Melayu ini mempunyai hubungan dengan
skrip-skrip tersebut:
1-Orang
Melayu mencedok tulisan orang Phoenicia pada zaman dahulu.Faktor bagaimana ia
terjadi kemungkinan besar dan dipercayai hasil dari aktiviti perdagangan antara
kedua-dua bangsa.
2-Orang
Phoenicia pernah menetap di Nusantara,sama ada menjajah,penghijrahan atau
sebagai ‘warganegara yang bekerja’ di Nusantara.
3-Tulisan
ini memang tulisan ciptaan orang Melayu Purba.Kemudian ditiru oleh orang
Phoenicia,kemudian dicedok oleh orang Aramaik kemudian diubahsuai oleh orang Ibrani
(Hebrew) dan seterusnya diambil oleh orang Aryan,yang kemudiannya membawa skrip
ini ke India untuk menuliskan kitab-kitab Veda,kemudian dicedok oleh orang
Dravidia (Tamil,Devanagari,Malayalam) seterusnya dicedok lagi oleh orang Khmer
dan Nusantara (menjadi Kawi dan Aksara),dari sini dicedok buat kesekian kalinya
oleh orang Thai dan Burma.
Misteri
persamaan tulisan Rencong ini dengan tulisan-tulisan dalam kelas
Proto-Canaanite benar-benar memeningkan pakar-pakar kajian skrip di Barat dan
akhirnya meletakkan rencong ini dibawah
pengaruh skrip Brahmi Namun ini tidak dipersetujui oleh para sarjana lain
seperti Jaspen, Marsden dan Jones yang mengesan misteri yang menyelubungi
Rencong ini, malah semakin dikaji sehingga bukan setakat skrip Rencong, malah
bahasa Melayu dialek Rejang itu sendiri menimbulkan misteri lebih besar,
persamaannya dengan perkataan-perkataan Mesir Purba!
Kesan
daripada persamaan kosa kata Melayu, Melayu Rejang dan Mesir purba membawa ahli
arkeologi, sejarahwan dan pakar bahasa mendekati dengan rapat pengaruh Phoenicia
terhadap tulisan Rencong.Charles Robert Jones, seorang ahli American Research
Center di Mesir telah menyatakan bahawa kesedaran tentang pengaruh Phoenicia
terhadap tulisan Rencong ini telah ditimbulkan oleh J. Park Harrison pada tahun
1896 di hadapan Persatuan Geografi dan Arkeologi Great Britain. Sarjana-sarjana
budaya orang Semitik iaitu Sayce, M.Renan and Neubauer yang telah memeriksa
tablet-tablet buluh di Sumatera, telah menyimpulkan bahawa karakter-karakter
huruf dalam Rencong sememangnya mempunyai pengaruh Phoenicia.
Phoenicia
adalah istilah Barat kepada orang Kanaan, satu bangsa purba yang pernah
mempunyai tamadun dan peradaban tinggi pada masa silam. Para pengkaji sejarah
menyatakan peradaban orang Phoenicia telah wujud kira-kira 1200 tahun Sebelum
Masehi. Mereka pada zaman dahulu tinggal di kawasan sekitar Palestin, Lebanon
dan Syria sekarang. Sarjana-sarjana Semitik berkenaan berkeras melaporkan
bahawa Rencong adalah tulisan orang Phoenicia sama ada dipengaruhi atau
mempengaruhi. Malahan Dr. Neubauer menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa
bentuk-bentuk huruf Rencong dikenalpasti adalah mirip versi tulisan orang
Phoenicia pada abad keempat dan kelima Sebelum Masehi.
Persoalan
pokoknya bukanlah yang mana mempengaruhi yang mana namun wujud kesamaan dalam
tulisan yang boleh membawa kepada ketamadunan.Hasil dari gabungan kerja oleh
M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve yang menyokong kajian para sarjana seawal
abad ke-17,dijadikan rujukan Jones untuk membawa beliau ke satu rahsia lain
yang amat mengejutkan dimana terdapat unsur-unsur satu tamadun lain yang lebih
lama dari tamadun Phoenicia dan Ibrani yang telah dikesan dalam budaya Melayu
khasnya pada bahasa Melayu dialek Rejang,iaitu tamadun Mesir Purba.
Dalam
kajian para sarjana sejarah dan linguistik telah menemukan kemungkinan yang
benar-benar memeningkan, lebih memeningkan dari tulisan Rencong,iaitu bagaimana
pengaruh bahasa kuno Mesir Purba yang telah pupus masih tertinggal di dalam
bahasa Melayu dialek Rejang dan petunjuk yang mungkin untuk dijadikan asas
kajian seterusnya ialah kembali ke abad 15sebelum masehi ketika Ratu Hatshepsut
mengadakan ekspedisi ke ‘Tanah Para Dewa’,Punt.
Pada
awalnya para pengkaji menganggap masyarakat Rejang dan bahasanya adalah
berlainan dengan bahasa Indonesia/Melayu dan ini menghalang mereka daripada
melihat petunjuk yang membawa mereka kepada kajian pengaruh Mesir Purba.Tetapi selepas
mereka memahami konsep Nusantara dan bangsa Melayu telah merasa satu kemestian
untuk merujuk kepada bahasa Melayu/Indonesia standard kerana rupa-rupanya
pengaruh Mesir Purba itu juga ada pada bahasa Melayu/Indonesia (memanglah sebab
bahasa Rejang itu adalah bahasa Melayu loghat daerah).Pengkaji seperti Jones
ini terpaksa merujuk kepada bahasa Melayu untuk memastikan makna perkataan
Rejang untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Beliau telah mengesan
terdapat perkataan-perkataan ‘aneh’ yang terdapat dalam bahasa Melayu yang juga
ada dalam kosakata Mesir Purba,contohnya perkataan ‘asem’ dan ‘lebun’.’Asem’ bermaksud
‘tamarind acid'(pemahaman Jones) dan ‘lebun’ ialah ‘sejenis kayu’.Dari sini
para pengkaji dapat mengesan ‘clue-clue’ yang lain seperti asal-usul perkataan
‘lubbanjawi’ iaitu kemenyan dalam bahasa Arab.Perkataan ‘lubban’ rupanya
dicedok dari kata ‘lebun’ dalam bahasa Melayu (M.O).
Apabila melihat
kepada sejarah Mesir purba dan perkaitan dengan Melayu, yang paling hampir dan realistic
adalah sewaktu pemerintahan Permaisuri Hatshepsut dimana waktu ini hubungan
dagang Mesir purba dengan satu kerajaan Purba yang penuh misteri iaitu PUNT yang diperintah Oleh seorang Raja Benama PARAHU, sehingga
ada tutur kata yang sama. Penggunaan perkatan Pharaoh atau Firaun adalah setelah
peritiwa The Shipwrecked Sailor yakni setelah bertemu dengan Raja Punt, adakah
perkataan Paroah tu diambil daripada nama Raja Punt Perahu???
PUNT ITU PENTAS
SUNDA?
Baiklah, sekarang
kita menyelusuri pula apa itu Kerajaan Punt.
Punt atau Pwenet atau Pwene
adalah sebuah tamadun besar yang mempunyai hubungan dagang yang erat dengan
kerajaan Mesir purba. Punt merupakan sebuah kota ketamadunan yang terkenal
sebagai pengeluar dan pengeksport emas, rempah ratus, setanggi, kemenyan damar,
gading gajah, kulit harimau bintang dan sebagainya. Punt ini juga membekalkan
anjing pemburu, beruk dan bab serta orang-orang kerdil sebagai hamba abdi atau
penghibur di istana Mesir purba.
Rekod yang paling
lama yang mencatatkan hubungan diantara Mesir purba dan Punt boleh didapati
diatas Batu Palermo, yang merupakan serpihan dinding bermanuskrip di kedua-dua
sisi merekodkan upacara keagamaan serta maklumat mengenai 5 dinasti pertama
Mesir purba. Ia mencatatkan Raja Sahure/Nebkhau dari dinasti kelima kerajaan
firaun Mesir purba, ada menerima wangian Myrrh (damar) dan Elektrum (sejenis
aloy yang mengandungi campuran emas. Orang Greek memanggilnya Emas Putih) dari
Punt. Namun begitu ada rekod yang mengatakan bahawa emas telah pun mula
dieksport dari Punt semasa pemerintahan Raja Khufu dari pemerintahan dinasti
Mesir purba yang keempat.
Namun maklumat
mengenai Punt dan juga hubungan dagangnya dengan Mesir purba paling banyak
tercatit di Makam Permaisuri Hatshepsut yang terletak di Dier al Bahri, Luxor,
Mesir. Lukisan-lukisan rekod ini dirujuk sebagai The Punt Reliefs oleh para
saujana.Siapa Hatshepsut? Beliau merupakan pemerintah ke 5 dari dinasti ke 18 kerajaan
Mesir purba dan merupakan diantara sebilangan kecil pemerintah wanita Mesir
purba selain dari Nefertiti dan Cleopatra. Terdapat para sarjana yang
berpendapat bahawa beliau lah yang dikenali sebagai Queen of Sheba seperti yang
tercatit didalam Injil. Kita mengenalinya sebagai Ratu Balqis (Wallahu a’lam)
Hubungan dagang
diantara Mesir purba dan Punt berterusan sehingga ke pemerintahan dinasti ke 20
Mesir purba dimana raja-raja dari dinasti-dinasti ini seringkali menghantar
kapal-kapal dagang untuk berdagang ke tanah Punt. Salah satu rekod yang popular
mengenai misi dagang ke tanah Punt adalah Kisah si Pelayar dan Kapal yang Karam
(The Tale of the Shipwrecked Sailor). Kisah ini ditulis diatas helaian daun
papyrus yang kini ada dipamerkan di Muzium Imperial St Petersburg, Rusia.
Daun-daun papyrus
ini mengisahkan pelayaran seorang nakhoda Mesir purba bersama 120 anak kapalnya
ke Lombong Emas Raja (The King's Mine, ungkapan ini mengingatkan aku kepada
Mount of Ophir dan The Golden Chersonese) dimana didalam perjalanannya kapalnya
dihentam ribut dan seterusnya karam membunuh kesemua anak kapalnya melainkan
nakhoda itu sahaja yang terselamat. Nakhoda itu terdampar disuatu tempat dan
telah bertemu dengan seekor naga berjanggut yang seterusnya telah membawa
nakhoda itu ke tempat tinggalnya. Cerita mengenai Naga ini akan dikongsi pada
edisi lain kerana ianya juga penting dalam kita menyelusuri sejarah mencari
jati diri he.
Walaupun terdapat rekod-rekod
yang menyatakan tentang perihal tanah Punt ini, tiada satu pun dari rekod-rekod
ini yang menyatakan secara jelas dimanakah tanah Punt ini terletak. Yang paling
nyata dari kebanyakan rekod mengenai Punt, didapati bahawa untuk sampai ke
Punt, orang-orang Mesir purba terpaksa melayari Laut Merah menggunakan
kapal-kapal dagang yang besar. Rekod-rekod Mesir Purba telah mengesahkan bahawa
lokasi Punt ialah satu kawasan luas DI TIMUR MESIR. Di dalam The Book of The
Dead,Punt ialah sebutan kepada dunia sebelah timur (set nu Punt).
Majoriti para
sarjana terbahagi kepada pendokong dua pendapat/teori utama. Dua teori utama
mengenai lokasi Punt yang sering
diperdebatkan oleh para sarjana ini adalah:
i- Tanah Arab
ii- Tanah Afrika
Namun yang demikian,
terdapat juga para-para sarjana yang mengesyorkan pendapat bahawa Punt mungkin
terletak di Jerusalem, di Punjab, India dan di Asia Tenggara namun jumlah
sarjana yang mengenengahkan pendapat-pendapat ini hanyalah sebilangan kecil
sahaja berbanding dengan penyokong-penyokong teori Arab atau Afrika diatas. Di
dalam The Shipwrecked Sailor(terjemahan ke bahasa
Inggeris). Menceritakan tentang Raja
Punt ini menyelamatkan seorang nahkhoda dan di gambarkan Raja Punt itu sebagai ‘ular besar’ yang kemudiannya berdialog
dengan nahkhoda tersebut.Ular besar
itu kemudiannya memberitahu pelayar itu bahawa dia adalah raja tempat itu yang
dikenali sebagai Punt.Seterusnya di dalam kesusasteran itu ada menerangkan bahawa
‘ular besar’ (naga) itu memerintah ke atas kawasan kepulauan.Ini membatalkan
teori Punt di Tanah Arab atau benua Afrika. Memerintah pulau-pulau adalah
ciri-ciri Raja Punt dan hanya Kepulauan Melayu sahaja lokasi yang tepat dengan
petunjuk ini.
Agak tidak adil
hanya belandaskan satu teori ini sahaja menyatakan Punt itu dari Pentas sunda
atau pon Sundaland. Di Makam Permaisuri Hatshepsut ada diceritakan kerajaan Punt pada masa Hatshepsut,
diperintah oleh pemerintah yang bernama Raja Parahu dan Permaisuri Ati. Perkataan
Parahu dan Ati begitu dekat melayu dimana Parahu melambangkan perahu manakala
Ati memberi makna Hati namun nama-nama ini agak janggal disinonimkan dengan
nama-nama dari Benua Afrika dan Timur Tengah. Perkataan Hati juga digunakan
oleh mesir Purba dengan memberi maksud yang sama iaitu “Heart”. ‘Perehu’
kemungkinan besar adalah gelaran,dan ‘perehu’ adalah tidak ragu lagi satu
perkataan bahasa Melayu iaitu ‘perahu’ (boat).Jadi makna penuh nama gelaran
raja Punt ialah ‘Raja Perahu’ atau ‘King of Ship/Boat’.Dan menariknya,kata
‘perehu’ terdapat pada tajuk kepada salah satu tablet buluh (tulisan Rencong)
yang diterjemah oleh Marsden iaitu ‘Sejarah Perehu’. Penggunaan nama Pharaoh
atau Firaun pula diguna pakai setelah peristiwa The Shipwrecked Sailor berlaku. (pharaoh mengambil
gelaran Perahu?)
The Tale of the
Shipwrecked Sailor ada menyatakan yang pelayaran untuk ke tanah Punt mengambil
masa perlayaran tiga hingga lima tahun bagi perjalanan pergi dan balik. Berdasakan
penyataan ini menunjukkan yang Punt terletak lebih jauh dari pada tanah arab
dan afrika namun ada cacatan lain menunjukkan mereka pernah menggunakan jalan
darat. Tidak perlu dipeningkan kepala kerana dalam rekod Mesir Purba ada 'Punt
Lama' dan 'Punt Baru'.Punt Lama ialah Punt ketika Ratu Hatshepshut menghantar
delegasi ke tanah Punt yang mengambil masa 3-5 tahun.Punt di mana ia digelar
The Land of Gods dan yang disebut dalam hikayat "Kisah Pelaut Kapal
Karam" (Tale of the Shipwrecked Sailor).
Punt yang baru dikatakan dikawasan sekitar Afrika
Punt Baru ialah
sebuah negeri di Afrika yang terletak berhampiran dengan garis Khatulistiwa
(equator) yang mana mempunyai iklim yang sama dengan 'Punt Lama' dan negeri ini
juga pernah disebutkan berdagang dan berperang dengan Mesir Purba.Ini adalah
Punt Baru kerana jarak perdagangannya yang pendek serta dikatakan berjiran
dengan bangsa Nubia di Afrika sehingga boleh bersekutu dengan negeri-negeri
Afrika. Fakta ini penting
untuk menjelaskan beberapa perkara yang mengelirukan para pengkaji.Kita tahu
bahawa Punt yang disebut oleh Nehesi,iaitu ketua rombongan laut Ratu Hatshepsut
ialah kawasan yang jauh ke timur dengan memakan masa bertahun-tahun dengan
menaiki kapal-kapal besar Mesir Purba.Perjalanan seperti itu tidak akan memakan
masa yang lama jika hanya ke Tanduk Afrika yang hanya memakan masa beberapa
minggu.
Di relief kuil di
Deir al Bahari, ada terakam kedudukan Punt di antara jalan perdagangan beberapa
tamadun agung. Ini adalah satu ciri-ciri yang menepati kedudukan Nusantara sebagai
jalan perdagangan antara India dan China. Dan eksport utama Punt ialah kemenyan
dan emas. Tiada rekod-rekod yang mengatakan bahawa Sudan, Somalia atau Ethiopia
menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Jika dilihat di kuil
Makam Raja Seti I yang terletak di Valley of the Kings, terdapat
lakaran-lakaran pelbagai jenis bangsa yang tinggal di Mesir purba. Lakaran-lakaran
ini menyebabkan para sarjana tidak lekang dari berdebat tentang bangsa-bangsa
yang ada di Mesir purba. Orang-orang Mesir purba digambarkan dengan
karakter-karakter berkulit kemerah-merahan. Manakala orang-orang dari benua
Afrika (orang-orang Nubia) pula digambarkan dengan warna kehitaman. Ukiran di
dinding kuil Hatshepsut, orang Punt digambarkan dengan karakter berkulit
coklat. Fakta ini sekaligus membantah pendapat-pendapat sarjana yang mengatakan
bahawa Punt terletak di Nubia (Sudan hari ini).Begitu juga pendapat yang
popular tentang lokasi Punt adalah Ethiopia. Namun sudah terdapat lakaran
karakter orang-orang dari Ethiopia dari dinasti pemerintahan Akhenaten dan Tutankhamun
dan ianya tidak langsung menyerupai orang-orang Punt.)
Lakaran orang Syria, Nubia, Libya dan Mesir
Terdapat ukiran di
dinding Kuil Hatshesut yang mengambarkan Raja Punt dan isteri sewaktu disingahi
Hatsheptsut. Karakter-karakter yang digambarkan sebagai Raja Parahu dan
Permaisuri Ati serta rombongannya didapati memakai ikatan kepala. Melalui
lakaran karakter di Kuil Makam Raja Seti I juga kita dapat membuat perbandingan
diantara karakter-karakter ini. Terdapat
bangsa lain yang digambarkan memakai lilit kepala iaitu bangsa Libya. Yang
membezakan orang Libya dan orang Punt adalah warna kulit. Jika diperhatikan,
orang-orang Punt turut menyelit senjatanya kedalam kain atau ikatan di
pinggang. Budaya Mesir purba tidak pula menyelitkan senjata pada kain atau
seluar. Nehesi yang merupakan ketua armada laut Hatshepsut mengatakan bahawa
Raja Punt memakai potoh pada pergelangan lengannya. Ini budaya raja-raja
Melayu. Sultan Perak misalnya masih mewarisi Potoh Naga yang melambangkan
baginda darpadai keturunan Iskandar Zulkarnain.
Raja Parahu dan permaisuri Ati
Potoh
Punt digambarkan sebagai tanah yang subur, kaya
dengan pokok-pokok kemenyan yang besar serta rimbun tumbuh melata menjadi
tempat berteduh lembu-lembu peliharaan orang-orang Punt. Terdapat juga
pokok-pokok seakan-akan kelapa atau kurma atau pinang memayungi rumah-rumah
mereka.Disebelah rumah mereka mengalir sungai sungai. Rumah-rumah orang Punt
mempunyai tiang dan tangga.
Pada relief di Makam
Min pula,seorang pegawai kepada Thutmose III ada merakamkan lawatan seorang
pelayar dari Punt yang tiba ke pantai Mesir dengan kapalnya yang ganjil (yang
dilukis oleh pelukis Mesir Purba ketika itu). Kajian dari pakar dan cendekiawan
bersepakat mendakwa bahawa bentuk kapal pada ukiran di makam kuno itu lebih
cenderung kepada kapal-kapal Melayu terutama di Sumatera. National Geographic
bilangan 159 yang diterbitkan pada tahun 1981 ada mengulas tentang kapal
Sumatera ini. Satu daripada barang terpenting yang mendapat permintaan tinggi
para pedagang Mesir purba adalah Anti atau kemenyan Punt. Untuk pengetahuan ukiran
di dinding Kuil Ratu Hatshepsut ada memperincikan tentang kemenyan dan pokoknya
sekali. Dan yang mengejutkan adalah pokok kemeyan itu hanya hidup di Nusantara.
Namun segala yang dipersembahkan ini adalah masih diperingkat teori, masih wujud perdebatan antaranya berkaitan hasil export PUNT yang mana salah satunya adalah Zirafah. Mana mungkin Nusantara ada zirafah, cuma andai wujud teori menidakkan zirafah ini ialah teori kerajaan PUNT yang baru disebelah Afrika kenapa dan mengapa wujudnya dua kerajaan PUNT masih menjadi tanda soal. Andai benar PUNT itu kerajaan dari asal tempat kita seharusnya kita berbangga kerana semua bangsa-bangsa hebat (Assyaria,Akkadia, ChaldeaBabylon, Firaun dan bangsa Qibti Mesir Purba yang membina
piramid) hampir lenyap dari peta
sejarah, jika ada sisanya sekalipun,keadaan mereka amat menyedihkan. Namun , bangsa yang pernah dilawati para
Firaun Mesir beribu-ribu tahun dahulu masih ada! Menariknya,mereka(kita) masih mengucapkan
perkataan-perkataan yang pernah didengar oleh utusan Firaun dahulu, kira-kira
3500 tahun yang silam!
Semakin dalam dikaji semakin banyak persoalan muncul dan bagaikan semakin dekat kita membuktikan teori PUNT itu NUSANTARA. RAWZONES tinggalkan perkongsian kali ini dengan dua info:-
Satu prasasti yang ditemui
di Benua Amerika yang dipercayai milik tamadun seperti Maya dan Aztek, telah
merakamkan ketibaan kapal-kapal dari Mesir Purba dan penduduk di Benua Amerika
berkata: “kamu tidak sepatutnya sampai ke sini, kecuali datang dari arah Tanah
Punt”.
Gelaran dewa-dewi HIndu kepada Nusantara sebagai ‘The
Fabulous Land of Gold’ begitu juga para Firaun yang mengenal Punt sebagai
tempat menghasilkan emas dan kemenyan.
*Cuba Google Punt dan lihat apa definisinya
RUJUKAN:-
dn pelbagai sumber lain
.
nice info...
ReplyDeleteMungkin juga mesir purba mencari kapur barus untuk awet mumia.. kapur barus terdapat di semanjung tanah melayu borneo dan juga sumatera utara...
ReplyDelete