Salam semua dan
bersua lagi, kali ini satu perkongsian ingin diberikan disebabkan seseorg rakan
memohon sy berkongsi mengapa keadaan dibawah berlaku:
Namun bukan hanya
tiga pyramid ini sahaja memiliki seni bina dan structure yg hamper sama malah
banyak lagi termasuklah Piramid yang berada di Tanah Melayu itu sendiri(boleh
baca disini).Piramid antara binaan yang
mempunyai senibina yang penuh misteri, dan tugu yang agung ini mengeluarkan suatu
tenaga yang agak kompleks untuk difahami. Ada yang mengatakan Piramid dibina
bagi tujuan Makam Pengebumian namun
sejauh mana kebenaran ini. Pyramid Giza,Jebel Barkal, Sudan ,Mayan Temple,
Temple of Ur, Iraq ,Ziggurat of Ancient Babylon ,Temple of Kush Kingdom, di
antara pyramid yang wujud sejak 6000 tahun yang lepas yang boleh di jumpai di
mana-mana benua di seluruh dunia.
Sumber:
http://jakehays.net/
Pyramid boleh datang dengan pelbagai bentuk dan
saiz. Di Mexico, terdapat pyramid circular (bulat) yang bertangga. Di India, seni bina seakan pyramid di sana sangat tinggi. Lurus menegak ke atas. Perkara yang sama
berlaku dengan bentuk seni bina seakan pyramid di central America, Ianya lurus menegak, manakala pyramid
di Giza, lebih lebar.
Pyramid adalah struktur yang sangat jelas.
Selalunya bermula dengan tapak empat persegi, ke empat-empat sudut membentuk
segi tiga dan bertembung di puncak. Jikalau pada zaman dahulu anda
ingin membuat sebuah bangunan yang tinggi, struktur yang sangat sesuai pada
zaman itu adalah Pyramid. Kerana struktur ini sangatlah stabil kerana
dengan adanya tapak yang boleh menyokong keseluruhan berat struktur tersebut.
Piramid Mexico, India dan central Amerika
Terdapat 250 buah pyramid yang wujud di sempadan
China, iaitu Shanxi. Berpuluh wujud di area lautan India. di Pulau Mauritius.
Pulau Canary, Utara Sudan, Mesir terdapat lebih 150 buah pyramid, 300 Pyramid
di Peru, Pyramid di Bolivia, dan lebih 10,000 buah Pyramid di Central America. Ini tidak lagi termasuk candi Borubudur dan Angkor wat. Jadi kita boleh nampak bahawa struktur 'Pyramid' ini adalah fenomena yang
berlaku di seluruh dunia. Bagaimanakah Tamadun yang datangnya dari 5 benua yang
belainan, berjauhan Beribu kilometer, semua membina struktur yang hampir sama?. Baru-baru ini satu piramid dikatakan dijumpai dibawah laut di perairan jepon untuk lebih lanjut video dibawah memberi gambaran ringkas penemuan tersebut
Boleh rujuk laman ini untuk gambaran cerita piramid didasar laut ini
Menurut beberapa teori, pembina yang membina
pyramid, hendaklah mempunyai Ilmu tinggi terutamanya dari Segi
Matematik, Astronomi dan juga ciri-ciri Geofizik bumi. Dengan ketiadaan
komunikasi antara satu dan yang lain, bagaimanakah tamadun yang tinggal di
berlainan benua ini mempunyai struktur pyramid yang hampir sama?
Shanxi, China
(Lebih lanjut boleh ke sini )
Sudan
Peru
Mauritis
Sebagai contoh, Temple Candi Sukuh di Indonesia
mempunyai ciri-ciri pyramid yang lebih kurang sama dengan pyramid yang ada di
Central America iaitu pada kaum Mayan. Temple Baksei Chamkrong, Cambodia, juga
mempunyai struktur yang sama dengan Temple Mayan di Central America. Salah satu
teori yang muncul adalah, Kemungkinan kesemua tamadun ini, mempelajari ilmu
tersebut daripada 'Guru' pembina yang sama. Pyramid tersebut mempunyai saiz struktur yang
sama, posisi yang lebih kurang sama dan terdapat juga kes di mana dua pyramid dari
benua yang berlainan mempunyai entiti yang sama sebagai contoh Puncak Pyramid.
Hindu Temple | Mayan Temple
Giza, Mesir. Di sini, di padang pasir di luar
Cairo. Berdirinya Pyramid Giza yang agung sejak beribu tahun yang lepas. 4500
tahun yang lepas, Pyramid ini lah bangunan yang tertinggi dan paling
menakjubkan di dunia suatu ketika dahulu. Mengapa dan Bagaimana pyramid ini di bina masih menjadi misteri..
Pyramid ini adalah Pyramid teragung di dunia,
bila anda berdiri di depannya, terdetik perasaan Misteri, dan pelbagai soalan
bermain minda. Siapa membinanya? Apa Tujuannya? Kenapa ia masih berdiri kukuh?
Menurut banyak testimonial, bila anda masuk ke dalam pyramid tersebut
seolah-olah terdapat sebuah tenaga yang mengelilingi dinding pyramid tersebut.
450 kaki ke udara,
mengambil ruang 13ekar. Struktur yang menakjubkan. Apa yang menarik adalah,
saiz pyramid ini. Jika tamadun purba benar inginkan sebuah Makam Pyramid,
mengapa bersusah payah untuk membina dengan saiz yang sebesar ini? Ahli
arkeologi mainstream membuat teori bahawa pyramid ini dibina skitar 2500 B.C
sebagai makam pengebumian Firaun Khufu.
Kita di fahamkan bahawa Pyramid ini dibina khas
sebagai Makam Firaun. Tetapi, Tiada satu mayat pun pernah di jumpai di dalam
pyramid tersebut. Mesti ada sebab mengapa pyramid ini wujud, ternyata Teori ia
sebagai 'Makam' tidak kukuh kerana tiada mayat, keranda atau apa-apa elemen
yang berkaitan di jumpai di dalam pyramid tersebut. Jika Pyramid di
Giza, tidak dibina sebagai Makam, jadi mengapakah ia di bina? Mungkinkah
Pyramid Giza ini mempunyai hubungkait dengan pyramid yang berada di benua yang
lain yang mana perhubungan itu telah hilang di telan zaman?
Kedua kaum Mayan dan
Mesir Purba, mempunyai Lagenda bahawa Makhluk dari Luar Bumi (yang mereka gelar
sebagai Gods / Tuhan) turun ke bumi, memberi arahan kepada mereka untuk membina
Pyramid. Sebagai contoh, untuk kaum Mesir, tuhan mereka iaitu THOTH di kenali
sebagai 'Architect of the Universe' dan dia lah kononnya yang design pyramid
Giza.Untuk mengetahui lebih lagi mengenai piramid diseluruh dunia boleh ke
laman ini.
Dalam untuk memahami mengapa sesetengah bangunan
dibina sedemikian,yang pertama kita harus memahami ialah konsep tenaga. Beberapa
bangunan dibina untuk satu tujuan iaitu untuk menyalurkan tenaga. Apabila semua benda didunia dipecahkan kepada
jisim yang paling kecil, apakah yang akan dijumpai? Ianya adalah atom, elektron
dan proton. Apakah maksudnya ini?
Ini bermaksud pada bentuk paling asas, semua
jasad adalah terdiri daripada tenaga. Begitulah yang berlaku pada semua
kejadian alam semesta ini. Bentuk paling asas adalah terdiri daripada tenaga.
Mengikut hukum pertama termodynamik, tenaga tidak boleh
dimusnahkan, tetapi hanya boleh dipindahkan. Tenaga yang tidak mengisi
mana-mana jisim akan sentiasa merambat dalam ruang kosong dalam bentuk
gelombang. Semua jenis tenaga, sama ada tenaga haba, tenaga bunyi dan tenaga
cahaya, kesemuanya merambat dalam bentuk gelombang, walaupun tenaga tersebut
mungkin tidak kelihatan seperti gelombang jika diamati pada pandangan kasar
(contohnya tenaga haba). Maka ini bermaksud alam semesta ini adalah dipenuhi
dengan tenaga. Ini bermakna tuhan telah menciptakan kita sebagai penyalur
tenaga dimana kita boleh dipengaruhi oleh tenaga disekeliling kita. Dan fokus
disini ialah dimana kita boleh mempengaruhi tenaga disekeliling kita.
Kita boleh mengeluarkan tenaga positif dan juga
tenaga negatif. Dan kita juga boleh dipengaruhi oleh tenaga positif dan negatif
yang berada disekeliling kita ini.
Bagaimanakah semua ini berlaku?
Sekiranya jasad kita mengeluarkan tenaga positif,
tenaga ini akan bercantum dengan tenaga luaran yang sama jenis, POSITIF. Maka
ini akan mengekalkan kita dalam lingkungan tenaga positif ini. Dan perkara yang
sama berlaku jika kita mengeluarkan tenaga negatif dan akhirnya mengekalkan
kita dalam lingkungan tenaga negatif.
Jadi sebenarnya kita amatlah dipengaruhi oleh
pengeluaran tenaga dari diri kita sendiri dan pengaruh tenaga dari persekitaran.
Sebab itulah kita akan berasa aman apabila berada dalam lingkungan tenaga
postitif, iaitu tenaga semulajadi alam. Inilah yang berlaku apabila kita berada
di kawasan seperti air terjun, hutan, sungai, pantai, bahkan kawasan-kawasan
suci seperti masjid khususnya. Dan daripada ibadat di kawasan yang yang
bertenaga tinggi ini, kita sebenarnya sedang mengeluarkan tenaga positif dan
ini mengekalkan kita dalam lingkungan tenaga positif yang memberikan kita rasa
nyaman.
Namun semua itu tidak mungkin berlaku tanpa kita.
perkara perkara yang dilakukan didalam bangunan itu menentukan tenaga apa yang
disalurkan. dan seperti semua benda didunia,ia boleh digunakan untuk kebaikan. atau
keburukan. Persoalannya apakah tenaga positif atau negatif yang dilahirkan
dan dikeluarkan? Jawapannya ialah jenis perbuatan manusia yang diamalkan dalam
kawasan2 yang mempunyai tenaga ini.
Apakah bentuk binaan yang baik dalam untuk
menyalurkan tenaga?
Piramid,octagon dan kubah-rekabentuk ini adalah yang paling
kuat dan lebih efisen dalam untuk menyalurkan tenaga. Mereka-Mereka memahami konsep ini dengan baik,kerana
ia dibuktikan dengan cara mereka membina bangunan mereka.sementara
masjid,gereja,dan sinagong(rumah ibadat yahudi)direka bentuk untuk menyalurkan
tenaga positif, Mereka-Mereka membina bangunan mereka untuk menyalurkan tenaga jahat
atau yang lebih terang bunyinya yakni negatif.
Burj Dubai
Sejak menara itu melepasi ketinggian 2,300 kaki
beberapa tahun yang lalu,dubai telah berada dalam keadaan kabus hampir setiap
hari,ia sekarang berada pada 2,950 kaki dan masih meninggi, dubai yang dahulunya
padang pasir yang tandus dan sekarang telah menjadi kawasan yang berkabus, tiada
lagi ahli ahli kaji cuaca yang dapat menerangkan fenomena ini. Bangunan -bagunan yang unik ditengah bandar itu akan mengaut tenaga yang berada
disekelilingnya, tetapi hanya benda hidup sahaja boleh
menghasilkan tenaga yang dikaut.yang nyatanya,ia berada disekeliling kita
diseluruh dunia dan aktiviti didalam bangunan ini adalah penentu
kepada tenaga yang disalurkan(dikautkan).
Mengikut pendapat
Dr. Philip Calahan menerusi kajiannya bertajuk Kings Chamber of the Great
Pyramids yang kemudiannya disokong oleh kajian yang dibuat Mary Hardy dan Dean
Hardy dariAmerican Institute of Electrical Engineering yang menemui penemuan
menarik (tetapi tidak mengejutkan sesetengah pihak) iaitu piramid dan binaan
berbucu mampu menjadi saluran untuk menjana tenaga bagi menghasilkan vortex.
Berikut sy sertakan sedikit video ringkas mengenai Tenaga dan Senibinanya. Membuka minda bukan semstinya memaksanya untuk mempercayai sesuatu.
Berdasarkan Video diatas diceritakan mengenai mengapa dan apa kepentingan senibina-senibina itu td, yang mana perkaitan senibina, tenaga dan diri manusia itu sendiri membawa kepada satu Ungkapan -Stargate-
Garisan-Grisan Ley di Dunia
STARGATE adalah lokasi tertentu didunia yang
dipanggil "titik pertemuan". Di atas bumi kita terdapat
garisan-garisan 'ley' iaitu titik-titik tenaga strategik di dunia (rujuk wiki untuk apa itu ley lines). Apabila
bentuk-bentuk geometri binaan ini di bina di atas garisan ley dan digabungkn,ia
akan membuka satu pintu laluan iaitu 'stargate'. Pintu yg menyambungkn 2
dimensi. Lokasi-lokasi stargate ini menghasilkan tenaga strategik yang lebih
banyak berbanding kawasan-kawasan lain di atas muka bumi. Maka apa yang
terjadi, golongan Mereka-Mereka ini telah membina banyak bangunan-bangunan mereka
pada titik-titik pertemuan ini. Binaan-binaan mereka biasanya mempunyai
struktur geometri yang memiliki keupayaan untuk menyalurkan tenaga dengan baik
dan mempunyai ketinggian yang sangat dahsyat.
Lebih Lanjt mengenai Starget boleh ke laman ini
Dan memandangkan Mereka-Mereka(freemason) adalah
golongan yang mengamalkan sihir dan menyembah syaitan, dapat kita pahami tenaga apakah yang sedang mereka salurkan sebenarnya. Dan
juga apakah amalan-amalan yang dilakukan didalam bangunan-bangunan mereka ini.
Untuk membina
bangunan-bangunan "penyerap tenaga" mereka di serata dunia, kita tahu
Mereka-Mereka perlu mendapatkan
kebenaran dari banyak negara. Maka cara yang paling mudah ialah mereka mengupah
ahli-ahli politik seluruh dunia untuk memperkenalkan ideologi mereka. Keahlian akan
dibuka kepada pegawai-pegawai tinggi sesebuah negara dan kesemuanya akan
dipengaruhi dengan cara pemikiran golongan freemason(ini sekadar teori) ini dan
hingga ke hari ini titik-titik ley diseluruh dunia ini telahpun dipenuhi dengan
bangunan-bangunan mereka.
Diatas dinyatakan
yang Piramid mampu untuk “Initiate” kan Vortex. Apabila semua vortex daripada
semua piramid seluruh dunia mencapai tahap jumlah kapasiti yang diperlukan,
tidak mustahilkah akan terbentuk satu fenomena seperti black hole (or mybe wormhole)
di atas bumi. Ia bukanlah akan menyedut kita semua masuk ke dalam vortex
seperti black hole itu, tetapi ia berfungsi untuk membuka pintu gerbang dunia
ghaib untuk satu tempoh tertentu bagi membolehkan sesuatu keluar atau Sesuatu memasukinya
untuk apa dan mengapa, banyak spekulasi
sehingga membawa kepada topic Dajjal.
Malah, jika kita
melihat pintu gerbang dunia ghaib itu seperti sebuah black hole yang ada di angkasa
lepas, maka tidak mustahil para jin dan syaitan akan keluar dengan UFO yang
seolah-olah datang dari angkasa lepas melalui black hole yang terhasil di bumi
dan menggelarkan diri mereka sebagai alien( umpama Cerita Avengers dan
Transfomer ataupon sebenanya ada perkaitan. Dari manakah idea asal cerita itu
datang?).
Setiap amalan baik
ataupun jahat yang kita lakukan memerlukan tenaga untuk dilakukan (wujud tenaga apabila sesuatu aktiviti dilakukan iaitu pasif dan aktif(Endo dan Exo thermic) ). Perbuatan kita memerlukan tenaga. Kaitkan pula dengan
pembinaan piramid moden di serata dunia (Sunway Pyramid yang paling dekat
dengan kita, juga binaan-binaan berbucu yang bercirikan senibina Masonic yang
lain) yang mampu menyerap tenaga dan membebaskannya menjadi vortex.
Walaupun sedikit
mistik, kita membuat dosa dengan menggunakan tenaga dan piramid pula menyerap
tenaga itu untuk dibebaskan menjadi vortex untuk membuka PINTU. Cuba selarikan
dengan sistem mind control yang mana mereka mahu kita membuat dosa melalui
program-program hiburan dan lain-lain, kenapa Dajjal mahu kita terjebak seks
bebas, menagih dadah dan sebagainya sehingga mendatangkan dosa dan kemurkaan
Allah?
Ia mungkin
disebabkan sesuatu yang diinginkan Dajjal iaitu ‘tenaga dan dosa’ yang kita
hasilkan itu dapat diserap oleh piramid dan dijana menjadi kekuatan untuk
membuka PINTU. Dosa melampaui batas yang kita lakukan pula akan mengundang
kemurkaan Allah sehingga mendatangkan malapetaka yang akan berakhir dengan
kiamat, yang membawa kepada keluarnya Dajjal.
Salam....Sedikit penambahan kerana baru2 ini sedang ku melalui titiwangsa, behenti berehat seketika di RNR titiwangsa sungguh indaH dgn bukit bukau memukau semua yang ada kat sana. hati kecil ku mengatakan logik logik logik berulang-ulang kali.Memg benar bentuk bukit bukau gunung ganang yang berbentuk seakan piramid sebenarnya menjadi antara penyalur tenaga yang baik dan dek kerana sekitarnya penuh dengan hidupan yg nyaman dan menghasilkan oksigen semua tenaga terkumpul adalah tenaga positif, dan logiknya lagi bukit dan gunung menjadi penampan atau pon membolehkan tenga positif menguasai dunia justeru itu memgapa seni bina yg menyalurkan tenaga negatif masih belom benar2 berjaya adalah kerana diimbangi oleh bukit dan gunung ganang ini.Logik logik dan Logik.
Rujukan Cedokkan:
No comments:
Post a Comment