ads ads ads ads ads ads ads

Sunday, May 4, 2014

Versi yg Berbeda

Salam kepada semua para pembaca, sedang daku syok makan nasi lemak pagi td disebabkan penat melakukan %S, secara tiba-tiba terkeluar cerita pulau nangka sekali lagi. "Oh harta di pulau itu karut" "tiada tercatat baginda sultan ke pulau itu" dan ada yang mencelah "abes mcm mana depa jumpa pitih Mas baru-baru ni" Hahahah gelak kecil didalam hati heheh. 

Namun Perkongsian kali ini bukanlah mengenai pulau nangka tapi ada kaitan dengan Melaka.. Suatu cerita yang mana sebenarnya 100% aku tk percaya. Tatapi aku sharekan kerna mana tahu atau takot-takot ada diantara pembaca yang tahu bolehlah bekongsi dengan hamba yang kurang pengetahuan ini. kisah ini mengenai............




Sultan terakhir Melaka @ Tanah Semenanjung ialah Sultan Mansur Syah dan bukannya Sultan Mahmud Syah. Mereka berdua adalah adik-beradik. Si abang ialah Sultan Mahmud Syah wafat pada tahun 1468m di mana Si adik Sultan Mansur Syah mangkat pada tahun 1486m. Kedua-dua makam bersaudara ini ada di Samudera-Pasai.


Mereka ialah putera kepada Sultan Zainal Abidin Ra-'ubabdar Al-Maliku Zahir Samudera-Pasai yang mangkat pada tahun 1437m. Sultan inilah yang menamakan Tanah Semenanjung kepada Melaka dan mengirimkan puteranya Sultan Mahmud Syah sebagai raja Melaka sebelum dipangku oleh adiknya Sultan Mansur Syah Melaka berikutan kematian si abang.

Melaka @ Tanah Semenanjung mula ditakluki oleh Portugis yang berdiam di Goa-Tanah Besar Sulawesi pada tahun 1478m dan bukannya 1511m. Serangan Portugis ke atas Melaka @ Tanah Semenanjung ada kaitan dengan dendam kesumat mereka apabila Turki Uthmaniyyah berjaya dibebaskan oleh Sultan Zainal Abidin Ra-'ubabdar al-Maliku Zahir pada tahun 1413m. Turki Uthmaniyyah ditakluki oleh maharaja Konstantin pada tahun 1402m setelah sultan Turki terakhir pada masa itu... Sultan Beyazid I terbunuh dalam mempertahankan kedaulatan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1402m.

11 tahun lamanya Turki Uthmaniyyah dijajah oleh kuasa eropah pada ketika itu. Sultan Zainal Abidin Ra-'ubabdar al-Maliku Zahir inilah yang dikenali sebagai Sultan Muhammad I Turki setelah berjaya mengembalikan semula Turki Uthmaniyyah kepada kekuasaan Islam.

Bagindalah yang digelar sang penakluk dan pembuka kepada fasa baru Turki Uthmaniyyah. Baginda jugalah yang dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh di mana mursyidnya Sheikh Syamsuddin al-Waly adalah berasal dari Tanah Sumatera. Sehingga kini di utara Tanah Sumatera itu ada bukti dan dalil-dalil kuat perihal keturunan Sheikh Syamsuddin al-Waly dan pemakaman kerabat diraja Turki Uthmaniyyah.

Ketika menjadi sultan Turki... Samudera-Pasai dan Majapahit di hujung timur... baginda telah mengirimkan wali songo yang masih berusia muda tetapi bertaraf alimin. Dari Tanah Jawa ke Tanah Borneo baginda sebarkan risalah Islam melalui wali songo ini. Di Tanah Borneo lah baginda dikenali sebagai Raja Baginda dan merupakan sahabat baik kepada Laksamana Cheng Ho adik kepada Maharaja Cheng Zu daripada Dinasti Ming. Puteri Hang Li Po adalah anak perempuannya lalu dinikahkan dengan Syed Subakir di Melaka @ Tanah Semenanjung.

Seterusnya, Syed Subakir dan Puteri Hang Li Po dikirim ke Tanah Borneo lalu mendirikan Kesultanan Suku. Syed Subakir @ Suktan Syariful Hashim Abu Bakar ialah salah seorang wali songo yang dibawa dari Turki Uthmaniyyah ke hujung timur oleh Suktan Muhammad I al-Fateh Turki @ Sultan Zainal Abidin Ra-'ubabdar al-Maliku Zahir Samudera-Pasai. Baginda di dalam sejarah masyhur sebagai Hang Tuah. Haaaa... Hang Tuah? Iyer... Hang Tuah.

Syed Subakir pula kelahiran Parsi masyhur sebagai Hang Kasturi. Laksamana Cheng Ho pula adalah Hang Jebat. Sultan Mahmud Syah dan Sultan Mansur Syah masyhur dengan gelaran Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Mengarut? Entah la... cuba tanya Munsyi Abdullah... cerita Hikayat Hang Tuah versi dia tu dia dapat daripada mana?

Gelaran "Hang" ini berasal dari kata-gelar "Hyang"... merujuk pada panggilan keluarga diRaja atau Orang Atasan bagi kebanyakan orang marhaen. Kisah Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat atau Hang Kasturi adalah palsu!! Palsu? Siapa yang buat cerita palsu ini? Entah... cuba tanya Kerajaan British dan Queen of England. Diorang ni la yang dok angkat Munsyi Abdullah suruh tulis macam-macam cerita palsu.

Kisah Hang Tuah difitnah oleh Sultan Mahmud Syah pun adalah rekaan semata-mata. Salah seorang guru kepada Hang Tuah ialah Maulana Ahmad Jamadil Kubro ialah Sunan Ampel. Maulana Ahmad Jamadil Kubro ialah salah seorang wali songo yang dibawa ke sini dari Turki Uthmaniyyah. Rakan baik Syed Subakir @ Sultan Syariful Hasyim Abu Bakar Sulu @ Hang Kasturi. Maulana Ahmad Jamadil Kubro ialah Syeikhul Islam bagi kerajaan Samudera-Pasai dan Majapahit ketika itu.

Ada satu hal yang perlu disedari oleh semua anak-anak muda. Majapahit dan Samudera-Pasai ditadbir oleh dinasti keluarga diraja yang sama sejak penubuhan kedua-dua kerajaan ini. Samudera-Pasai didirikan pada tahun 625m dan berakhir pada tahun 1517m. Manakala Majapahit berdiri pada tahun 1293m dan berkahir pada tahun 1478m sama masa dengan Melaka @ Tanah Semenanjung. Ertinya... Hang Tuah ialah seorang raja besar. Baginda bukan seorang laksamana dari awal hingga wafat. Baginda bukan hanya menguasai Tanah Sumatera... malah Melaka @ Tanah Semenanjung dan Tanah Borneo juga. Bahkan Tanah Jawa juga dikuasai. Baginda bergelar Kerta Vijaya di Majapahit. Kerta Bhumi Majapahit adalah warisnya yang terakhir... apabila portugal menakluki Majapahit bersama Kutai Kalimantan-Bali pada tahun 1478m... sekali dengan Melaka @ Tanah Semenanjung.

Samudera-Pasai..Majapahit...dan Melaka amat masyhur pada zaman Sultan Zainal Abidin Ra-'ubabdar al-Maliku Zahir @ Sultan Muhammad I al-Fateh Turki Uthmaniyyah. Pada zaman ini... kerajaan besar di hujung timur ini merupakan sekutu kepada kesultanan Turki Uthmaniyyah. Sebab itulah nama Melaka mulai masyhur pada tahun 1402m. Ia bukan bermaksud ia mula diasaskan pada tahun itu seperti yang disebut-sebut di dalam buku-buku teks sekolah dan universiti tu.

Sebaliknya, ia sudah lama wujud atas nama kerajaan Muar. Ia kemudian dinamakan Melaka oleh Hang Tuah sempena istilah arab 'mulaqat' yang bermaksud tempat perkumpulan kapal dagang dan para pedagang serta para ulama'.

Versi ini adalh cedokan daripada Public Secrect, dan ini bukanlah hasil tulisan Rawzones dan tiada satu pon isi ayat diatas menjadi tangungjawab Rawzones (bukalah minda wtlah research namun sekali lg mmg kami tetap dengan pendirian tidak mengiktiraf versi ini )

1 comment:

  1. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete