ads ads ads ads ads ads ads

Thursday, April 17, 2014

Bloody-Moon




Gerhana Bualan Merah Saga gelaran yang ku berikan kepada fenomena  gerhana bulan  berdarah “The Blood Red Moon” Istilah blood moon amat jarang digunakan dalam kalangan astronomi. Kalaupun menggunakannya, para astronomi menggunakannya sebagai sebagai nama alternatif untuk Hunter's Moon (bulan purnama yang mengikuti Harvest Moon, yang biasanya muncul pada akhir Oktober). Hunter's Moon, seperti juga Harvest Moon, berlaku pada malam musim luruh sehingga bersinar melalui lapisan tebal atmosfera Bumi. Warnanya menjadi merah oleh hamburan Rayleight (hamburan elastis dari cahaya atau radiasi elektromagnetik lain oleh partikel lain) dan polusi udara.

Namun, sebuah gerhana bulan adalah sesuatu yang sangat berbeda. Itu terjadi pabila Bulan melepasi bayangan Bumi. Punca sebenar fenomena tersebut adalah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Bayangan Bumi terdiri dari dua bahagian: sebuah inti gelap disebut "umbra", dan bahagian luar yang lebih terang disebut "penumbra". Bayangan inti biasanya memberi warna jingga atau merah oleh cahaya yang melewati cincin atmosfera yang mengelilingi Bumi. Bergantung kepada keadaan atmosfera Bumi yang dilewati cahaya Matahari, umbra boleh berwarna dari terang tembaga-merah-hingga hampir hitam sepenuhnya.


Menerusi laporan rasmi NASA, fenomena bulan berdarah dijangkakan berlaku sebanyak dua kali pada tahun 2014 iaitu pada 15 April dan 8 Oktober dan dua kali pada tahun 2015 jatuh pada 4 April  dan 28 September .


Fenomena Gerhana Bualan Merah Saga ini sebenarnya adalah satu fenomena yang biasa berlaku. Cuma yang luar biasanya tentang fenomena kali ini ialah ianya bakal berlaku 4 kali berturut-turut dalam dua tahun ini DAN akan berlaku satu gerhana matahari di tengah-tengahnya. Keadaan 4 kali gerhana ini dikenali sebagai tetrad (four blood moons) dan 3 lagi gerhana bakal menyusul. Mengapa pihak Rawzones berkongsi dan berbincang mengenai fenomena gerhana bulan penuh sebegini?. Suka untuk pihak kami menarik perhatian pembaca yang setiap kali berlakunya Four blood Moon pada kali ini jatuh pada tarikh yang penting bagi Kaum Yahudi.

Tetrad Bulan Berdarah untuk 2014 hingga 2015 dijadualkan jatuh pada tarikh-tarikh berikut:

1)     Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Passover pada tarikh 15 April 2014.
2)     Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Sukkot pada tarikh 8 Oktober 2014.
3)     Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Passover pada tarikh 4 April 2015.
4)    Gerhana Bulan Berdarah semasa perayaan Sukkot pada tarikh 28 September 2015.



Untuk pengetahuan, perayaan Passover ialah salah satu perayaan Yahudi yang disambut bagi mengenang peristiwa di mana malaikat dihantar oleh Tuhan untuk membunuh setiap anak sulung keluarga musuh orang-orang Yahudi dikalangan bangsa Qibti keturunan Firaun di zaman Musa.

Perayaan Sukkot pula disambut dengan orang-orang Yahudi, dianjurkan untuk menziarahi Saumaah mereka di Jerusalem. Ia bagi mengenang penderitaan selama 40 tahun tersesat di gurun selepas terselamat dari perhambaan Firaun di zaman Musa.

"Four Blood Moons: Something Is About to Change" (Worthy Publishing, 2013) karya John Hagee, menjelaskan hubungan antara 4 gerhana bulan penuh dengan  soal pengakhiran zaman. Namun ramai yang membidas buku ini dan mengatakan sebagai satu dongeng ciptaan manusia (adakah Benar ia Cuma dongeng?). “Takkan tk pernah jadi sebelum ni” ayat klise yang bermain difikiran pembaca sekarang. Benar pernah berlaku rentetan gerhana bulan berdarah dan Tetrad four blood moon sendiri pernah berlaku.


Namun Tetrad yang jatuh pada hari-hari perayaan istimewa Yahudi hanya pernah berlaku tujuh kali di dalam sejarah semenjak tahun masihi yang pertama. Berikut Tetrad Bulan Berdarah istimewa bagi mereka ini :

1. 162-163 Masihi
2. 795-796 Masihi
3. 842-843 Masihi
4. 860-861 Masihi
5. 1493-1494 Masihi
6. 1949-1950 Masihi
7. 1967-1968 Masihi

Dalam 500 tahun kebelakangan ini, tetrad telah berlaku sebanyak tiga kali. Pada tiga Tetrad terakhir fenomena ini ianya disusuli dengan peperangan antara Islam, Yahudi dan Kristian. peperangan antara haq dan bathil,:

Pada Tetrad 1493 – 1494, Ratu Isabella dan Raja Ferdinand menghalau bangsa Yahudi keluar dari Andalusia dan semua jajahan mereka. Peristiwa Spanish Inquisition menjadi sebahagian daripada sejarah yang memaparkan kekejaman manusia ke atas sekumpulan manusia lain. Bukan setakat bangsa Yahudi dihalau keluar, tetapi orang-orang Islam pun turut dibunuh, disembelih dan dihalau keluar pada ketika itu(Kejatuhan Empayar Islam Moro).

Pada Tetrad 1949 – 1950, berlakunya peristiwa penubuhan Negara Israel. Mereka menakluki Israel pada 1948, tetapi kerajaan rasmi mereka didirikan pada 25 Januari 1949. Mereka menafsirkan peristiwa itu sebagai peristiwa yang malang kerana mereka diserang dari segenap arah oleh tentera-tentera Arab dari negara-negara Arab disekeliling mereka. Itu tafsiran mereka. Kita pula melihat tahun itu bermulanya tahun pertama Tahun an Nakbah. Saudara-saudara segama kita dihalau, dibunuh, dirobek dan dihapuskan secara terancang oleh rejim ini.

Pada Tetrad 1967 – 1968, berlakunya peperangan 6 hari. Mereka menggelarkannya sebagai Peperangan 6 Hari. Ia berlaku 6 tahun sebelum peperangan Yom Kippur. Kegagalan orang-orang Arab untuk bersatu dalam satu tekad menyerang Israel, pengkhianatan Raja Jordan dan bantuan segera pohon Gharqad Yahudi iaitu Amerika Syarikat, menyebabkan orang-orang Islam kehilangan lebih banyak wilayah di dalam peperangan tersebut. Bukit Golan sehingga kini masih dikawal Yahudi.


Di dalam Talmud, peristiwa gerhana bulan ini sentiasa dikaitkan dengan alamat tentang malapetaka yang akan menimpa golongan Yahudi. Tetapi apabila gerhana itu berlaku, dan bulan kelihatan berwarna merah semasa berlakunya gerhana tersebut, maka ia dikatakan memberi alamat bahawa ‘pedang akan muncul ke dunia’. Secara ringkas, gerhana bulan membawa erti bala dan mala petaka untuk orang Yahudi. Gerhana dengan ‘bulan berdarah’ membawa erti ‘pedang bakal muncul’ dan gerhana matahari bererti ‘bala ke atas seluruh penduduk dunia.’ Itu apa yang mereka percaya.

Persoalannya, apa pula yang akan berlaku dan sedang dirancangkan mereka pada Tetrad Bulan Berdarah 2014 hingga 2015?


Walaubagaimanapun, kewujudan fenomena GERHANA MATAHARI DITENGAH-TENGAH the four blood moon memberikan satu dimensi berbeda kepada mereka yang mana mereka menganggap yang bakal berlangsung ini adalah sesuatu yang mereka nanti-nantikan.Mereka menganggapnya sebagai salah satu ‘prophecy’ atau ramalan yang bakal melengkapkan aturan NWO – New World Order mereka melalui ayat yang dipetik;

“The sun shall be turned into darkness, and the moon into blood, before the great and terrible day of the Lord come.”

 “Matahari akan berwarna hitam dan bulan akan berdarah, sebelum hari kedatangan Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Dasyat.”
Joel 2:31 (Kitab Injil)


Mereka juga menganggapkan  Tetrad 2014 – 2015 ini sebagai satu Tetrad yang perlu diberi perhatian. Kerana ia merupakan Tetrad ke lapan yang berlaku di dalam sejarah sejak daripada kemunculan Nabi Isa a.s. Angka lapan sentiasa merupakan angka yang istimewa bagi golongan Yahudi. Ia menggambarkan satu permulaan baru. Tuhan, mereka percaya menciptakan Alam selama 6 hari. Tuhan berehat pada hari ketujuh mengikut kepercayaan mereka dan kebangkitan baru bermula pada hari ke lapan. Yahudi membahagikan hari kepada set 7 hari seperti lain-lain bangsa. Tetapi hari pertama Yahudi bermula pada hari Ahad. Bermula Ahad sehingga Jumaat, mereka perlu bekerja keras. Datang hari ke Tujuh, iaitu Sabtu, mereka perlu berehat bagi menghormati Sabbat. Hari ke lapan ialah hari pertama iaitu Ahad kembali.

 yom rishon = "first day" = (Sunday)
 yom sheni = "second day" = (Monday)
 yom sh'lishi = "third day" = (Tuesday)
 yom revi'i = "fourth day" = (Wednesday)
 yom chamishi = "fifth day" = (Thursday)
 yom shishi = "sixth day" = (Friday)

Jesus, di dalam kepercayaan mereka, bangkit semula dari kubur setelah di bunuh di Bukit Tengkorak, pada hari Ahad. Jadi hari Ahad ialah hari kebangkitan. Ada di antara golongan Yahudi sedang sibuk menyebarkan kepada dunia, bahawa kedatangan Isa a.s. sudah dekat dengan kedatangan Tetrad Bulan Berdarah ke lapan ini. Lalu, Baitulmaqdis kini berada di dalam radar pencerobohan mereka.

Ermmm, Bacaan ini memerlukan banyak sumber rujukan silang agak tidak silap pemahamannya. Lakukan selidikan anda dan bersama-sama kita melalui the next 3 blood red moon. 

References: 

                            

No comments:

Post a Comment