Kami kongsikan satu pencerahan yang amat menarik
daripada pihak The Patriot, Segala Kredit adalah kepada pihak The Patriot
Salam dan selamat hendaknya kepada semua pembaca.
Dalam posting kali ini kita akan menyambung pengembaraan untuk mencari kaitan
diantara bangsa Sumeria dan bangsa Nusantara atau Austronesia sejak beribu-ribu
tahun dahulu. Kita bertuah kerana sudah ada sedikit sebanyak kajian yang dibuat
oleh para pengkaji barat mengenai fenomena yang boleh dikatakan sangat
misterius ini.
Sebenarnya terdapat banyak persamaan diantara
bangsa kita atau Austronesia dengan Sumerian ini, seperti dalam sudut bahasa,
keagamaan atau Theologi, kebudayaan dan juga mitos-mitos kewujudan. Ada
sesetengah pengkaji yang menolak persamaan ini dan mengatakan ia hanyalah
kebetulan semata-mata. Namun adakah suatu kebetulan boleh muncul dengan banyak
sekali? Sudah tentunya tidak! Oleh itu mari kita bersama-sama menelusuri zaman
purba untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.
Seperti yang dikaji ahli sejarah diperkirakan
bahawa zaman gangsa dimulai sekitar 5000-6000 tahun yang lalu sekaligus menjadi
salah satu tonggak sejarah terpenting dalam bidang pembuatan logam. Gangsa
dipebuat dari peleburan yang kompleks dari tembaga dan timah dan masih di
keluarkan hingga sekarang.
Di kawasan
Mediteranian logam timah adalah sangat kurang, ini berbeza dengan Asia Timur
dan Asia Tenggara sebagai sumber timah terbesar di dunia baik dari zaman kuno
hingga sekarang. Oleh sebab itulah perdagangan diantara kawasan Nusantara dan
Asia Barat sangat penting pada zaman purba. Tetapi pada saat itu timah bukanlah
satu-satunya yang dibawa oleh orang Asia dan Austronesia ke dunia sebelah barat
kerana para arkeologi telah menemukan cengkih di dalam bejana kapal di Syria
dengan bukti tahun setidaknya 1721 SM.
Bangsa Pheonicia
ternyata telah membawa cengkih di awal kelahiran aksaranya, bahkan lebih awal
lagi, kira-kira tahun 3000 SM, Mesopotamia telah menggunakan tumbuhan Nusantara
itu untuk daging yang sudah tidak segar lagi, sekaligus untuk pengubatan.
Kerana zaman
keemasan perdagangan cengkih antara Nusantara dengan pedagang-pedagang dari
berbagai bangsa seperti India, Arab, Eropah, adalah berterusan beberapa ribu
tahun kemudian, maka cengkih tentunya dikonsumsi sendiri oleh orang Sumer dan
Pheonicia. Hubungan dagang yang sudah terjalin sejak awal peradaban ini
menandakan mereka berkomunikasi dengan bahasa yang sama, atau setidaknya satu
bahasa lingua franca yang difahami bersama .Orang Sumeria sering menyebut
orang-orang laut dan pedagang tersebut sebagai bangsa Magan dan Meluhha/
Melukha (Mungkin Maluku atau Malayu/Malaka?).
Hubungan ini wajar
jika dilihat dari yang tertulis di dalam dialog Kritias. Plato menulis bahawa
di awal kehidupan, ada dua komuniti yang berbeza yang dibaratkan sebagai
‘gembala’ dan ‘pelaut’. Kanaan (Pheonicia) dan Sumeria adalah bangsa pelaut
berorientasikan hilir sekaligus merupakan pembina kota-kota pelabuhan pertama
di Timur Jauh yang tentunya mempunyai tradisi yang sama dengan pelaut-pelaut
ulung Austronesia.
Sumeria merupakan
peradaban tertua di dunia termasuk yang pertama menyumbangkan ilmu-ilmu
peradaban seperti; penulisan, irigasi, undang-undang, agama, ilmu-ilmu sains
(aritmatik, geometri, kalender, senibina), dan sebagainya.
Kota-kota Sumeria
adalah yang pertama mempunyai sistem pertanian yang sistematik sejak 5300 SM
dan perkembangan sistem penulisannya sudah dimulai sejak 3500 SM. Karya-karya
Sumer adalah yang tertua di dunia dan tetap terpelihara hingga era Babilon,
lalu berkembang hingga ke Timur Tengah dan Mediteranian, dan memberi sumbangan
khususnya kepada tamadun Yunani dan Yahudi. Misalnya, dua dari empat sungai
taman Eden dalam kitab mereka bernama Tigris dan Euphrates.
Selain itu, seperti
yang telah saya sebut berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan
Sumeria Purba. Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari
laut-laut jauh yang panggil sebagai Dilmun, Magan dan Melluha. Menurut pengkaji
budaya Melayu dari Eropah, adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria
untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia.
Di dalam bahasa
Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas
atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan
'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.
Di dalam bahasa itu
juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari'
adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun'( Beralun dlm bahasa
Melayu) dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat. Selain itu
perkataan GU dalam bahasa Sumerian ada persaman dengan perkataan KU atau AKU
dalam bahasa Melayu kerana maknanya adalah sama iaitu saya manakala perkataan
KAMI dalam bahasa Sumeria adalah ME.
Di bawah saya
sertakan sebuah jadual berserta dengan perbandingan diantara bahasa Sumeria
dengan bahasa Melayu. Saya hanya menyediakan 7 persamaan sahaja sedangkan ada
berpuluh lagi persamaan yang boleh kita jumpa. Melalui jadual ini kita dapat
lihat betapa dekatnya persamaan tersebut.
Selain itu bahasa
Sumeria tidak sama dengan rumpun Indo-Eropah atau Afro-Asiatik (Mesir, Berber,
Semit, dsb) yang terdapat di sekelilingnya, seolah-olah ia bahasa asing yang
terpulau. Meskipun sudah lama pupus, Paul Kekai Manansala, menjumpai banyak
kata-kata Sumer di dalam rumpun Austrik (Asia Tenggara, Asia Selatan, Oceania
termasuk bahasa Melayu) . Apatah lagi di samping cengkih, Sumer juga
menggunakan kerbau Asia, berkemungkinan kerbau ini berasal dari jenis Asia
Tenggara (kerbau bubalus bubalis carabanesis), seperti yang terlihat pada sigil
Sumerian abad ke-3 SM.
Mungkin ada diantara
anda yang terlepas pandang klu-klu yang terdapat di seluruh Nusantara. Seperti
juga ahli-ahli Freemason, orang-orang Nusantara terutama Melayu-Polenesia gemar
menyorok klu tentang rahsia bangsa mereka dalam senibina rumah atau bangunan
yang dibina mereka.
Anda tidak percaya?
Sebagai contoh rumah adat Toraja satu arkitektur tradisional dikenali sebagai
Tongkonan. Materialnya adalah terbuat daripada kayu uru, kayu lokal yang sekuat
kayu jati. Arahnya selalu menghadap ke utara. Atapnya berbentuk melengkung
seperti Minangkabau.
Meskipun orang
Toraja ini tinggal di kawasan pegunungan, namun atap melengkung indah tersebut
ternyata berkait rapat dengan lautan atau perairan. Bentuk rumah dengan atap
lengkung itu menggambarkan sebuah perahu atau kapal. Model atap tersebut
menggambarkan perahu yang digunakan Puang Buralangi pada masa berlayar ke
Toraja, ribuan tahun silam. Dalam mitologi Toraja, Puang Buralangi adalah
manusia pertama yang diciptakan Tuhan.
Buralangi diciptakan
Tuhan di bahagian utara langit dan kemudian diturunkan di daerah yang disebut
Pongko sebelum pergi ke Toraja dan beranak-pinak di sana. Pongko itu berada di
daerah utara. Itu sebabnya, tongkonan selalu menghadap ke utara. Tidak ada
kepastian di mana Pongko itu berada. Ada yang berpendapat ianya China,
Wallahhua’lam. Kisah penciptaan Buralangi juga berkait tentang banjir besar
yang meneggelamkan daerahnya. "Kerana keadaan ini juga Puang Buralangi
menggunakan perahu untuk ke Tanah Toraja. Perahu ini kemudiannya diabadikan
dalam bentuk atap rumah.
Kemegahan rumah Nias
ini seakan-akan memberi gambaran kepada kita akan Bahtera Nabi Allah Nuh.
Terdapatnya versi
lain tentang mitologi banjir di Toraja, yang diungkap oleh Stephen Oppenheimer
mengenai teori yang ditulis dalam bukunya, Eden in the East: Benua yang
Tenggelam di Asia Tenggara. Buku ini sangat menarik untuk dibincangkan. Ianya
agak sensasi tapi amat memikat hati kita kerana bersangkut-paut dengan masa
lalu sejarah kita yang misterius ini.
"Karakter khas
mitologi di kawasan Nusantara dan Asia Tenggara adalah banyaknya cerita
banjir," kata Oppenheimer dari Universiti Oxford, London. Kata-kata ini
sangat penting kerana ianya adalah klu yang terawal dan terpenting yang harus
kita baca dan faham jika kita mahu merungkai sejarah purba bangsa Nusantara.
Kisah banjir ini yang menjadi dasar teori Oppenheimer bahwa banyak peradaban
tertua di dunia berasal dari kawasan Nusantara, terutama dari wilayah Pentas
Sunda, yang sekarang sudah tenggelam menjadi Laut Sunda dan Laut Cina Selatan.
Bukti lain yang digunakan Oppenheimer adalah pemetaan genetik.
Pentas Sunda atau
Sundaland adalah wilayah dataran luas yang berada di wilayah Indonesia dan
Malaysia sekarang.
Sebelum dipisahkan oleh
laut kerana Zaman Ais berakhir sekitar 6.000 tahun sebelum Masihi, Sumatera,
Jawa, dan Borneo masih menyatu dengan Asia. Daratan ini juga menghubungkan
Kalimantan dengan wilayah selatan Cina. Oppenheimer percaya, pada masa Pentas
Sunda itu belum tenggelam, penduduknya sudah memiliki kemampuan teknologi
bertani, mencari ikan, atau membuat tembikar. Kemampuan pertanian ini boleh
dikatakan paling tua di dunia.
"Belum ada
masyarakat lain (di dunia masa itu) yang boleh melakukannya," kata
Oppenheimer.
Apabila Pentas Sunda
dibanjiri air secara mendadak, penduduknya mula
berpindah. Mereka membawa bersama teknologi pertanian dan sebagainya ke seluruh
dunia. Di barat, pengaruh para imigran dari wilayah kita dan sekitarnya sampai
Eropah, sedangkan di timur mereka sampai ke Benua Amerika dengan melalui Selat
Bering, yang ribuan tahun lalu masih boleh dilalui dengan berjalan kaki, tidak
perlu menggunakan perahu. Menurut Oppenheimer, oleh sebab itulah peradaban
Sumeria, 5.000 tahun SM, juga dipengaruhi oleh peradaban orang-orang bertutur
bahasa Austronesia- dalam keluarga bahasa yang mencakup bahasa-bahasa di
Indonesia-Malaysia dari Asia Tenggara.
Selama ini ahli
sejarah menyatakan di Sumeria sistem undang-undang sudah dikembangkan, teknik
ketenteraan sudah cukup maju sehingga terjadinya perang diantar kota-kota atau
City -state. Roda, adalah salah satu penemuan teknologi paling berpengaruh di
dunia, juga sudah diciptakan pada masa ini. Dan terutama sekali huruf telah pun
digunakan, iaitu dalam bentuk huruf paku atau cuneiform.
Namun apa yang lebih
memeranjatkan, Oppenheimer melihat beberapa penemuan dari Sumeria menunjukkan
adanya persamaan dengan kebudayaan atau teknologi masyarakat Austronesia.
Persamaan benda-benda Neolitik yang muncul di Asia Tenggara dan Mesopotamia
sekitar 7.500 tahun lalu juga menjadi salah satu bukti. Tembikar yang ditemukan
di Ur, yakni salah satu kota tua Sumeria, menunjukkan beberapa persamaan dengan
tembikar kelompok masyarakat Austronesia di Asia Tenggara seperti penggunaan
cat warna merah.
Begitu juga, dengan
penemuan patung-patung dengan cacah atau tato yang mirip dengan cacah kita.
Seni membuat cacah alias tato itu adalah ciri-ciri khas Austronesia. Tidak
hanya teknologi yang disebarkan para penduduk Nusantara ribuan tahun silam ke
berbagai penjuru dunia, tetapi juga mitologi kisah banjir. Sebagai contoh Epik
Gilgamesh, iaitu kisah banjir besar Sumeria yang memiliki pesramaan dengan
banjir Nuh, menurut Oppenheimer, bertitik-bertolak dari kisah tenggelamnya
Dataran Sunda di wilayah Nusantara dahulu kala.
Sejak dua abad yang
lalu, cerita banjir Nabi Nuh adalah satu-satunya legenda tentang banjir besar
yang dikenali dunia mutakhir. Munculnya mitologi banjir besar, yang sebahagian
kisahnya sangat mirip kisah Nabi Nuh, dalam dunia moden apabila tablet-tablet
tulisan huruf paku, semacam buku dari kerajaan Sumeria, ditemukan di Irak oleh
Hormuzd Rassam pada 1853.
Tablet-tablet itu
pertama kali diterjemahkan oleh arkeologis Inggeris, George Smith, pada awal
1870. Tablet itu berisi kisah Gilgamesh, seorang Raja Sumeria. Dalam cerita
itu, Gilgamesh bertemu dengan Utnapishtim di negeri timur yang mengaku telah
selamat dari banjir besar yang melanda negerinya kerana dia sempat naik perahu
besar.
Dalam perahu itu, ia
membawa semua benih yang boleh ditanam. Setelah beberapa hari, ia melepaskan
burung untuk mengetahui apakah sudah nampak ada daratan. Arkeologis Inggeris
lain, seperti Sir Leonard Woolley, pada 1929, menyimpulkan bahawa kisah
Utnapishtim dan banjir Nuh itu adalah sama. Namun hanya Allah yang lebih
mengetahui samaada kisah itu dan orang itu adalah sama seperti yang dikhabarkan
dari al Quran.
Tetapi tidak boleh
tidak kita juga harus mengikuti perkembangan jumpaan bukti semasa. Dalam
pengkajian dan pencarian akan Bahtera Nabi Nuh, saya yakin dunia telah
mengiktiraf bahawa bahtera yang dijumpai di puncak gunung Ararat adalah bahtera
Nuh yang asli. Jikalaupun ia bukan bahtera Nuh, kita juga mendapat kepastian
bahawa sememangnya pernah berlaku suatu banjir yang maha besar suatu ketika
dahulu, yang dapat menjelaskan mengapa boleh ada kapal purba diatas puncak
gunung.
Sekadar illustrasi
Jika benar bahawa
bahtera tersebut adalah bahtera Nabi Allah Nuh maka kita makin dekat dengan
konklusi bahawa Nabi Nuh sebenarnya berasal dari tamadun Pentas Sunda yang
telah tenggelam! Mengapa saya berkata sedemikian? Adakah saya naik kerasukan?
Oh...tidak anda jangan terburu-buru kerana masih banyak yang harus kita
bincangkan, jangan lari, saya bukan gila isim...
Sebenarnya para
pembaca sekalian baru-baru ini (2010), gabungan pengkaji arkeologi dan
antropologi dari dua negara, iaitu China dan Turki, seramai 15 orang, yang juga
merakam film dokumentari tentang tapak kapal Nabi Nuh AS itu, telah menemukan
bukti baru. Mereka mengumpulkan artifak dan fosil-fosil berupa serpihan kayu
kapal, dan paku.
Hasil kajian makmal
Noah’s Ark Ministries International, China-Turki, setelah melakukan ujian
material fosil kayu oleh ahli tanaman purba, menunjukan bukti yang amat-amat
mengejutkan, yakni fosil kayu Kapal Nabi Nuh AS sebenarnya berasal dari kayu
jati yang ada di Pulau Jawa!
Saintis China ini
menemukan bukti yang memeranjatkan dunia Arkeologi!
Mereka telah
meneliti ratusan sample kayu purba dari berbagai negara, dan memastikan, bahawa
fosil kayu jati yang berasal dari kawasan Jawa Timur dan Jawa Tengah 100
peratus tepat dengan sample fosil kayu Kapal Nabi Nuh AS.
Mereka meyakini 99
peratus, bahwa tapak kapal di Gunung Ararat, Turki adalah merupakan fosil Kapal
Nuh yang ribuan tahun lalu terdampar di puncak gunung itu, setelah banjir besar
menenggelamkan dunia dalam peristiwa mencairnya glisier di kedua-dua kutub.
Daripada kajian ini maka jelas kepada kita bahawa misteri dunia dan rahsia
Allah itu tidak semudah yang kita sangka. Rupa-rupanya ada sebab mengapa Allah
swt menempatkan umat Islam teramai di dunia di Kawasan Nusantara! Rupanya tanah
bertuah ini adalah tanah para Nabi sebelum kewujudan Bani Israel. Samaada
hipotesis saya ini benar atau tidak hanya Allah yang maha mengetahui.
Inilah pohon kayu
Jati yang terkenal di Nusantara.
Namun kisah ini
tidak berakhir disitu. Berbalik kepada topik banjir besar, yang lebih
memeranjatkan lagi bahawa kisah Utnapishtim atau banjir Nuh ini bukanlah
satu-satunya kisah tentang air bah besor. Beberapa kisah yang serupa mulai
ter-identifikasi di seluruh dunia dan ini memeranjatkan para sejarawan. Ini
semua dapat mengukuhkan lagi bukti bahawa Nabi Nuh mungkin berasal dari
Nusantara.
Di Wales misalnya,
sebuah negeri kecil yang pemerintahannya menyatu dengan England ada kisah
mengenai tasik Llion yang menyembur dan membanjirkan seluruh daratan kecuali
Dwyfan dan Dwyfach. Mereka selamat dengan kapal tanpa tiang dan kembali
mendiami Pulau Pridain (Britania). Kapal itu berisi sepasang binatang dari
setiap makhluk yang hidup.
Di Tahiti, misalnya,
ada kisah banjir setinggi gunung, selama sepuluh hari. Apa yang jelas ia bukan
tsunami, yang mungkin sudah dikenali di daerah itu, kerana lamanya sampai 10
hari. Manakala suku Ami, salah satu suku pribumi di Taiwan, memiliki ciri yang
sama dengan dongeng di Tibet-Burma dan Austro-Asiatik di India Timur. Kisahnya
tentang banjir yang singkat, menyelamatkan diri dengan kotak kayu, mendarat di
gunung, dan pembiakan orang yang selamat.
Tetapi ada sesuatu
yang merunsingkan saya, Ianya adalah mengenai asal usul-Nabi Nuh itu sendiri.
Seperti yang anda tahu perbincangan ini adalah untuk mencari titik mula
perkaitan diantara Orang Sumeria dengan Nusantara. Persoalannya disini sama ada
benar ataupun tidak Nabi Nuh itu rumpun Austronesia? Jika benara maka misteri
persamaan bahasa diantara Sumeria dan Nusantara Austronesia telah terjawab.
Mereka adalah daripada Induk bangsa yang sama.
Para readers
sekalian, sebenarnya tidak ramai yang tahu bahawa Sumeria mempunyai satu
lagenda mengenai kedatangan seorang pendita berbentuk makhluk dua alam dari
timur. Makluk ini jika dilihat pada Plate-plate tinggalan mereka ianya
berbentuk seakan-akan reptilian seperti biawak atau ikan serta burung, namun
sejak kali pertama saya melihatnya saya percaya ianya adalah NAGA! Menurut
riwayat pendita ini datang dari arah laut di timur dengan berenang dari lautan
Hindi.
Dalam lagenda mereka
juga pendeta ini dikatakan pendatang dari Dilmun atau Eden yakni tanah bertuah
ini bertujuan untuk mengajar sesuatu ilmu spritual kepada orang-orang Sumer.
Dalam legenda Babilon, kedatangan imigran Nusantara dirakam dalam kisah tujuh
orang pendita yang datang dari laut (Timur) membawa berbagai pengetahuan baru.
Kisah seperti ini juga terdapat di Hindukush (pusat peradaban Indus kuno) dan
dimuat dalam Buku Kematian Mesir kuno.
Seperti yang telah
saya paparkan sebelum ini Oppenheimer telah memberikan satu senarai yang
panjang mengenai mitos-mitos masyarakat Mesopotamia dan Asia Barat secara
umumnya yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara atau Nusantara.
Pendita dari timur
ini bernama Annunaki!
Dalam lagenda ini
juga pendatang dari timur ini sering digambarkan sebagai sesuatu yang baik dan
positif namun ada juga gambaran yang negatif. Menurut pengkaji, terdapatnya
konflik yang wujud diantara dua kelompok pendatang yang singgah di Sumeria ini.
Dalam the Book of Enoch, dua kelompok pendatang dari timur ini dikatakan telah
berperang sesama mereka. Sebagai contohnya dalam tradisi lagenda masyarakat
Yahudi pertelingkahan berlaku kerana faktor perebutan hak perdagangan dan
perniagaan yang tidak jujur. Hal ini menunjukkan bahawa pendita dari timur ini
juga turut memperkenalkan konsep perdagangan dan perniagaan kepada mereka.
Hal ini dapat
dibuktikan dengan penggunaan siput cowry dan lingkaran siput yang dikerat
sebagai matawang Sumeria awal sepertimana yang digunakan oleh masyarakat
Austronesia. Apa yang lebih mengejutkan ialah cara ia digunakan juga sama
dengan orang Austronesia iaitu ianya ditebuk lubang dan dijadikan sebagai
rantai atau gelang untuk dibawa ketika membeli. Persamaan ini tidak boleh
dikatakan sebagai kebetulan kerana bangsa lain di sekitar Mesopotamia tidak
mempunyai matawang seperti itu. Sehingga sekarang para pengkaji masih bingung
apakah barangan yang didagangkan orang Sumer dengan Dilmun. Namun produk kayu
atau balak adalah salah satu komoditi yang dapat dipastikan.
Siput yang dikerat
hujungnya.
Dalam catatan Yahudi
kuno ada menyatakan tentang hubungan perdagangan diantara para pedagang
Pheonicia yang membawa kayu dinamakan Almug dari sebuah tempat yang jauh
ketimur. Menurut catatan itu lagi perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut
mengambil masa selama tiga tahun dengan menaiki kapal.
Para pengkaji moden
telah cuba mencari jawapan apakah yang dimaksudkan dengan kayu Almug tersebut
dan kebanyakan dari mereka mengatakan ia adalah kayu Jati atau Gaharu atau
mana-mana jenis kayu wangi yang lain yang berasal dari kawasan tropika.
Perdagangan kayu-kayuan ini berkemungkinan besar adalah permulaan kepada
munculnya perdagangan rempah ratus dari timur. Apa yang pasti dalam banyak
petitih-petitih kuno Asia Barat, Dilmun digambarkan sebagai sebuah tempat yang
penuh dengan kayu-kayu wangi dan dinamakan The Land of Aromatics.
Dari sudut keagamaan
pula, dalam masyarakat Polinesia, dewi bulan mereka dinamakan sebagai Ina atau
dalam bahasa Samoa Hina dan Hawai sebagai Wahine. Perkataan wanita dan betina
juga dikatakan berasal daripada nama ini.
Apa yang menarik
adalah, dalam masyarakat Sumeria Inana merupakan nama bagi dewa bulan mereka!
Hal ini menunjukkan wujud persamaan yang amat ketara. Tablet yang bertulis nama
inana ini ditemui arkeologis dan dipercayai berumur lebih 10 ribu tahun. Malah
bukan itu sahaja. Kebanyakan daripada mitos kedewaan dan nama-nama dewa
masyarakat Sumeria adalah mempunyai persamaan dengan nama-nama dan kisah dewa
dewi orang Polinesia.
Dewi Innana.
Sepertimana
orang-orang Sumeria yang sangat mahir dalam ilmu cerap bintang, konsep ilmu ini
juga adalah sama dikalangan masyarakat polinesia. Hal ini amat memeranjatkan
para pengkaji barat. Ini mengukuhkan lagi teori bahawa orang Nusantara termasuk
Polinesia adalah pembawa tamadun kuno ke Sumeria. Perhubungan diantara Sumeria
dan Nusantara ini sudah pasti berlansung dalam jangka waktu yang amat lama
sehinggakan terdapatnya kesan-kesan yang dalam diantara kedua-dua bangsa ini
seperti kewujudan patung orang Sumeria di Candi penataran dan kewujudan
persamaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Sumeria.
Selain daripada
bukti-bukti, keagamaan dan mitos serta kebudayaan terdapat juga bukti dari segi
anthropologi dan genetic. Saintis yang telah membuat kajian menegnai rangka dan
tengkorak orang Sumeria dikatakan bahawa mereka mempunyai dahi yang agak luas,
tulang hidung yang lebar dan besar serta struktur bibir bawah yang tebal.
Ciri-ciri ini dikelasifikasikan mereka berada dalam golongan Astroloid yakni
sama seperti tengkorak orang-orang Austrik dan Austronesia.
Nah, saudara pembaca
yang budiman sekalian. Daripada perbincangan yang saya bentangkan ini maka ada
beberapa perkara pokok yang tidak harus kita terlepas pandang. Yang pertama
adalah adanya hubungan dagang diantara masyarakat Nusantara dengan Sumeria
sejak awal tamadun itu berasas lagi. Yang kedua adalah terdapatnya bukti-bukti
yang menyokong bahawa permulaan tamadun selepas banjir berkemungkinan besar
bermula di Nusantara. Hal ini diperkukuhkan dengan penemuan penggunaan kayu
jati dari Jawa dalam pembinaan bahtera Nabi Nuh.
Apa yang penting
bahawa kita perlu yakin bahawa semua ini bukanlah suatu kebetulan kerana
terlalu banyak persamaan yang dapat kita berikan dintara bangsa Austronesia
Nusantara dengan satu bangsa yang misteri dari Iraq ini yakni Sumeria. Namun
adakah semua persoalan tentang Sumeria-Nusantara ini akan tertutup dan berakhir
disini sahaja? Oh tidak tuan puan sekalian, masih banyak lagi yang perlu
dibongkar, terlalu banyak lagi yang harus dikaji, masih terlalu awal untuk kita
berpuas hati dengan bukti yang kita ada sekarang.
Oleh itu saya
sebagai penulis, menyeru para pembaca yang budiman sekalian supaya bersama-sama
untuk memecahkan kebuntuan dan misteri ini supaya dapat kita membuka dengan
lebih luas lagi pintu terahsia Bangsa Melayu ini. Sekian Wallah hu a’lam.
~ASJ~~En Kopi~
Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88